Wednesday 18 November 2020

KACANG ITIK/KACANG BULU/KACANG EDAMAME

 

Edamame rebus.. Kalau makan time hujan memang layan



Kacang kesukaan saya.. Edamame.. Suggestion kat pack tu suruh reheat sahaja & terus makan. Tapi saya rasa tidak berapa suka makan macam tu. Saya akan rebus juga & makan panas-panas dengan teh O panas. 


Selama ni kenal kacang ni sebagai edamame sebab memang selalu beli yang frozen ni dari Jepun memang tulis Edamame. Pun bukan semua pasaraya ada jual. Kat Hero memang tiada jual kacang ni. Hari tu cari kat Cheekes pun tiada... Selalu saya beli kat Mydinmall USJ atau kat Aeon Maluri. Pernah beberapa kali beli kat Mydin RTC Simpang Pulai untuk bawa balik sebagai buah tangan untuk mak saya. Emak saya juga sangat menggemari kacang Edamame ni. Selalu saya akan belikan 2@3 pack untuk stok emak saya. Nanti bolehlah emak saya rebus sebagai kudapan waktu hujan @ sesambil tengok TV 


Tetapi baru ni saya ada serta group Kebun Bandar & baru tahu rupanya kacang Edamame ni juga dikenali sebagai Kacang Itik. Ada yang memanggilnya Kacang Bulu. Rupanya memang ada ditanam di Malaysia tetapi tidak dikomersialkan seperti kacang tanah. Banyak ditanam diTrengganu katanya. . Dipanggil kacang bulu sebab kulitnya  berbulu. Memang kulitnya macam velvet skit. Yang bestnya kacang ni bila direbus, warna kulit lmasih hijau. Isinya macam kacang soya + kacang mocaikota. Rasanya sangat sedap berlemak & sedkit masin & manis. 1 pack tu saya boleh habiskan sorang... 

18 comments:

  1. Saya pun rebus juga, makan panas-panas. Makan sorang-sorang jew, anak-anak tak mau joint. Ooo.. ada nama lain, kacang itik, kacang bulu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan cikgu..
      Untung anak-anak tak mau joint... Boleh makan banyak.. Hihihi

      Delete
  2. macam tak pernah jumpa lagi kacang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual benih kacang ni katanya.Saya pun plan nak cari benih online untuk mak saya tanam... Baca info nampak hasilnya lumayan

      Delete
  3. Replies
    1. Katanya kacang ni dihidangkan direstoran Sushi King. Wallahua'alam. Sebab saya tidak pernah makan kat Sushi King..

      Delete
  4. Teringin nak makan kacang ni sbb orang kata sedap .Anak sepupu yg tinggal di Sabak Bernam tempohari ada buat status ada jual kacang bulu ni.Kata nya suaminya tanam sendiri.Masa tu nk beli serba salah sebab mungkin dia tak boleh pos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, saya pun teringin nak rasa yang fresh kak..
      Sekarang, pos sehari dua dah sampai kak kecuali pengalaman saya dengan pos laju 28 hari. Tapi masa tu PKP 1 mungkin banyak masalah mereka.
      Selama ni makan yang frozen. Kalau akak nak cuba rasa kat sesetengah pasaraya ada jual kat bahagian sejuk beku. Mydin pun ada kalau Mydin yang jual barang basah tu.

      Delete
  5. Ye betul, kacang ni ade di Sushi King... sedap.. saya pun suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan LG.. Sedap kacang ni
      Sakarang katanya dah banyak ditanam di Malaysia.

      Delete
  6. Pertama kali saya dengar nma dn lihat bentuk kacang ni....nnti klau jumpa nk try jugk 😅

    ReplyDelete
  7. Kalau yg fresh & local punya biasa dijual yg isi dah penuh.
    Kalau yg feozen tu import kot. Dorang guna buah yg muda sikkt. Tapi sedap

    ReplyDelete
  8. maaf..edamame dengan kacang itik tu berbeza. boleh try google lagi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh,lain yer...
      Dah try google,rupanya kacang itik mmg rupa sama tapi bijinya putih yer.Edamame bijinya hijau
      terima kasih atas info...

      Delete
    2. Betul tu. pokok pun berbeza.

      Delete
  9. rasanya ada sedikit perbezaan kacang itik dengan kacang bulu walau hampir sama... kacang itik pokoknya tumbuh memanjat, manakala kacang bulu pokoknya tumbuh atas tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...Balik kampung ada jumpa orang jual kacang itik ..Dapat tengok sendiri baru tau perbezaan...
      Tapi dua dua sedap
      Selama ni ingatkan sama..
      Sengaja saya biarkan posting ni untuk rujukan.
      Terima kasih info dan sudi singgah

      Delete
  10. Tq adik. Arini akk terima parcel kacang bulu ni. Ada orang jual kat shopee. Pastu tak tau macam mana nak.masak. Nasib awak ada share. 😁

    ReplyDelete