Salam Lebaran 1445(2024) memasuki hari ke 4 sudah..Semoga rakan rakan taulan dari seluruh pelusok dunia dalam keadaan sejahtera dan dirahmati Allah s.w.t
Seperti kebiasaan kebanyakan orang.. saya juga memang beraya di kampung..
Cuma sedihnya,ini merupakan tahun ke-5 penduduk kampung beraya tanpa air.Dah 5 tahun hari raya saja,bekalan air akan putus tanpa setitis pun mengalir dari paip.Tahun ini hampir setiap katanya memang tiada air.Hanya menjelang tengah malam baru ada air mengalir perlahan dan akan terhenti menjelang pagi.Maka,kaum ibu akan berjaga dan tidak lena tidur menadah air untuk kegunaan isi rumah pada esoknya.Itulah rutin mereka sepanjang puasa.Lebih sedih,3 hari menjelang raya ,malam pun tiada air.Ada lori hantar air katanya tapi YTJT.Mak mak lah paling gelisah bila tiada air,lebih lebih lagi bulan puasa dan musim perayaan
Kami bernasib baik kerana rumah kami kat pekan tiada masalah air.Dapatlah saya dan Achik memasak untuk bawa balik kampung dan menjamu tetamu di kampung.Jom jamu mata melihat antara kemeriahan hidangan pagi raya kami @ kampung.
Lemang Pulut.Antara hidangan wajib pagi raya sejak Pakcik menjadi sebahagian ahli keluarga kami lebih 2 dekad yang lalu hingga hari ini.Maklumlah Pakcik kan orang Jerantut,Pahang.Tiadalah ertinya raya bagi orang Pahang jika tiada lemang & daging kerbau kan...😁
Ketupat Pulut dan Ketupat Daun Buluh..Ketupat pulut mak buat 3kg pulut menghasilkan 6kg ketupat siap masak.
Ketupat Daun Buluh macam biasa kami akan order sahaja kerana tak reti buat.Lagipun bukan boleh buat dengan sembarangan daun buluh dan kami tiada pokok buluh khas untuk buat ketupat tu
Ketupat Nasi a.k.a nasi impit..Walaupun kami orang Kedah..Lontong dan Lodeh menjadi antara hidangan wajib.Kalau tak raya pertama...raya ke-2 akan masak jugak lontong
1 flask Nasi Beriyani..
Saya masak menggunakan Noxxa PC Achik & masukkan dalam flask supaya kekal panas.
Ayam Masak Merah....menjadi menu tahunan setiap kali raya
Kali ni masak 4 ekor ayam
Kari Daging by mak...Mak masak Gulai Daging Kerisik
Daging Kerbau Masak Pahang...by Achik...Lauk wajib Achik sediakan kerana ini fav Pakcik untuk makan bersama lemang
Ayam Pencen Rendang Hijau...
By Achik
Menjadi menu wajib setiap tahun.
Lontong Rencah Udang...Satu flask penuh Achik masak sarat dengan udang..
Ayam Masak Briyani by Achik..
Sambal Petai Tempoyak by Achik..untuk sapa yang nak makan dengan nasi putih
Laksa Condiment..
Achik memang pandai masak kuah Laksa Penang...Saya hanya tau masak laksa kuah lemak utara saja..Pernah ja saya masak kuah laksa utara macam Achik tapi tak sedap...hihihi
Kek Marble Coklat & Old Skol Marble ..marble chocolate by Achik...
Old Skol Marble tu mertua Adah bagi sebiji besar untuk bawa balik kampung..
Chocolate Marble & tuannya...hihihi
Pandan Gula Melaka Cake...Achik hadiahkan untuk future mother...hihihi
Kuih Raya...
- Samprit Terik
- Samprit Dahlia
- Mazola
-Oats Chocolate
- Tart Nanas
-Famous Amos
- Bangkit Kelapa
-Baulu
- Karas
-Kerepek Pisang
Minuman buat 2 tong
Laku keras terutama kanak- kanak & orang muda.
Sun Valley Granedine + Mango Sunquick.
Terima kasih cikgu Amie atas idea yang diberi..Alhamdulillah sangat sedap...Dua gandingan air green tea dan granedine memang laku keras dalam cuaca panas membahang pada hari raya pertama.
Takdan nak amik video proper...Sekali lalu sahaja.Ni pun dah ada yang tak sempat top up bekasnya...
Tetamu juga bertali arus seusai solat sunat Aidilfitri kerana kebetulan rumah mak berdekatan surau kampung..Alhamdulillah..
Nanti kita share suasa kunjungan tetamu dalam next entri..
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin