Sunday 31 May 2020

TEMPOYAK PETAI IFTAR PUASA 6(PKPB-COVID-19)


Salam 8 Syawal 1441
Juadah iftar Puasa 6 semalam..
Makan nasi putih & lauk fav

 Sambal Tempoyak Petai
Lauk fav nih
Dah lama mak aku x masak sambal tempoyak ni
Actually bukan lah tempoyak sangat
Coz tempoyak bagi kitorang ialah isi durian yang manis tu.
Kalau jadi tempoyak pun still sikit-sikit jer masamnya
Kalau tempoyak ori yang diperam & dibiar masam tu cannot go!
Mak aku buat tempoyak, isi durian fresh simpan dalam botol & masukkan dalam peti ais.. Memang sengaja xnak bg jadi masam
Yang hari ni nyer sambal tempoyak ni
Mak aku kata guna isi durian frozen


Petai ni mak aku  pos pic dalam family group
Bagitau achik & nenek harganya sepapan rm2. 50.
4 papan ni sepohenggit
Nenek kata kat Kedah petai tengah murah
Yang mata petai besar pun sepapn hanya 60 sen.
Paling mahal pun sepapan 80 sen
Tapi apa nak buat memang x boleh balik  Kedah
Yang achik pos pun x jadi rezeki juga


TEMPOYAK PETAI
1 mangkuk ikan bilis
2 papan petai
3 ulas durian frozen (½ cawan isi durian)
1/2 cawan minyak
1 helai daun kunyit
1 sudu teh garam
1 asam keping

Bahan blend:
1 mangkuk cili padi
1 bawang besar
1 serai

1. Blend  cili padi,bawang dan serai.
Petai dipotong kiri kanannya & kerat dua tanpa buang kulit
2. Ikan bilis boleh dibiar seekor- seekor atau diblend kasar
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend
4. Masukkan tempoyak/isi durian, ikan bilis,asam keping dan garam.Jika tempoyak sudah masam masukkan sedikit gula untuk seimbang rasa
5. Masukkan petai
6. Masak sampai naik minyak dan taburkan daun kunyit.
7. Sesuaikan rasa dan siap

 Selain sambal tempoyak tu ada lagi la lauk lain...
Ikan Masin Masam yang Achik pos
الحمدالله... selamat sampai bersam rempah kari Cap O


 Tempe Goreng
Mak aku cakap tempe ni yang sepatutnya nak buat sayur lodeh untuk hari raya pertama untuk makan ngan ketuoat daun kelapa
Tapi x jadi buat.. Sebab semua pun xnak
Just nak makan ketupat dengan rendang d ayam masak merah

 Ulam bendi rebus & babby corn rebus
Mak aku jer makan ulam ni

 Ketupat Palas
Mak aku baru buat semalam
Banyak juga mak aku buat untuk frozenkan
Tapi simpulannya jadi hitam
Mak aku kata sebab guna daun palas yang dah kering & lebam-lebam
Kalau kat kampung nenek pokok palas banyak keliling rumah
Kat KL mak aku kata daun palas kering pun masih berharga


Butter Cake..
Ni yang kawan abang bawa buah tangan masa datang beraya semalam punya semalam
Sedap.. Moist & bau harum butter


Pastu makan mangga
Mangga ni buah tangan yang kawan kakak bawa masa datang beraya semalam punya semalam juga..
الحمدالله..
Esok nak sambung puasa 6
 in sha الله

NASI IMPIT GORENG - MASIH RAYA AIDILFITRI 2020(PKPB-COVID 19)

