My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Showing posts with label MAKANAN NOSTALGIA. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN NOSTALGIA. Show all posts

Tuesday, 27 October 2026

BUAT KETUPAT PALAS RENDANG AYAM CILI KAMPUNG



Weekend kelmarin saya buat ketupat palas.Dah lama teringin nak makan ketupat palas.Tiap kali balik kampung,pasti adik  jantan sorang tu akan ambilkan seberkas daun palas(pucuk palas) untuk zaya bawa balik KL.Tapi dari 10 kali bawa balik kadang hanya sekali jadi ketupat.Selwbih ya dalam banyak keadaan daun terbiar kering.Bukan susah sangat nak buat tapi nai cari mud dan kerajinan tu yang payah.hihihj


Hari minggu Ahad,bangun sesubuh pagi,rumah saya dah beraroma hari raya....


Saya buat ketupat palas...Dapat dalam 50 biji 



Mangaron santan dan pulut.



Daun palasnya banyak jer..Tapi tak.rajin nak buat bebanyak...Buat sekilo pulut sahaja...


Dah kering dah pangkal daun palas tu



Dapatlah lebih kurang 2½kg ketupat siap masak.
Lebih kirang 50 pcs.
Bilangan ketupat tu bergantung kepada saiz.
saya buat saiz sedang-sedang.Saya juga balut ketupat tu Kelantan style...Beberapa tahun kebelakangan ni saya lebih suka balut ketupat cara Kelantan.Rasa macam lebih mudah dan lebih kemas.Kalau balut Kedah style kadang saya tak pandai nak seimbangkan bucu kiri dan  kanan tu..Rasanya skill balut ketupat Kedah dah makin menipis dek kebiasaan dok balut Kelantan stlye...hihihi..
Untuk dapatkan 2.5kg ketupat ni 
Modalnya:
1 kg pulut...
½ kg santan pekat tanpa air
½kg air(+-2 cawan)
1 sudu garam & 1 sudu gula
1 helai pandan

Pulut tu Achik bagi 5kg pulut Siam masa balik Cuti Merdeka.Achik beli kat Padang Besar 


Sebenarnya sebelum masak ketupat..Saya dah siap "buka" daun palas sejak hari Sabtu .Buka tu mean kembangkan daun pucuk palas yang masih kuncup..gulung-gulungkan dan buat kelongsong yang kosong supaya daun kembang dan mudah nak isi pulut.

Baru ni saya ada nampak sorang Youtuber / tiktoker Siam dari Sik buat ketupat palas guna daun palas hijau tapi yang masih agak muda.Nampak macam best senang nak balut sebab dah sedia kembang.Nanti kalau balik kampung lagi nak try guna daun palas kembang tu tengok apa hasilnya..

Asal plan nak buat ketupat ni hari Sabtu tapi Sabtu ada urusan di tempat kerja hingga tengahari..Nasib baik juga sempat sampai pasar sebelum pasar tutup.Dapat la veli santan segar.Nak buat ketupat palas ni kena guna santa. segar.Kalau santan kotak dia tak pecah minyak & rasanya juga lain.

Kalau ada yang nak rujuk resipi dan cara buat boleh KLICK SINI....


Pepagi semalam seusai mandi & subuh...sekitar 6.20 saya dah merendang ayam.



Sekor ayam agak besar lebih kurang 3kg juga berat.Sebabnya masa singgah pasar nak beli santan  hari Sabtu dah menjelang tengahari..Yang tinggal hanya ayam yang oversize jer...ambil juga sekor.



Semangkuk cili padi..Saya tambah dengan cili kampung dari kebunan tempat kerja...Huii...kemahen pedas melahar


Bahan kisar pertama....bawang bawangan,lengkuas,serai & halia.
Patutnya masuk kunyit bersama..Tapi saya sayang blender takut kuning.Maka saya guna serbuk kunyit sahaja & masukkan kemudian.


Cili padi kisar.Agak banyak penggunaan cili padi.Hampir penuh blender...



Dah tambah kunyit....
Biar mendidih bagi kering sikit & bagi cili tu masak 




Sekor ayam tapi berat 3kg macam 2 ekor jugaklah kiranga...


Bila masuk ayam....jus ayam keluar menjadikan kuah kembali cair


Dah bak kering + daun kunyit & biar mendidih perlahan hingga naik minyak
Untuk rendang ayam cili padi ni boleh rujuk resipi & cara masak KAT SINI....


Kuali berebut space  atas dapur..Telinga kuali tak boleh nak letak elok ...kena senget benget baru boleh muat...hihihi
Yang sebelah tu tengah jerang santan untuk ketupat..



