My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Showing posts with label SARAPAN. Show all posts
Showing posts with label SARAPAN. Show all posts

Sunday, 1 November 2026

BUAT TUNA SPREAD

 Sejak cucunda sorang ni dah pandai makan nasi dan lauk..saya memang willing nak masakkan lauk untuk Sarah setiap pagi.Lagipun memang pepagi akan tanak nasi sesiap & masak sekurang-,kurangnya satu lauk untuk isi rumah.Siapa yang ada,siapa yang balik kerja belum makan,sekurang-kurangnya dah ada nasi dan lauk.Sesambil tu la masakkan lauk untuk bekal Sarah ke rumah pengasuh.

Biasanya dada dan fillet ayam jadi pilihan u tuk masak sup,kicap,stew dan goreng kunyit.Sesekali tukar menu ikan tenggiri,isi udang dan telur.Pernah beberapa kali cuba bagi salmon tapi nampak Sarah tidak menyukai salmon( Alhamdulillah🤭🤣)Buatnya dia nak salmon je taknak lauk lain ..hah sudah!!

Beberapa kali mencuba ikan tuna segar & ternyata dia suka..dimasak sup,dipindang dengan bendi ,dimasak kicap maupun digoreng,semua dia suka.Cuma nak dapatkan ikan tuna pasaraya dan pasar basah dekat rumah saya takda jual ikan tuna.Yang ada hanya tongkol putih dan tongkol hitam.

 Dulu saya sangkakan ikan tuna dan tongkol tu ikan yang sama.Tapi rupanya ternyata salah.Cuma mereka dari keluarga yang sama termasuk juga tenggiri.Ada beza dari segi kulit luar dan rasa.Namun masing masing ada keistimewaan dan peminat masing-masing.Ikan tongkol hitam memang kesukaan saya,tapi memandangkan isinya agak berserat,saya memilih tuna untuk Sarah.Nak  dapatkan ikan tuna perlu ke pasaraya lain yang gak jauh dari rumah,tapi berbaloi Biasanya saya memilih ikan tuna yang saiznya sekitar 2 hingga 3kg .Ada yang saiznya hingga 5kg seekor tapi tidaklah dapat menandingin sais tuna yang pernah saya tengok di Pasar Tawau yang saya pernah bandingkan sebesar bas🤣 & mak saya pula sacap ikan tuna tu sebesar anak lembu.Hahahaa...ni kalau kami dapat tengok tuna di Jepun yang sebesar kapal tu mau pengsan kami...hahaha.Masih terbayang kesedapan tuna Tawau yang pernah saya masak kari di rumah Adah dulu..Apa lagi nasi kuniing Mak Hajah yang berlaukkan sambal tuna...

Hari Khamis saya beli lagi sekor ikan tuna seberat 2kg++ dapat la dalam 10 keping setebal 2 jari.Selain untuk stok lauk Sarah...saya juga dah plan nak cuba buat tuna spread sendiri..Dulu saya pernah buat guna ikan tongkol hitam.Macam ada bau hanyir sikit mungkin sebab gaul semua isi hitamnya.Kali ni try guna ikan tuna rebus & buang hitamnya..

Wei....sedap wei....lagi sedap dari tuna spread dalam tin yg readymade tu...Cucunda Sarah boleh habiskan semangkuk kecil(mangkuk sos) makan dengan sebatang batang sadri kecil...



Saya guna 2 keping ikan tuna lebih kurang 450gm...


HOMEMADE TUNA SPREAD
2 keping tuna segar +-450gm
½ bawang besar -cincang
1 biji limau nipis( jus)
4 sudu mayo kewpei
2  sudu yougurt perisa asli
1 sudu teh lada hitam/,lada putih
chliiy flakes( saya tak letak sebab taknak pedas)



1. Rabus ikan tuna dengan 2 asam keping & 1 sudu teh garam.Rebus hingga masak

2. Leraikan isi ikan dan buang isi hitam.Hanya ambil isi putih sahaja..ramas hingga hancur


3. Campur semua bahan lain dan sesuaikan rasa.




Siapppp....dapat banyak ...


update:

Kepingan ikan tuna rebus yang saya gunakan...
Buang tulang...
Buang kulit
Buang isi hitam tu juga
Ambil putih sahaja




Ni gambar kat dapur...agak gelap...





