Sunday, 24 September 2023

BEKAL KERJA SEMINGGU

 Lagi antara bekal Cella pi kerja..



Day 1:
Nasi Putih
Sambal Udang
Sayur Kacang Panjang Tempe


Saya memang ada sediakan bahan kisar sesiap dalam peti ais untuk mudahkan kerja  masak.
Cili Kisar
Bawang Besar Kisar
Bawang Putih Kisar
* Bawang bawangan saya blend tak gun air tapi saya  menggunakan minyak masak sepenuhnya supaya tahan lebih lama.Setakat seminggu dua mwmang elok ja.Kalau ada idea lain boleh share ye rakan-rakan.


SAMBAL UDANG
300 gm udang
½ cawan cili blend( cili ni memang pekat kental- saya beli dari Rose)
1 sudu bawang kisar
½ sudu bawang putih kisar
1 asam keping ( saiz keci)
minyak,gula garam

1. Gaul.sikit garam dan serbuk kunyit pada udang.

2. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng udang hingga bwrtukar warna merah cantik dan masak.Ketepikan.

3. Tambah ¼ cawan minyak dalam bekas goreng udang tadi dan tumis bawangan dan cili blend.Masukkan asam keping dan masak hingga naik minyak ,baru masukkan udang.

4. Perisakan dengan garam dan sedikit gula perang.Sesuaikan rasa.



SAYUR KACANG PANJANG & TEMPE TUMIS PEDAS
2 keping tempe- potong dadu
1 cekak kacang panjang 
5 bawang putih- ketuk pecah-pecah
10 cili padi merah vietnam- hiris serong( kalau taknak pedas skip cili)
Sejemput bilis bersih
minyak,garam,gula,kicap cair

1. Panaskan minyak anggaran ¼ cawan dan goreng tempe hingga garing.Ketepikan.Goreng pula bilis dan ketepikan.

2. Dalam minyak sama,tumis bawang putih yang diketuk dan cili padi yang dihiris serong.

3. Bila harum dan nampak bawang masak,masukkan kacang panjang & tempe serta bilis.

4. Perisakan dan siap
* saya memang tidak tambah air langsung.


Day 2:
Mee Telur & Telur Rebus



Saya gunakan mee telur cap 3 ayam 



MEE TELUR GORENG 
 RENCAH AYAM
1 bungkus mee telur cap 3 ayam
1 keping dada ayam
1 sudu cili blend + 1 sudu bawang blend
Cili merah & daun sup
Minyak,kicap,garam,
Telur rebus

1. Jerang air untuk celur mee.

2. Potong dadu isi ayam & perisakan dengan sikit garam & kicap.

3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam hingga masak.

4. Tambahkan bahan blend dan sikit air.Masak hingga pecah minyak.

5. Celur mee dalam air mendidih dan bila nampak mee dah lerai terus cedok dan masukkan dalam tumisan.

6. Renjis kicap dan perisakan ikut kesesuaian.Tabur daun sup

**1 bungkus mee ni sesuai untuk 
2-3 orang



DAY 3:
Nasi Putih
Ayam Berlada
Ulam Timun


Saya suka beli ayam bahagian dada sahaja untuk masak bekal dan untuk rencah mee,mihun etc.Ini kerana bahagian dada mudah disiang,ambil masa cepat untuk empuk dan mudah nak makan takda tulang.


AYAM BERLADA
2 keping dada ayam-dadu
minyak,garam,gula,daun sup.

Bahan Blend:
6 cili merah
5 cili padi merah( kalau tak suka pedas boleh skip)
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Gaul isi.aayam dengan garam dan serbuk kunyit 

2. Panaskan ½ cawan minyak dan goreng isi ayam hingga masak.

3. Tanpa angkat ayam,terus curah baham blend .Terus masak hingga naik minyak.

4. Perisakan dan tabur daun sup


Daun sup & daun bawang selalu menjadi eksesori hidangan saya kerana saya sukakan warna warni.
Masakan biasa akan lebih menyerlah dengan taburan dedaun sup/bawang.Bandingkan pic diatas dan bawah...iaitu  sebelum dan selepas tabur daun sup..bereza effectnya kan...



