My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Showing posts with label Pelajaran. Show all posts
Showing posts with label Pelajaran. Show all posts

Monday, 15 June 2026

KE KAMPUNG WARNA -WARNI,PERLIS

Entri tertangguh  minggu lepas punya minggu lepas, Selesai sarapan @ SARAPAN WARUNG TEPI SAWAH......Achik ajak pi Kampung Warna-Warni..

Ini merupakan kunjungan kami kali ke 2 ke Kampung Waena Warni ni 

kali pertama pi tahun lepas ...tak ingat bulan berapa tapi tak masukkan dalam blog sebab lupa🤭

Ni kami datang lagi ...Achik belanja lagi...hehehe




Ala tak ingat apa nama kenderaan ni. Ok dah googlwm..Namanya " choley"Motisikal yang diubahsuai  jadi macam beca ni...Boleh memuatkan 5-6 orang bergantung saiz orangnya..Macam kami ni ada 5 orang .
Yang perempuan duduk atas seat berbumbung kuning tu...Haikal membomceng. elakang penunggang  atas  seat motor tu..


Kami dapat choley nu...Pemandunya seorang anak muda kampung ni juga.Tapi yang atas choley  adalah Haikal yet!🤣..Pemandu choley tengah jadi jurugambar rakam gambar kami semua...Tak adalah wajah pemandu choley tu
Tapi ....tapi....nantikan entri lain lepas ni....beberapa hari kemudaian,kami TERJUMPA choley purple dan pemandu yang sama di satu even kat Pendang!!!
Nak tau wajah pemandu choley ni dan even apa kat Pendang tu?
Nantikan yer!!!

Hari ni kita cerita pasal Kampung Warna Warni ni dulu yer...
1 kepala RM5..( Tapi ada yang mengenakan charted RM35  untuk sebuah choley ni.Ikut nasih la dapat harga terbaik ..hihihi.Tak ada sangat limit berapa lama tapi cukup mengelilingi seluruh perkampungan Kampung Warna Warni yang mengandungi 7 buah kampung kecil di dalamnya iatu 
Kampung Tengah
Kampubg Hujung Tanjung
Kampung Tandiap
Kampung Baru Seberang
Kampung Seberang Alor
Kampung Seberang Jaya
Kampung Pulau Ketam



Penerokaan bermula dari Kampung Tengah iaitu kampung paling depan





Memang kampungnya warna warni..Semua kampung dalam ni mempunyai pilihan warna sindiri.Ada kampung yang pilih warna pelangi.Ada yang pilih warna bendera Perlis dsn lain lain.

Menurut penunggang(nak panggil penunggang ke pemandau ek?) yang jiga merwngkap tourist guide ..Kampubg Warna Warni ni merupakan kampung angkat diraja Perlis.Diilhamkan pemerintah untuk mencantik dan menjadi daya penafik sekali gus menjana ekonomi  dengan  peluang pekerjan kepada penduduk sama ada melalui jualan hasil industri kampung seeprti makanan ringan kraftangan dan juga pengangkutan  choley tu .





.

Walaupun kampung tradisional nelayan namun harus dipuji usaha kerajaan pemerintah yang bijak dan prihatin akan rakyatnya.Berfikir diluar kotak menbangunkan ekonomi rakyat ....
Haaaaaa...tetiba rasa nak jadi ahli politik pulak...🤣





Sepanjang meneroka beberapa buah kampung ni ada banyak port persinggahan  yang menawarkan  keisti.ewaan masing masing seperti jualan makanan ringan industri kecil kampung ni dan juga kraftangan.Paling tidak pun ada info dan sejarah ya g menarik menjadi info 




Kami meneruskan perjalanan ke Kampung Hujung Tanjung.... tidak banyak singgah kerana. saya,Acik,mak dan Haikal dah pernah datang sini..Hanya Cella ja ni merupakan.
 ¹st time dia...Tapi Cella lebih teruja nak ke Hujung Tanjung bila Haikal ceritakan  view menarik dari jambatan di Kampung Hujung Tanjung.


Sebelum sampai jambatan tu ada satu port persinggahan jualan cucur udang..tourist guide kami yang peramah tu dah tolong pesankan RM20 cucur udang.Nanti dah turun jambatan nanti boleh terus pick up cucur udang tu...So,takyah la kami nak que panjang ..Tak buang masa.