Untuk Sarah...

Suara Sarah tengah pelawa mommy dia makan tuna spread...
Acunya,pun kemain suka makan...

Nak buat sandwich tuna takda stok roti...Makan kami makan dengan batang saderi sahaja..Ada simpan sebekas dalam peti ais...nanti nak buat isi wrap @ makan dengan telur rebus pun sedap ni...



Monday, 19 October 2026

BUAT DONAT SUSU & DONAT GULA

 Sudah agak lama tidak mendonat.Tetiba tekak rasa teringin pulak nak makan donat.Kebetulansaya tidak ke mana-mana.Naik rumah  balik kerja oetang hari Jumaat hingga petang hari Ahad masih belum pijak bumi.Kadang naik kayangan hari Jumaat..Isnin pagi la baru kembali ke bumi

Buat donat klasik atau kita sebut donat gula..
Seperti biasa saya lebih suka guna gula caster berbanding gula icing atau gula yang dikisar/blend.Kalau gula icing/gula kisar bila sadur nampak berbedak cantik bersalju tapi gulanya mudah cairdan melekit pada kuih.Kalau guna gula caster,biji biji gulanyang halus berkristal nampak cantik dan tahan tidak melengas..




Saya juga sadur dengan susu tepung menjadi  donat susu yang pernah viral tahun lepas kalau tak silap..Kalau kat luar boleh tahan juga harga donat susu ni...
Seperkara lagi tentang donat ni...selain menggunakan susu tepung untuk sadur donat susu ni ..saya memang menggunakan susu tepung dalam resipi donat saya.Kalau semak old post memang resipi donat saya menggunakan susu tepung sebagai salah satu bahan.Kalau takda susu tepung memang saya akan tangguh buat donat sehingga ada stok susu tepung Susu tepung pula saya hanya memilih susu tepung jenama Every Day.Pada saya susu tepung ni yang paling sedap berlemak.Nak buat biskut raya ke mesti nak brand ni..Waima nak minum susu panas pun saya paling sukan susu telung brand ni.Apapun ini selera tekak saya..Lain orang mungkin lain citarasanya..

Saya share juga resipi donat yang saya buat ni.Saya copy je dari old poat tepek sini.


RESIPI DONAT
1/2 kg tepung gandum
1/2 pkt mauripan
sikit garam
2 sudu gula
2 sudu margerine
2 sudu susu tepung
1 cawan air suam

Hiasan:
Gula caster/ gula icing

1. Campur semua bahan untuk dough iaitu tepung,mauripan,susu,gula,garam,margerine & gaul rata.

2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli.Air kena ikut sesuai..Jika dah cukup lembut  tak perlu habiskan.Jika x cukup lembut,tambah sedikit lagi air

3. Canai & terapkan dengan acuan.Jika tiada acuan boleh guna mulut gelas & lubangkan tengahnya dengan jari telunjuk.

4. Tabur tepung dalam dulang baru letakkan donut yang dah dibentuk.

5. Biar lebih kurang 1/2 jam hingga dough kembang.

6. Panaskan minyak yang banyak dengan api perlaan & goreng donut hingga garing.


7.Golekkan dalam gula caster @ kalau guna gula icing ayakkan atas donut.

8. Untuk donat susu..sadurkan dengan susu tepung yang dicampur sedikit gula icing..





Donat yang siap diterap..Saya terap guna mulut gelas sahaja untuk dapatkan bentuk bulat yang sama saiz.Lubang tengahnya just tekan dengan jari telunjuk....hihihi
Bukan takda acuan donut tapi nak jiga guna mulut gelas tu...hihihi



Saya gelek dan suaun dough donat ni atas kertas nasi lemak.Kertas nasi lemak ni memang saya ada stok kat rumah.Buat bungkus makanan...buat alas makanan macam ni pun senang..tak payah nak guna dulang bagai...hibihi




Walaupun dah buat donat ..rasa manis berlemak susu bagai...tekak ni mengada nak makanan yang savoury pulak...Buat la nasi goreng bodo,...rencahkan dengan baki sambal bilis petai semalamnya tu....



