Friday, 29 May 2020

MIHUN SUP AYAM UTARA (SYAWAL 5 - PKPB COVID 19}

Semalam mak aku puasa 6
Aku pun asalnya plan nak puasa
Tapi sebab dah janji nak gi ziarah umah Aiman aku x jadi puasa.
Mak aku teruskan puasa
Lunch kitorang mak aku masak Mihun Sup
Pastu tengahari mak aku cakap CC office call kena gi siapkan stok
Pukul 5, Daniel datang pick up nak gi umah Aiman, mak aku lum balik
Tapi dah bagtau mak aku dah.
Sampai rumah dekat nak maghrib, mak aku ku pun baru sampai rumah..



Mak aku pun iftar ngan Mihun Sup ni juga
Nampak mak aku bawa balik petai
Tapi x masak pun.
Mak aku cakap kalau masak petai, nanti siapa nak habiskan Mihun Sup ni
Dah la mak aku masak banyak
Petai simpan dulu, makan jer mihun sup
Next time masak petai
Aku dah x dinner sebab dah kenyang makan laksa & mihun goreng kat umah Aiman


MIHUN SUP AYAM UTARA
1 paket mihun
-Jerang air dalam kuali & campur 1 sudu teh serbuk kunyit
-Celur mihun anggaran 3 minit  hingga lembut.
-Basuh, bilas & tapiskan mihun  & biar 10 minitsupaya tos airnya sebelum dihidangkan

Sup Ayam:
1ekor ayam pencen(potong)
1 tangkai daun sup
2 sudu garam
1 sudu teh lada hitam biji
1 ketul halia-hiris
1 bawang holland-belah8
5 bawang putih - ketuk

Bahan Rempah:
1 kulit kayu manis
10 bunga cengkih
3 bunga lawang
10 buah pelaga
1/2 biji buah pala
(boleh shot cut.. Beli jer remlah sup tulang)

1. Gaul ayam dengan 1 sudu tepung & basuh bersih untuk hilangkan bau hamis ayam
2. Rebus ayam dalam rice cooker bersama 10 cawan air hingga mendidih
3. Tambah bawangholland, bawang putih, halia & rempah ratus.
4. Renih lebih kurang 1 jam hingga ayam empuk
5. Tambah garam & tabur daun sup & sesuaikan rasa

Sambal Merah:
1/2 cawan serbuk cili ( chilly powder)
Ada dijual dalam paket kecik seperti rempah kari dan ada pack besar
2 sudu minyak
1 bawang putih
1 sudu makan cuka
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
1. Bancuh serbuk cili dengan 1 cawan air
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih ketuk
3. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak hibgga mendidih
4. Tambah garam,gula,cuka dan jika suka sedikit serbuk perasa
5. Masak hingga naik minyam seperti memasak sambal tumis
6. Swsuaikan rasa - mesti ada rasa pedas,masin,masam dan manis

Bahan Tabur:
Lobak masin - potong kecil & rendam 1/2 jam
2 keping tauhu-goreng & hiris kecil
Daun sup & daun bawang hiris 
Bawang goreng


Hidangkan mihun celur bersama sup & taburan bahan hiasan & juga sambal merah


Kacau rata sebelum makan & kuah akan jadi merah. Walaupun nampak merah tetapi ianya tidaklah terlalu pedas jika sambal merah dimasak sempurna.
Mihun Sup Utara versi sup ayam..

No comments:

Post a comment