Pastinya pelancong tidak menolak untuk singgah di port Hujung Tanjung ini


Jambatan Putra menjadi tarikan.,.
Jambatan merentangi kualanmenghububgkan kampung Hujung Tanjung ni dengan Kuala Perlis..
Saya tak pasti berapa ketinggian tapi cukup untuk membuat saya gayat dan tak mampu nak naik hingga ke puncak ketinggiannya...
Sebelum ni datang saya dan Achik hanya naik ¼ sahaja..Kali ni langsung tak naik..Hanya Cella dan Haikal yang naik jbatan tu tak tau depa naik sampai seberang sana atau hingga puncak yang tertinggi tu.


Jabatan Putera....Juga dikenali Jambatan Syed Putera @ Jambatan Pelangi...juga warna warni...warna pelangi
Saya &Achik hanya pernah naik ¼ atau mungkin tak sampai pun ¼ penjang jambatan ni kerana gayattt yang amat...




View dari atas Jambatan Putera...By Cella

Lagi view dari atas Jambatan Puteru...Saya hanya tumpang tengok dari video kerana tak berani nak naik sampai ke atas...GAYATTTT!!!🙈

Menurut info dari pemandu choley tu...Kalau kita berada dipuncak jambatan  tu boleh nampak bukit bukit di Langkawi dan juga sempadan Thailand..

Mungkinkah itu Langkawi?
Atau sempadan Thailand?




Pandangan dari atas.....yang dinikmati oleh Cella dan Haikal ...
Pelantar macam neti kat bawah tu lah tempat kami berani pijak pun...
Mereka melihat kami dari atas




Kami melihat mereka di atas dari bawah sini.....Sayup puncak Jambatan Putera .....
Saya dan Achik bersama mak hanya meninjau view dari bawah sahaja...


Kat bawah pun tak kurang menarik...
Melihat persekitaran rumah rumah belayan yang berwarna warni adalah pemandangan yang bukan kebiasaannwalaupun mungkin ada ditempat lain juga barangkinya..



Ada burung sedang menanti mangsanya si ikan ..Jika timbul ikan tu...alamatlah pendek nyawa ikan tu...hihihi

Pokok pokok bakau dan pokok pedada ni mengingatkan saya kepada habitat serangga kelip-kelip.Dulu di kampung kalau malam memang meriah kelip-,kelip terbang beecahaya bagaikan lampu kecil.Balik.kampung baru ni saya sempat nampak seekor kelip-kelip terbang di belakang rumah mak kat kampung.Bila masuk rumah nak ambil handphone untuk rakam video...keluar semula dah tak nampak kelip kelip tu hilang dibalik semak...Tak berani nak jejak takut masuk ke donia lain pulak kang...hihihu
dah la masa raya haji masih kecoh dengan kehilangan Jaslinda di gunung apa tu...lupa dah....
Achik rakamkan gambar mak di kaki jambatan



Kami hanya melihat view dari sini..
itupun gayat yang amat dah ...Nampak air bergolak kat bawah tu...rasa nak merangkak ja...gayat rakut jatuh dalam air tu...hihihi
Kat bawah rumah rumah tu nampak jelas ikan ikan lut sinar  berbadan panjang dan bersaiz jari telunjuk banyak berenang renang...Tak tau apa nama ikan tu tapi banyak la..
Teringat perkampungan air di Semporna...Masih tertangguh cerita jelajah beberapa buah pulau di Semporna bulan lepas...Dah tiga kali ke Semporna tak sempat nak buat posting....bz apa entah...hihihi



Asyik dok layan view...pandang atas...noh! awan macam akan memuntahkan hujan bila -bila masa...



Ramai pengunjung dah mula mendapatkan choley masing masing...kerana hujan dah mula gerimis
So,kalau nak datang Perlis ni antara bulan Januari hingga April mungkin masa terbaik kerana musim panas dan juga musim buah Mangga Harumanis.
Menurut pemandu choley ni..sekarang dah masuk Jun..dah kira musim hujan dan juga berakhirlah musim harumanis.



Bagai dijangka.....hujan mula mencurah...pemandu choley sibuk mencari penumpang yang dah ke mana-mana dah masa tueun tadi.Bagusnya mereka pemandu choley ni dilatih dengan pebgetahuan info untuk disampaikan kepada parang pengunjung sesambil membonceng sambil lalu setiap lorong kampung sambil diselitkan info berkaitan kampung ni..Mereka juga dilatih skill komunikasi yang bagus...Kalau mak mak..bapak-bapak..makcik makcik datang seorang atau berdua atau beramai,jangan risau bab bergambar ..pemandu choley ni muda muda belaka depa boleh tolong..Ramah dan sopan tuturnkata melayan pengunjung..Sesuatu yabg harus dicontohi..