DAY  4
VERMICELLI SARDIN ADABI TIN MERAH 

Saya gunakan sardin Adabi yang tin merah ni.Sosnya lebih sedap,merah menarik dan ikannya pula hanya sebesar jari telunjuk.Setiap tin ada 5-7 ekor ikan kecilnya.

PASTA VERMICELLI SARDIN ADABI TIN MERAH
½ paket pasta vermicelli
1 tin kecik sardin Adabi tin merah
½ bawanh Holland cincang
3 bawang putih cincang
1 tomato masak- cincang
5 cili padi merah( boleh skip juka taknak pedas)
1 sudu chilly flakes
1 kiub bilis/ayam
minyak,garam,daun sup/ basil

1. Jerang air + ½ sudu teh garam untuk rebus pasta.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang bawangan,cili padi  dan tomato cincang.

3. Rebus pasta hingga ½ masak sahaja.Lebih kurng 3 minit sahaja.

4. Masukkan kiub ayam,sardin dan sosnya dalam tumisan.

5. Terus kaut pasta dari air mendidih dan terus masukkan dalam tumisan.Tidak mengapa jika pasta belum cukup lembut kerana kita akan terus memasak dalam sosnya.Lagi pun pasta lebih sedap jika sekadar al dente.

6. Kacau gaul rata & sesuaikan rasa.
Tabur chilly flkes,daun sup @ nak lagi sesuai gunakan sweet basil.


Ikan kecilnya nampak menarik sebab masak sekor sekor tanpa dihancurkan.



DAY 5
MEE TELUR KICAP PEDAS

Lebih kurang mee telur day 2..
Cuma mee telur yang ni versi simpl dimple...


                          pic google
Hanya guna kicap pedas ni semata..sebab dah cukup masin,manis dsn pedasnya.

MEE TELUR KICAP PEDAS
1 bungkus mee telur cap ayam
3 bawang putih - ketuk
½ cawan isi ayam kiub
minyak 
telur rebus

1. Jerang air untuk celur mee

2. Panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih 

3. Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak.

4. Sementara itu celur mee dan terus masukkan dalam tumisan 

5. Rejis kicap pedas dan gaul rata.Masak hingga naik wap dan mee lembut.Sesuaikan rasa & tabur daun sup.



Telur rebus antara sumber protien yang mudah.



BRUNCH @ TEPIAN BANGI

 Last makan kat luar,dua minggu lepas rasanya.Sarapan kat Anjung Selera Bandar Tun Razak bersama besan saya.Kebetulan depa datang nak ambil baju-baju Adah yang terlebih berat lagage masa kat KLIA 2 hari tu. Depa nak masukkan dalam kereta yang akan di post ke Tawau tu.Terlanjur depa nak datang ambil waktu pagi pulak tu,saya ajak depa sarapan kat luar & depa pilih nak makan lontong.Maka saya bawa ke Anjung Selera BTR tu.

Pastu,ni la pula baru keluar makan kat luar.



Hari ni & semalam  Cella off..
Ajak dia brunch @ Tepian Bangi..
Tinggal seminggu lagi berbaki sebelum masuk sem baru.
Alhamdulillah,baru selesai brunch..

Brrrp..harap-harap bertahan sampai petang..sebab dah kira brunch kan🤭


Cella biasa la akan pilih set roti bakar ni bersama kopi panas.

Pastinya gandingannya telur ½ masak.


Saya pilih Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol..
Sayangnya nasinya kembang dan tawar pada tekak saya.. Gulai tu guna tongkol putih yang lembut  isinya..Saya suka tongkol hitam yang isi lebih keras.Salah caturan pulak pilihan  hari ni..hihihi..


Ambil juga sekeping lempeng kelapa vs  sejemput sambal udang


Bismillah....
Total: RM 28++

Nampak kat situ...selang beberapa kedai ada Restoran Asam Pedas.Ingat lain kali nak try la asam pedas kat situ.Nyesal pulak tadi tak try kat situ padahal dah buka dah restoran tu...


Lepas makan,elok masuk kerata, Adah call...
Dia asyik dok tanya bila nak ke Tawau...
Amboi,tak sampai sebulan lagi kot depa kat sana..
Saya kata kat dia
"Ampa dok la bagi tahwan dulu timur barat utara selatannya nak ajak kami pi sana pun ...hihihi"

Dia & suami tengah pilih ikan kat pasar 




Semalam dia kata depa dua pi Semporna...
Dari Tawau ke Semporna,Adah kata 1 jam ++  jugak la drive santai.