Minyak berladung....sebab guna santan fresh yang dah beku.Masukkan sekejapan sahaja dah pecah minyak...Kelebihan masak rendang guna santan segar yang pekat membuatkan rendang cepat pecah minyak tanpa perlu tumis..Itu yang dinamakan rendang.Maksudnya masak dengan santan hingga naik minyak.Selain tu rwndang menggunakan santan segar lebih sedap kerana ada lemak manis aslinya..Tapi kalau takda stok santan segar,saya guna sahaja santan kotak.Cuma bahan kisar kena tumis supaya nanti naik minyak.Nak harap santan kotak tu pecah minyak lambert lagi....hihihi




Skil buat ketupat palas masih ada.Rasa ketupat palas ni pun kalau bagi mak rasa..masih lulus.Cuma bab balut ketupat palas versi utara skil dah makin hilang..🤭




Nampak Adah tengah makan snap la sekali lalu...hihihi
Alhamdulillah ketupat air tangans aya masih ada rasa macam air tangan mak walau tak sepenuhnya..Ketupatnya kenyal ,padat dan sedaging kata orang tua-tua ...



Saya panjangkan sikit kepada jiran dua orang  bujang terlajak sebelah rumah ni..Dah lama tak merasa masakan depa.Dulu depa rajin masak masak & dapatlah merasa air tangan depa.Tapi sejak salah seorang dari depa diuji kesihatan,tak dengar lagi dah depa menumbuk cili dan tak dapat  cium lagi aroma masakan depa.Cuma sesekali jika ada bunyi suara mereka dinluar rumah,sesekali saya tinjau melalui cctv & nampak salah sorang  menyorong wheelchair rakannya.Tahulah saya  mereka nak ke pusat dialisis.Sebelum ni ada beberapa kali bertanya khabar mereka..Satu perkara yang saya nampak dari persahabatan mereka berdua bahawa masih ada insan berhati mulia,sanggup menjaga dan merawat rakan serumah yang sakit walaupun bukan darah daging.Menyaksikan persahabatan mereka duduk menyewa serumah  sekian lama dari sihat hingga diuji kesihatan..Masya Allah...semoga Allah kirniakan kesembuhan dan mudahkan urusan  mereka.
Begitu juga dengan mak saya nun jauh di Kedah...Semoga Allah kurniakan kesembuhan kepada mak dan mudahkan urusan Achik..Amiinn....


Sunday, 18 October 2026

SAMBAL BILIS + PETAI HIRIS

 Selamat berhujung minggu bagi negeri-negeri yang cuti Sabtu Ahad & selamat memulakan awal minggu bagi yang bercuti hari Jumaat & Sabtu...

Semalam saya tanya chatgpt tentang jerebu..Sekali chatgpt tanya saya"awak ni sebenarnya bekerja di Kedah ke di Kuala Lumpur?"

Hahaha..chatgpt pun bingung sekejap.Agaknya sebab kadang tanya tentang Kedah..kejap tanya tentang KL...heeee


Semalam saya masak sambal ikan bilis+ petai hiris..Dinamakan petai hiris sebab biji mata petai tu saya hiris-hiris dulu sebelum dijadikan sambal.Biasanya biji petai dibiarkan sebiji-sebini tapi kali ni setiap biji petai saya hiris kepada empah slices..Nampak la meriah sikit..hihihi


Petai ni beli merentas negeri..hihihi
Beberapa hari lepas iaitu hari Isnin ketika OTW balik dari ziarah mak patah tangan tu..Saya & Cella bertolak dari Kedah pukul 1.30 tengahari.Singgah R&R Tapah lebih kurang 4.30 petang,Cella nak ke toilet..Saya tak turun pun,hanya duduk dalam kereta sementara Cella ke toilet.Tetiba di kejauhan lorong parkir menuju toilet tu mata ternampak orang berjual beli petai.Terus call Cella minta dia tengok,kalau agak patut dan padan beli la petai tu.Bab memebeli petai ni Cella dah biasa sejak zaman sekolah selalu beli petai sebab dia peminat petai.
Jadi saya memang percaya saja kepada dia untuk menilai petai yg sesuai diabeli atau sebaliknya..


Ini la rupa petai tu yang dah menginap 5h4m dalam peti ais..Nak masak masa weekday macam tak selesa nak makan ...Tunggu weekend baru masak..selesa sikit nak makan.Lepas makan minum kopi O buat penyerap aroma🤭





Gambar kat dapur agak gelap.Maklumlah takda cahaya...diliputi jerebu..hihihi
Kali ni,petai tu saya gandingkan dengan bilis sahaja.Bukan sebab tiada udang tetapi tekak teringin nak makan sambal petai dan bilis ninkerana teringat nostalgia dulu-dulu.Dulu kami tak pernah masak petai dengan udang.Hanya masak sambal petai bersama bilis.Cabai kering dan bawang digiling menggunakan batu penggiling.
Dulu zaman kanak-kanak ,kalau dapat makan sambal petai,sangat nikmat sebab jarang dapat makan petai.Kami tiada pokok petai,tapi tokwan ada beberapa batang  pokok petai besar tapi jarang berbuah.Kalau berbuah pun orang lain yang dapat hasilnya.

