Saturday, 12 March 2022

UBI KAYU REBUS DENGAN AIR TEBU @ UBI TELAMPONG

Balik Kedah minggu lepas rezeki dapat merasai salah satu makanan tradisional dan nostalgia yang kian dilupakan.


Ubi Kayu Rebus Dengan Air Tebu.

Sedap dan wangi seperti nisan tebu dulu-dulu.

Zaman kanak-kanak dulu saya sempat sekali merasai pengalaman dan melihat proses membuat nisan tebu.Nisan tebu ni lebih kurang molases la tapi versi tradisional dan alami.

Aktiviti buat nisan tebu ni biasanya dilakukan pada musim kemarau antara bulan Disember hingga Mac( dulu cuaca stabil,tak macam sekarang dah tak menentu cuacanya)

Rasionalnya sebab musim kemarau tiada hujan dan tebu menghasilkan air yang lebih manis.Petani memang membuat perancangan ketika menanam tebu supaya matangnya di musim kemarau.

Saya pernah melihat proses buat nisan tebu ni di kebun arwah Tok Karim anak beranak  & Mak Lang Kiah.Kalau tak salah kebun tebunya di kaki Bukit Semeliang(kami sebut Bukit Seniang)Tebu ditebang dan diperah airnya secara tradisional menggunakan mesin daripada batang kayu dan digerakkan oleh kerbau.Air tebu dimasak dalam kawah menggunakan kayu api hingga air tebu mengering dan menjadi pekat kehitaman.Itulah yang dinamakan "Nisan Tebu"

Nisan tebu biasanya dijadikan pencicah ubi kayu rebus dan juga bersama cendol.Saya sempat merasai nikmatnya nisan tebu apabila dihantar sebotol nisan tebu oleh Makcik Midah anak MakLang Kiah.Saya masih ingat nisan tebu yang dihantar tu diisi dalam botol "air cap badak"

Kenikamatan makan ubi kayu rebus cicah nisan tebu sudah berpuluh tahun.


Nikmat itu kembali dirasai lidah dan anak tekak ini pada minggu lepas.Ketika nampak ubi kayu ni saya sangkakan ubi kayu sira gula melaka atau gula merah.Tapi bila beli dan bawa balik serta mencicipnya..Wow, inilah makanan nostalgia.Ubi kayu nisan tebu..!

Kata mak saya memang ini adalah ubi kayu yang direbus dengan air tebu.Dari segi rasa dan harumnya sangat menggamit kenangan lalu.Tidak sangka masih ada yang menjual makanan unik ini.

Saya sebut sebagai Ubi Kayu Rebus Dengan Air Tebu supaya mudah nak ingat dan mudah nak faham.Juga mudah nak rujuk.Dari carian saya,saya temui makanan unik ini rupanya kat Kedah ia dipanggil

 "Ubi Telampong"

Yang nak tengok cara penyediaan saya kongsikan link yang saya jumpa kat youtube:

https://youtu.be/dMWpMv7_vu0


Dari carian..saya juga jumpa video dan ada nombor telefon pengusaha Ubi Telampong ni..

Saya tak pasti masih valid atau tidak.Tapi saya tepekkan  juga di sini untuk rujukan.

Ubi Telampung yang saya makan ni saya beli @ Pasar Kemboja Pendang.

(Pasar Kemboja hanya beroperasi setiap hari Jumaat SAHAJA)

Dijual bersama emping padi,ubi rebus dan beberapa jenis makanan tradisi lain.Harganya sangat berpatutan.Kalau tak silap saya  RM3 atau RM5..saya dah lupa sebab beli bersama emping juga hari tu..tapi tak lebih dari RM5.Bagi yang belum pernah rasa..cuba la pi cari kalau nak rasa..jangan cakap hakak tak payung.😁


Kalau lebih jelas kedai yang mana..boleh rujuk old post  EMPING PULUT PASAR KEMBOJA.Tapi sebelum ni dok beli emping tak nampak pula ubi telampung ni.Selalunya ada ubi gaul kelpa ja.Mungkin betul la makanan ni hanya wujud musim kemarau iaitu musim menuai tebu.Wallahua'lam

Kalau balik Kedah dan jumpa lagi makanan ni..insha Allah saya tak akan lepaskan peluang.Sekarang ninpun saya berkira-kira untuk cuba rebus sendiri ubi kayu menggunakan air tebu.Doakan saya rajin dan menjadi.Kalau jadi saya update🤭🤣

8 comments:

  1. Nasib baik la SA ni tak makan ubi...tapi nampak sedap la mama cella...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa..SA tak makan ubi ka...
      Memang sedap bagi saya yang suka manis🤭

      Delete
  2. Agaknya kalau gaul dengan kelapa masin2 sikit, boleh tak? Memang unik makanannya. Walaupun mak mertua sy Kedah, jaranglah makan makanan unik macam ni. Ubi pun Pak Inche tak makan.

    ReplyDelete
  3. Boleh ja SK..tapi saya tak pernah buat la🤭
    Nak beli ubi+ kelapa masin tu pun depa ada jual..

    ReplyDelete
  4. proses buat ubi telampong ni ada keluar di Majalah 3 bersama-sama dengan lepat bunga chicha hari tu.

    ReplyDelete
  5. bolih tak kalau ubi kayu kita rebus bersama air tebu hingga empuk..adoii mengidam pulak

    ReplyDelete