Pemandu choley berusaha memasang tabir plastik untuk memastikan penumpang tidak basah ..Rasa macam  motor dan skuter kat China pula...

Kami berpatah balik dari Hujung Tanjung dan akan singgahengambil pesanan cucur udang ya g dipesan tadi



Coq udang dah ambil.....
See...cucur udangnya penuh udang yer...
RM1/pc....sangat berbaloi kan....penuh udang
sebab tu saya pesan RM20 untuk 20 keping cucur penuh udang ni..



Inilah rupa cucur udang tu RM1...
Tu yang saya jadi tamak terus pesan 20 pcs.Hajat nak bawa balik juga untuk Aqil & Pakcik u tuk dwpa rasa sebab Aqil & Pakcik tak ikut.
sayangnya cucur udang hari ni agak kemasinan dan udang dari je is lain berbanding yang lernah rasa sebelum ni.Udangnya masih banyak cuma tidak serangup sebelum ni.
mungkin jenis udang berbeza membuatkan  rasa sedikit berbeza



Ini pula pic cucur udang tahun lepas...Untuk  bandingan cucur udang di tempat yang sama tapi ni pic cucur udang yang Achik beli masa kami datang Kampung Warna warni ni tahun lepas..Pada tekak saya cucur udang ya g tahun lepas tu lagi sedap hingga masih teringat ingat...dah la seringgit jer kan....
Mungkin sekarang bukan musim udang ni agaknya..
So,kalau datang sini jangan lupa pesan cucur udang yer .



Dalam kehujanan tu pemandu bawa pula ke Rumah Diodol iaitu salah sebuah rumah dalam kawasan sama yang menjual aneka produk makanan tradisional .Antaranya dodol pulut,dodol pulut hitam..halwa maskat...putu dan aneka lagi...

Saya pastinya akan beli halwa maskat ..kesukaan saya.
Selain tu...2 dodol pulut hitam dan 2 dodol pulut biasa dan beberapa jenis kuih lagi kami beli...Sayangnya balik dah lupa nak snap gambar...hihihu

Apapun nak rekomen juga kalau datang sini silalah beli kedua dua jenis dodol tu...Pada tekak saya dodol depa antara yang tersedap pernah saya makan selain daripada Dodol Gula Enau Jerantut yang pakcik selalu order online.
Dodolnya cukup lemak manis..teeasa bintil bintil kecil menandakan dibuat daripada beras pulut kisar dan bukan tepung pulut segera.Tidak hairanlah menurut pemandu choley tu...Raja Perlis  dan puteri-puterinya selalu datang sini semata-mata nak beli dodol ni...Walau boleh pesan dan boleh request hantar ke istana,namun pasti ada sebab tersendiri membuatkan keluarga diraja itu sanggup mencemar duli ke kampung angkat baginda ini kan....
Cuma bagi saya tang halwa maskat,agak sedikit terganggu kerana depa letak banyak kismis dan kacang.Saya dambakan halwa maskat Pekan Rabu Alor Setar yang dulu dulu..Kuning lut sinar..berminyak dan hanya ada sedikit bijan.
***Untuk info...dodol ya g saya beli dari Rumah Dodol ni masih elok bertahan tanpa berubah rasa walau selepas 2 minggu bawa balik KL...Biasa kan kalau kita beli dodol masuk seminggu dodol aka. keras dan mudah parah serta akan bau tengik..tapi yang kami beli kat sini....kekal kenyal dan tidak keras patah...Apalah rahsia resipi mereka yet?
Jika berkunjung lagi ke sini..haruslah beli lagi .

Sebenarnya lepas singgah Rumah Dodol ...ada 2 ke 3 kampung lagi termasuk dalam pakej Kampung Waena Waeni ni..tapi kami minta pemandu choley skip jer sebab selain hujan,kami juga dah pernah datang sebelum ni...Lagi satu sebab...lepas Kampung Waena Warni ni...ada satu lagi tempat nak dituju...
Kemana?
Tunggu yer!













Thursday, 13 November 2025

PADI SUDAH MENGUNING

 

Semalam semasa di tempat kerja,saya ssmpat menyusuri  Laman Padi...