Bila dah pindah ke tanah mak sendiri,rezeki makin melimpah.Benarlah hijrah itu membawa kebaikan...Pokok petai di tanah mak berbuah.Kemudian,ayah pula mengambil langkah menanam  lebih 10 batang pokok petai.Sejak pokok petai tu berbuah boleh katakan kami mewah makan petai.Kalau perasan dalam posting-posting zaman Cella,kakak dan abangnya masih sekolah,kami kerap balik kampung & kebanyakan masa kami balik ada jer pokok petai yang berbuah & pastinya ada menu  sambal petai !




Sungguh..!

Masa memasak sambal petai ni..baunya sahaja membawa saya  hanyut bersama memori zaman silam.Memasak sambil mendengar Radio klasik bagai berada di zaman kanak-,kanak dan zaman remaja.Tambah lagi kalau DJ pula Azlan Omar..Pilihan lagu-lagunya sangat kena dengan jiwa saya.. Melakukan kerja dapur sambil mendengar radio klasik merupakan salah satu kebahagiaan saya.Mungkin kerana sudah sabati sejak zaman remaja.Masa kami pindah rumah dari kampung lama ke rumah mak sekarang ni ,masa tu saya tingkata satu..awal remaja.Masa tu pulak rumah kami jauh dari rumah orang.Jiran-jiran jauh dan surau pun jauh masa tu.Jadi,bila waktu pagi mak ayah pergi kebun,saya hanya berteman radio memasak,membasuh pinggan mangkuk,menarah rumput dilahalaman rumah,menanm pokok bunga dan sewaktu dengannya.Malam pula selelepas maghrib adalah rutin membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah.Haaaa...masa ni saya curi-curi buka radio dengan volum yang paling rendah.Tak ada kerusi dan meja,saya hanya study sambil meniarap atas bantal tepi kelambu.Sorok radio bawah selimut letak tepi telinga..Kadang ayah masih boleh mengesan & memang kena marahlah.Kalau tak kena gaya ,ayah akan cabut bateri kering radio tu & sorokkan bateri atas alang runah Menderita teruks saya selagi tak dapat dengar radio tu kerana hanya radio itulah teman setia saya Dek keakraban itulah,sehingga kini boleh katakan semua lagu-lagu yang diputarkan oleh radio klasik saya masih bisa menyanyi bersama setiap kali lagu diputarkan..Dulu, mak mal larang anak gadis menyanyi di dapur.Katanya,nanti dapat suami tua.Tapi ternyata tidak berlaku kepada saya...hahahahSetiap lagu itu pula mempunyai cerita dan pastinya terbayang suasana dan apa aktiviti sedang dilakukan pada masa lampau.Itu yang kadang boleh berjam jam didapur tak sedar masa berlalu...hihihi



Ok...masa untuk reward myself🤭
Lauk ni kena ada ikan masin sikit baru best..Tapi saya malas nak goreng ikan masin.Sayang nak baukan rumah🤭
Masyaa Allah...rasa sambal ikan bilis petai ni saling tak tumpah macam sambal bilis petai yang saya bayangkan makan masa dulu-dulu!

Sebenarnya saya ada je masak satu lagi lauk nostalgia kenduri dulu-dulu..nanti kita cerita dalam next posting..hihihi







Monday, 21 September 2026

KUIH BAULU vs KOPI O KAMPUNG

Kuih baulu vs kopi O panas ...Kudapan petang semalam sambil melayan bunyi hujan di luar rumah Tak pasti itu hujan semulajadi atau hujan buatan pembemihan awan untuk mengurangkan kesan jerebu yang sedang hebat melanda Lembah Klang ni...


Kuih baulu,isian gudies memenuhi jemputan walimatul urus salah seorang followers blog namakucella.Nanti kita cerita pasal kenduri & perkenalan dengan mak pengantin ni...Hari ni cerita baulu ni dulu..
Kuih baulu ni ialah antara kuih nostalgia yang masih valid hingga kini.Malah,tidak keterlaluan jika dikatakan kuih baulu ni berdaya saing kerana daripada kuih yang hanya dikenlai masa musim perayaan,kini telah menjadi antara kuih kudapan yang boleh didapati setiap hari.Malah ramai usahawan kecil menjadikan kuih baulu sebgai sumber pendapatan harian..Ada yang dah di kotemporarikan dengan menambah perisa pandan,strawberry,mocca,cappucino dll.Juga ditambah inti coklat dan jem juga.
Namun bagi orang lama macam saya,pastinya tetap dengan citarasa lama lebih menyukai baulu asli plain.



Saya cuba Ai kan suasana membuat kuih baulu macam dulu dulu..Saya beri gambaran sabut disusun pada pancang kayu dan guna dapur kayu bakar baulu.Tapi mungkin apa yang saya sampaikan tidak jelas,maka Ai telah menjadikan api bawah baulu tu kemain menyala...Adoi,hangus lah kuih bauluku!!!!

