Menu pagi ni tak jauh beza dengan semalam....Kalut-kalut pagi ni ,hanya masak mee kering goreng ja ...Nak masak lauk macam makan masa sebab tak plan awal-awal..Malam tadi hanya defros isi ayam untuk Sarah sahaja.Lupa lagi nak defros ayam untuk lauk lain.
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. π
- namakucella
- Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Wednesday, 7 October 2026
PAGI NI SAYA MASAK MEE KERING GORENG LAGI
Tuesday, 6 October 2026
MASAK MIHUN SIAM
Pagi ni saya masak mihun goreng...Antara menu yabg selalu juga menjadi sarapan pagi dan juga makan malam..Saya sangat sukan kan mihun Tetapi dalam masa sama saya sangat berharap jangan la mihun goreng sama ada yang digoreng ol3h saya atau orang lain menjadi mihun hancur .Jadilah mihun yang panjang-panjang seurat seurat tidak putus...hihihi
Kali ni saya gunakan mihun Siam...Mihun dari Thailand ..Achik ada bagi 2 pack mihun Thailand ni masa balik Kedah...
Rencah mihun ni saya gunakan baki sambal daging semalam ..Samball daging tu kalau ikutkan tak akan la berlebih sebab ada yang bawa bekal dan ada yang makan untuk lunch.Tapi bahagian yang depa simpan untuk saya makan yang tak habisnya,Balik kerja semalam masa nak gi amik Sarah kat rumah oengasuh,minta Adah turun belikan ayam gunting ..Se,semua dinner ayam gunting malam tadi.Baki sambal daging yang depa simpan untuk saya tu saya masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais.Itulah yang saya jadikan rencah goreng mihun ni...Kadang kalau masak nasi lemak jiga saya akan lebihkan sambal bilis untuk frozenkan & guna untuk tumis mihun bila perlu.Kalau sambal sardin haruslah akan jadi rencah nasi goreng.
Thursday, 23 July 2026
LAKSA LEMAK SARDIN TAK JEMU JEMU
Saya buka peminat laksa sangat pun..Tapi kalau laksa kuah lemak tak kira la kuah lemak utara atau kuah lemak putih Pantai Timur..saya suka
Ulaman dia sama ja macam ulaman laksa asam.Cuma kalau laksa lemak ni saya suka kalau makan bersama daun selasih.
LAKSA KUAH LEMAK SARDIN
1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)
1 tin sardin macerel(tin sederhana)
1 paket kecil rempah kari ikan
1/2 kotak santan kara
4 cawan air
3 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
½ bawang besar -blend
3 sudu minyak
Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas
**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.
Buat Kuah:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.
2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering
3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum
5. Sesuaikan rasa
6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulaman
Laksa kuah sardin ni juga yang selalu jadi menu kalau tetamu bertandang ke rumah...sebab tak susah sangat nak sedia bahan dan nak masak..Itupun kalau bgtau awal la...Boleh la kita masak kan...hihihi
Saturday, 4 April 2026
RINDU MIHUN GORENG
Kalau dah agak lama tak masak mihun goreng,dia macam ada rasa rindu kepada mihun goreng tu..hihihi.Kalau mi goreng atau kue teow goreng tak sekuat mihun goreng ni.Mihun goreng antara makanan yang saya suka sangat.
Hanya goreng mihun dan pemanis mulut hanya buah tembikai.Mihun goreng berencahkan meatball dan udang..Sepinggan yang takda udang tu opkoslah pinggan anak jantan sorang tu yang tak makan seafood.Tapi masa goreng mihun sekali jalan je dengan meatball dan udang tu...hihihi
Saturday, 27 September 2025
MEE MAGGI GORENG ALA INDIA STREET FOOD
Mee Maggi Goreng Ala India Street Food...
Nampak depa masak mee segera ja sebagai jajanan petang atau malam.Peniaga akan masak live depan pelanggan .
So,pelanggan boleh tengok bahan dan cara masak dari mula hingga siap...Lepas tu terus makan panas-panas.
Kena pula dalam cuaca hujan dan perut tengah keroncong....Memang boleh bayang dah aroma tumisan dan juga nikmatnya makan mee segera goreng panas-panas berteman " chai" @ teh susu India.. tu kan...