Melihat padi yang sedang menguning menanti masa untuk dituai..Bukanlah seluas sawah padi di kampung....Tidak juga seluas kebun terung tu..tapi cukup untuk dijadikan bahan rujukan ilmu menanam padi. Masa saya tiba di Laman Padi tu,Bayu sedang menyembur air menghalau serangga perosak padi iaitu "kesing" yang bila kita oegang dia akan meninggalkan bau macam bau daun ketumbar...Kata Bayu,nanti kita "ketam" padi ni menggunakan "alat ketaman" yang dia akan buat...

Masyaaa Allah.....rasa nak lompat bintang bila Bayu kata dia akan buat alat ketaman padi..Maha suci Allah yang menggerakkan saya berhijrah ke tempat sekarang ...Sangat banyak hikmah yang Allah kurniakan...Benarlah apa yang kita fikir ...apa yang kita sebut itu mejadi doa....kan...

Berada di tempat kerja baru ini seakan membawa saya kembali ke kampung sebelum waktunya...Allah mengurniakan apa yang selalu saya sebut...apa yang selalu saya fikirkan ...apa yang selalu saya angan-angankan iaitu nakkan ketenagan dikelilingi kehijauan alam...bermakn dengan tanah dan  tentang penanaman dan penternakan...

Hidup ni bukan sentiasa bahagia..Ada saja suka dan dukanya...gembira dan sedihnya..Namun kita higlight yang  seronok-seronok sahaja...hihihi



Padi sedang menguning.....
Padi yang mula disemai sejak penghujung Ogos ada saya kongsikan dalam posting 
DARI AIRCOND KE NATURE...masa baru kerja tempat baru



Tapi banyak juga "hampa" iaitu padi kosong yabg sudah tidak berisi .Hanya tinggal kulit padi.Puncanya sama ada disengat kesing ketika buah padi masih hijau.Buah padi muda masa masih hijau berisi cecair putih pekat yang kami sebut "susu padi"yang rasanya lemak manis  sangat disuka serangga "kesing" .Kesing akan sengat dan hisap cecair tu hingga kering.Buah padi tetap membesar tetapi sudah kosong ringan yang kita sebut "hampa padi"..selalunkita sebut hampa dan kecewa jer kan...hihihi
Mana-mana buah padi yang selamat dari kesing...cecair susu padi lama kelamaan akan keras membentuk "beras" .Padi yang tiada isi kita sebut hampa...manakala padi yang elok  berisi beras tu disebut "padi bernas" 
Haaa agaknya BERNAS tu pun bukans sekadar Beras Nasional ye..tetapi mengambil sempena padi yang berisi..





Bila padi dah mula berisi beras keras...kesing dah tak boleh nak sengat dah sebab keras...Tapi time ni tikus dan burung pipit pula bermaharaja lela..Tikus akan menyerang waktu malam...Burung pipit pula aktif waktu siang...Bukan sekor dua dia datang...Dibawa ya habis sekampung anak beranak adik beradik dia memakan buah buah padi yang sedang menguning tu..Pandai pulak dia tahu ada buah padi sedang menguning tu...hihihi
Depa makan senyap-senyap jer...Kita pun tak perasan sebab tak ada bunyi..Nampak pokok padi jer bergerak-gerak .Bila kita dekati ....menderu terbang berdecit decit bunyinya..Agaknya bagitau kawan kawan depa ada manusia datang & nak  suruh kawan-kawan dia  terbang la tu.



Padi yang telah disengat kesing tu kempia kering bewarna keputihan kerana sudahbkosong menjadi hampa.



Pic Google...
Ni la antara rupa serangga yang dipanggil "kesing" tu..serangga yang akan mwnyerang waktu buah padi masih muda .Kesing akan menyengat dan menyedut  beras yang masih berbentu cecair susu tu..
Kalau kita tangkap dan pegang kesing ni...bau diaaaaaaa busuk....dianbukan lah busuk macam bangkai...tapi bau seakan daun ketumbar tetapi lebih keras dan mnuauk hidung


Pic google
Ini  pun spesis kesing juga ni tapi lebih gemuk dan bulat..Bau dia sama busuk.
Hinggakan kalau kita buat umpan mengail pun ikan taknak makan..hihihu



Buah padi yang sedikit kuning dan masih ada warna hijau macam ni la yang mak saya swlalu ketam dan irik lalu disangai dan ditumbuk hingga kemek dan ditamoi buang kulitnya ..yang dinamakan emping..Tapinya daripada padi pulut la..Kalau padi biasa ( beras jawi) tidak sesuai kerana emping akan keras dan patah..Padi pulut masa belum matang bila disangai akan kenyal dan mudah pipih bila ditumbuk.