Saya sempat melalui pengalaman "menimbok" telur dalam pasu dengan penimbuk macam spring berhulu.Timbok dari pagi hingga tengahari nak kasih telur dan gula sebati dan ringan menjadi buih kental sebelum dicampur tepung gandum.Telur WAJIB la telur itik.Kata mak kalau telur itik kuih baulu lebih sedap dan menjadi berbanding telur ayam.Tepung pula wajib disangai hingga panas dan diayak.Dah sejuk baru campur dalam adunan telur.Itupun bukan campir sekali gus...Adunan telur akan dicedok beberapa senduk masukkan dalam mangkuk atau besen kecil dan dicampur tepung sangai tadi untuk dapatkan adunan yang konsistensi Acuan baulu pula,mak hanya guna dua jenis iaitu acuan ikan 3 ekor atau acuan bentuk buah gelugur..Acuan tembaga besi  tu turun temurun dari nenek moyang..Sekampung menggunakan acuan yang sama...Sapa nak buat kena tunggu turn..Kadang nak buat baulu jenuh bertanya rumah ke rumah,siapa yang simpan acuannya...hihihi
Tapi itulah antara cara orang dulu mengeratkan hubungan..Bukan hanya acuan baulu,acuan kuih lain pun sama..Hinggakan penyukat beras seperti cupak,gantang dan tin sukat padi pun hanya itulah satu set kepunyaan tokwan yang digunakan oleh seluruh warga kampung..Belum Agaknya juga itulah dulu dulu orang kampung sangat rapat antara satu sama lain..Kang kalau gaduh-gaduh kang...macamana nak pinjam cupak,gantang acuan kuih bagai...kang tak bersukat beras,tak beracuan kuih baulu!!🤭🤣🤣🤣🤣






Berbalik kepada kuih baulu gudies ni....
Saya  gemar makan kuih baulu tanpa cicah minuman.Saya lebih suka gigit kuih dan terus minum air..biar kuih kenbang dalam mulut..🤭



 Makan kuih baulu pastinya sambil mengunyah,sambil juga melayan rakan kenangan dalam memory fikiran.Apa lagi dengan iringan hujan turun di luar rumah...

Semoga kuih warisan yang satu ini kekal hingga generasi anak cucu seterusnya...!!

Tuesday, 25 August 2026

GULAI IKAN TUNA,ULAM PUCUK BETIK

 Balik dari Shah Alam dengan membawa hasil jalaan dari PASAR MODEN SYEKSYEN 16,SHAH ALAM .Dek kerananmasa sarapan nasi lemak paru tu tak berapa nak kena dengan tekak,saya ada membeli soto kononnya untuk.lunch sebab taknak masak tengahari Ahad tu Konon nak bermalas malas sambil scroll TT sahaja...hihihi

Tapi soto tu pulak tidsk menawan selera.Packagingnya yang tak kemas langsung membuatkan berminyak dan tumpah dalam plastik serta bercampur campur membuatkan hilang selera nak makannya.

Semasa memberishkan ikan tuna,ayam dan kulit lembu yang dibeli tu..tetiba teringin nak makan gulai(kari) ikan .Terbayang gulai ikan masakan mak yang memang tiada bandingnya untuk lidah dan tekak saya.



Maka...dengan izin Allah,datang kerajinan tu untuk memasak Gulai Kepala Ikan Tuna ni...Rezeki pula dapat tuna yang ada telur.Cuma sayangnya masa minta penjual ikan tu siang ikan ,ikan tu dikerat kerat dan terkerat kerat la juga telur ikannya.Nasib baik kerana telur fresh maka walau dah terpotong potong ,bila masak masih elok tak hancur..besar juga telur ikan tuna ni..rasanya seakan telur ikan tenggiri.

Kali ni saya masak gulai ikan ni letak sikit serbuk cili untuk dapatkan warna yang menarik..

GULAI KEPALA IKAN TUNA
1 kelapa ikan tuna( belah dua) 
3 keping isi ikan tuna
4 cawan santan cair
½ cawan santan pekat
10 batang bendi
2 biji tomato- belah 6
2 asam keping
minyak,garam,perasa

Bahan tumis:
5 bawang merah- hiris
5 bawang putih-ketuk
1 sudu hamba campur
2 pelepah daun kari
¾ cawan serbuk kari ikan
¼ cawan serbuk cili

1. Panaskan minyak dan tumis bawangan hingga garing baru masukkan halba campur dan daun kari.

2. Tambah serbuk kari dan serbuk cili.goreng sebentar dalam minyak dan cepat cepat masukkan 2 cawan air.Masak hingga pecah minyak

3. Masukkan kepala ikan,asam keping dan garam.Balik balikkan  hingga ikan ½ masak.

4. Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.Tambahkan bendi dan tomato serta perisakan.Baru masukkan santan pekat

5.Biar mendidih perlahan beberapa ketika supaya kuah naik minyak dan cantik.




Try tumbuk cabai macam mak dok buat ..Kalau mak tumbuk cabai (sambal belacan) mak suka guna cabai melaka putik( yang masih hijau) .Mak tak suka guna cabai yang dah masak.Kata mak cabai putik lagi sedap..Saya try & ada la dalam 75% dapat tine rasa macam mak dok buat..Lagi 25% tak dapat nak tiru...hihihi
Tapi anak anak anak semua makan kata sedap & licin walau pun pedas.