Walau saya belum pernah sampai India...tapi menonton sahaja pun bagai berada bersama menikmati kepelbagaian street food mereka yang semuanya nampak sedap.Walaupun faktor kebersiha street food India sering menjadi perdebatan...namun kita ambil saja yang baik-baik..
Saya sudah beberapa kali memasak mee segera dengan cara ini dan ternyata memang sedap sangat...
Kalau ada yang nak cuba boleh tonton
Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu
Wednesday, 5 February 2025
BEKAL & SARAPAN MEE KERING
Masak mee kering goreng untuk sarapan dan juga bekal.
Kadang otak beku nak fikir idea sarapan dan bekal...Padahal memang selalu masak berulang yang hampir sama pun kan..π€
Antara yang selalu jadi sarapan dan bekal..Memang dah selalu sangat masak dan banyak kali post kat blog ni.Kalau tengok kat old post macam dah lebih 1O kali ..belum termasuk yang tak post .
Ini pun masak lagi & post kat youtube channel Seroja Putih
πππππππ
https://youtube.com/shorts/1_BxmpG6Sa8?si=5h6_SkHkIGG1_6QL
Thursday, 21 March 2024
LAKSA LEMAK UTARA vs AIR TEBU LEMON
Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 10.Sudah ⅓ Ramadhan berlalu pergi...Bersisa 19@20 hari sahaja lagi..
Sebenarnya kuah laksa tu,kuah frozen sahaja.Saya masak laksa sebelum puasa hari tu..Sengaja madak kuah lebih untuk frozenkan.Masukkan dalam plastik makanan tu ikat elok elok & bekukan.Nak makan tinggal panaskan kuah dan rebus laksa kering sikit.Saya guna laksa Eka yang jenis halus.Laksa jenis kecik ni cepat masak dan sangat sesuai untuk kuah lemak utar ni..
LAKSA KUAH SARDIN
1 Keping laksa kering - rebus hingga lembut, basuh & toskan
KUAH SARDIN
1 tin sardin macerel
1/4 kotak santan kara
3 cawan air
1 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
1 bawang merah - hiris
1 sudu minyak
Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.
2. Masukkan rempah kari yng dibancuh xengan 1/2 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering
3. Masukan sardin macerel yang diblend bersama sosnya. Tambah 3 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum
5. Sesuaikan rasa
6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulam
pic googleS
aya suka sangat roti multigrain keluaran Gardenia ni..Sejak Gardenia keluarkan roti ni memang menjadi salah satu makanan yang jarang putus bekalan kat rumah ni.Cuma tahun lepas ada satu ketika susah nak dapat,Sanggup saya hubungi Gardenia tanya & mereka cakap memang masa tu pengeluaran roti ni berhenti sekejap.Tak lama lepas tu nampak dah ada balik kat pasaran & saya happy sangat.Roti ni sedap sebab penuh bijian.Bila sapu butter kedua dua belah dan dibakar menggunkan sandwich maker.Kalau guna tosster dihanya garing tapi kalau guna sandwich maker,roti lebih garing dan rangup kerana roti dimampatkan jadi extra rangup.
Wednesday, 28 February 2024
MAKAN MEE UDANG @ KUALA KUAR(KOLA KUAQ) DIGUYUR HUJAN..!
Cerita minggu lepas @ Kedah
Melintas Jambatan Tok Pasai.Selepas Jambatan Tok Pasai kalau ikut waze dia suruh belok kiri tapi kata mak,jalan belah kiri akan melalui lorong berbatu yang tak elok.Maka Cella pun patuh arahan neneknya.Derhaka pada Waze,kami belok kanan.Lepas tu elok ja Waze pula guide ikut kanan tu
6.30 petang ...Setelah 1 jam perjalanan....dalam 5 minit lagi kita akan sampai.Mesin menuai padi berlatar matahari dah jauh di ufuk barat.
Dah sampai.....
Ni la Warung Mee Udang Kola Kuaq tu..
Ceritanya ...
Tuesday, 23 January 2024
LAKSA KUAH MENTAH
Semalam tengok dalam group tempat kerja ,depa pakat buat Laksa Kuah Mentah.Dari Ahad malam depa dok riuh dalam group kata Syahir bawa laksa fly KT-KL...
Mula mula kena sediakan laksa..



















