Saturday, 17 October 2026

NASI GORENG KANGKUNG & SCRAMBLE EGG

Pagi ni saya sarapan Nasi Goreng Kangkung .Juga sebiji telur mata serta secawan kopi O panas.



Nasi goreng tu versi Nasi Goreng Kampung.Kangkung tu sebagai ulamnya...jangan ada yang pelik pula tengok makan kangkung mentah..Kena cuba sebab bagi penggemar ulaman,ulam kangkung mentah ni sedap yerLagi pula kalau kangkung muda,segar dan organik



Ni Ni antara kangkung terakhir yang ada kat tepi sink dapur...Hari Rabu bawa balik seikat kangkung hasil kebunan tu..Dah lama plan nak petik kangkung ni tapi minggu ni memang bz dengan tugas hakiki yang  memerlukan fokus mental..Duduk berkurung mengadap laptop,kertas dan seteko teh panas air tangan Bayu..Walau berlima orang dalam bilik mesyuarat  yang dingin tapi tetap terasa juga bahang memerah otak dan memerlukan fokus dari pagi sampai petang 
Rupanya di luar sana rupanya Bayu menuai kangkung bersama rakan lain.
Bila nampak posting dalam group kerja,saya minta simpankan seikat untuk saya..
Balik rumah saya rendamkan dalam bekas berisi air supaya kekal segar dan letak tepi sinki dapur
Dapat 3 kali masak.Sekali saya masukkan dalam mihun gorwng,sekali lagi dalam nasi goreng dan  sedikit lagi bakinya saya +dalam nasi goreng dan jadikan ulam sarapan pagi ni..


Dah masuk hari ke-4 masih segar walau tidak masuk dalam peti sejuk.Hanya rwndam pangkalnya dalam bekas berisi air dan tukar setiap hari...Cara inilah juga yang digunakan dulu dulu  oleh emak  ketika kampung kami belum ada elektrik dan rumah belum ada peti ais..Sayur kangkung,maman,bayam,sawi di simpan macam ni untuk awet beberapa hari.Biasanya rendam dalam baldi atau besen letak kat pelantar rumah atau tepi telaga..



Sarapan sorang-sorang kerana yang lain-lain masing masing ada urusan....Nun  diluar rumah IPU  jerebu masih  ditahap tidak sihat sekitar 178 Tapi sayup sayup dengar guntur berdentum.Mungkinkah tanda akan turun hujan semulajdi atau mungkin juga hujan buatan untuk menanganj jerebu..



Tidak lama  kemudian Sarah berlarinkeluar dari bilik dengan suara nyaring memanggil tok mummy dan meminta nak makan telur..Selepas mandi bersama mummy nya,saya hidangkan roti bijirin ni bersama scramble egg...Suka vetul dia makan telur Masaklah scramble ke...dadar ke...atau rebus sahaja pun sudah cukup menyelerekannya...Alhamdulillah...
 

Wednesday, 7 October 2026

PAGI NI SAYA MASAK MEE KERING GORENG LAGI

 

Menu pagi  ni tak jauh beza dengan semalam....Kalut-kalut pagi ni ,hanya masak mee kering goreng ja ...Nak masak lauk macam makan masa sebab tak plan awal-awal..Malam tadi hanya defros isi ayam untuk Sarah sahaja.Lupa lagi nak defros ayam untuk lauk lain.

5.30 baru bangun memang jadi lipas kudung la....Sap sup sap...masak sup ayam + carrot & bayam untuk Sarah...Tanak nasi dalam cawan + telur rebus dalam rice cooker..

Dalam masa sama jerang air nak celur mee kering...Dapur sebelah lagi terus panaskan kuali nak tumis rencah mee...Sap sup sap..eh,azan Subuh dah berkumandang....Lagi la macam tak cukup tangan nak masak..Pautnya azan subuh dah kena siap masak,siap mandi bagai..tinggal nak solat & nak tepek bedak,tenyeh lipstick & sray la sikit perfume  untuk menyegarkan mud pi kerja...hihihi....