Dia dok layur la....ajak pi pulau-pulau kat sana tu ..
Katanya kalau amik pakej RM1000++ 
Tapi kata Adah kalau datang Tawau takyah la amik pakej  kalau nak ke pulau-pulau tu..
Just day trip dah memadai.
Day trip katanya  dalam RM80 ja..
Ish....nak kena plan jugak ni 



Friday, 22 September 2023

BEKAL KE TEMPAT KERJA- DULU BEKAL KE SEKOLAH

 Salam Jumaat penuh barokah.Semoga semuanya dalam limpahan kasih sayang Allah s.w.t

Bekal Cella hari ni
Nasi Putih renjis kicap lemak manis.
Lauknya Udang Goreng Kunyit+ Buncis.



Masak 10 ekor sahaja udangnya.
+ 10 batang kacang buncis,bawang dan cili padi merah untuk kasi pedas sikit.


Semua tu terus tuang dalam tupperware bekal dia.Anak jantan tu tak makan udang.Saya pula tak minat sangat dengan udang-udangan ni.Saya lebih suka ikan goreng.

Spaghetti Bolognese
Semalam..Hari Khamis  punya bekal dia ....Anak jantan tu pun sama makan ni jugak.
Ni pun bukan kesukaan saya juga.Masak hanya untuk depa dua beradik..Saya tak bawa bekal semalam.Sahur ja makan roti .


Bekal hari Rabu.
Nasi Putih
Sup Pedas Ayam 
Telur Dadar..
Bekal Cella hari Rabu..


Hari Selasa bawa nasi impit



Bersama Rendang Ayam Pucuk Ubi.
Isnin punya bekal takda pic.Lupa nak snap.

Dua bulan ni sepanjang sepanjang Ogos dan September ni memang setiap hari kerja bawa bekal.Salah satu sebab dia kata dia ambil break yang pendek.Sepatutnya lunch break 1 jam.Tapi dia minta break dua kali.Alhamdulillah,walaupun bos Cina tapi dia benarkan bila bagitau nak break 2x untuk solat.Setengah jam untuk lunch dan setengah jam lagi break petang sikit  untuk  solat sekali harung.
Setengah jam sahaja takdan nak beli makanan.Walaupun depan tempat kerja tu banyak gerai dan food truck tapi lunch hour ramai orang & nak kena beratur.
Sebab tu nak bawa bekal katanya..
TAPI....macam la kita tak tau..sebab UTAMA dia bawa bekal sebab boleh  jimat duit dia🤭
Kalau tak bawa bekal kena keluar modal sendiri beli makanan.Kalau bawa  bekal..modal bekal dari  mak...🤣

Berbaki lagi seminggu dia kerja..
1 Oktober dah masuk sem baru..




Thursday, 21 September 2023

JOM,KENALI BUAH BEKA & CARA BUAT KERABU BUAH BEKA

 

Kerabu Buah Beka...
Ni antara makanan nostalgia bagi saya.Sejak kecik dah kenal kerabu beka kerana pokoknya tumbuh meliar diserata pelosok kampung terutama tepi bendang.


Ini yang panjang dan macam papan ni la Buah Beka...
Yang lain tu ads buah cempedak,pucuk daun palas,rambutan dan sebelah buah rambutan tu sireh buat makan dengan pinang..Ambil kat kampung beberapa minggu lepas
Rasanya tak semua kenal buah yang satu ini.Tetapi bagi kebanyakan negeri di utara seperti Kedah dan Perlis memang ada buah beka ni.Begitu juga dengan  Kelantan dan Trengganu kerana bila tanya rakan-rakan orang sana depa kenal buah beka tapi disebut Buah Beko.
Di Thailand juga ada buah beka ni.Saya pernah nampak dalam youtube

Ni la pokok beka di kampung saya dekat dengan rumah mak kat kampung.Pokoknya tinggi kerana tidak dipangkas.
Kalau rajin pangkas,pokoknya boleh merendang dan tidaklah tinggi.Cuma kalau selalu dipangkas,buahnya akan sedikit pendek dan tidaklah sepanjang buah beka liar yang pokoknya dibiar tinggi.Pokok beka ni selain dimakan buahnya,pucuknya juga sedap dijadikan ulam mentah,ulam rebus dan dijadikan kerabu.Tapi kali ni nak share pasal buah beka sahaja.

