Jumaat adalah hari yang bermotivasi kerja kerana dah terbayang Sabtu Ahad cuti.
Tapi betul ke Sabtu Ahad cuti?
hihihihi.....
Cekodok pisang tepung beras..
Kesukaan Adah ...
Dulu zaman kanak kanak saya paling tak suka keledek goreng...manakala cekodok pisang ni adalah yang kedua paling tak suka.
Mungkin kerana pisang terlalu banyak keliling rumah hingga merasakan pisang sebagai makanan low class...haaaa sampai gitu sekali...Manakan tidak kerana pisang terlalu banyak hingga tak pernah putus.Pisang masak bertali arus...Kadang bertandan tanda sekali masak hingga menjadi rezeki ayam dan lembu.Sebab tu agaknya saya sering rasa cekodok pisang makanan low class sebab pisang tu juga makanan haiwan ternakan.
Sekaranga dek sombong zaman kanak-kanak tu agaknya...Allah tarik nikmat rezeki pisang yang banyak tu.Kat kampung pokok pisang dah hampir pupus dek serangan vabi dan kera.Kalau tanam belum berbuah lagi dah disondol babi.Kalau panjang umur pisang tu berbuah...kera pula menanti...Kerana penat berperang dengan babi dan kera kebanyakan orang kampung termasuk mak dah tak namam pisang.Kalau ada pun yang tersesat terlindung tak nampak dek babi dan kera.Nak buat lemak lepat pun hanya sisa sisa pokok pisang hutan yang agak liat umurnya....
Sekarang...pantang nampak orang jual pisang...wajib beli.Seminggu sekali memang beli pisang.Pisang untuk dessertaupun pisang untuk goreng.Selalunya pisang untuk gireng akan berakhir jadi cekodok kerana memang tak tergoreng pun dua hari cuti..hihihi..Tu yang buat cekodok tu pisang raja...asalnya nak goreng konon...Dari Sabtu bertemu Sabtu akhirnya jadi cekodok
Tapi saya teringin nak makan pulut kelapa bersama ikan kedera masin ni..Sambil buat cekodok,saya kukus pulut...dan goreng ikan kedera masin..Ikan kedera a.k.a ikan belanak masin ni juga beli minggu lepas lat pasar.Jadi teringin nak beli sebab ninikan kedera masin hasil "orang kita".Elok dibelah perut buang isi perut dan bersih.Nak makan pun takdak dok fikir yang bukan bukan...hihihi
Dapur gelap tak masuk cahaya lagi....gambar kelam
Pulut Kelapa Ikan Kedera Masin...
Tiap kali makan lauk ikan kedera masin ni pasti auto teringat Kedai Runcit Chik Deri kat kampung.Kedai runcit kecik yang kebanyakan barangan dapurnya lebih mahal 5 sen berbanding satu lagi kedai kedai runcit kepunyaan Paklang Li .Selalunya mak lebih suka jual getah sekerap kedai Paklang Li dan beli barang dapur seperti gula,garam,tepung pun kedai Paklang Li kerana harganya sama seperti kat pekan.Gula sekati 60sen.Garam sekati 10 sen dan tepung sekati 40 sen.Manakala Kedai Chik Deri pula garam 15 sen,gula 65sen dan tepung 45 sen.Tapi kedai paklang Li tu jauh sikit dari rumah berbanding kedai paklang li.. & kedai Paklang Li takda jual ikan kedera masin...
Kalau nak ikan kedera masin kena ke kedai Chik Deri..
Tapi tak lama lepas tu bila dah masuk sekolah menengah Kedai Paklang Li dah diambil alih oleh Zemi iaitu anak buah Paklang Li kerana Paklang Li dah masuk askar..Namun,mungkin minat berniaga kedai runcit dah sebati dengan Paklang Li....lepas pencen askar Paklang Li balik kampung dsn kembali berniaga kedai runcit..Tapak kedainya juga dah berpindah dari tersorok dijalan lama,kini kedai rumcit Paklang Li betul betul di Simpang 4 pintu gerbang masuk kampung kami...Dulu kat situ hutan dan seram nak lalu...
Kini bukan sahaja,kedai runcit Paklang Li tapi juga dah diwujudkan padang bola,kedai makan dam juga dua pintu rumah sewa.
memang meriah waktu petang...
Cuma kerana kedai Chik Deri tu tersorok di belakang rumahayah....setiap kali balik,saya lupa nak meronda tengok masih kah ada kedai runcit kecik kepunyaan Chik Deri tu...
Walau kedai Chik Deri tu kecik sahaja lebihbkurang 2 x 1 depa sahaja tapi kedai tu banyak mencilta kenangan yang masih saya kenang hingga kini...Selalin tempat beli ikan kedera masih....kedai tu juga..jika terdesak menjadi tempat kami beli minyak tanah buat penghidup pelita..Biasanya ayah beli stok 1 tong besar tapi jika terdesak stok minyak tanah habis,kami beli kat kedai Chik Deri seperti yang pernah saya cerita dalam posting
ZIARAH KUBUR MENJEJAK MASA LALU
No comments:
Post a Comment