Bila buah padi menguning...daun daun padi juga turut kekuningan ,Mungkin memberi laluan nutrien kepada buah padi.
Saya ambil beberapa batang pokok padi untuk dijadikan serunai batang padi....Nantikan entry berikutnya tentang serunai batang padi yang sangat nostalgia.....





Thursday, 11 May 2023

BETUL KE BARANGAN TAK K3NA BAYAR?

 Orang cakap berangan tu free je kan?

Suka hati la nak berangan punya harta melimpah,punya mahligai impian,punya pasangan sempurna,menjelajah pelosok dunia dan sebagainya..

Boleh berangan apa sahaja kerana tak perlu bayar apa-apa kan..percuma!!!


Tapi benarkan berangan percuma???


Kalau berangan ni tidak percuma yer🤭
Berangan ni kena bayar..
Sekilo paling murah pun RM25.Tapi biasanya RM30 hingga mencecah RM50 bergantung kepada saiz dan kualiti.


Balik Kedah raya baru ni Adah & Achik berbeli berangan beberapa kali jugak la dengan jumlah keseluruhan hampir RM100 ..Dah macam beli durian..!
2x beli kat Pekan Jitra dan beberapa kali lagi beli kat Pendang.

 Berangan dari China katanya..Buahnya lebih besar dan kulit lebih lembut.


               Pic by Google
Berangan hutan atau berangan kampung.Buahnya sama tapi saiz kecil sebesar ibu jari tangan( lebih kurang saiz hazel nut)
Malaysia kita pun ada buah berangan yang tumbuh meliar terutama di hutan-hutan tebal.Dulu kat kampung saya juga banyak pokok berangan dalam hutan.Pokoknya besar macam pokok balak.Buahnya bergugus warna hijau,kulit berduri dan rupa seakan buah rambutan yang belum masak.Dalam buahnya itu mengandungi beberapa biji(yang kita panggil buah berangan tu sebenarnya ialah biji berangan.Buahnya yang matang akan pecah dan berserakanlah bijinya luruh ke bumi.Musim luruhnya sama dengan musim buah getah luruh/ gugur sekitar bulan Julai hingga September.

Buah berangan hutan juga pernah menjadi pendapatan sampingan untuk keluarga kami sekitar penghujung 80-an dulu. Bilamana tiba musim buah berangan luruh,mak akan mencari,mengutip buah berangan hutan dan menjual kepada peraih.
Biasanya mak akankeluar mencari berangan sebelum subuh sekitar pukul 4@5 pagi agar buah yang luruh pada malam tadinya belum dikutip orang lain.Selain itu,kena kutip awal pagi juga kerana buah berangan bukan sahaja menjadi buruan manusia tetapi juga haiwan terutama babi,monyet dan tupai.Saya pernah la ikut kawan-kawan cari buah berangan tapi waktu siang la.Kadang bila balik sekolah jalan kaki meredah hutan Bukit Kemuruk memang akan jumpa pokok berangan dan kami kutip buahnya.Tapi saya tak ada sangat pengalaman kutip buah berangan awal pagi kerana mak akan bawa Achik yang masa tu masih sekolah rendah sebagai peneman.Berbekalkan sebuah lampu picit dan sebuah guni,mak dan Achik akan meredah hutan di bukit kampung kami dalam kegelapan  dan kadangkala dalam hujan lebat serta bahaya binatang liar dan berbisa seperti babi dan ular demi mencari pendapatan sampingan.Buah berangan dikumpul beberapa hari agar banyak dan peraih akan datang beli beberapa hari sekali.Saya masih ingat,masa tu mak jual ikut sukatan
 "cupak dan gantang". Secupak(lebih kurang 1kg) dijual dengan harga seringgit manakala segantang( lebih kurang 4kg) dijual dengan harga RM4 sahaja.Tapi masa tu tahun 80-an nilai seringgit tu agak besar dan boleh beli sekati gula,sekati tepung dan sekati garam.