Hanya buah beka yang masih muda boleh dimakan kerana kalau dah tua ianya keras dan berserat.Cara nak tengok masih muda ialah dengan mematahkan kepala atau ekor atau mana mana bahagian buah beka.Jika mudah patah maknanya masih muda.Jika liat tak boleh patahkan,tandanya buah beka dah tua dan tak sesuai lagi nak makan.
Pucuk muda dan buah muda dijadikan ulam dan kerabu.


                    pic google
Jika buahnya dibiarkan tidak dipetik,buahnya akan keras dan seterusnya bertukar dari warna hijau menjadi warna hitam.Buah beka yang dah hitam lama-kelamaan akan terbelah dua dan keluarkah biji benihnya yang bewarna putih,nipis dan ringan selebar 2 jari berterbangan di tiup angin.Kalau musim kemarau panas buah yang masak mudah pecah dan banyaklah biji benih beka berterbangan menjadi acara kejar-kejar biji benih yang terbang di tiup angin tu.Kulit buahnya yang panjang tu akan gugur kebumi dan kami kutip pula jadi mainan pedang-pedang.Itulah secebis kenangan dengan buah beka ni zaman kanak-kanak.

Jom tengok cara masak buah beka ni pulak..

Sebelum buat kerabu,kena bakar dulu buah beka ni..
Saya patahkan menjadi beberapa bahagian agar mudah nak kendalaikan.


Kalau nak sedap lagi kena bakar guna dapur kayu .Tapi la ni payah la nak jumpa dapur kayu.Maka dapur gas la jadi altenatif.



Selain dibakar,buah beka juga boleh direbus hingga empuk.Tapi saya tak pernah lagi cuba versi rebus.Dah terbiasa versi bakar sebab kata mak saya kalau rebus ianya tidak selembut dibakar.Bila dibakar,kulitnya mudah ditanggal,sebaliknya kalau rebus kulit kekal tak longkah/lekang.Bakar juga menjadikan buah beka mengeluarkan aroma khas yang harum ( bukan wangi macam bau bunga tapi bau khas macam bau orang layur ayam tu)


Bakar hingga kulitnya bergelembong kecik kecik dan kulitnya sedikit hangus.


 Biar sejuk sekejap 


Kemudia dibasuh sambil gosok-gosok kulit yang terbakar tu.


Baginilah rupanya buah beka yang sudah dibakar dan dibasuh untuk tanggalkan sel-sel mati pada kukitnya🤭🤣


Kemudian hirislah buah beka tadi..


Ikut suka nak hiris tebal atau nipis.


Ni saya hiris tebal sebab nak jadikan ulam cicah sambal belacan.


Sebabnya tak menyabar nak makan buah beka ni..Takdan jadi kerabu,kita makan ja sebagai ulam.



Ni pula saya hiris lebih nipis.


Sebahagian  nak dijadikan kerabu.Manakala selebihnyanya nak difrozenkan.Maklumlah buah rare ni payah nak dapat.Bila dapat,kita proses dan frozenkan juga untuk stok tatkla craving..hihihi
Bila teringin,just reheatkan dan sedia dijadikan kerabu....


KERABU BUAH BEKA
1 keping buah beka
5 bawang merah- hiris nipis
1 sudu serbuk beras goreng
( sangai beras dan blend kasar)
1 cawan santan pekat
2 sudu kerisik 
gula,garam,limau nipis.

Bahan Tumbuk:
2 batang serai
3 hiris lengkuas.

Bahan Sambal Belacan:
10 cili padi merah + hijau
1 cili merah
1 ketul belacan besar ibu jari.

1. Bakar dan bersihkan buah beka serta hiris nipis.

2. Campurkan bahan tumbuk dengan bawang hiris,sambal belacan dan santan pekat.

3. Campur juga kerisik dan serbuk beras serta perisakan dengan garam dan sikit gula.Perah limau nipis dan sesuaikan rasa masam,masin dan secubit manisnya.

4. Masukkan hirisan buah beka dan gaul rata.Sedia dihidangkan.

** Kalau di kampung saya,kerabu beka ini jiga dicampur tauge celur.Ada masa dicampur perut lembu yang sudah direbus terutama masa raya qurban.