Ulam pucuk betik rebus...Pucuk betik yang saya beli kat Pasar Syeksyen 16 tu..Kerana dah tahu dalam rumah ni kalau  pucuk betik..hanya saya sorang yang suka kerana kepahitannya....maka saya + juga ulam timun mini.


Teringat ada ikan pekas mak bagi maa balik raya haji hari tu.Walaupun bila saya goreng dia hancur mungkin sebab minyak takdan panas dan kualintu melelat pulak...tapi pekasam mak memang terbaik di tekak kami...licin....

Alahamdulillah ...rasa pias kat tekak lunch dengan lauk lauk noatalgia saya ni...
Cuma saya sangat rindu nak makan gulai ikan guna rempah giling sendiri menggunakan batu giling tradisional.Batu giling tu masih ada  kat kampung.In .Plan nak masak gulai rempah giling sendiri masa cuti .Merdeka nanti..In shaa Allah...!!! 
Kalau jadinsaya update..kalu diam tu...hmmm faham faham la kan🤭🤣





Saturday, 15 August 2026

CEKODOK PISANG vs PULUT KELAPA IKAN KEDERA MASIN

 Jumaat adalah hari yang bermotivasi kerja kerana dah terbayang Sabtu Ahad cuti.

Tapi betul ke Sabtu Ahad cuti?

hihihihi.....




Cekodok pisang tepung beras..



Kesukaan Adah ...

Dulu zaman kanak kanak saya paling tak suka keledek goreng...manakala cekodok pisang ni adalah yang kedua paling tak suka.

Mungkin kerana pisang terlalu banyak keliling rumah hingga merasakan pisang sebagai makanan low class...haaaa sampai gitu sekali...Manakan tidak kerana pisang terlalu banyak hingga tak pernah putus.Pisang masak bertali arus...Kadang bertandan tanda sekali masak hingga menjadi rezeki ayam dan lembu.Sebab tu agaknya saya sering rasa cekodok pisang makanan low class sebab pisang tu juga makanan haiwan ternakan.

Sekaranga dek sombong zaman kanak-kanak tu agaknya...Allah tarik nikmat rezeki pisang yang banyak tu.Kat kampung pokok pisang dah hampir pupus dek  serangan vabi dan kera.Kalau tanam belum berbuah lagi dah disondol babi.Kalau panjang umur pisang tu berbuah...kera pula menanti...Kerana penat berperang dengan babi dan kera kebanyakan orang kampung termasuk mak dah tak namam pisang.Kalau ada pun yang tersesat terlindung tak nampak dek babi dan kera.Nak buat lemak lepat pun hanya sisa sisa pokok pisang hutan yang agak liat umurnya....

Sekarang...pantang nampak orang jual pisang...wajib beli.Seminggu sekali memang beli pisang.Pisang untuk dessertaupun pisang untuk goreng.Selalunya pisang untuk gireng akan berakhir jadi cekodok kerana memang tak tergoreng pun dua hari cuti..hihihi..Tu yang buat cekodok tu pisang raja...asalnya nak goreng konon...Dari Sabtu bertemu Sabtu akhirnya jadi cekodok


Tapi saya teringin nak makan pulut kelapa bersama ikan kedera masin ni..Sambil buat cekodok,saya kukus pulut...dan goreng ikan kedera masin..Ikan kedera a.k.a ikan belanak masin ni juga beli minggu lepas lat pasar.Jadi teringin nak beli sebab ninikan kedera masin hasil "orang kita".Elok dibelah perut buang isi perut dan bersih.Nak makan pun takdak dok fikir yang bukan bukan...hihihi



Dapur gelap tak masuk cahaya lagi....gambar kelam 


Pulut Kelapa Ikan Kedera Masin...



Tiap kali makan lauk ikan kedera masin ni pasti auto teringat Kedai Runcit Chik Deri kat kampung.Kedai runcit kecik yang kebanyakan barangan dapurnya lebih mahal 5 sen berbanding satu lagi kedai  kedai runcit kepunyaan Paklang Li .Selalunya mak lebih suka jual getah sekerap kedai Paklang Li dan beli barang dapur seperti gula,garam,tepung pun kedai Paklang Li kerana harganya sama seperti kat pekan.Gula sekati 60sen.Garam sekati 10 sen dan tepung sekati 40 sen.Manakala  Kedai Chik Deri pula garam 15 sen,gula 65sen dan tepung 45 sen.Tapi kedai paklang Li tu jauh sikit dari rumah berbanding kedai paklang li.. & kedai Paklang Li takda jual ikan kedera masin...
Kalau nak ikan kedera masin kena ke kedai Chik Deri..
Tapi tak lama lepas tu bila dah masuk sekolah menengah Kedai Paklang Li dah diambil alih oleh Zemi iaitu anak buah Paklang Li kerana Paklang Li dah masuk askar..Namun,mungkin minat berniaga kedai runcit dah sebati dengan Paklang Li....lepas pencen askar Paklang Li balik kampung dsn kembali berniaga kedai runcit..Tapak kedainya juga dah berpindah dari tersorok dijalan lama,kini kedai rumcit Paklang Li  betul betul di Simpang 4 pintu gerbang masuk kampung kami...Dulu kat situ hutan dan seram nak lalu...
Kini bukan sahaja,kedai runcit Paklang Li tapi juga dah diwujudkan padang bola,kedai makan dam juga dua pintu rumah sewa.
memang meriah waktu petang...
Cuma kerana kedai Chik Deri tu tersorok di belakang rumah Mayah....setiap kali balik,saya lupa nak meronda tengok masih kah ada kedai runcit kecik kepunyaan Chik Deri tu...
Walau  kedai Chik Deri tu kecik sahaja lebihbkurang 2 x 1 depa sahaja tapi kedai tu banyak mencilta kenangan  yang masih saya kenang hingga kini...Selalin tempat beli ikan kedera masih....kedai tu juga..jika terdesak menjadi  tempat kami beli minyak tanah buat penghidup pelita..Biasanya ayah beli stok 1 tong besar tapi jika terdesak stok minyak tanah habis,kami beli kat kedai Chik Deri seperti yang pernah saya cerita dalam postingZIARAH KUBUR MENJEJAK MASA LALU