Ini kalau azan Subuh baru dok tumis rencah mee.....hmmmm...

Saya guna mee kering jenama ni...
Tapi saya bukan jenis yang setia🤣
Saya suka bertukar² jenama...
Mana yang lintas depan mata saya capai jer.

Suka guna mee kering sebab senang nak simpan...Boleh guna bebila perlu,..
Dari segi rasa pun...saya lebih suka mee kering berbanding mee kuning basah tu...Apapun  citarasa kita mungkin tak sama..






MEE KERING GORENG
1pack  mee kering(10 pcs) 
1 mangkuk daging rebus/isi ayam
2 sudu cili blend
4 sudu minyak masak
4 sudu kicap manis
1/2 bawang besar
4 bawang putih - cincang
1 cawan kobis hiris
1 batang carrot -hiris halus
1 sudu teh garam
Daun sup dan daun bawang

1.Sementara prepare bahan, jerang 1/2 periuk air. Saya jerang dalam rice cooker sbb xnak ganggu kuali atas dapur 🤭
2. Panas minyak dan tumis bawang putih hingga harum
3. Masukkan isi ayam & goreng hingga masak & sedikit garing
4. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
5.Jika guna daging, masukkan daging rebus hiris +air rebusan daging (anggaran 1/2 cawan) 
6. Celur mee kering anggaran 1-2 minit sekadar untuk lerai sahaja. Buang airnya & terus masuk mee dalam tumisan
7. Tambah sayur-sayuuran
8. Gaul sebati sambil direnjiskan kicap manis.
9. Sesuaikan rasa dan tutup api..
10. Masukkan daun sup daun bawang..

**tips - mee tu celur sekejap sahaja & terus tapis & , cepat2 masukkan dalam tumisan, JANGAN biar lama dalam tapisan, nanti sejuk susah nak lerai masa goreng.


Tuesday, 6 October 2026

MASAK MIHUN SIAM

 


Pagi ni saya masak mihun goreng...Antara menu yabg selalu juga menjadi sarapan pagi dan juga makan malam..Saya sangat sukan kan mihun Tetapi dalam masa sama saya sangat berharap jangan la mihun goreng sama ada yang digoreng ol3h saya atau orang lain menjadi mihun hancur .Jadilah mihun yang panjang-panjang seurat seurat tidak putus...hihihi



Lupa nak defros ayam...Itu antara punca saya tak masak lauk.Makanya jalan pintas hanya masak mihun goreng untuk isi perut seisi rumah Kecuali untu bekal Sarah,tanak juga nasi dalam cawan dan panaskan  sup ayam semalam yang difrozenkan.Dalam rice cooker tu isi air dan masukkan cawan berisi beras,bekas berisi sup ayam frozen dan juga beberapa biji telur.Sekali jalan...Nasi siap...lauknya settle dan telur rebus sarapan favourite Sarah juga siap.Lebihan telur rwbus boleh makan dengan mihun goreng.





Kali ni saya gunakan mihun Siam...Mihun dari Thailand ..Achik ada bagi 2 pack mihun Thailand ni masa balik Kedah...



Rencah mihun ni saya gunakan baki sambal daging semalam ..Samball daging tu kalau ikutkan tak akan la berlebih sebab ada yang bawa bekal dan ada yang makan untuk lunch.Tapi bahagian yang depa simpan untuk saya makan yang tak habisnya,Balik kerja semalam masa nak gi amik Sarah kat rumah oengasuh,minta Adah turun belikan ayam gunting ..Se,semua dinner ayam gunting malam tadi.Baki sambal daging yang depa simpan untuk saya tu saya masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais.Itulah yang saya jadikan rencah goreng mihun ni...Kadang kalau masak nasi lemak jiga saya akan lebihkan sambal bilis untuk frozenkan & guna untuk tumis mihun bila perlu.Kalau sambal sardin haruslah akan jadi rencah nasi goreng.

