Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Thursday, 13 November 2025

BUKAN KENTANG

pi Balik kerja ingat nak singgah beli pisang goreng ,tapi sebab dah petang yang tinggal pun hanya baki gorengan yang tak seberapa & dah sejuk kejung.Tringin nak makan  ubi kayu rebus..


Tapi sudahnya  makan fries & kopi 0...Eh,fries tu biasanya potato kan?

Tapi ni fries versu tapioca....Nak panggil fries jugak ke atau tapioca fingers...hihihi



Nampak macam jejari kentwng kan?
Tapi bukan kentang...se

baliknya ubi kayu goreng yang saya  potong jejari


Ubi kayu yang saya dah potong jejari dimasukkan dalam beg plastik .Sata perisakan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit..Patutnya tumbuk bawang putih & ketumbar biji ke sikit ..lagi teranfkar ni...Tapi tiada kerajinan...So,hanya garam dan kunti...Goncang-goncangkan plastik tu supaya  kunyit dan garamnya merata.. Garam.sikit jer tau..
Pastu deepfry macam goreng fries...


Makan ubi kayu ni pada saya la...harus dengan kopi O...Kalau minuman lain macam tak berapa kick!

Makan waktu maghrib waktu hujan....Menghirup kopi O panas dengan penuh feel..Padahal sudah tahu akibatnya...Tetap juga mengikut hawa nafsu yang teringin kopi O...Natijahmya hingga pukul 2 pagi tak. boleh tidur...Jantung berdenyut laju hatinjadi berdebar...kesan kafien la tu agaknya...Tapi kalau nak ikutkan kopi tu sejak azali memang mengandungi kafien kan...Kenapa baru sekarang  bilanminum jadi macam tu...Dulu minum kopi ok jer...Tak berdebar pun...minum bercawan pun elok jer tidur lena...Sekarang minum sikit pun jantung macam nak tercabut dia punya berdebar..🤭🤭🤣.Rasanya dah lama jatuh cinta dengan kopi ni dah berzaman,tapi kenapa baru sekrang terasa debaran itu....?
Masalahnya minuman lain tidak mampu menggangikan kesedapan kopi O...camana ni?

Wednesday, 3 January 2024

TONYOH UBI KAYU BY ACHIK

 

Tonyoh Ubi Kayu by Achik...
Balik Kedah sebelum Krismas baru ni Achik  offer nak buat Tonyoh Ubi Kayu...
Huh suka la saya kalau bab makan ni..
Tapi ada syaratnya...
Kata Achik dengan syarat saya yang gali ubi .Achik kata dia rajin nak buat tonyoh ubi tapi tak rajin nak gali ubi..

Lagi satu syarat,Achik kata gali hanya ubi kayu kuning..baru sedap nak buat tonyoh..




Pokok ubi kuning pula yang tinggal hanya sepokok ni sahaja...Itupun mak kata bukan mak tanam tapi mak hanya sandarkan batang ubi kuning tu kat tembok teli rumah tu.Dah elok pula dia tumbuh besar.Kata mak dah bertahun kot pokok ubi kuning ni..Mak sengaja biarkan sebagai teduhan waktu pagi dan juga sebagai pelindung kerusi batu tu Kalau dok sembang kat kerusi batu tu takdalah jiran depan runah atau orang yang lalu lalang nampak jelas.Kira sebagai tempat menyorok la...hihihi
Risau juga bak gali ubi tu sebab pokoknya besar.Takut ubinya dah gangut dan tak empuk...
Saya gali hanya 2 ketul guna cangkul
Bila menggunakan cangkul,terimbau la nostalgia lama...Dulu zaman saya anak dara sunti...halaman rumah wajib kena tarah rumput guna cangkul.Tanam bunga keliling halaman.Cangkul tu juga buat korek  parit keliling rumah kalau time hujan,biar air deras mengalir,tidaklah membanjiri bawah rumah.Waktu hujan pula guna cangkul gali ubi kayu..ubi keledek dan ubi keladi buat rebus temankan homemade  kopi tumbuk.
huis..kalau dilayan...rasa nak terbang kembali ke zaman itu..Tapi taknaklah kekal dalam zaman tu..Hanya sesekali sahaja seronok mengimbau....hihihi


Nasib baik ubinya  masih elok .
Bila dikukus teksturnya liat sesuai namanya ubi pulut



