Friday, 31 March 2023

MENU IFTAR KE-8: NASI AYAM GORENG KUNYIT,LAKSA, SAMOSA, JAMBU BATU ASAM BOI & JUS BERRIES

 Salam Ramdhan ke 8..

Jom tengok apa ada atas meja makan kami untuk iftar 7 Ramdhan semalam.


Saya hanya masak satu lauk ni saja...
Ayam Goreng Kunyit.

AYAM GORENG KUNYIT ALA WARUNG SIMPLE
1 mangkuk isi ayam - potong kecik
1 cawan tepung pedas/tepung bestari
1 batang carrot - sagat memanjang
1 bawang holland - hiris
1 cili merah hiris
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
10 kacang buncis

minyak


1. Isi ayam digaul tepung pedas & digoreng garing. Toskan


2. Tinggalkan 4 sudu minyak dalam kuali & tumis cili hiris & masukkan serbuk kunyit


3. Masukkan bawang holland,garam, gula & isi ayam goreng. Gaul rata


4. Masukkan carrot sagat, kacang panjang /daun bawang & sesuaikan rasa


5. Siap...


Makan dengan kicap ala-ala nasi ayam kunyit yang depa selalu beli kat foodtruck tu..


Saya tak makan nasi sebab saya nak makan laksa leftover semalam.Bagusnya laksa kecik ni dia tahan lama.Saya pernah bair nak tengak sampai hari ke 3 masih elok.


Saya sorang ja makan laksa.Depa pakat makan nasi ayam kunyit



Saya juga gorengkan 10 pcs Samosa Ayam frozwn ni.Samosa ni Achik bagi masa balik beberapa minggu lepas.Ada lagi ¹ pack 10pcs inti daging.Boleh goreng hari lain pula.


Nampak macam buat dengan kulit popia tapi sedap sangat intinya.


Juga saya potong jambu batu..Suruh Cella tabur asam boi.Dah di tabur bertompok-tompok macam tu.


Untuk minuman,sebab dah pesan kat depa tak payah beli air,saya dah beli Jus Campuran Pear & Buah Beri..Sedap sebab tak manis sangat..Sesuai la dengan info kat luar kotak tu 
"no added sugar"


Thursday, 30 March 2023

MENU IFTAR KE-7 : LAKSA KUAH SARDIN,NASI GORENG,JAMBU ASAM BOI & TEH BUNGA KHAIRUL AMING

 Salam Ramadhan ke 8..

Jom ke dapur saya tengok juadah iftar kami semalam Ramadhan ke7

Saya masak Laksa Kuah Sardin.Tapi versi Laksa Lemak Utara la..


LAKSA KUAH LEMAK SARDIN
½ bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)

1 tin sardin macerel(tin sederhana yang gemuk pendek tu)

1 paket kecil rempah kari ikan

1/2 kotak santan kara

4 cawan air

3  asam keping

1 bunga kantan/1 pokok daun kesum

1 sudu teh garam

½ bawang besar -blend

3 sudu minyak

Bahan Ulam

2biji telur rebus

1/4 batang timun - hiris

1/4 bawang besar - hiris

1 pokok daun selom - hiris

1 limau nipis

Cili padi potong - jika nak pedas

**Rebus laksa & basuh bersih ,& toskan.

Buat Kuah:

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang diblend  bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum

5. Sesuaikan rasa

6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulaman


Laksa & the gang .
Saya guna laksa halus brand Eka.


Bahan eksesori laksa.

Masak juga nasi goreng,kot anak bujang tu sampai awal iftar kat rumah.Biasa dia tak suka laksa tapi laksa kuah sardin dia makan la juga.Spare la juga nasi goreng.Tapi dia balik dah lepas maghrib.Berbuka dengan nasi kerabu katanya.

Saya juga potongkan ½ biji jambu batu dan tabur serbuk asam.



Cella beli 6 biji takoyaki kat BR Seri Serdang selepas habis kelas.
Dia hanya beli ni saja semata.
Kali ni Alhamdulillah dia kata  rezeki dia dapat yang murah..6pcs RM4 sahaja!
Biasa 5pcs RM6

Ada lagi...
Minuman yang sedap ni..