Wednesday, 5 August 2026

BUAH JENTIK & NOSTALGIA

 Saya antara orang yang suka sangat mengenang cerita cerita dan kisah kisah lama .Rasa bahagia bila mengenang kisah lama.Tidaklah ingin kembali lagi ke zaman lampau tapi mengenang kisah lama mendatangkan kebahagiaan.

Baru baru  ini bila scroll Tik Tok (TT) nampak ada orang jual buah jentik...

Masyaa Allah...hati bagai turut dijentik kerana buah jentik ni antara buah yang ada kenangannnya di zaman lampau.Memang susah dah nak jumpa krang jual buah jentik walaupun di kampung Ini kerana buah jentik ni dah tergoling antara buah nadir(buah yang hampir pupus)


Buah Jentik in the house..


Saya beli buah jentik di platform TT pada minggu lepas.Selang dua hari parcel buah jentik ni sampai.Gembira hati berbunga bunga.Sangat bersyukur kerana tidak menyangka saya masih dapat menikmati buah jentik ini lagi.Kali terakhir menikmati. uah jentik ni dah hampir 10 tahun rasanya..Itupun dapat rasa sebab balik kampung kebetulan pada musimnya dan mak beli simpan semata umtuk saya kerana mak tahu saya menyukai buah biahan nadir ni.
Lepas tu memang dah lama la tak jumpa lagi buah jentik ni..



Hinggalah minggu lepas nampak live kat TT ada saler dari Baling Kedah open order buah jentik ½kg RM9
Tak tunggu lama terus order..
Dua hari kemudian selamat sampai

Membuka parcel buah jentik ni bagai membuka lembaran nostalgia zaman kanak-kanak dulu...

Di kampung saya ada sebatang pokok jentik sebesar 2 pemeluk dewasa di simpang tiga jalan berhampiran rumah Ton Mat Khirk.Pokok jentik besar tu dah berpuluh tahun  tumbuhnya didalam tanah milik Tok Daim.Tapi dek pokoknya di tepi jalan maka,setiap kali tiba musim buah jentik masak,kami yang kanak-,kanak ni akan sentiasa menanti buahnya.Dikernakan pokoknya yang tinggi melangit,maka kami mengaharapkan tupai dan lotong menjatuhkan tangkai tangkai buah jentik yang keorenan tu.Biasanya tupai dan lotong akan lebih dulu tahu buah jentik masak.Mereka yang akan berkenduri sakan atas pokok tu.
Kuasa Allah menjadikan pokok jentik ni walau jarang jumpa pokoknya tetapi kalau sekali berbuah,sepokok tu memang berpikul-pikul ( ukuran lama pikul sudah diganti metrik tan) Sepikul bersamaan 100kati.1 kati lebi kurang 600gm..So,darab lah sendiri🤭
Kalau sekali berbuah memang tak nampak daun..hanya nampak buah jentik berjulai julai macam buah rambai tapi berwarna orwn dan lebih kecil dari rambai 

Ketinggian pokok tu tidak.memungkinkan untuk dikait dengan galah.Satu-satunya cara menuai buah jentik ni adalah dengan memanjat pokoknya.Bukan semua orang berkemahiran memanjat pokok sebesar balak dan setinggi bangunan empat tingkat tu.Biasanya tuan punya pokok akan upah orang panjat pokok tuai buah jentik.Tukang panjat akan bawa naik baldi yang diikat tali panjang  ke atas pokok.Buah yang dipetik akan dimasukkan dalam baldi dan hulur ke bawah guna tali panjang tu untuk elak buah rosak.Kat bawah pokok tuan pokok la akan tunggu dan sambut baldi buah dan susun dalam raga sebelum dipawa ke pekan untuk dijual.Kalau buah yang orang oanjat tu tak berani la kami nak minta setangkai dua...Kerana itulah kami yang kanak kanak ni amat mengaharapkan jasa baik tupai dan lotong untuk menjatuhkan barang setangkai dua buah jentik yang lebat tu.CmKami memang akan melalui simpang tiga yang ada pokok jentik tu kernaa itu memang laluan kami berbasikal ke surau untuk ngaji qur'an lepas balik sekolah kebangsaan
Dulu kami takda KAFA tapi kampung kami kerajaan sediakan juga kemudahan lanak-kanak ngaji qur'an tajwid.Ada ustaz dari kampung sebelah datang ngajar kat surau kampung kami iaitu Surau PAS.Kalau yang dah pernah baca catatan saya dalam blog ni pasti tahu kampung saya ada dua surau iaitu Surau PAS dan satu lagi Surau UMNO...(Tapi tu kisah lama zaman 70-80-an dulu la..)