Sunday, 4 October 2026

BELI NASI LEMAK,SARAPAN NASI GORENG

 Pagi ni agak kelewatan bersarapan..Puncanya pergi pasar tadi kemain susah nak daat parkir.Lebih 10x pusing,langsung tak ada tempat nak menyelit..Terhairan-,hairan juga kenapa sampai begitu sekali,sedangkan sebelum ni ok ja.Sebum susah juga nak dapat parkir dekat tapi kalau agak jauh sikit setakat 100m tu banyak jer parkir.Tapi hari ni berpusing-pusing memang tak ada keliling pasar dan kawasan sekitar.Rupanya ada sebuah post sarapan dan makanan kelantan tengah viral tak jauh dari pasar tu.Tu yang antara punca...

Apapun Alhamdulillah,akhirnya tukar strategi pi cari parkir pasaraya berdekatan & syukur dapat juga petak parkir.Cari parkir dekat 1 jam...masuk pasar 15 minit sahaja🤭

Just nak beli ayam,santan,kelapa parut dan ulaman sahaja.Lain-lain beli kat pasaraya.Ayam wajib belinkat pasar &  hanya belanja seminggu sekali kat pasar.Kalau tak ke pasar maka tak makan ayam la seminggu tu...hihihi

Niat asal nak sarapan kat luar....Tapi semua ada urusan ...Anak jantan kena ke litar Sepang minggu ni...Adah nak ke Shah Alam & Cella ada urusan di KLCC..So,beli jer nasi lemak ...ayam & paru...




Ini sarapan saya hari ni...Pukul 11 baru sarapan....Kira brunch dah la kan...



Nasi Goreng Cemdawan Shitake+Pucuk Chaya
Haaaà....ni la yang tajuknya Beli Nasi Lemak,Sarapan Nasi Goreng...hihihi
Dah beli nasi lemak...tapi tekak nak makan nasi goreng..Nasib baik ada nasi sejuk malam semalam masih elok walau tak simpat dalam peti ais..
Baki sambal tumis bilis yang gu dengan pulut lemak semalam masih ada sikit..Terus tumiskan bawang putih...saute cendawan shitake...masuk sambal..nasi & pucuk chaya a.k.a daun ajinomoto....Masyk nasi gaul rata sampai naik wap.....siap
Bancuh teh 0 seteko.....Alhamdulillah.....
Ni sambil makan sambil menaip...siap satu posting...hihihi..
Padahal berderet gambar lain menunggu Que....hehehehe


Untuk Sarah....sarapannya wajib ada telur rebus sebiji ....Pagi ningukan dengan waffle kosong kegemaran dia....Telur rebus tu begelang hitam sebab lepas rebus terbiar dalam periuk tak direndam dalam air sejuk.Dulu Cikgu Sains Rumah Tangga selalu pesan.....Lepas rebus telur kena rendam dalam air sejuk supaya tak gadi gegelang hitam sekeliling kuning tir tu....Dulu memang patuh pesanan guru...Memang buat..Tapi dah tua-tua ni degil pulak...derhaka pesan guru...Maka itulah hasilnya...!!!



Saturday, 3 October 2026

PULUT SAMBAL SARAPAN HARI NI




Pagi ni saya masak pulut sambal untuk sarapan...Teringin mak makan pulut sebab seminggu dua ni belum makan pulut lagi..Saya dan pulut tak dapat dipisahkan lama-lama...hihi



Saja letak bungkusan pulut tu daam bakul ni letak atas meja makan.Berangan juga kalau memang duduk kat rumah kat Kedah tu,saya plan nak laman  courtyard kat tepi tumah untu sarapan pagi pagi dan ngopi waktu petang...Nak letak bakul macam ni atas meja bawah payung & ngopi ngopi sambil menikmati angin sawah....heheher...berangan bukan kena bayar kan....



