Monday 30 November 2020

RONDA-RONDA TERAPI MATA

 Bangun sejak pukul 4 pagi tapi tak tahu apa dibuat. Semua serba tak sempat sahaja rasanya. Usai menjemur kain baju pagi tadi terus gerak 


Hari ni sarapan kat tempat kerja. Sarapan roti bakar sapu garlic spread sahaja kat little pantry ni.Saya dengan kerja. Cella juga dengan kerjanya. Segala barang dihangkutnya bawa. Katanya nak online kelas sambil temankan saya. Ada lagi beberapa orang datang siapkan kerja hari ini tapi masing-masing cakap nak balik awal
Kemudian  Ita pula ajak saya ke belakang tangki air untuk mencari buah cermai. Memang saya ngan Ita sahaja yang selalu mencari buah cermai di pokok dekat tangki air tu. Sambil tengok Pak Man berkebun. 

Pokok cermai juga sudah tua dan tidak sesubur dahulu. Dulu beberapa tahun dulu masa pokoknya masih muda & kak Siti jadi security guard selalu kak Siti petik pucuk cermai tu untuk saya waktu petang sebelum saya balik. Sedap dimasak lemak putih. 

Ni gambar dari galerry lama. Saya masak pucuk cermai masak lemak putih. Rasanya lebih kurang sayur pucuk manis. Pucuk cermai masak lemak putih ni selalu tengok mak saya masak masa saya masih sekolah rendah semasa dikampung lama.Masa tu ada pokok cermai besar di tepi halaman pondok kecil kami. Pagi-pagi saya akan kutip banyak-banyak ranting pelepah daun cermai yang gugur & ikat buat penyapu seperti penyapu lidi. Tak perlu diraut kerana lidi pelepah cermai tu akan gugur setelah daunnya juga gugur. Kalau musim kemarau daunnya semua gugur. Kemudian akan berpucuk kemerahan dengan lebatnya. Masa tu lah mak saya akan petik pucuk-pucuk merah yang masih lembut & masak sayur lemak putih. 

Tidak banyak buah cermai yang dapat hari ini dari pokok kat tepi tangki air tu. Ita dengan saya memang boleh ngam kerana cerita kami memang tentang kampung & berkebun. Ita memang berkebun di rumahnya. 

Ini pokok kerkup 
Benihnya saya bawa dari kampung & bagi Pak Man tanam. Tapi hari ni Pak Man tiada, hanya tinggal Pak Zul. Kata Pak Zul, hari Pak Man akan menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buluh kerana masalah jantung. Semoga Pak Man dipermudah urusan & diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t


Dicelah-celah rumput tu banyak sahaja pokok pegaga tetapi sudah ditenggelami rumput. Dulu cleaner  dua orang tu selalu petikkan untuk saya.Hari ini kami hanya berbual dari jauh.Mereka minta saya  jangan dekati mereka kerana diperumahan mereka sudah ada kes positif Covid 19.Walaupun berlainan blok tapi kata mereka biarlah kita sama-sama jaga kita. Sudah ada beberapa keluarga sedang melakukan kuarantin kendiri. Lihatlah, cleaner pun ada kesedaran tentang Covid. 


Mula hajat nak petik pegaga ni
Tapi mengenangkan Pak Zul tu juga dari perumaham sama dengan cleaner, baiklah saya dan Ita segera beredar dari kawasan tersebut. Bak kata cleaner tadi #kitajagakita#


Minggu lepas memang nampak Pak Man semai pokok ni. Pak Man kata pokok salad. Minggu ni dah nampak pucuknya


Ni pokok-pokok kangkung Pak Man.. Semoga tuannya. cepat sihat & dapat jaga pokok ni.Bulan lepas, dapat rasa Sawi Korea hasil tanaman Pak Man. Sebelum tu dapat cili putih Sabah, bayam Brazil & terung. Alhamdulillah, Pak Man & cleaner selalu berkongsi hasil tanaman mereka. Kadang berkongsi info jika ada jualan diperumahan mereka. Tidak rugi berbaik dengan semua orang walau siapapun mereka. Kita pun bukan siapa-siapa pun. 

Buah Delima ni dulu besar-besar. Tapi sejak pokoknya sudah tua. Buahmya makin kecil

Nampak pokok mengkudu. Ita ajak saya petik pucuk mengkudu. 

Dapat secekak. Cuma sudah tidak berapa muda. Ini kalau masak lemak putih. Ada pula budu atau sambal belacan. Sedapnya lahai.. Tapi hari ni memang tak la.Entah pukul berapa nak balik ni.


14 comments:

  1. Akak ada tanam 2 pokok cermai,beli kat MAHA beberapa tahun lepas.Pokoknya dah tinggi tapi tak pernah lagi berbuah.Akak baru tahu pucuk cermai boleh dibuat sayur...lepas ni boleh lah try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baca info pun cakap kena pankas dahannya supaya bila naik pucuk baru, bunga akan tirut serta...

      Lepas cantas namti naik pucuk baru boleh la cuba. Tapi dulu mak saya ada cakap daun cermai ni sifatnya menyejukkan.

      Delete
  2. Agaknya kalau pokok cermai itu ditebang separuh, tumbuh dahan atau ranting baru, mungkin boleh berbuah lebat. Saya kalau malas nak buat sarapan pagi, sapu saja roti dengan garlic bread, panggang dan makan. Sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada baca info pasal tu cikgu tapi selalu lupa nak share dengan Pak Man tu.

      Sesekali sedap jugak kan garlic bread. Kalau ada mushroom soup plak... Huish,boleh habis semangkuk.

      Delete
  3. Salaam, bila headache Tu, anvil dua cekak pelepah daun Dan batang cermai, legal air 3 mug rebus Dan minum. Avoid Pakai periuk aluminium.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Rupanya banyak kegunaan pokok cermai ni yer..
      TQ G infonya

      Delete
  4. Buah cermai.. kelat² masam. Buat jeruk pun sedap..eishhh.. kecur air liur saya 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. cikjaja.. Dulu-dulu zaman kanak-kanak jeruk cermai dijual dam pastik ias krim malaysia tu.. Sedap betul masa tu

      Delete
  5. Kita suka betul sayur2 Kampung yg dimasak lemak putih. Tambah sambal belacan ngan ikan goreng atau ikan masin, Tak kisahlah pucuk cermai yg Tak pnh tau bleh buat sayur pun sy berani cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Berani yer SK nk cuba.. Sebarang risiko penulis tidak akan bertanggungjawab yer.. Hihihi
      In sha Allah selamat

      Delete
  6. Sdapnya..buah cermai bleh bt halwa jgak...selain itu buahnya bleh hlang bisa sengatan ikn keli..nostalgia pohon cermai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecik-kecik macam pernah makan halwa cermai warna merah. Boleh hilangkan bisa juga yer. Banyak kegunaan rupanya cermai ni

      Delete
  7. Replies
    1. Ya nayfatimah... Saya suka terapi mata tengok kebun mereka

      Delete