Balik Kedah minggu lepas mak masak sambal petai dan udang..Kata mak petai kat kampung ada berbuah sikit.Hanya beberapa rembong.Rembong tu merujuk jambak petai la.Setiap rembong/jambak petai mengandungi beberapa papan petai.Masa balik kampung sekejap nak ambil daun palas,mak sempat kait serembong petai.Pokok tinggi tapi mak sambung galah dan gagah kait petai tu.
Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Thursday 31 March 2022
MAK KECIK HATI TAK AMBIL PETAI
BEKAL KETUPAT PULUT HITAM
Makan ketupat pulut hitam...Sedapnya makanan nostalgia ni..Jarang jumpa dah ketupat pulut hitam ni.
Alhamdulillah sedapnya.Rasa macam raya dulu-dulu pulak.
Kerana terlanjur bawa balik daun palas dari Kedah...saya plan nak buat juga ketupat pulut hitam.Tengah tunggu beras pulut hitam ketupat dari shopee.
Walaupun ada saja yang guna pulut hitam yang buat bubur tu untuk buat ketupat pulut hitam tapi saya merindui ketupat pulut hitam yang sebenar iaitu menggunakan cpuran pulut hitam khas untuk ketupat.Apa bezanya...?
Tunggu pesanan dari shopee sampai nanti kita cerita yer...
Saturday 26 March 2022
SELAMAT JALAN PREVÊ
Kenderaan kesayangan hamba selama 10 tahun menabur bakti memudahkan urusan perjalanan ke seluruh semenanjung .Kereta paling lama bertahan berbanding 3 kereta sebelum ni.
Kondisi masih memuaskan.Ini bukan kita sebagai pemiliknya yang cakap,tapi dari penilaian usecar sendiri yang cakap.hihihi
Buku service pun masih dalam keadaan baik.Kita biarkan saja dalam dashboard untuk rujukan pembeli seterusnya.
Buku manual penggunaan pun masih kemas dalam laci dashboar.Kita biarkan dalam tu untuk memudahkan pembeli selepas ni.
Thursday 24 March 2022
DUA HARI BERTURUT KE NILAI 3
Hari Jumaat tengahari Shifa ajak merayap ke Nilai 3...
Naik kereta Shifa & dia yang drive...kita cuma duduk sebelah...memang Onz..!
Cenderahati readymade pun lawa-lawa & murah pulak tu..Towel kecik siap dalam kotak,kalau beli 20 baru jatuh 1 singgit wei..!
Tasbih...siap kotak tak sampai 2 ringgit.Kalau buat tahlil ke...cantik ni masukkan dalam tasbih ni..air mineral & towel kecik ka barang sehelai.
Tuesday 22 March 2022
NASI KANDAR MELAYU SEDAP DAN MURAH @ BANGI
Nasi Kandar Melayu.Dah la sedap.Murah pula...
Kalau exit Tol Bangi tu akan nampak Jakel ni belah kanan.Depan sikit ada bulatan besar.Dari situ dah boleh nampak deretan khemah merah dan kuning belah kanan tu..Bulatan tu ambil pukul 3...depan sikit ja..
Nampak lauk dia menarik tapi tak ramai pelanggan.
Saya pilih lauk Gulai Urat Keting.Tak tanya harga dulu,main sebut nak gulai keting🤭RM15 gulai ni sahaja.Bukan salah penjual tapi salah saya tak tanya dulu..hihi
Sebab datang awal...Balik pun awal.Khemah merah pun masih kosong.Deretan khemah merah untuk jualan pakaian dan lain2.Khemah makanan semua warna kuning.Lepas makan kami dah balik.Parking kosong lagi.Kena balik awal sebab datang hari Sabtu tu ralit...Timing 20 minit ja dah sampai rumah.Sekali anak bujang tu terlepas simpang ..tersangkut dalam jem dah dekat rumah.Melangut dalam kereta 1 jam..
Sunday 20 March 2022
FLEA MARKET DE BANGI GATEWAY...JOM..!
Dah beberapa hari Adah ajak gi Flea Market @ Bangi...Ni semua punca dia dok tengok youtube Minah Korea yang dok buat review Malaysia street food tu la.
Makanya semalam,Sabtu sebaik lepas asar terus go!
Adah drive & dia pasang waze.Waze suruh ikut Tol Bangi..limit time 20 minutes
Tapi saya & anak bujang tu suruh Adah ikut Tol Kajang..lalu PKNS...lalu Bangi Golf Resort...lebih 45 minit.Rupanya Gateway Bangi ni dekat ja dengan Tol Bangi...
Hahahaha...marahAdah .!
Maka lain kali kalau nak gi...sila exit tol bangi!!
Laaa rupanya depa sediakan parking kemain luas dalam tapak tu ja..RM3 perentry...Berbaloi sangat la dari nak tanggung risiko park tepi jalan yang sibok tu..
Anak bujang tu kalau jumpa Avocado juice memang tak sah kalau tak beli.Suka naw naw dia dengam avocado..Ni kalau kawin dengan Lala dak Minang tu..baru kena🤣🤣🤣🤣
Teringin nak beli mee kicap ni...tapi Adah dah warning sebab tadi dah beli lontong..makanan berat dah...dia kata cari makanan ringan lain pulak...huhuhu
Adah ajak beli air jagung sebab tadi kami nampak ada 2 khemah & banyak kerusi meja untuk sesapa nak dine in...beli sendiri makan la kat situ..hihihi
Anak bujang tu bukakan keropok lekor cheese ni..
Ada beberapa yang tak masak sebab masih melekat pada daun.Yang lain elok lekang dari daun.Lama dah tak makan otak-otak.Kali pertama kenal otak-otak ni kat Johor tahun 90-an dulu..
Menjelang pukul 7..dah makin ramai.Perut kami 3 beranak dah penuh.Ibarat burung yang tadinya terbang dengan perut josong.Sekarang dah senja...terbang pulang kesarang dengan tembolok yang penuh!
**Walaupun kat Google tulis open: 4.00 pm..tapi better mai la lepas pukul 6 petang kot..Masa ni makanan dah banyak dan orang tak ramai sangat
Tapi kalau nak syok bersesak tengok ramai orang lepas maghrib is the best..!
Tengok kat google malam meriah..