Biasanya saya bungkus pulut lemak atau nasi lemak fully guna daun pisang...Tapi hari ni alas sikit ja dengan daun pisang & bungkus guna kertas nasi lemak..Daun pisang ada beli 2 keping tapi dalam hati tengah plan nak buat lepat liat....tu yang simpan daun pisang ...tak tau ada kerajinan ke tak...t
hihihi

Ni pulut Siam Achik bagi 5kg masa balik cuti Merdeka....Bilis beli kat TT memang ouas hati kali ni dapat bilis cantik dan bersih serta sedap...Tu yang tak.menyabar nak masak sambal...Telur pun baru beli petang swmalam masa balik kerja singgah Speedmart Kebettulan stok telur baru sampai..kalau tak kemain susah nak dapatkan telur kat speedmart tu.Bukan takda stok sebenarnya tapi lebih kepada permintaan melebihi penawaran...Ramai yang suka beli telur kat speedmart sebab telur dia cantik..



Elok siap pulut sambal elok pula  Sarah bangun tidur....kemain suka dia nak sarapan..Tapi kena mandi dulu ngan mummynya.....



Lepas mandi....tak sabar dia nam makan pulut yang disangkanya nasi lemak ni...Padahal ni pulut lemak.....hihihi




Tok Mummy makan pulut lemak dengan sambal bilis....Haruslah ada kopi O panas ...Kopi cap gantang feom kampung....
Kalau afa ya g teringin dengan pulut sambal ni & berhajat nak masak bomeh rujuk PULUT LEMAK SAMBAL BILIS... kat sini


PULUT LEMAK
1kg  beras pulut- rendam semalaman
3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar  gula

2 helai pandan

1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak

2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.

3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.


****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula  dgn menutup pengukus, pulut akan lembik dan cepat muak bila dimakan


SAMBAL BILIS SIMPLE
1mangkuk bilis bersih
1 mangkuk cili blend
1 bawang besar +5 bawang putih (blend bersama)
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/4 keping gula kelantan (2 sudu gula melaka hiris)
1 cawan minyak

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing

2. Dalam kuali berisi minyak & ikan bilis goreng tu terus masukkan cili blend, bawang blend & kacau bersama ikan bilis hingga  mendidih.

3. Tambah asam keping, garam, gula & masak hingga naik minyak. Sesuaikan rasa.





Saturday, 15 August 2026

CEKODOK PISANG vs PULUT KELAPA IKAN KEDERA MASIN

 Jumaat adalah hari yang bermotivasi kerja kerana dah terbayang Sabtu Ahad cuti.

Tapi betul ke Sabtu Ahad cuti?

hihihihi.....




Cekodok pisang tepung beras..



Kesukaan Adah ...

Dulu zaman kanak kanak saya paling tak suka keledek goreng...manakala cekodok pisang ni adalah yang kedua paling tak suka.

Mungkin kerana pisang terlalu banyak keliling rumah hingga merasakan pisang sebagai makanan low class...haaaa sampai gitu sekali...Manakan tidak kerana pisang terlalu banyak hingga tak pernah putus.Pisang masak bertali arus...Kadang bertandan tanda sekali masak hingga menjadi rezeki ayam dan lembu.Sebab tu agaknya saya sering rasa cekodok pisang makanan low class sebab pisang tu juga makanan haiwan ternakan.

Sekaranga dek sombong zaman kanak-kanak tu agaknya...Allah tarik nikmat rezeki pisang yang banyak tu.Kat kampung pokok pisang dah hampir pupus dek  serangan vabi dan kera.Kalau tanam belum berbuah lagi dah disondol babi.Kalau panjang umur pisang tu berbuah...kera pula menanti...Kerana penat berperang dengan babi dan kera kebanyakan orang kampung termasuk mak dah tak namam pisang.Kalau ada pun yang tersesat terlindung tak nampak dek babi dan kera.Nak buat lemak lepat pun hanya sisa sisa pokok pisang hutan yang agak liat umurnya....

