Dah la cantik..
Berguna pula..
Pokok kantan di kebun Ita..
Ita pesan suruh datang ambil bunga kantan ket rumahnya..
Ita petikkan saya 10 kuntum bunga kantan yang sedang mekar..Katanya sebab musim hujan,bunga kantan galak berbunga.
Ita suruh petik pucuk ulam ni.Saya petik secekak.
Pokok Salam @ Daun Salam.Kat Pantai Timur dikenali sebagai Serai Kayu.Di Kedah kami panggil Pokok Samak.
Pokok Sacha Inci..
Sebab banyak sangat..saya panjangkan kepada Pn Isma dan cleaner...Bawa balik 4 kuntum sahaja.Dua kuntum nak frozenkan.1 dah masuk dalam asam pedas daging semalam.1 lagi plan nak masukkan dalam nasi goreng.Maha Esa Allah menjadikan bunga ini cantik dan berguna kepada kita
Bunga kantan yang sudah mekar boleh dibuat serondeng. Saya selalu beli serondeng bunga kantan di Kundasang. Kelopak yang sudah kembang ini juga boleh campur dalam sayur tumis.
ReplyDeleteOwh..macam menarik ni..Kalau ada banyak stok bunga kantan nanti nak juga cuba buat serondeng.Alamak,kalau campur dalam sayur tumis pucuk betik hari tu mesti sedap ni..
Deleteuntunglah dapat free...beli sebatang haritu dekat RM2 juga
ReplyDeleteAlhamdulillah...Betul tu Ami..
DeleteKat tempat kerja saya ada serumpun pokok kantan tapi jenis bunga pink dan kecil saiznya.
Tengok kantan teringat tempoyak patin mak mertua. Saya orang Kelantan memang panggil serai kayu untuk ulam tu.. ada buah kecik2.
ReplyDeleteBetul la KA...ada buahnya macam buah keriang lada Saya pun suka makan buah samak aka serai kayu ni.Berebut dengan burung 🤭
DeleteSedapnyaaaa nasi goreng bunga kantan...rasa nak balik kampung gak la petik bunga kantan
ReplyDeleteTu la...dok berangan nak masak nasi goreng bunga kantan ni
DeleteSeronok tu dapat bunga kantan fresh petik dari pokoknya. Pokok kantan kat kampung mertua saya pun banyak, tak ada orang makan kadang bagikan kat orang je. Cantik sungguh bila tengah kembang tu. Rasa sayang nak guna. Letak dalam balang kaca isi air pun cantik buat hiasan. Tapi itulah, tak berapa suka baunya.
ReplyDeleteOoo..Fiza tak suka baunya yer..
DeleteSaya dulu zaman kanak-kanak tak suka juga..
Tapi bila dah berumur ni..uka la pula..hihihi.
Wak ada banyak tanam pokok kantan
ReplyDeleteSampai berjualan
Tapi wak tak suka makanan yang ada bunga kantan
Tak suka baunya