Walau namanya ubi kayu dan hanya dikukus kosong tapi rasa dan teksturnya  berbeza daripada ubi rebus.Yang membezakannya ialah ubi rebus terus direbus seketul seketul manakala ubi tonyoh disagat kasar.Kalau sagat halus pula dah jadi kuih talam atau boko ubi.Sebaliknya bila disagat kasar teksturnya seakan ubi gadung..
Bagi yang pernah makan ubi gadung boleh feel dia punya tekstur tu..
Rindu pula dengan ubi gadung..
Dah lama tak makan ubi gadung kukus...Kali terakhir makan 

Dua kukusan Achik buatkan ubi tonyoh ni...ralit makan...
Walau hanya ubi dimakan dengan kelapa tapi sedap dia lain macam bila makan ramai-ramai

Dah lama tak makan tonyoh ubi ni..Beberapa tahun lepas saya pernah buat


Monday, 20 March 2023

KEREPEK PERIA RANGUP

Kerepek peria rangup.

Tetiba teringin 

Memanh crispi..

Tengok dan dengarlah bunyi kerangupannya.



-Saya guna 4 biji peria katak..
-Kerat dua dan korek bijinya.
-Pastu guna peeler saja untuk hiris nipis.
- Rendam air garam 10 miniy..tapi saya tak rendam air garam sebab saya suka pahit peria ni.hihihi
-Saya hanya tekap-tekap dengan tisu dapur atas peria agar tidak berair.
- Saya masukkan 4 sudu tepung pedas dalam beg plastik.
- Ambil segenggam peria slices tadi dan masukkan dalam uncang plastik bersama tepung tadi dan goyangkan hingga bersalut rata 
- Goreng dengan api sederhana hingga keemasan.
- Toskan dan biar sejuk.Simpan dalam bekas kedap udara.

Dah makan krap krup krap...baki tingga satu botol ni..

In shaaa Allah nak buat lagi ..

Dah berumur ni banyak juga makanan yang kena hati-hati untuk ambil..

Peria ni pun ada yang alah..So,kalau sakit urat kembang bagai tanggung la sendiri ...hihihi

Saturday, 7 January 2023

NGAKU JER .!

Setelah lama tersimpan....ngaku!

Bukan semua orang nak ngaku...Ada ja yang tak nak ngaku sebab ianya bukan mudah nak ngaku.Memakan masa dan menguji kesabaran.Silap langkah ada yang terluka.Luka ditangan nampak berdarah!

Kalau ikutkan memang nak biarkan saja.Tapi benda sedap takkan nak biarkan.Nak dapat pun bukan  senangkan...bermusim..setahun sekali!

hihihi....🤭



Ngaku..
Kerepek ngaku sebenarnya...
Ramai yang nak..ada juga yang tak nak ...

Ngaku...
dah lama terbiar  tersimpan di sudut dapur....


Belinya dah lama..sejak 2022..hihihihi..

Bukan mudah nak me ngaku ni...Leceh dan menguji kesabaran..
Kena kulas kulit sebiji demi sebiji.
Pernah buat


Kena slice kan dia nipis-nipis..Silap langkah jari boleh luka berdarah..


Goreng pun api tak boleh kuat sebab dia mudah hangus...

Tapi mengenangkan benda sedap...gigihkan diri la juga..demi kerepek ngaku.
Apa lagi dikunyah sambil menonton TV...Tak sedar habis sebekas..

Krup krap..krup krap..

Wednesday, 4 January 2023

BUAH CERMAI LEBAT DI JULAI

 

Saja nak tayang buah cermai ni..
Ada yang dah kembang-kembang pipi tu..🤭
Ada ke yang dah telan ayaq lioq?

Buah cermai dalak pic ni pokoknya di belakang tangki air tempat kerja saya.Pokoknya dulu tinggi.Sekarang dah rendah sebab Pak Man dah kerat dahan  yang meninggi tu.


Cermai ni kalau dah betul-betul kembang dan besar sedap sebab buanya
juicy.
Dalam banyak-banyak buah masam,saya hanya suka cermai.Kalau mangga muda,kedondong bagai saya memang tak gemar.

Kalau dikampung dulu,saya akan kutip pelepah cermai yang gugur ke bumi  dan ikat jadi penyapu.Rupanya seakan penyapu lidi kerana pelepah cermai ni juga macam lidi.Tapi ia tidaklah seteguh penyapu lidi.
Selain lidi dan buahnya..
pucuknya sedap dimasak
SAYUR LEMAK PUCUK CERMAI.Rasanya seakan pucuk manis cuma kena ambil betul-betul pucuk barulah ia lembut.Kalau daun yang sedikit tua akan liat.

Semalam saya meninjau buah cermai ni..
Minta Pakman petik 2 tangkai dan saya buat menyicah(colek)
Ni pencicah yang saya suka..