Pokok jentik tu juga menjadi meet point bagi sesetengah penduduk.Contoh berjanji nak ke mana mana ..pokok jentik tu menjadi penanda tempat menunggu keranan letaknya di simpang jalan utama.

Musim kemarau...bawah pokok jentik tu adalah port gerai ais kacang.Ais kacang tu kalau sekarang disebut ABC.Dulu dipanggil ais kacang kat kampung kami seban bahannya hanya air yang disagat menggunakan mata pengetam kayu( boleh google ais kacang/cendol zaman dulu).Yang uniknya waeung ais kacang ni hanya timbul bila masuk musim kemarau bermula bulan Disember hingga bulan Mac.Masa tu iklim Malaysia masih konsisten..Bila musim kemarau yang juga disebut musim angin timur dah tiba akan nampak lah Man Tok Chat akan baikinwarung ais kacangnya bawah pohon jentik tu...Atap rumbia untuk kawasan pantrynya manakala tempat duduk pula dibuat bangku panjang dan meja panjang menggunakan anak anak kayu dan batang kayu bulat.Ada la beberapa set kerusi meja kayu tu bawah pokok jentik.Keruai meja ni open air takda bumbung sebab musim kemarau hujan tak turun.Hanya mengharap teduh panas dari bayang pokok jentik yang rimbun menjulang tu sahaja.

Ais kacang pun simple sahaja.Ais sagat + kacang merah rebus,sikit jagung krim dan sirap merah serta sirap gula melak.Diakhiri sikit siraman susu pekat.Jangan pelik kerana ais kacang ni tak hidang dalam mangkuk ,sebaliknya dalam gelas...hihihi.
Kalau yang nak air sirap pun ada tapi disebut " ais manis " ada juga sebut ais katuk.Sebabnya air airap ni dibancuh menggunakan sirap merah dari ais kacang tu dan ketulan ais phla adalah dari sisa ais yang dah tak boleh nak sagat sebab dah kecil.Maka ais ais tu la dikatuk( ketuk) dengan spana dan masukkan dalam gelas+ sirap merah & air.

Yang berada sikit boleh la minum air menet(lamonet) dalam botol.Ada pilihan oren,aiskrim soda,sarsi dan air lamonet warna putih..Dulu kami sangkakan tu air tepung...Dah dewasa baru tau tu air kacang soya🤭🤣

Tiap kali kalau balik kampung kena pula musim kmarau...bila melalui simpang tiga pokok jentik tu,pastinya bayangan masa lalu akan terbayang dimata..Walau landscape simpang 3 tu dah berubah,pokok jentik besar sudah lama hilang hayatnya diganti  kebunan durian musang king,namun bayangan warung ais kacang Man Tok Chat masih jelas dalam ingatan.


Saya cuba beri gambaran tu bersama gambar buah jentik yang saya beli ni untuk di Ai kan...
Namun kurang menepati suasana kerana pokok jentik yang dalam bayangan tu tinggi menjulang..
Saya cuba lagi...


Akhirnya dapat lah  sekitar 80% ketepata suasana tu...Lagi 20% tidak tepat pada bahagian jalan tu ..Jalan tahun 8p-an di kampung saya hanya lorong tiada tar.Kalau sekarang ya dah da mini tar.
Lain lain tu hampir menyamai lanscape warung ais kacang Man Tok Chat  bawah pokok jentik Tok Daim di simpang tiga jalan dekat rumah Ton Mat Khirk....
Tapi harga yang terpaoar pada warung tu harga tahun 2000-an tu ..
Zaman saya sekolah rendah ais kacang sagat yang Man Tok Chat jual sekitar  20 sen sahaja.20 sen pun besar nilainya...Air lamonet botol tu baru 15 sen hingga 30 sen sebotol.Botol kaca tu pun boleh jual semula kat Keling Botoi yang akan masuk kampung seminggu sekali.Sebiji botol  boleh jual dengan harga 5 sen.Tin minyak masak segelen tu Keling Botoi amik dengan harga 20 sen...Kasut sandle yang putus pun jual laku yer...sebelah 5 sen...tapi selipar Jepun pulak,taktau pasai pa  Keling Botoi takmau beli...hihihi


Teknologi dan pembangunan ..kadang menghilabgkan  masa lalu...Namun kadang kalau kena caranya...teknologi juga mampu mengembalikan masa lau...🤲

Monday, 3 August 2026

ULAM REBUS CICAH AIR ASAM CABAI PICIT

 Cuti weekend semalam.Tekak.ni rasa nak sangat makan ulam rebus cicah air asam cabai  picit..