Sebab dah beberapa kali dia kena scam beli minuman kat BR..
Kali ni saya pesan jangan beli lagi.Nanti saya buat air viral不


Kita buat minuman Teh Bunga Khairul Aming tu五
Dengarlah bunyi ais batu yang menggoda  tengah tengah haus ni...hihihi

Teh bunga
( saya guna teh bunga kotak saja)tapi KA guna minuman tin lagi cantik warnanya..
Buah longan tin
Limau kasturi
Ais

Walau hanya 4  bahan segera tapi rasanya sangat menyegarkan dan light ja.Tak sedar bergelas minum..

*** eh,bila tengok kat youtube..rupanya KA ada letak asam boi la..saya tak letak..Saya letak asam boi kat jambu 五

Wednesday, 29 March 2023

MENU IFTAR KE-6: AYAM BERLADA,SAYUR BROCCOLI & IKAN GORENG CICAH SAMBAL KICAP

 Salam Ramdhan ke-7

Jom tengok menu iftar kat rumah saya pada  Ramadhan ke-6  semalam.


Saya masak Ayam Berlado.
Resipi saya c&p dari old post..

AYAM BERLADO 

10 ketul ayam(gaul garam kunyit dan goreng)
Minyak,garam & gula.
Daun limau purut(jika suka)

Bahan Blend:
2 genggam cili padi merah Bangladesh( boleh ganti cili jenis lain)
1 bawang besar.
1 labu bawang putih.
1 biji tomato masak.

1. Goreng ayam hingga masak.Tak perlu terlalu garing.

2. Goreng semua cili dan bawang-bawangan  hingga masak.Blend kasar-kasar jangan terlalu halus.Jika tomato sudah berair tak perlu tambah air untuk blend.

3. Tumis bahan blend kasar tadi dalam minyak yang sama.Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tak payah masak lama sebab semua bahan dah masak...

4. Kalau guna daun limau purut masukkan sekali..

5. Sesuaikan rasa..



Saya juga masak broccoli bersama cendawan enoki.

BROCCOLI TUMIS BAWANG PUTIH


1 biji broccoli - siaz kecil
1 bungkus cendawan enoki
1 keping dada ayam- hiris panjang + sikit garam
1 cili merah- hiris
1 sudu teh garam
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh tepung ubi/tepung jagung
3 sudu minyak
10 ulas bawang putih

1. Broccoli dicraikan kelopaknya dan rendam air.


2. Jerang air dalam kuali dan celur broccoli selama  anggaran 1 minit. terus angkat   dan masukkan kedalam air sejuk supaya warnanya hijau cantik


3. Bawang putih didadu halus


4. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga golden.Angkat bawang putih bersama minyaknya


5. Sisa-sisa minyak bawang putih tadi ditumis isi ayam yang sudah digaul sikit garam supaya tidak melekat pada kuali.


6. Tambah kicap dan cendawan enoki.Gaul rata


7. Bancuh tepung jagung bersama2 sudu air dan masukkan ke dalam sayur.Kacau dan matikan api.


8. Kaut sayur dan masukkan dalam mangkuk.

9. Curahkan bawang putih goreng bersama minyaknya atas permukaan sayur.Siap


Saya juga goreng garing  2 ekor ikan selayang.
Potong cili,bawang & tuangkan kicap.Perah limau.Ala-ala cicah ikan bakar tapi saya cicah ikan goreng五

Dan memang saya hanya makan nasi berlauk ikan goreng cicah kicap ni serta sikit sayur.Tak ambil pun ayam berlado tu sebab takmau kacau rasa ikan cicah kicap ni..hihihi
Yang hitam dua biji tu adalah kurma sejuk beku.Sedap sangat..

Cella balik dari UPM tu abang dia ajak keluar.Balik tengok depa beli murtabak & roti john.Kedua-duanya bukan kegemaran saya.Saya hanya suka roti john cheese putrajaya sahaja.Memilih tak padan dengan diri五


Menanti azan..
Eh..air dan nasi mana?

Ok ...ada lagi
Kurma sejuk beku..
Beli dari kawan yang tinggal kat Prima tu 
2021 dulu pernah beli KURMA SEJUK BEKU ni dengan harga RM35 untuk 500gm.
Kali ni dapat harga RM25 untuk 500gm..Alhamdulillah.