Syawal ke-7 punya sahur untuk puasa 6
Kalau tahun-tahun lepas banyak cabaran nal puasa 6 sebab masih sekolah.
Puasa hari sekolah penat sebab naik turun tangga pindah kelas PAK 21.
Kalau Rabu lagi la koko sampai petang.. Belum lagi kira majlis sambutan raya kelas al, kelab la, pengawas la, unit beruniform & paling besar sambutan raya peringkat sekolah la...
Weekend plak paling kuat cabarannya sebab banyak open house
2018 & 2019 memang aku all out la ginopen house kawan-kawan..
Jenuh  jugak la curi-curi hari nak cukupkan 6 hari puasa Syawal
Tahun ni xyah nak bagi alasan sangat la kan..
Raya pun hanya dibenarkan sehari sahaja.
Itupun raya @ home.
Sekolahpun dah habis,
Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ni.. Open house dilarang sama sekali.
Nak jenjalan sesuka hati pun x boleh
+ takut sebenarnya
Kerana Corona Virus ni bukan kita tahu ada kat mana & memang x nampak
So, memang stay@home jer pun kan
Apa lagi alasan xnak puasa 6?
Kalau boleh dalam bulan syawal ni  nak settle kan semua puasa ganti Ramadhan hari tu.


Mak aku masak Nasi Impit Goreng untuk sahur


Makan panas-panas  waktu sahur..
Mak aku memang selalu masak Nasi Impit Goreng ni
Tengok dalam old post..
KETUPAT GORENG... kat sini
KETUPAT GORENG... kat sini pun ada
NASI IMPIT GORENG BEKAL..... kat sini
NASI IMPIT GORENG SEDAP.... kat sini


Actually nasi impit tu lebihan nasi impit buat HIDANGAN TETAMU SYAWAL KE-6... kat sini.. 

Makan panas-panas  sedap


KETUPAT/NASI IMPIT  GORENG  
10 biji ketupat mini adabi- rebus
1 keping dada ayam-hiris kecik
1 batang carrot- mayang panjang
2 biji telur
1pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 cawan kobis hiris
3 sudu ninyak
2 sudu kicap manis
sikit garam

bahan blend:
5 cili kering
1/2 bawang besar
(boleh ganti sambal tumis) 


1. Panas minyak & tumis bahan blend hingga garing
2. Masukkan isi ayam,carrot dan masak sekejap.
3. Masukkan ketupat mini yang sudah dipotong2
4. Tambah garam dan kicap.
5.Pecahkan telur dan gaul rata
6. Sesuaikan rasa dan tutup api.
7. Tabur daun sup daun bawang .

SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT PUASA 6

Saturday 30 May 2020

HIDANGAN TETAMU SYAWAL KE-6 RAYA AIDIL FITRI 2020(PKPB-COVID-29)

Syawal ke-7 dah
Aku baru nak start puasa 6
Mak aku dah mula hari Khamis
Aku x jadi puasa sebab nak gi umah Aiman
Mak dia dah masak laksa & mihun xkan aku nak puasa plak
Semalam plak x jadi puasa sebab kawan abang & kawan kakak nak datang
Tak sedap la kan tetamu datang kita plak puasa..
So, hari ni pagi-pagi mak aku dah kejutkan semua untuk sahur..
Mmmm... sayangnya kakak plak x dapat joint sebab ABC
Janji nak puasa sama-sama semua 1 family nampaknya x menjadi juga
Kami bertiga teruskan puasa.. Terpaksa tinggalkan kakak.
Takpe... Sempat lagi kan...
Lagi 3 minggu ada masa


Ni cerita semalam la
Mak aku masak sekali lagi sebab kawan kakak & kawan abang nak datang tu

Dah macam raya lagi sekali la plak
Ada nasi impit
Ketupat palas
Rendang Daging Adabi
Kuah Kacang
Serondeng Daging
Agar-agar Selasih
Air Sunquick & Air Lemon Sejuk
Ops.. Buah Mangga pun ada


Mak aku cakap sebab masih dalam mood raya kena lah masak menu raya
Makan lah puas-puasa sementara raya ni


2x dah makan juadah raya dalam tempoh seminggu🤭



Pukul 2 kawan kakak datang
Semua pakat makan la
Aku oun apa lagi..
Makan laaaaa

Petang la kawan abang datang
Aku makan lagiii
Harap-harap x gemuk la🤣




Air Lemon konon untuk detox la
🤣Banyak la detox kalau dah gula & ais
Mmmm.. Tapi sedap la air lemon ni
😁😁😁

Tiiberrrr lak terupload sekali  yang ni dsri gellery
Saper la yang kreatif leh creat kata-kata ni
Pinjam ek upload kat sini

SELAMAT HARI RAYA.... 