Masa tu buah berangan China belum meluas di negara kita.Kat stesen bas atau pasar minggu akan ada yang jual berangan hutan ni.Pembungkusan pun dulu bukan guna paper bag macam sekarang sebalingnya hanya surat khabar dibentuk kon. 


                pic google
Yang jenis macam ni kalau kat kampung saya dikenali sebagai berangan babi.Berangan babi pun boleh dimakan.Rupa bijinya sama sahaja seperti berangan hutan tapi kulit buahnya  tidak berduri.
Ketika hiking Gunung Kinabalu sekitar 2010 yang lalu saya penah temui banyak buah berangan ni ketika menggunakan laluan Mersilau.Tapi dua tahun sebelum tu saya hiking guna laluan Timpohon tak jumpa pulak pokok berangan.Mungkin sebab laluan Mersilau laluannya lebih panjang.Masa tu saya kutip buah-buah berangan tu.Tapi lepas tu teringat pesanan orang tua-tua...kalau masuk hutan jangan sembarangan ambil,maka saya buang semula buah-buah berangan tu..hihihi


            Ni pun pic dari Google.Kalau tak silap saya ninpun spesis berangan babi kerana kulit buahnya lebih licin tidak berduri.



                Pic Google

Ni pula spesias berangan Taiwan.Buahnya merah menarik dan bijinya hitam serta lebih bulat berbanding berangan biasa.Asalnya saya tergerak untuk mencari nama buah ni bila saya  nampak beberapa batang pokok berbuah lebat warna merah terang.Banyak burung-burung hitam riuh rendah makan buah ni di atas pokok.Saya nampak pokok dan buah ni masaKE PASAR TANI PERMAISURI.

Balik rumah saya search kat google untuk cari apa nama buah ni.
Saya memang meminati dan suka explore perkara berkaitan flora Macam-macam keyword saya guna untuk dapat maklumat bergambar dan bertulis.Lama jugak la baru dapat jawapan sebab memang payah la sikit nak cari maklumat jika hanya tengok buah tak tau nama...hihihi..
Rupanya buah tu ialah berangan Taiwan namanya.Boleh dimakan tapi katanya,tapi saya tak pernah lagi makan.

Kesimpulannya...
Berangan Itu Tidak Semua Percuma kan..?
🤭


*** Catatan saya ni hanya dari pengetahuan saya semata-mata.Jika ada salah boleh maklumkan untuk saya betulkan.

Monday, 3 October 2022

KALAU TIDAK BERADA-ADA,MASAKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH



"Kalau Tidak Berada-ada Masakan Tempua Bersarang Rendah"

Maksudnya : 
Jika seseorang melakukan sesuatu yang bukan kebiasaan,pasti ada sesuatu yang tersebunyi...

Contohnya kalau sebelum ni liat nak  pi kerja...tetiba,hari ni belum subuh dah sampai tempat kerja ...
mmm..macam tu la kot maksudnya🤣

Sarang brung tempua ini saya temui tergantung di pohon renek tepi sawah berhampiran rumah kami kat Kedah..Setelah diperhatikan,terdapat 6 buah sarang burung tempua tergantung di pohon renek tersebut


Sarang Burung Tempua biasanya dibuat diranting pokok yang tinggi.Dari pemerhatian saya sebagai anak kampung,biasanya burung tempua membuat sarangnya dihujung ranting atau kami panggil hujung julai.Bukan julai nama bulan tetapi julai tu bermaksud ranting paling hujung.Kerana letaknya sarang burung ni dihujung julai,yang tinggi,biasanya pemangsa yang lain seperti ular,biawak sukar untuk masuk ke sarang burung tempua.Sarangnya sangat ringan kerana dibuat dari anyaman rerumput dan daun lalang yang disiat-siat dengan paruhnya.Semakin lama semakin ringan kerana rerumput akan kering.Maka sebab itulah  ia boleh  dibina dihujung ranting halus sekalipun.Berat badan ular dan biawak pastinya tidak dapat meniti hingga hujung julai yang kecil atau dihujung pelepah daun kelapa yang tinggi.Maka semua akan menelan air liur sahajalah kerana tak dapat mencapai  telur atau anak burung tempua dalam sarangnya yang terbuai-buai ditiup angin..Manusia pun agak sukar nak mengambil sarang brung tempua ni kerana terlalu tinggi.


