Thursday, 30 April 2020

SET AYAM PANGGANG ROSEMARY - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19 (DAY 44)RAMADHAN 2020

Hari ni dah masuk hari 44 Perintah Kawalam Pergerakan - Covid 19..
Dah masuk Ramadhan 7 dah pun
Kejap jer dah seminggu puasa dah


 Set Ayam Panggang Rosemaryni mak aku masak untuk iftar semalam..
Semalam mak aku keluar gi pasar beli barang  dapur.
Dapat la makan special skit..
Asalnya aku dah tanya mak aku kata xnak gi pasar sebab dah pukul 11.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan pasar kat sini mak aku cakap buka sampainpukul 12 sahaja & dalam seminggu hanya 5 hari dibuka
Isnin & Khamis ditutup untuk sanitisi nyah kuman.
Kalau dulu memang buka setiap hari 365 hari setahun.
Pasar malam lagi dekat sini setiap Sabtu & Rabu..
Now.. no more pasar malam!
Dah lebih sebulan..
Tak tahu sampai bila


Pic by abang
Snapmpic kat meja makan
Selalu snap kat kabinet dapur
Tapi ada story nya semalam


Set Nasi Ayam Rosemary..
Waktu azan maghrib masih belum siap...
Ni dah lepas maghrib dah
Semua kena makan karipap jer dulu
Sebab ayam belum masak


Ceritanya dah panggang ayam dalam oven pukul 5.30 dah panggang ayam..
Dalam pukul 6 nenek call
Mak aku dok cakap ngan nenek
Aku jaga ayam kat dapur.
Sib baik mak aku cakap x lama
Dalam pukul 6.45 tetiba lampu dapur padam..
Lampu lain ok jer
Ingatkan mentol lampu terbakar.
Mak aku tukarkan mentol lampu
Sib baik ada spare mentol
Tapi still x nyala..
Dalam mak aku dok adjust lampu tu baru aku perasan lampu oven pun padam
Bila pegang oven dah suam-suam jer
Maknanya dah lama la oven tu  padam.
Bila mak aku check.
Rupanya plug kat dapur yang problem..
Terpaksa la mak aku alihkan ayam ke vanfage pan & teruskan panggang atas dapur gas
Pastu mak aku bz dok tukarkan plug peti ais nak kena guna extantion tarik dari bilik abang sebab takut barang dalam peti ais cair...
& pukul 7.20 dah azan..
Semua minum air & makan karipap jer dulu sementara tunggu ayam masak


Huh.. Tapi berbaloi la walaupun makan lambat...
Sedappppp. Mmmmmmmmmm...

AYAM PANGGANG ROSEMARY
4 pcs ayam (saiz besar)
1 biji lemon - hiris nipi
1 biji tomato merah - belah 4
1 bawang besar - belah 8
2 sudu marjerin/butter

Bahan Tumbuk:
1 sudu teh garam
2 sudu rosemary kering
4 bawang putih
4 hiria halia
1 sudu lada hitam biji
1/2 kiub ayam
1 sudu gula perang

1. Tumbuk halus semua bahan & sapu rata pada ayam & perapkan selama 1 jam
2. Letakkan atas dulang & sapu butter pada ayam
3. Susun & tabur bawang belah, lemon hiris & tomato
4.Panggang dalam oven suhu 200  selama 1 jam.

Gravy:
1. Panaskan 1 sudu butter & gorengkan 1 sudu tepung gandum hingga masak
2. Tambah 1 sudu lada hitam tumbuk, & 1/2 kiub ayam.
3. Tuangkan sisa panggang ayam bersama minyaknya kedalam bahan gravy.
4. Tambah 1/4 cawan susu & kacau hingga pekat.

Broccoli:
Ceraikan broccoli ikut kelopaknya & basuh
2.Jerang 3 cawan air dalam kuali + garam.
3. Celur broccoli beberapa minit & toskan.
4. Tuang sikit minyak sayur & serbuk @lada hitam..




Ayam dah siap gaul bahan tumbuk
Dimasukkan dalam plastik & aimpan dalam peti ais



Susun atas tray & tabur bahan lain
Panggang 1 jam @ hingga masak
Selwpas 1/2 jam balikkan ayam.

Set Ayam Panggang Rosemary...
-Ayam Rosemary + gravy
-Nasi Putih
-Sayur Broccoli
Yummy......

Selain dari makan ngan nasi, sedap jer makan ngan fries AYAM PANGGANG KENTANG GORENG.. kat sini
Dulu selalu juga mak aku masak AYAM PANGGANG ROSEMARY... macam kat sini
Kadang mak aku panggang untuk buat bekal sekolah macam KAT SINI...
& aku pernah masak Ayam Panggang Rosemary ni kat sekolah & cikgu suka
Pernah citer KAT SINI...

No comments:

Post a comment