Ni la air  asam cabai  picit saya buat semalam...
Bukan susah pun nak buat air asam cabai picit ni...

AIR ASAM CABAI PICIT
10 cili padi hijau
5 cili padi merah
1 ketul belacan  sebesar ibu jari
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil garam
Secubit gula


1. Cili hijau,cili merah,belacan dan garam ditubuk .JANGAN tumbuk halus tapi tumbuk sekadar pecah -pecah sahaja.

2. Masukkan  pes asam jawa + ¼ cawan air ,secubit gula & gaul rata 

3. Gaul rata  dan sesuaikan rasa. Hidangkan dengan ulam rebus.

*Kalau ikut cara asalnya semua bahan tu tak ditumbuk sebaliknya semua bahan  dimasukkan dalam mangkuk dan cabai tu diparah patahkan dan dipicit picit sahaja




Saya rwbus pucuk ajinomoto a.k.a pucuk chaya, rebus terung siam dan juga cendawan sebagai ulam..

Pucuk chaya tu saya beli kat pasar...Pucuk chaya  ni saya baru ja kenal sejak setahun dua yang lalu..Sebelum ni selalu twngok gambar ja dok ingat pucuk betik...Rupanya sedap pucuk chaya ni lagi berbanding pucuk ubi...


Terung  Siam tu pun beli...Dulu-dulu zaman kanak-kanak selalu makan lauk ulam rebus ni.Macam macam pucuk dan ulam kampungmak rebus buat ulam makan ngan air asam cabai picit ni.Antara yang mak selalu rebus,terung bulat,kacang panjang,pucuk letup dan pucuk ubi gajah. Kalau kebun baru dibersihkan,pokok letup memang mudah tumbuh meliar.Pucuk letup tu kalau kita petik dia ada rasa macam berminyak sikit daunnya.Pucuk ubi gajah tu pulak biasanya orang tanam kat tepi telaga buat teduh.Sebabnya pokok ubi gajah ni pokoknya mudah tumbuh merendang dan swntiasa berpucuk.Pokoknya tidah berubi swbaliknya berkayu  boleh memebesar  merendang macam pokok rambutan.Pucuk dan bunganya biasanya kami petik  dan rebus buat ulam.Bunganya  macam bunga pokok ubi kayu tapi sangat lebat dan berbau harum serta menjadi tempat lebah menghisap madu.


Selain ulaman rebus dan air asam cabai picit tu,saya juga goreng ikan lengat untuk gu dengan ulam rebus dan air asam cabai picit tu..Tapi gambar tak termasuk pulak..hihihi



Goreng juga ayam untuk orang orang muda yang tak berminat nak makan ulaman tu.





Lepas makan nasi...ulang ulang cium tangan.Dah basih sabun bagai ...bau masih melekat🤣

Saturday, 1 August 2026

SEPIRING PULUT KUKUS IKAN LENGAT GORENG BERSAMA SECAWAN KOPI O PANAS


 

Sebagaimana tajuk ya,begitulah yang saya makan tadi.....

Dah agak lama tak makan pulut....Biasanya,dalam sebulan ada beberapa kali saya akan masak pulut.Namun kebelakangan ni agak lama saya tidak masak pulut...Rasanya mau juga dua bulan dah...Tapi dalam masa sama bukan la tak makan pulut.Masih makan cuma tak sempat nak masak.Ada la sekali dua beli pulut inti...pulut panggang dan paling terbaru...minggu lepas la makan pulut kuning beli kat rotikitab@shahalam tu..


Hari ini saya tidak ke Shah Alam..

Breakfast...lunch...tea & dinner kat rumah jer hari ni...

Teringin nak makan pulut kukus gaul kelapa & makan dengan ikan lengat goreng...Gu dengan kopi O panas...Minggu ni dah 3 cawan kopi O saya minum..Tahu jer kesannya akan berdebar sepajang hari tapi minum jugak...Akibatnya malam susah nak tidur dek rasa gelisah dan berdebar...Tapi sendiri tanggung la kan....hihihi


Saya rendam pulut dalam ½kg sahaja dan kukus.Kelapa putih tu pun kukus sekejap gaul sikit garam.Ikan lengat tu  saya buat beberapa hari lepas.Beli ikan selayang +-1kg & lengat bersama garam,sikit gula melaka &  asam keping banyak-,banyak..Pastu maaukkan dalam bekas simpan dalam peti ais.Nak makan tinggal goreng jer...Tu yang buatkan teringin nak makan pulut dengan ikan lengat goreng tu...




Comfort food dan juga makanan nostalgia bagi saya...Membezar bersama makanan ni ..Sekarang menua juga bersama makanan. ni...

Hihihi