PENCICAH MANGGA/ CERMAI


3 biji cili kering
1 sudu garam kasar
8 sudu gula pasir
1 ketul kecik  (1 sudu teh belacan)

1. Cili kering dibasuh dan di lap hingga kering
2. Kemudian gunting cili halus-halus..
3. Masukkan cili gunting,garam,gula dan belacan dlam blender kering ..
4. BLEND KERING  bahan tersebut hingga menjadi debu halus..


Kata mak saya acuan baulu bentuk bunga tu dipanggil baulu cermai kerana baulu ya besegi seperti buah cermai.
Selain menyicah..buah cermai sedap dibuat jeruk,pencuk dan juga halwa.Tapi ni kudapan orang lama zaman saya kanak-kanak..hihihi

Friday, 23 September 2022

BUAT BEPANG KACANG TANAH/BRITTLE NUT

Minggu lepas adalah tiga hari kerajinan saya mencapai tahap yang agak tinggi🤭


Hari Ahad kembar cuti Hari Malaysia tu saya buat Bepang Kacang a.k.a Brittle Nut 

Kudapan yang menjadi sesukaan saya.Cuma selalunya nak makan...beli la..
Nak buat tu payah la sikit..hihihi.

Tapi bila dah ada niat nak buat...Alhamdulillah,
akhirnya jadilah bepang kacang ni.Seingat saya,mak saya pernah buat sekali dulu-dulu la..masa saya darjah 5
Masa tu   kat rumah ada banyak kacang tanah.Saya pun pernah kena paksa dengan mak untuk jual kacang tanah goreng masin yang gaul garam tu kat sekolah.🤭🤣 Sebungkus sekupang (10 sen).Malu yang amat nak jual.Mula jual...sehari kalau laku 2 bungkus pun saya dah happy sangat.
Lama-lama bila dah makin laku dah hilang malu timbul seronok.Kawan-kawan kelas ramai membeli.Sayangnya tak lama lepas tu tokey kantin dapat tahu bila ada rakan sekelas yang report..
Tokey kantin pesan kat kawan-kawan kata dia  nak jumpa budak yang jual kacang kerana tah mengganggu perniagaannya...Kecut perut macam buat kesalahan menggubah wang haram layaknya...🤣🤣🤣
Padahal berapa sen saja sehari.
hihihi..Paling banyak pun singgit dua kupang ja pun.. Tapi memang saya tak pergi la...Lama jugak la saya tak berani menjejak kaki ke kantin takut kena warning dengan tokey kantin.Hingga darjah 6 baru berani jejak kantin walaupun tokeynya masih orang yang sama..
Hihihi..

Agaknya sebab dah tak boleh jual..tu yang mak buat bepang tu..agaknya la...tu pun sekali saja sebab gula mahal tak boleh suka-suka nak masak yang banyak pakai gula.Sekati gula masa tu 6kupang.Tepung sekati 4kupang manakala garam sekati sekupang..Tu ja antara harga barang yang masih saya ingat sebab selalu beli yang tu ja..hihihi

Jom balik ke tahun 2022 pula...hihihi

BEPANG KACANG
500gm kacang tanah 

500gm gula halus
( tapi lain kali saya nk guna 250gm- 300gm kot sebab 500 gm tu macam banyak sangat gulanya berbanding kacangnya)

1 sudu marjerin.

secubit garam.

1. Sangai kacang dan buang kulit.Ramas² agar terbelah dua.

2. masak gula hingga mencair dan keemasan.Jangan sampai gelap takut pahit.

3. Masukkan marjerin dan secubit garam.

4. Tambah kacang dan gaul rata.Cepat2 ratakan dalam loyang beralas baking paper.
* sepatutnya saya tutup permukaan bepang ni dengan lagi sehelai baking paper dan gelek guna roll pin tu kasi nipis dan rata.Tapi lupa la pulak...hihihi

5. Cepat2 ratakan supaya nipis dan ketika masih panas tapi sudah mula mengeras...potong ikut saiz yang disukai.

6. Bila sejuk,patahkan ikut garisan yang dipotong tadi.

7. Simpan dalam bekas kedap udara.



Saya goreng  kacang ni guna air fryer.Saya rujuk juga kat Google tentang suhu dan timer untuk goreng kacang ni.Suhu 160° selama 15minit.Sesekali goncangkan agar garing sekata.

Dah elok set 15 minit cantik dah..saya tak confident..Saya tambah lagi 5 minit..Kacang terlalu garing perang.So jangan ikut saya..hihihi Lain kalo nak goreng kacang tanah ni elok dah kalau suhu 160
dan set timer 15 minit sahaja.Sesekali goncangkan agar garing sekata.