RENDANG DAGING ADABI (PKPB-COVID 19)

Hari ni dah masuk Syawal ke-7
Dah seminggu dah beraya  rupanya
Tapi tahun ni kan beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kerana  wabak Covid 19..
So, masing-masing beraya sendiri-sendiri jer xleh nak beria sangat
Tapi dalam seminggu ni dah 2x mak aku masak rendang daging
1st masak untuk JUADAH PAGI AIDIL FITRI.... kat sini..

 Ni plak Rendang Daging mak aku baru masak semalam..
Haaa.... siap ngan nasi impit plak kali ni
Memang betul-betul beraya @ home tahun ni
Banyak juga mak aku masak rendang daging ni


Satu bekas ni untuk letak kat meja makan
Sebab nanti tengahari ada tetamu nak datang


Yang dalam kuali ni plak simpan untuk petang sebab ada tetamu lain plak nak datang waktu petang
Sekarang kan masih PKPB
Takleh beraya ramai-ramai dalam 1 masa
So.. Kena bahagi 2
Tengahari kawan kakak nak datang
Petang kawan abang nak datang..
Bukan ramai pun..
Kawan kakak sorang jer🤭
Kawan abang pun sorang jer🤣
Mak aku cakap sajer
Ada la alasan nak masak rendang & nasi impit ni
Penghuni rumah ni yang nak makan banyak sebenarnya
🤣🤣🤣🤣🤣


 Sejak malam mak aku dah masak rendang ni
Tapi mak aku cakap masak half way jer


 Sambung masak pagi sampai kering


3/4 kuali penuh rendang...
Mak aku cakap ni rendang versi + rempah rendang Adabi
Mak aku kata ni sekilo setengah dagingnya
Buat versi kuah lebih
Sebab nak makan ngan nasi impit


Rempah Rendang Adabi...
Adabiii... Melazatkan..
Adabi.. Menyelerakan...
Mengandungi berbagai rempah..
Melazatkan kari & kuah..
Adabiiii...

Haaaaa.. Lately ni selalu plak iklan ni kat TV7


RENDANG DAGING ADABI
1½ kg daging lembu -
2 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
2 asam keping
2 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
2 sudu garam
2 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih


1. Daging dipotong besar  dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit

SEDAPNYA LEMANG RAYA AIDIL FITRI 2020(PKPB-COVID 19)

Mak aku cakap teringin nak makan lemang
Selalu kalau balik beraya di Kedah, Pakcik memang akan beli lemang
Kadang setiap hari Pakcik beli lemang selagi ada jual.
Pakcik asal dari Pahang
Pakcik pernah cakap kat tempat Pakcik di Pahang xde ketupat palas
Pakcik sudah terbiasa kalau raya wajib ada lemang & gulai daging kerbau
Kalau beraya kat Kedah Pakcik memang akan beli lemang & Achik akna masak gulai daging kerbau khas untuk Pakcik
Sebab tahun ni x dapat balik beraya @ Kedah..
Mak aku ada masak Ketupat Palas & Ketupat Daun Kelapa..
Lemang xde.
Syawal ke-3 balik dari Putrajaya mak aku ajak abang ronda cari lemang