Juga ada puding caremel leftover semalamnya.

Cella ni tak serik-serik..dibelinya pula air tembikai.
Abang dia dah gelakkan dia dah...Kata abangnya itu tembikai sirap.Tapi Cella tak percaya kerana katanya kat balang air tu tulis "Tembikai Pure"
Sekali dah buka plastik tuang dalam jug....memang haruman sirap ros menerpa...hahahaha
Tak apalah rezeki sirap tembikai..
Karang kalau nenek tanya dah buat air tembikai ke buka puasa?
Boleh dah jawab...
SUDAHHH....不


Tuesday, 28 March 2023

MENU IFTAR KE-5: MAKAN PIZZA & AIR JAGUNG "SELASIH"

 

Menu iftar saya semalam..hari Isnin
bersamaan 5 Ramadhan 1444H
Semalam tak pi kerja & tak  masak..
Saya MC semalam..
Soc suruh soft diet..tapi saya makan pizza五

Disebabkan MC dan tak masak..Anak bujang tu belanja 2 pcs Domino's Pizza.Dah cakap tak payah beli apa-apa,saya boleh ja masak.Tapi dia kata dah order online..
Alhamdulillah,Ahad,Isnin dan hari ni Selasa pun in shaa Allah dapat beriftar lengkap 4 beranak.


Aloha Chicken..
Yang ni saya suka sebab ada nanas.

Ni tak tau topping apa...macam ketulan daging.



Boleh dengar azan berkumandang dari masjid & surau

Sebelum azan maghrib,Cella sampai.Dia kata habis kelas pukul 5 tapi terlanjur bawa kereta abangnya,dia kata bawa kawan2 pergi BR  kat Seri Serdang tu kejap & lepas drop dorang kat kolej kediaman,terus balik.Dibawanya balik 2 bungkus air.Satu bungkus air koktel beli kat BR Seri Serdang.Otw balik abang dia call minta tolong veli air jagung kat pekan SB.


Dah tuang dalam jug nampak la "bebiji selasih" timbul kat permukaan air jagung tu.Masa belum tung tu pun dah perasan. air jagung ni ada "bebiji selasih" dalam air jagung tu.Dalam hati saya ..kreatif betul orang sekarang  mempelbagaikan campuran dalam minuman..
Tapi hati tak sedap pula sebab biji selasih tu macam ringan benar kat permukaan tu.Tak la banyak sangat "selasihnya" tapi bukan la sikit sangat..
Boleh tengok kat video di bawah..
 
Suruh Cella ambil sudu...
Cedok satu dan letak kat tapak tangan..
Laaaaa.....bukan selasih..
Tapi SEMUT
Bukan sekor tapi banyakk.. dah sebati dengan air jagung tu 
Sudahnya....tuang la dalam sink.
Takda rezeki depa nak minum air jagung.

Saya buat sikit salad untuk makan dengan pizza.

Monday, 27 March 2023

MENU IFTAR HARI KE-4: IKAN GORENG & ULAM CICAH BUDU vs BUTTER CHICKEN

 Salam Ramadhan hari ke -5

Rezeki berbuka hari ke 4 Ramadhan 1444H.
Alhamdulillah hari Ahad bersamaan 4 Ramadhan kami berpeluang iftar semua anak beranak.
Anak bujang ada,
Adah ada,
Anak dara bongsu tu pun sabtu malam tu dia balik.Katanya habis program menyantuni gelandangan @ Anjung Kelana depa terus balik dan bas terus hantar ke Masjid UPM untuk terus solat terawikh.Habis terawikh dia terus balik.

Dah beberapa hari plan nak cari ikan selayang.Goreng garing-garing & cicah budu.
Ish..sekali nampak kat dapur Cikgu Amie dia masak ikan basung goreng cicah budu..bikin ngiler kata orang seberang..hihihi


Untuk anak-anak saya masakkan Butter Chicken.Kebetulan baru hari Ahad anak dara bongsu tu dapat berbuka bersama..
Sekian lama tak beli ayan segar..baru semalam la beli 2 ekor untuk stok minggu ni.Beli juga ikan dan sayur sikit

Harum bau tumisan..

