Monday 7 March 2022

KENAPA ORANG LELAKI MELIHAT ISTERINYA KURANG CANTIK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ORANG LAIN?

 


Kenapa orang lelaki melihat isterinya kurang cantik jika dibandingkan dengan orang lain? 

Seorang suami pergi berjumpa dengan seorang lelaki alim yang terkenal dengan kebijaksanaan dan pengalaman lalu dia mengadu dan berkata :

" Ketika saya merasa kagum dengan kecantikan isteri, saya merasakan bahawa Allah tidak ciptakan sepertinya di dunia ini. Ketika saya bertunang dengannya, saya melihat ramai yang sepertinya dan ketika saya berkahwin dengannya ,  saya melihat ramai yang lebih cantik darinya dan setelah beberapa tahun perkahwinan kami , saya mendapati bahawa semua wanita lebih cantik daripada isteri saya". 

Lelaki yang alim tadi berkata : " Adakah kamu mahu saya khabarkan kepada kamu perkara yang lebih teruk daripada itu semua ?

Lelaki tadi menjawab : ya .

Lelaki alim tadi berkata : kalaulah Kamu berkahwin dengan seluruh wanita di dunia ini , nescaya kamu akan dapati anjing terbiar di jalanan itu lebih cantik daripada seluruh wanita di dunia ini....

5 comments:

  1. Jenis mata tak menghargai kecantikan isteri sendiri. Ish ish ish..

    ReplyDelete
  2. haaaa...sentap tak agaknya dgn kata2 lelaki alim itu?

    ReplyDelete
  3. Naaaa...kena buku dengan ruas hahahaaa.

    ReplyDelete
  4. matilanakkkk kalau anjing pun nampak cantik.

    ReplyDelete
  5. Aduhh...confirm sentap kan....

    ReplyDelete