Kira macam terlebih garing juga la sebab gatal tangan  pi + 5 minit lagi.

Sambil tu alas loyang dengan baking paper siap-siap.Kena alas sesiap sebab nanti nak kalau kacang dah siap kena tuang cepat sebab dia cwpat mengeras.Kalau takda baking paper,guna daun pisang pun boleh..



Nak buat gula hangus ni yang bencita ni kan...hihihi
Dari permerhatian dan try & error..saya dapati guna gula caster(gula halus) lebih baik daripada gula pasir.Ini kerana gula halus lebih mudah control dan  lebih cepat mencair.


Biasa la....kerana tak sabar ..asyik nak kacau saja...
Sebab tu saya tak pernah berjaya buat apple toffy🤭.
Kan kalau buat apple toffy ,kalau bagi berkilat dan berkaca..gula dia langsung tak boleh kacau kan.


Nampak macam berketul kan...


Tak apa ..teruskan control api dan kacau sentiasa..semua ketulan akan mencair.


Masukkan marjerin.Saya tiada marjerin & saya guna butter premium.Sebenarnya butter tu Adah beli nak buat butter cake.Kalau dia tau saya curi butter dia,mau dia berletiaq...hihihi.


Rupanya bila guna butter premium tak sesuai la untuk resipi ni..bau butter dia kuat dah macam bau lembu🤭.
So,sesuai guna marjerin.Sebenarnya dulu mak saya pernah buat tak pakai marjerin pun.. hanya gula,garam dan kacang sahaja ..lagi berkilat rasanya kot..


Tuangkan kacang dan cepat-cepat kacau sebati.Dah boleh matikan api supaya ceremel tak hangus.Tapi kena kacau pantas dan cepat- cepat tuang dalam loyang.


Saya rasa macam caremel saya ni agak gelap. Tak pahit pun..tapi lain kali nak try lagi control api dan masa agar warnanya golden macam warna honey tu.

Haaaa...akibat cuai..
Entah macamna sebiji kacang yang bersalut catemel panas tu terlekat pada jari kelingking..
Ya ampunnnn...panas dan masak jadinya kulit jari tu.Nampak yang putih tu..Memang kena ja,spontan saya jilat sebab terlalu panas.Putih jadinya,hihihi..
Sampai la ni ada bulatan kecil berair sebesar biji kacang.Saya tak cucuk buang airnya sebab takut pedih.Moral of the story...becarefull..!

Tiada masa nak pedulikan jari tu kerana kacang harus diuruskan segera sebelum ia mengeras macam batu kristal..
hihihi

Bila nampak gula dah hampir beku keras..jangan dok pedap-pedap atau tekan-twkan lagi dah.Kalau tekan juga dia jadi tali cristal macam orang buat hiasan apa tu..
Boleh tengok kat video atas ni

Masa masih panas kena potong siap-siap.Sebenarnya buat macam garisan la..agar nanti dah sejuk patahkan ikut garisan tu.Kalau tak,bila sejuk nanti susah dah nak potong..Kena patahkan macam pecahan marble la..tak dapat la bentuk segi empat..yang dapat bentuk macam macam la..hihihi


Ratakan cepat-cepat senipis mungkin atas loyang yang dialas baking paper..
Walau nampak dah nipis..sebenarnya bila dah sejuk dan potong,rupanya masih tebal la..

** 


Lama la juga nak tunggu betul-betul sejuk sebab ni kat gula yang dimasak hingga cair.Biar lebih kurang sejam atau lebih  baru sejuk dan patahkan la bepang ni ikut garisan yang kita buat tadi..dapat la potongan 4 segi.
Untuk ½ kg kacang ni dapat +- satu bekas bulat yang orang isi kuih raya jualan tu.


Sunday, 5 July 2020

KEREPEK LABU MANIS (PKPP-COVID 19)

Mak aku buat Kerepek Labu

 Kata mak aku ni Kerepek Labu Manis

 Bukan Kerepek tu yang manis
Tapi Labu tu yang namnaya Labu Manis
Kalau dah namanya Labu Manis
Mestilah kerepeknya pun manis


Mak aku cakap sempoi jer nak buat Kerepek Labu Manis ni
Just belah labu
Buang bijinya
Guna peeler untuk hiris nipis
Kulit pun takyah buang..
Pastu goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana hingga crispy
That's all
Kerepek ni memang crispy tapi xlah cruncy macam kerepek ubi or kerepek pisang
Tapi crispy la
Hahaha.. camaner tu?