Masak tak banyak pun.Guna 2 keping dada dari seekor ayam.Guna bahagian dada,senang makan takada tulang

BUTTER CHICKEN + SUPER RING CHEESE

Bahan ayam:

2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)

4 sudu tepung ubi + sikit garam * serbuk kunyit
(boleh gantikan dengan tepung pedas jer) 

1 cawan minyak untuk goreng

Bahan Sos:

1/4 blok butter

1  tin susu cair

2 sudu  serbuk cheese super ring

10  cili padi

1kiub ayam

Bahan Tumis:

1 bawang besar

3 bawang putih

3 pelepah daun kari

10 cili padi cincang

1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm

2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit

3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan

4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali

5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana butter mudah hangus

6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair

( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )

7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata

8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak

9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api


Saya lebih tertarik dengan ikan goreng cicah budu ni.Biar depa semua habiskan ayam tu..
Sekali Adah pun cakap dia terliur ikan cicah budu ni.Padahal sebelum ni dia tak makan budu五五

Ulam raja bersama ulam timun mini


Kalau ikan goreng cicah budu ni pasti saya akan teringat Nizam @ Fatah.
Kalau tengok dia picit cabai burung & perah limau dalam budu..Perut kenyang pun jadi lapar.

Saya guna budu cap ketereh botol kecik tu.Itulah jenama budu yang kami anak beranak paling suka.Dah cuba brand lain yang lebih ori warna kelabu hitam tanpa pewarna tu,tapi mungkin tekak dah biasa dengan budu yang satu inimWalaupun  warna oren tu melekat kat tangan五tapi sedap kat tekak 
Cuma saya akan pastikan budu ni campur cili padi hiri,bawang merah dadu dan limau nipis juga saya dadu bersama kulitnya.
Buat awal-awal sejam dua sebelum makan biar rasa budu meresap dalam cili,bawang dan limau tu..Memang licin saya makan segala,bawang dan semua limu tu kerana sangat sedap.


Ada sekotak Ayam Korea.
Eh,anak bujang tu boleh pula dia ajak adik-adik dia pi BR..
Bukan Buskin Robin .
Tapi Bazar Ramadhan五
Berkali-kali saya pesan,jangan beli banyak,saya tak mau apa..Saya dah masak.
Akhirnya memang butter chicken habis.
Ayam Korea bawa ke sahur.

Adah kirim roti john..Tapi masing-masing cakap cannot go..
Tak tau apa rasa..saya tak jamah pun.Kalau depa yang peminat roti john pun cannot go..apaagi saya..

Hat ni ja laku keras.
Kata Cella ni 1st time dia minum air sedap ni..
Air Kathira.
Padahal banyak kali ja saya pernah beli sebelum ni.Ya,saya beli tapi langsung tak nak cuba.
Kali ni tetiba pula

Berkali-kali la dia dok kacau air kathira ni sementara menunggu waktu berbuka. 


Kalau dah ke BR..haruslah depa beli murtabak walau sekeping..
Saya bukan peminat murtabak..hihihi


Ops...saya juga ada buatkan Sagu Gula Melaka..

Sebab nak mengelak pembaziran....saya buT hanya cukup-cukup sorang segelas ni sahaja...hihihi

Ni kalau tengok waktu tengahari ni...kurus pahala puasa..hihihi..




Sunday, 26 March 2023

MENU IFTAR HARI KE-3: KARI KAMBING + NANGKA MUDA

 Salam 4 Ramadhan 1444H

Menu iftar semalam 3 Ramadhan.
Saya masak Kari Kambing


Beriftar sensorang..
1st day Ramadhan iftar bertiga..
2nd day iftar berdua..
3rd day dah tinggal iftar sensorang...


Saya masak Kari Kambing + Nangka Muda.

Nangka muda frozen.Masih keras membeku bersalji...
Nangka ni pemberian cleaner kat tempat kerja saya.Dia dah rebus sesiap,Saya bawa balik frozenkan.Rasanya dah lebih 2 bulan dia bagi五
Ni baru sempat masak.