 Sib baik dapat lemang yang sedap0
Cuma agak tawar..
Mak aku cakap baca dalam group komuniti, ramai cakap beli lemang terkena lemang mentah.. Pulutnya x masak.
Abang lak cakap masa beli lemang ni penjual tu cakap dia akan  belah sesiap lemang supaya kalau x masak boleh tukar.
Abang kata penjualbtu siap mengaku semalamnya beberapa orang yang beli terkena lemang yang x masak
Penjual tu cakap dia pun tidak sengaja kerana  tidak tahu keadaan lemang itu tidak masak.
Sebab itu bila ada yang membeli lemang akan dibelah & dipotong siap-siap
Abang kata masa abang beli tu pun sudah ada 4 batang lemang yang diketepikan kerana tidak masak
Mmmm.. Tapi kira jujur la kan penjual tu siap ceritakan keadaan sebenar & gantikan balik lemang yang x masak


Dulu aku x suka lemang sebab bau dia kuat
Tapi naper kali ni rasa nak makan lak lemang ni🤭🤭🤭
Rasa sedap la plak makan lemang cicah rendang daging ni
Semua pun makan sama-sama
Mak aku cakap macam nak beli lagi lepas ni
Ish... biar betik
Raya kali ni memang betul-betul menikmati ketupat palas, ketupat daun kelapa, nasi impit & lemang..
Belum pun seminggu Syawal dah 4x mak aku masak ketupat & 2x masak rendang daging...
Abang la paling suka..
Makan rendang macam makan kue teow jer.
Cedok penuh pinggan pastu meratah..


MIHUN SUP AYAM UTARA (SYAWAL 5 - PKPB COVID 19}

Semalam mak aku puasa 6
Aku pun asalnya plan nak puasa
Tapi sebab dah janji nak gi ziarah umah Aiman aku x jadi puasa.
Mak aku teruskan puasa
Lunch kitorang mak aku masak Mihun Sup
Pastu tengahari mak aku cakap CC office call kena gi siapkan stok
Pukul 5, Daniel datang pick up nak gi umah Aiman, mak aku lum balik
Tapi dah bagtau mak aku dah.
Sampai rumah dekat nak maghrib, mak aku ku pun baru sampai rumah..



Mak aku pun iftar ngan Mihun Sup ni juga
Nampak mak aku bawa balik petai
Tapi x masak pun.
Mak aku cakap kalau masak petai, nanti siapa nak habiskan Mihun Sup ni
Dah la mak aku masak banyak
Petai simpan dulu, makan jer mihun sup
Next time masak petai
Aku dah x dinner sebab dah kenyang makan laksa & mihun goreng kat umah Aiman


MIHUN SUP AYAM UTARA
1 paket mihun
-Jerang air dalam kuali & campur 1 sudu teh serbuk kunyit
-Celur mihun anggaran 3 minit  hingga lembut.
-Basuh, bilas & tapiskan mihun  & biar 10 minitsupaya tos airnya sebelum dihidangkan

Sup Ayam:
1ekor ayam pencen(potong)
1 tangkai daun sup
2 sudu garam
1 sudu teh lada hitam biji
1 ketul halia-hiris
1 bawang holland-belah8
5 bawang putih - ketuk

Bahan Rempah:
1 kulit kayu manis
10 bunga cengkih
3 bunga lawang
10 buah pelaga
1/2 biji buah pala
(boleh shot cut.. Beli jer remlah sup tulang)

1. Gaul ayam dengan 1 sudu tepung & basuh bersih untuk hilangkan bau hamis ayam
2. Rebus ayam dalam rice cooker bersama 10 cawan air hingga mendidih
3. Tambah bawangholland, bawang putih, halia & rempah ratus.
4. Renih lebih kurang 1 jam hingga ayam empuk
5. Tambah garam & tabur daun sup & sesuaikan rasa

Sambal Merah:
1/2 cawan serbuk cili ( chilly powder)
Ada dijual dalam paket kecik seperti rempah kari dan ada pack besar
2 sudu minyak
1 bawang putih
1 sudu makan cuka
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
1. Bancuh serbuk cili dengan 1 cawan air
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih ketuk
3. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak hibgga mendidih
4. Tambah garam,gula,cuka dan jika suka sedikit serbuk perasa
5. Masak hingga naik minyam seperti memasak sambal tumis
6. Swsuaikan rasa - mesti ada rasa pedas,masin,masam dan manis

Bahan Tabur:
Lobak masin - potong kecil & rendam 1/2 jam
2 keping tauhu-goreng & hiris kecil
Daun sup & daun bawang hiris 
Bawang goreng


Hidangkan mihun celur bersama sup & taburan bahan hiasan & juga sambal merah


Kacau rata sebelum makan & kuah akan jadi merah. Walaupun nampak merah tetapi ianya tidaklah terlalu pedas jika sambal merah dimasak sempurna.
Mihun Sup Utara versi sup ayam..