Rasa kerabu  buah beka ni seakan  rasa kerabu perut lembu dan sedikit pahit-pahit lemak.Sedikit sahaja pahitnya.Bagi yang menggemari,pastilah menyukai dan merindui kerana sbb susah juga nak dapat.
Buat kerabu ni ada banyak versi..Selain buat kerabu guna serai lengkuas macam ni...Saya juga pernah share buat BUAT KERABU BUAH BEKA ( versi guna isi ikan rebus)

Selain buahnya,pucuk beka sedap dijadikan kerabu.
Saya juga pernah olahkan pucuk beka menjadi PUCUK BEKA REBUS TUMIS PEDAS..kat sini

Buah beka pun rupanya ada di Thailand & depa orang Melayu Patani pun panggil Buah Beka juga.
Cara depa buat kerabu pun lebih kurang sama.Saya share link youtube Salee Style - CARA BUAT KERABU BUAH BEKA..Saya suka tengok chanel mek Pattani ni kerana persekitaran dan masakannya ada banyak persamaan dengan kampung saya dulu-dulu tahun 80-an.Dialek pertuturannya juga walau bercampur dialek Kelantan,namun lebih 70% dialek tu sama dengan dialek pertuturan generasi tua kampung saya.Malah mak mak saudara saya dulu banyak menggunakan dialek sama iaitu dialek Pattani.....

Wednesday, 20 September 2023

BEBOLA KELEDEK

 

Tengok bebola keledek pasti ramai auto akan ingat bebola keledek kat Pasar Malam Golden Hill Cameron Higland kan....


Tapi bila ada keledek,kadang terlupa nak buat kuih ni.Padahal nak buat bukan susah sangat pun.Kuihnya sedap dan comel.Buat bite size senang nak makan.

Ni saya masak buat kudapan petang,sehari sebelum anak menantu fly ke Sabah.Depa dok kalut kemas lagage..saya masak la bebola ni buat kudapan.Resipi saya hanya c&p dari oldpost


BEBOLA KELEDEK MANIS
5ketul ubi keledek manis - rebus empuk
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng

1. Rebus/kukus keledek manis hingga lembut
2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas & kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & telung pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras + sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jikan suka  salut bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel

**Tips..
Lenyek ubi masa masih panas kerana lebih mudah lenyek. TETAPI jngan masukkan tepung masa ubi lenyek masih panas kerana nanti dough akan mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih kurang sedap. Sebaliknya ,masukkan tepung setelah adunan ubi lenyek sejuk
Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak yang menggunakan keledek rebus. 


Kukus keledek hingga empuk 
Kuali ni kan..dah jadi multi purpose.Kuali ni la nak goreng kuih,kuali ni la nak masak wajik,kuali ni la jadi pengukus sebab malas nak keluarkan pengukus lain.
Walau ada beberapa kuali lain,pasti ada satu kuali yang jadi kuali favourite kita kan....hihihi
Bekas berlubang tu saya beli kat Eco ja..Beli masa harga barangan Eco masih RM2.10 dulu lagi..Sekarang barangan Eco rasanya dah RM2.60 kot(dah lama tak masuk Eco)🤭Pastu beli juga penutup.
Saya suka masak apa pun dalam kuali sebab senang nak kendalikan.Dah siap masak baru tuang dalam periuk atau bekas lain.

Saya hiris keledek tidak tebal supaya cepat empuk.


Lenyek cara mak-mak kampungan macam saya hanya guna gelas ja🤭
Bukan takda pelenyek kentang tu tapi dah terbiasa guna gelas lagi cepat..hihihi

Masukkan gula dan garam juga


Masukkna tepung dan uli sebati hingga dapat dough lembut yang boleh dibentuk.



Bentukkan bebola sebesar fishball


Goreng terendam sambil dibalik-balikkan supaya masak garing sekata.


Siap kuihnya...
Kalau untuk idea bekal anak sekolah boleh cucuk pada lidi sate atau pencucuk yang fancy.Pasti anak suka.Lagipun keledek orwn ni kan kaya carotine dan bagus untuk penghadaman anak.Kalau nak buat hidangan majlis kecil kecilan pun sesuai..
 Nak nampak vogue,boleh cucuk-cucuk guna lidi koktel atau guna saja lidi cungkil gigi tu pun sesuai.