Kerana kebiasaannya burung tempua  ini sarangnya dibina tinggi di atas pokok,Maka jika tempua membina sarang diranting yang rendah,pastinya menjadi satu keanehan atau sesuatu yang bukan biasa.Menurut cerita orang-orang tua yang berpengalaman,jika burung tempua membuat sarang di dahan yang rendah,pastinya ada sesuatu yang menyebabkan burung tu berani mempertaruhkan sarangnya didahan rendah.Kata orang biasanya mesti dipokok tersebut ada sarang penyengat atau lebah atau tebuan bersarang.Tempua akan berasa selamat kerana pemangsa lain takut mendekati sarangnya kerana akan disengat oleh penyengat atau tebuan tersebut.Itulah "ada-berada" yang dimaksudkan..
Wallahua'lam......


pic Google : Burung Tempua membuat sarang

Saya tak dapat mengambil gambar burung tempua yang sedang membina sarangnya kerana ketika dihampiri,burung tu terbang.Maka saya guna gambar daripada Google.


Saya ada mengambil dua buah sarang burung tempua yang tiada telur dan anaknya.Saya bawa balik KL untuk digantung di anjung jendela sebagai singgahan burung gembala kerbau yang selalu menjadikan ampaian saya sebagai port bertenggek.

Menurut mak saya,ini sarang burung tempua jantan.




Sarangnya tiada kantung untuk isi telur.Sekadar ada tempat hinggap bergayut untuk burung jantan berehat macam bermain buaian la katanya.Wallahua'lam .



Ini pula,kata mak saya ...sarang burung tempua betina.Terdapat kantung yang membolehkan burung betina bertelur dan telur atau anaknya tidak akan jatuh kerana kantung tu  berbentuk dalam macam mangkuk atau bentuk perut.Menurut emak saya ini sarang yang sudah ditinggalkan kerana ada kesan bulu burung.Maknanya anaknya sudah besar dan sudah terbang meninggalkan sarangnya.

Jika sarangnya baru dibuat,ia bewarna hijau kerana burung tempua menggunakan   koyakan rumput dan lalang untuk menganyam sarangnya.Kalau sarang warna hijau,maknanya sarang baru bina dan kalau dah coklat tu sarang yang agak lama.Bila semakin lama,rumput dan lalang akan kering dan jadilah sarang tu bewarna coklat kerana lalang dan rumput tu sudah kering.

**Masa nak ambil sarang ni,kami berhati-hati juga kerana takut juga sebarang bahaya seperti penyengat atau tebuan bersarang.Alhamdulillah,
tiada kejadian tak diingini



Pic Google : beginilah rupanya Burung Tempua




Setiap kali nampak sarang burung tempua,saya akan teringat arwah Long Sakri iaitu salah seorang tuan punya sawah di kampung kami.Dulu masa kanak-kanak saya selalu juga ambil sarang burung tempua yang dah lama yang gugur bersama pelepah kelapa.Kami akan buat main sarang burung tu.Tapi apa la sangat nak dimainkan.Sekadar membelek sarang burung yang berselirat anyamannya tetapi sangat kemas dan rapi.Suatu hari ketika bermain sarang burung ni Long Sakri berkata kepada saya dan rakan-rakan bahawa siapa yang dapat membuka dan meleraikan anyaman sarang burung tempua  ni akan jumpa sebatang jarum emas di dalamnya..
Wow.....teruja betul kami mendengarnya.Maka berebutlah kami untuk meleraikan sarang burung tu.Tapi kata Long Sakri andainya ada jalinan  tu putus ,jarum emas tu akan hilang..Alamak,habis tu macamana nak leraikan tanpa putus.Dah la anyamannya sangat complicated.Sangat kemas dan teguh.Rasanya mustahil nak lerai tanpa memutuskan setiap helai anyaman tu.Akhirnya kami putus asa...

Melihat kami yang kecewa....Long Sakri terus menerangkan kepada kami.Kata Long Sakri....
Sarang tempua ni sangat berselirat dan memang mustahil untuk meleraikan tanpa memutuskan anyaman tu.Jika pun dapat dilakukan pastinya memerlukan kesabaran,kesungguhan dan memakan masa yang sangat lama.Jika masa,tenaga dan kesabaran serta kesungguhan itu digunakan untuk bekerja,pastinya sudah mampu untuk membeli sebatang jarum emas.
Laaaaa......kok gitu..!