Thursday 28 May 2020

SUP AYAM PENCEN/AYAM TUA - JUADAH AIDIL FITRI KE-4 2020(PKPB-COVID 19)

Hari ni dah masuk Syawal ke-5 dah..
Kalau x tengok calender.. dah x ingat pun Syawal ke berapa..
Sebab tahun ni kan hanya boleh beraya 1 hari sahaja..
Itupun beraya dalam rumah masing-masing jerk.
Semuanya kerana untuk mengelak wabak Covod 19
Cuma petang hari raya tu keluar juga ronda-onda KL @ Dataran Merdeka.
Syawal ke-2 dudu kat rumah jer
Menghabiskan ketupat & rendang yang masih banyak..
40 ketupat palas licin rupanya sampai aku x sempat pun makan..
Mak aku rebus lagi 10 biji sebab aku merajuk ketupat palas x sempat nak makan
Ketupat daun kelapa 30++ hari raya ke2 la habiskan makan ngan rendang daging, ayam merah & kuah kacang.
Syawal ke-3 keluar jenjalan sampai tengahari jer.
Syawal ke-4 dok umah
Makan tido


Mak aku masak Sup Ayam Pencen
Mak akubyang cakap namanya Ayam Pencen
Agak-agak dulu ayam ni masa belum pencen kerja apa ek??? 🤣


Sup Ayam Pencen a.k.a Ayam Tua..
Kata mak aku ni spesis Ayam Telur
Dipelihara untuk tujuan utamanya ialah untuk dapatkan telur
Kalau ayam yang kita makan hari-hari tu namanya Ayam Pedaging.
Dibela untuk sumber daging ayam.
Ayam daging & ayam telur x sama ker?
Mak aku kata x sama
Ayam daging bulunya warna putih & gemuks
Ayam telur warna coklat cair  & agak kurus
Mak aku cakap dipanggil ayam pencen sebab kerja setiap hari adalah bertelur.
Tapi bila dah tua ayam ni tidak lagi aktif bertelur & biasanya disembelih & dijual sebagai ayam pencen.


Sup Ayam Pencen ni sedap
Actually Ayam Pencen ni pada aku sedap la
Isi dia agak berserat berfiber skit
Kulit dia mak aku cakap sedap krup3
Kuah dia paling sedap.
Sebelum ni mak aku ada juga beberapa kali beli ayam pencen
Tapi mak aku masak rendang
Macam RENDANG CILI PADI AYAM PENCEN... kat sini
Ada juga mak aku masak rendang ayam pencen ni versi cili kering macam  RENDANG AYAM PENCEN..... kat sini
Tapi hari ni mak aku masal sup


SUP AYAM PENCEN
1ekor ayam pencen(potong)
1 tangkai daun sup
2 sudu garam
1 sudu teh lada hitam biji
1 ketul halia-hiris
1 bawang holland-belah8
5 bawang putih - ketuk

Bahan Rempah:
1 kulit kayu manis
10 bunga cengkih
3 bunga lawang
10 buah pelaga
1/2 biji buah pala
(boleh shot cut.. Beli jer remlah sup tulang)

1. Gaul ayam dengan 1 sudu tepung & basuh bersih untuk hilangkan bau hamis ayam
2. Rebus ayam dalam rice cooker bersama 10 cawan air hingga mendidih
3. Tambah bawangholland, bawang putih, halia & rempah ratus.
4. Renih lebih kurang 1 jam hingga ayam empuk
5. Tambah garam & tabur daun sup & sesuaikan rasa



Mak aku juga buatkan Ais Asam Tomato untuk cicah ayam sup
Sedap sangat ayam sup cicah Air Asam Tomato ni
Tapi aku lagi suka tuangkan skit air asam ni ke dalam kuah sup & hirup
Pergh...
Berpeluh bai..!!!!