 Labu ni mak aku cakao dari Trengganu
Ada kawan mak aku jual
Mak aku cakap beli 10 biji.
Sebahagian mak aku cakap kongsi rezeki ngan cleaners
Hari tu bawa balik kampung 2 biji  untuk nenek dan achik
Yang kat rumah ni tinggal sebiji dah lebih seminggu x dimasak
Nak elak pembaziran, mak aku cakap buat kerepek

 Sedap..
Walaupun crispy
Tapi bila kunyah jadi creamy dalam molot
Kata mak aku ini jenis labu manis yang isinya memang texture halus & creamy
Ada jenis yang texture kasar & macam fibre  tu kurang sedap..
Macamana nak tahu mana yang  halus mana yang kasar?
Ntah... Mak aku cakap
Mak aku pun tak tahu macamana nak kenal
Bila makan jer baru tahu kerana dapat rasa
Kata mak aku maybe petani yang tanam pokok labu ada tips untuk kenali jenis labu
Tapi kan....
Aku tingin sangat nak tengok labu yang besar giler warna oren yang dorang barat buat Pesta Halloween tu..
Aku xnak la tengok yang seram tu
Just nak tengok labu jer..


 Mak aku juga buat Labu Goreng Celup Tepung..
Macam Pisang Goreng tu..

Kata mak aku
Buat Kerepek lagi ngam..
Buat Goreng Celup Tepung dia empuk lenbik..
Macam labu rebus.. Takde taste sangat
Kalau kerepek lagi sedap sebab crispy  & creamy


Sunday, 6 October 2019

UDANG CRISPY, PERUT GORENG PEDAS & JERUK MANDAI

Udang Crispy
Mak aku masak untuk aku
Tak tau nak kata lunch or dinner
Coz makan pukul 5 petang
Hahahaha sebab dah terbiasa weekday makan pukul 5 @ pukul 6 petang
So, weekend pun perut hanya akan minta makan nasi waktu petang
Hahaha..
Actually waktu pagi dah makan heavy
Makan Nasi impit ngan kuah kacang
Tengahari skip la lunch sebab masih kenyang
Tapi bila petang... Perut ni dahacam pasang alarm
Pukul 5 perut berbunyi
Xnak la biskut or maggi
Tapi nak nasi...
N. A. S. I...... ok..!


Mak aku gorengkan Udang Criapy
Actually ni bukam udang yang biasa orang masak Udang Sambal or Udang Celup Tepung tu
Ni mak aku cakap just udang kecik jer yang baki buat Cucur Udang hari tu
Sebab udang ni kecik sebab tulah crispy

UDANG GORENG  CRISPY
1cawan udang kecil
½ cawan tepung pedas Adabi
Minyak untuk goreng

1. Besihkan udang & buang kepala udang
2. Masukkan udang & tepung pedas ke dalam plastik  dan goncang-goncangkan hingga udang & tepung bersalut
3. Biarkan udang bersalut tepung lebih kurang 10minit supaya sebati
4. Panaskan minyak yang banyak dan gorwng idang hingga garing & rangup


Perut Goreng Pedas
LAUK MAK AKU..!
Haaa... Memang lauk exotic macam ni aku tak akan makan laaaaaaa
Sebab tu namanya Lauk Mak Aku

PERUT GORENG PEDAS
1 keping perut (200gm)
½bawang besar hiris
3 cili merah
2 sudu minyak

Bahan Tumbuk
¼bawang besar
3 cili padi
3 bawang putih
2 hiris halia
1 sudu teh garam

1. Rebus perut hingga lembut dan hiris nipis
2. Gaul perut dengan bahan tumbuk
3. Panaskan minyak dan tumis perut yang digaul dengan bahan tumbuk
4. Masukkan bawang hiris dan cili merah
5. Sesuaikan rasa


Ni pun lauk mak aku juga
Mandai Goreng


 Mak aku cakap tema lauk hari ni
Tema Musim Panas.
Aikk.. Tema Musim Panas..? 🤔🤔🤔🤔
Haaa.... Mak aku kata coz lauk hari ni
Semuanya KERING
Lauk Musim Panas la tew..!
Kalau semua berkuah banjir tu namanya Lauk Musim Hujan..
😅😅😅😅😅😅



Ops.. Nasi jangan lupa
Nasi masak dalam cawan jer..
Coznak masak sikit jer..
Makan pun  lauk simple jerk sebab hanya berdua ngan mak aku
Ajak mak aku kuar gi beli barang
Mak aku xnak..
Ajak jenjalan pun mak aku xnak
Mak aku cakap nak dok umah jer menunggu sesuatu..
Menunggu sesuatu..?
Tunggu apa..?
Mak aku cakap tunggu gaji...
Laaaaaaa🤣🤣🤣🤣
Ingatkan ada tetamu ke....