Wednesday, 5 August 2020

ANAK AYAM BERGADUH.... (PKPB COVID 19)

Hari tu masa ikut gi tempat sembelihan lembu qurban...
Kat rumah tauke lembu tu ada banyak ayam kampung..
Ada jelapang padi..
Kat keliling jelapang padi plak ada sarang ayam bertelur  & sedang mengeram
Banyak anak ayam
Ada anak ayam baru menetas
Ada anak ayam yang dah besar
Tapi masih mengikut ibunya

Dua ekor anak ayam ni sedang bergaduh
Lama anak ayam ni bergaduh
Dah halau pun dorang masih bergaduh juga
Nenek cakap kalau orang-orang tua dahulu mereka kata bila anak ayam bergaduh ada maknanya..
Apa maknanya?
Kata nenek jika anak ayam bergaduh
Itu tandanya anak-anak ayam itu sudah bersedia hidup berdikari & tidak lagi mengikut ibunya mencari makan
Mereka akan mencakar tanah sendiri untuk mencari cacing, ulat & makanan sendiri
Ibu ayam pula akan mula bertelur lagi setelah anak-anaknya sudah berdikari mencari makan sendiri tanpa mengharapkan ibunya lagi

Kata nenek semua itu tidak ada pun dalam buku tetapi lebih kepada pemerhatian orang-prang tua zaman dahulu..

Nenek kata

Monday, 2 March 2020

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8


1 Mac 2020
Malaysia mencatat sejarah pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-8
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menggantikan Tun Mahathir..
Yang meletakkan jawatan sejak seminggu lalu(ayat copy2 & paste sana sikit sini sikit nak kasi sedap dibaca)
Minggu lepas hari Sabtu kita dikejutkan dengan perletakkan jawatan PM oleh Tun Minggu ni hari Sabtu 1 Mac PM baru dilantik
Actually sejak semalam 29 Feb 2020 lagi dah riuh kat twitter kat media sosial semua tentang pelantikan PM ke-8


Hari ni live kat TV Majlis Istiada KurniaSuratcara Pelantikan  & Angkat Sumpah Jawatan PM
Heee..jangan ingat aku hafal semua tu
Tu haaaa copy dr TV tu..

 Tan Sri Muhyiddin sedang melafazkan angkat sumpah.
Aku macam dah familiar dengan apacara ni
Coz 2018 tengok Tun M anfkat sumpah jadi PM ke-7
Ada post pasal PM ke- angkat sumpah dalam entri PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7.... kat sini
Baca balik baru perasan masa tu angkat sumpah pukul 9. 30 malam & YDPA masa tu Sultan Kelantan
2019 tengok upacara angkat sumpah YDPA jadi agung
Majlis bersejarah tu pun ada aku simpan dalam blog ni dalam post CUTI HARI PERYABALAN YANG DIPERTUAN AGUNG... kat sini
Ni tahun 2020 pun simpan juga 1 lagi sejarah Malaysia dalam ni
Angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia ke-8
Pukul 10.32 pagi..

 PM baharu menandatangani angkat


 Wajah PM Malaysia ke-8

 Majlis penuh debaran
Berdebar tengok..
Macam berdebar nak kahwin plak
Oitttt Cella... minggu depan result keluar
Hadoiiiiii..... rasa mak terkucil rasa nak terberry wei...

 Haaaa.. Yang pic ni aku xde info
Tak tahu wanita ni sebagai apa
Banyak juga surat2 yang ditandatanganinya selepas PM dah sign tu

 YDPA & Raja Permaisuri bersemayam di atas singgahsana di balairung seri
Haaa... tu bahasa istana yang popular masa sekolah
Bersemayam= duduk
Takhta = Kerusi diraja
Balairung = Dewan Mengadap
Iram-iram = payung diraja
Beradu =tidur/berehat

 PM & isterinya

 Mufti  Wilayah Persekutuan sedang mengadap

 Doa dibaca mohon rahmat & berkat dari Allah swt

 Semoga Malaysia dilindungi dari segala kejadian & keadaan yang tidak diingini

 Semua menadah tangan

 Beberapa kali juga YDPA mengesat matanya..
Aku perasan beberapa kali baginda meraba poket baju.
Mungkin mencari sapu tangan tangan tapi tiada..

Mesti baginda tidak cukup beradu kerana memikirkan masalah negara..

 Semua yang lain juga mengaminkan doa


 Keberangkatan YDPA & permaisuri meninggalkan majlis

 Nampak wajah baginda keletihan

Semua yang lain juga meninggalkan majlis selepas majlis selesai

Begitulah Sejarahnya pada hari ini 1 Mac 2020...

**semua pic dari TV1....