& wajib la ada telur dadar
Patut kena ada ulam salad or timun baru lengkap
Brrrrrrrrr....
الحمدالله


SELAMAT HARI RAYA


HARI KE-3 RAYA AIDIL FITRI 2020 @ KL -(PKPB-COVID 19)

Dah masuk Syawal ke-4 dah..
Kejap jer masa berlalu..
Tapi ni semalam nyer citer..
Syawal ke - 3
Plan nak jenjalan jer meronda Putrajaya & Nilai


Just pusing-pusing nak feel pergi pergi beraya rumah PM kat Putrajaya🤣
Mak aku cakap kita nikmati jer raya 2020 @ KL dengan syukur
Kita cipta memory raya 2020 yangvtaknpernah terfikir sebelum ni
Kita kena creat memori suoaya nanti ada kenangan untuk dikenang..
Jika dibiarkan tanpa pengisian..
Maka moment2 itu akan berlalu begitu sahaja..
Pilihan ditangan sendiri
Hahaha.... Beria pulak mak aku ni
Beberapa hari sebelum raya hari tu mak aku asyik menyebut nak balik kampung sampai aku naik risau
Nampak naw mak aku xleh terima kenyataan beraya kat KL...
Tapi ni dah jadi lain plak
Mak aku plak beria
Dah boleh move on kot😆
Ok.. Dah jom jenjalan

Tapi.. Tapi apa sudah jadi...
Suasana sunyi sepi
Seperti dilanggar garuda
Banyak jalan ditutup
Hanya ada basikal sahaja sesekali melintas

Nak masuk. Ke Dataran Putrajaya semua jalan tutup
Plan nak  bergambar macam kat Dataran Merdeka hari tu
Sebab tengok dlam IG orang lain ada jer boleh bergambar @ Dataran Putrajaya
Rupanya hanya buka pada 1 Syawal jer kot
Sebab 1st Syawal tu boleh beraya
Taman-taman awam semua tutup
Taman Warisan, Taman Botani, taman-taman lain pun
TUTUP....
Sudahnya abang drive pusing-pusing
Dapat lah masuk Jetty Marine..
Redah jer masuk walaupun x tahu boleh masuk ke tak🤭
Park jer kereta dekat Balai Polis Marine tu & menapak skit turun kat jetty..

 Ok... Boleh la la sekadar nak  bergambar berbackgroundkan Masjid Putra..

 Rambut abang dah lebih 3 bulan x gunting
Mak aku cakap tu fesyen 70-an

 Jetty Marine
Kat tepi tu ada jer Taman Seribu Langkah
Tapi x berani la plak nak explore
Sebab xde orang...
Kita selalu merungut jalan jem
Kita x suka bila orang terlalu ramai kat sesatu tempat
Tapi rupanya lebih  bosan hidup ni tanpa orang lain.
Rasa ma


 Kakak macam xde mood jerk

Baju Raya ke-2 yang Achik sponser
Mak aku cakap ni Baju Teluk Belanga Kuali🤣sebab ada poket kiri kanan..
Achik kata ni la fasyen sekarang..
Baju hijau 1st raya pun achik yang sponser
Ada sorang sepasang lagi warna pink maroon belum pakai untuk raya..
Tahun ni walaupun x dapat balik kamoung, Achik sponser baju raya sorang 3 pasang  include kasut raya..
TQ Achik..
Semoga الله balas dengan rezeki & pahala berganda untuk Achik & family