Sekarang...pantang nampak orang jual pisang...wajib beli.Seminggu sekali memang beli pisang.Pisang untuk dessertaupun pisang untuk goreng.Selalunya pisang untuk gireng akan berakhir jadi cekodok kerana memang tak tergoreng pun dua hari cuti..hihihi..Tu yang buat cekodok tu pisang raja...asalnya nak goreng konon...Dari Sabtu bertemu Sabtu akhirnya jadi cekodok


Tapi saya teringin nak makan pulut kelapa bersama ikan kedera masin ni..Sambil buat cekodok,saya kukus pulut...dan goreng ikan kedera masin..Ikan kedera a.k.a ikan belanak masin ni juga beli minggu lepas lat pasar.Jadi teringin nak beli sebab ninikan kedera masin hasil "orang kita".Elok dibelah perut buang isi perut dan bersih.Nak makan pun takdak dok fikir yang bukan bukan...hihihi



Dapur gelap tak masuk cahaya lagi....gambar kelam 


Pulut Kelapa Ikan Kedera Masin...



Tiap kali makan lauk ikan kedera masin ni pasti auto teringat Kedai Runcit Chik Deri kat kampung.Kedai runcit kecik yang kebanyakan barangan dapurnya lebih mahal 5 sen berbanding satu lagi kedai  kedai runcit kepunyaan Paklang Li .Selalunya mak lebih suka jual getah sekerap kedai Paklang Li dan beli barang dapur seperti gula,garam,tepung pun kedai Paklang Li kerana harganya sama seperti kat pekan.Gula sekati 60sen.Garam sekati 10 sen dan tepung sekati 40 sen.Manakala  Kedai Chik Deri pula garam 15 sen,gula 65sen dan tepung 45 sen.Tapi kedai paklang Li tu jauh sikit dari rumah berbanding kedai paklang li.. & kedai Paklang Li takda jual ikan kedera masin...
Kalau nak ikan kedera masin kena ke kedai Chik Deri..
Tapi tak lama lepas tu bila dah masuk sekolah menengah Kedai Paklang Li dah diambil alih oleh Zemi iaitu anak buah Paklang Li kerana Paklang Li dah masuk askar..Namun,mungkin minat berniaga kedai runcit dah sebati dengan Paklang Li....lepas pencen askar Paklang Li balik kampung dsn kembali berniaga kedai runcit..Tapak kedainya juga dah berpindah dari tersorok dijalan lama,kini kedai rumcit Paklang Li  betul betul di Simpang 4 pintu gerbang masuk kampung kami...Dulu kat situ hutan dan seram nak lalu...
Kini bukan sahaja,kedai runcit Paklang Li tapi juga dah diwujudkan padang bola,kedai makan dam juga dua pintu rumah sewa.
memang meriah waktu petang...
Cuma kerana kedai Chik Deri tu tersorok di belakang rumah Mayah....setiap kali balik,saya lupa nak meronda tengok masih kah ada kedai runcit kecik kepunyaan Chik Deri tu...
Walau  kedai Chik Deri tu kecik sahaja lebihbkurang 2 x 1 depa sahaja tapi kedai tu banyak mencilta kenangan  yang masih saya kenang hingga kini...Selalin tempat beli ikan kedera masih....kedai tu juga..jika terdesak menjadi  tempat kami beli minyak tanah buat penghidup pelita..Biasanya ayah beli stok 1 tong besar tapi jika terdesak stok minyak tanah habis,kami beli kat kedai Chik Deri seperti yang pernah saya cerita dalam postingZIARAH KUBUR MENJEJAK MASA LALU

Saturday, 1 August 2026

SEPIRING PULUT KUKUS IKAN LENGAT GORENG BERSAMA SECAWAN KOPI O PANAS


 

Sebagaimana tajuk ya,begitulah yang saya makan tadi.....

Dah agak lama tak makan pulut....Biasanya,dalam sebulan ada beberapa kali saya akan masak pulut.Namun kebelakangan ni agak lama saya tidak masak pulut...Rasanya mau juga dua bulan dah...Tapi dalam masa sama bukan la tak makan pulut.Masih makan cuma tak sempat nak masak.Ada la sekali dua beli pulut inti...pulut panggang dan paling terbaru...minggu lepas la makan pulut kuning beli kat rotikitab@shahalam tu..


Hari ini saya tidak ke Shah Alam..

Breakfast...lunch...tea & dinner kat rumah jer hari ni...