Dah dinyahbeku...
Baru nampak rupa nangkanya...hihihi


Kambing ni pun guna kambing frozen..
Nipis-nipis benar.Rasanya di lamb slice tapi depa depa potong kiub  pula slice tu..
Sesambil tu saya rebus sesiap masa pagi.Petang tinggal masak tak la lama sangat nak tunggu daging empuk.


KARI KAMBING + NANGKA MUDA
½ kg daging kambing
( stok kambing saya dalam 300gm sahaja)
1 mangkuk nangka muda siap rebus
½ kotak santan Kara
1 paket kecil serbuk kari daging.
½ paket kecil rempah kari ikan
minyak,garam,sikit gula perang

Bahan Tumis:
3 bawang merah-mayang
3 bawang putih-ketuk
1 ketul kecil halia-racik
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang & cengkih

1. Saya rebus dulu daging kambing sebab nak jimat masa memasak nanti.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis.Patutnya letak daun kari dan pandan.Tapi takda stok.

3. Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama 1 cawan air.Biar pecah minyak.

4. Masukkan daging kambing beserta air rebusannya.

5. Masukkan juga nangka muda dan santan.Jika air rebusan daging tidak cukup untuk kuah,adjust dengan menambah air + santan.Perisakan

6. Biar menggelegak beberapa ketika sebelum perlahankan api dan biar merenih supaya naik minyak.

7. Sesuaikan rasa.

Gulai Kambing + Nangka ni memang famous kat kampung saya dan sekitarnya.Dulu bahan rampai dalam kari/gulai terutama gulai kenduri hanya menggunakan bahan yang ada  disekeliling seperti nangka muda,kundur,labu,pisang muda,keledek,ubi kayu,rebung dan sebagainya.
Tapi kalau kambing memang diregukan dengan nagka muda la.
Tapi  kalau kat kampung saya gulai kambing,daging & ayam haruslah dimasukkan kerisik.Gulainya pekat berminyak.Makin dipanaskan makin sedap.

Sesetengah tempat di selatan Kedah dan utara Perak katanya  depa lebih famous dengan gulai kambing dicampur buah ara (buah spesis buah tin liar)

Kat kawasan perumahan saya ni nampak beberapa pokok ara berbuah lebat menempel pada batang pokok ara tu.Nak saja saya pi petik dan campur dalam gulai kambing ni.Tapi segan pula sebab kebanyakan pokok tu tepi jalan五
Takut kena segah dengan DBKL pula不

Saya buatkan salad telur sebagai ganti sayur.Plan nak masak sayur bok choy  tapi macam tak kena dengan kari kambing ni..
Dah 3 kali dah sayur tu keluar peti ais tapi masuk semula...masih belum tersayur...hihihi

Ada buah betik.
Tahun ni puasa takda tembikai..五
Tembikai harga kayangan sekarang ni..
Kita makan betik saja la.. Sesuai la makan betik kalau berlauk daging.Betik mengandungi papain yang bagus untuk penguraian protien..
Katanya antara petua nak melembutkan daging ialah meramas bersama daun betik biar seketika sebelum dicuci bersih.
Ini yang saya baca dalam buku Sains Rumah Tangga Tingkatan 3 ke tingkatan 2 camtu la.Tapi orang kampung dah lama tau...Depa masak gulai ayam tua + betik..memang cepat empuk ,..Terus boleh makan semuanya dengan ayam dan dengan betiknya sekali...hihihi

Bancuh juga secangkir teh hijau panas.Cuba untuk tidak minum ais sepanjang Ramadhan ni.
Harapnya bertahan...五

Nasi putih bersama kari kambing + nangka.
Salad telur.
Buah betik.
Asalnya nak buat wrap saja untuk diri sendiri makan.Tapi kot anak bujang tu balik awal nak berbuka kat rumah pula.Lupa nak tanya dia balik berbuka kat rumah atau tidak.
Pastu anak dara bongsu  tu pun call kata  dia nak balik lepas habis program bersama gelandangan nanti.Tu yang masak juga lauk ni.

Adah pula,katanya ada janji bersama kawan nak beriftar kat Dataran Putrajaya..



Sekali dia post tengah berwefie dengan mantan PM ke4 & ke7 ...Tun M
Kata Adah,terserempak Tun kat Bazar Ramadhan dekat Masjid Besi tu.