Tepi jalan pun jadik🤣
Jalan sunyi kannnnn
Boleh bergambar atas jalan lagi
Nk benti tengah2 jambatan tu mak aku lak x kasik
Takut sebab sunyi
Lepas meronda Putrajaya
Mak aku ajak gi Nilai nak cari karpet baharu
Sebab karpet kat rumah dah old of fashin warna warni macam کليڠ.. 😜
Tapi hujan plak lebat giler...
Terus balik jer lah
Bila malam tengok TV...
Huh sib baik x gi Nilai
Kalau gi harus x pasal kena kompaun sebab rentas negeri..
Hari raya ke-3 rupanya ramai yg kena kompaun coz roadblock swpanjang jalan d gi way kerana orang yang balik kampung & yang TERLEPAS balik kampung tanpa kebenaran polis sudah mula balik KL sebab raya ke 4 dah start kerja
Huh sib baik x gi Nilai
Abang dah cakap Nilai tu rentas negerTaoi nak aku cakap Nilai tu kat Bangi jer🤣
Cer tengok peta, Nilai tu kat Selangor ke Negeri 9🤭🤭🤭
Haaa.. Sib baik x gi
Kalau sia2 jer kena kompaun sebab nak gi beli karpet
Baik kena kompaun sebab balik  kampung, berbaloi la jugak
So, hujan telah menyelamatkan..
Tu namanya hujan rahmat
Maka, balik jer lah berkurung dinrumah
Lagi pun dah janji ngan Aliaa nak gi umah dia petang nanti.
Rumah Alia tu jauh lah sebab dekat ngan sekolah aku..
Tapi Daniel ngan Auni dah janji nak datang pick up aku
Daniel kata lepas amik Auni dia datang amik aku...
Hanya 5 orang jer nak gi rumah Alia
Sekarang mana boleh buat open house dah
Sebab xleh kumpul ramai-ramai
So, kitorang just gi ziarah jer...

Petang Daniel datang pick up kat rumah
(Jika Chu Hafizah membaca catatan ini...... Chu Hafizah.... ni kiter belanjer gambar Daniel, anak buah chu.. Kot2 chu Hafizah rindu sebab Daniel  x dapat balik kampung) 😁
Gi umah Alia jap
Pastu Daniel hantar balik..
Rumah Alia tu jauh lah sebab dekat ngan sekolah aku..
Tapi Daniel ngan Auni dah janji nak datang pick up aku
Daniel kata lepas amik Auni dia datang amik aku...
Hanya 5 orang jer nak gi rumah Alia
Sekarang mana boleh buat open house dah
Sebab xleh kumpul ramai-ramai
So, kitorang just gi ziarah jer...
So, kira hampir lengkaplah jumpa semua BFF aku raya kali ni
Auni,Haikal Hassan, Denial..
Kecuali Nad x sempat jumpa lagi
Doakan yeng terbaik untuk family Nad.
🤲🤲🤲🤲





Tuesday 26 May 2020

RONDA-RONDA KL PETANG HARI RAYA AIDIL FITRI 2020(PKPB-COVID 19)

Petang Hari Raya Pertama,
Lepas Auni,Haikal & Izzati balik
Mak aku ajak ronda KL
Kata mak aku peluang ni x selalu datang
Maybe seumur hidup, inilah sahaja peluang beraya kat KL & nak tengok suasana KL pada hari raya..
Kalau x kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ni
Tak mungkin kita akan beraya di KL
So, jadikan musibah ini sebagai hikmah
Cari Hikmah Dalam Musibah...
Memula plan nak gi Putrajaya
Tapi mak aku cakap better gi KL
Mak aku kata selalunya setiap tahun kalau hari raya KL dimonopoli warga asing.
Sebab kebanyakan warga Malaysia akan balik kampung
Tapi kali ni memang xleh balik kampung, mesti ramai warga Malaysia yang keluar
Lagipun kan ramai dah warga asing & pendatang tanpa izin kena kuarantin & kena tangkap sejak PKP ni
So..... Jom gi KL
Destinasi pertama, Dataran Merdeka