Teringin nak makan pulut kukus gaul kelapa & makan dengan ikan lengat goreng...Gu dengan kopi O panas...Minggu ni dah 3 cawan kopi O saya minum..Tahu jer kesannya akan berdebar sepajang hari tapi minum jugak...Akibatnya malam susah nak tidur dek rasa gelisah dan berdebar...Tapi sendiri tanggung la kan....hihihi


Saya rendam pulut dalam ½kg sahaja dan kukus.Kelapa putih tu pun kukus sekejap gaul sikit garam.Ikan lengat tu  saya buat beberapa hari lepas.Beli ikan selayang +-1kg & lengat bersama garam,sikit gula melaka &  asam keping banyak-,banyak..Pastu maaukkan dalam bekas simpan dalam peti ais.Nak makan tinggal goreng jer...Tu yang buatkan teringin nak makan pulut dengan ikan lengat goreng tu...




Comfort food dan juga makanan nostalgia bagi saya...Membezar bersama makanan ni ..Sekarang menua juga bersama makanan. ni...

Hihihi
 

Tuesday, 28 July 2026

SARAPAN @ rotikitab SHAH ALAM

 Semalam Ahad,saya bersama Adah,suaminya dan Sarah...bersarapan @ Shah  Aley

🤭😄

Haaa......dah name pun Shah Aley key..Rasa mace sep kito jange pecoh🤭


Roti kitab vs kopi O kampung untuk saya
Roti kitan RM5.30
Kopi O kampung RM1.90


Adahakan Laksam
RM7.80


Suami Adah juga pesan roti kitab RM5.30


Sardin Roll...RM3.30/3pcs

Pulut pagi lacang merah bungkus daun pisang RM3.50
Tapi yang ni manis sangat sebab kacang merah tu dia guna pes/ filling.Kan biasanya orang Kelantan guna kacang  merah biji biji tanpa gula kan....Tapi ada je pilihan  pulut pagi dalam bekar clear tu yang letak kacang merah biji.Cuma saya yg pilih daun pisang ni sebab macam nak aroma daun.Na ti 



Juga beli
Nasi Berlauk Ikan Gulai RM7
Nasi Kerabu Ayam Bakar RM7.50
Pulut Kuning Rendang Ayam RM5.50
Pulut Lepa Bakar RM2.50( macam put panggang tapi inti ikan )



Minuman milo air 2- RM 7



Kalau datang sini memang rambang mata wei...!
Makanan ni ada yang mereka bawa terus dari Kelantan ( taktau la. y flight @ by bus)

Ada juga makanan yang pembekalnya dari sekitar Lembah Klang ni

Kat resit  dan kat bungkusan tu ada tulis


Semua rasa nak ambil...hihihi


Next time saya nak try Nasi Tmpang pula



Makanan lain juga
Konsep dia ..

1. Ambil bakul yang disediakan
Beratur

2. Pilih makanan apa yang nak ambil.Semua makanan  siap bungkus
( kecuali roti kitab & minuman)

3. Dah siap pilih gi kaunter buat bayaran dan order minuman(kalau nak order roti kitab juga kat kaunter

4. Akan dapat (ala lupa nama alat apa tu yg kalau pesanan air dah siap dia akan berbunyi ) lupa pulak nama alat tu🤭

5. Duduk di meja..tunggu alat tu bunyi untuk pi collect minuman kat kaunter



Cawan dia ala kopitiam.


Resit dah comot momot Sarah buat main.
Simpan sini untuk rujukan saya dan juga sesapa yang nak cuba ke sana ( iklan percuma🤭)


In shaa Allah akan datang lagi... 💕 makanan kelantan kat sini sebab sedap.

Kami pergi weekend (Ahad) agak ramai beratur mungkin sebab kami sampai sekitar 8.30 macam tu...Kena tunggu meja.
Tapi masa nak balik sekitar pukul 9.30 orang dah reda...

So,next time kalau weeked mungkin kena lagi awal atau pi lewat sikit.Tapi kalau lewat takut makanan pula banyak habis

Mungkin kalau weekday lalu sini boleh singgah