Uittttt.....
Ramainya orang lain pun pakat kuar gi Dataran Merdeka jugak ke
2kali abang pusing baru dapat parking


Taraaaaa.....
Raya @ Dataran Merdeka...
Memula semua pic snap pakai mask
😷😷😷😷



Walaupun ramai orang
Tapi semuanya menjaga social distancing
Semua duduk dalam kumpulan keluarga masing-masing jer
Takde nak dekat dengan family orang lain

Hari Ini Dalam Sejarah
Hari Raya Aidil Fitri @ Dataran Merdeka
Raya puasa kot
Kalau Raya Haji x peliks sangat
Tapi nak buat macamana
Kita bukan berseorangan
Tapi kebersamaan
Hahhaha.. Betul ke ayat tu

Syukur sudah boleh keliar rumah walauoun masih bersyarat
Kalau raya dalam PKP 1 hari tu memang betul-betul dok dalam rumah la
Haaaa....


Ni sekurang2nya sudah boleh keluar bersama keluarga...
Boleh juga ronda-ronda..

Kakak macam xde feel jer🤭


Ok.. Ok...
Dah ada feel😁😁😁😁



Hahahaha pewut abang dah macam belon
Masa awal-awal PKP memang dah kurus
Masuk fasa 4 & 5 naik
Bulan puasa lagi la
Sepanjang malam makan
Sepangjang hari tidur & ngadap game

Mak aku jarang dah nak bergambar
Tapi raya kali ni mak aku lak beria suruh snap pic banyak-banyak buat kenangan
Dah puas bergambar @ Merdeka Square
Abang ajak gi Saloma Link
Mak aku plak ajak ronda Kampung Baru
Kata mak aku x dapat balik kampung
Dapat gi Kampung Baru pun jadilah
Mak aku kata kalau musim raya Kampung Baru biasanya meriah pasang lampu & deco raya

Lalu Jalan TAR...
Sunyi... Sepi
Hanya dengar enjin Monorel lalu atas kepala tu jer
Mak aku cakap dolu2 tahun 90-an Jalan TAR terkenal dengan meriah lelong kuih raya pada malam raya
Mak aku kata masa awal tahun 90-an budaya open house xde la sangat
Sebab tu bila malam raya penjual akan lelong kuih raya sebab lepas raya xde sangat dah orang nak beli
Tapi bila masuk hujung tahun 90-an mak aku cakap budaya open house dah jadi kemestian.. Sampai akhir bulan syawal
Sebab tu dah xde lagi lelong kujh raya
Coz sepanjang bulan syawal orang masih membeli kuih raya untuk olen house
Tu cerita mak aku la
Aku bafch 02 mana tahu
Setahu aku setiap kali raya akan balik kampung
Bila balik KL akan meriah open house plak
Dolu masa duduk kuaters mak aku kata setiap tahun buat open house
Sejak pindah rumah sekarang dah 13 tahun x buat open house
Walaupun x buat open house tapi setiap tahun mak aku akan buat kat tempat kerja
Mak aku akan masak & tempah makanan & jamu kawan-kawan kat tempat kerja sebagai pengganti open house.
Seingat aku memang setiap tahun mak aku buat macam tu
Dalam bercerita sambil abang drive
Abang cakap Saloma Link tutup la...
Mmmmm.. xde rezeki mak aku
Aku, kakak & abang dah pernah naik Saloma Link
Mak aku jer belum
Sebelum ni ajak mak aku xnak
Mak aku x suka tempat sesak
Now dah x sesak
Tutup plak

Ronda depan KLCC pun sunyi jer
Ada kenderaan lalu lalang
Tapi x nampak sangat kelibat orang
Semua pu. Sekadar ronda-ronda dalam kereta jer..
Ok... Dah maghrib...
Jom balikkkkkk
Esok fikir plak nk buat aktiviti apa sebagai pengisian Syawal 1441

SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR & BATIN