Friday 31 December 2021

APABILA MANUSIA MENGATA KAMU...

 


إذا تكلم الناس عنك بسوء قل كما

قال الحسن البصري : مرحبا بحسنةٍ لم اعملها ، ولم اتعب فيها ولم يدخل فيها عُجب ولا رياء ..


Apabila manusia mengata kamu (kutuk, keji, umpat dll) ucapkanlah seperti kata kata syeikh Hasan Al Basri : ((Selamat datang kebaikan yang aku tidak buat , yang aku tidak penat melakukannya , lagi bersih dari sifat ujub dan riak)).

Wednesday 29 December 2021

CARA MEMUTIHKAN BUKU CATATAN.....

 

عبادة الاستغفار، أن يسأل العبد ربّه مغفرة ذنوبه، وأن يسأله الستر على عثراته ، وهي دواء لكل ذنب، وعلاج لكل الخطايا، وإذا أردت تكفير السيئات وزيادة الحسنات ورفع الدرجات فعليك بالاستغفار، فهو الطريق إلى تبييض صفحة المسلم


Ibadah istighfar ialah dengan seseorang itu memohon keampunan ilahi daripada dosa dosanya serta meminta agar ditutupi kesalahannya itu.

Ia adalah ubat kepada segala dosa dan rawatan bagi segala kesalahan.

Apabila kamu mahu supaya dosa dosa kamu dihapuskan dan kebaikan kamu ditambah serta martabat kedudukan kamu diangkat maka kamu hendaklah beristighfar , ia adalah cara untuk memutihkan buku catatan amal seorang muslim.

Tuesday 28 December 2021

BUNGA & BUAH PUTAT

 


Bunga putat.Berguguran ke bumi.


Kudup bunga yang belum kembang


Berjuntai


Buah putat..
Pucuk putat dijadikan ulam.
Buah putat muda juga sedap dijadikan ulam segar.Rangup + sedikit kelat.



Monday 27 December 2021

DULU-DULU TIADA ALAT PENGGERA PUN

 

عاش المسلمون قرونا بلا مكبرات في المساجد ولا منبهات في البيوت ولم تنقطع عنهم صلاة الصبح جماعة في المساجد..


Orang orang Islam terdahulu hidup berkurun lamanya tanpa pembesar suara di masjid masjid , tanpa jam loceng di rumah tetapi mereka tidak pernah tertinggal Solat subuh secara berjamaah di masjid masjid.

Sunday 26 December 2021

MEE URAI GORENG

 

Mee Urai Goreng...


Mee Telur Kering aka Mee Urai versi flat.Saya jarang beli mee kuning basah.Sesekali beli juga mee kuning brand Gardenia tu.Cuma lebih banyak beli mee jenis kering sebab senang nak simpan dan nak buat stok.Untuk elakkan jemu,beli la mee kering aneka versi.Ada mee kering macam megi tu..ada mee jenis tebal,ada mee sanggul,mee siput,mee telur,yee mee,mee leper dan lainnya.Selain aneka pasta..mee kering juga dijadikan stok kalau-kalau ada tetamu mengejut.Boleh la goreng mee kering.Paling tak ada sangat rencahnya,selalunya sosej la dihiris sebagai penggnti ayam atau daging..

Kali ni masak mee telur versi flat  aka mee urai.1 pack tu ada 6 keping besar.Saya hanya masak 4 keping.Agak banyak untuk kami nak makan 3 beranak.Lain kali rasanya cukup masak 3 keping sahaja melainkan kalau nak bawa bekal lebih.

MEE URAI GORENG
3 keping mee urai
1 keping dada ayam/daging@ seafood
2 pokok sayur sawi
2 sudu bawang cincang
2 sudu cili kisar
1 kiub ayam
Minyak,garam,kicap

1. Jerang air untuk celur mee.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang.Masukkan isi ayam/daging rebus hiris @ seafood.
3. Tambah cili kisar dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan kiub ayam dan batang sawi.
5. Masukkan mee celur( tak perlu tapis) terus masukkan supaya tidak berketul dan  senang menggaul.
6. Sambil gaul,sambil renjis kicap supaya rata bersalut.
7. Masak hingga sebati dan sesuaikan rasa.


Hitam- hitam tu daging sate sebenarnya.Anak bujang tu belanja sate untuk dinner.Dibelinya banyak sate daging.Saya memang lebih suka sate daging berbanding ayam.Nampak sate yang dibelinya besar-besar ketulan  dagingnya.Anak bujang tu makan dengan penuh selera.Tapi saya & Adah hanya merasa secucuk dua sahaja.Saya tak boleh nak telan sebab bau " kelembuan" dia agak kuat.Adah pun sama.Adah kata bau lembu tu kuat sangat hingga mematikan selera.Tapi si bujang tu selamba sahaja kunyah dan telan macam tak ada apa-apa.Kerana ada lebihan sate tu,pagi saya cabut daging tu dari lidi dan hiris lalu campur sebagai rencah mee ni.Tapi kami berdua hanya makan mee dan sayur.Daging tu ditolak ke tepi jadi habuan si pembeli sate tu..hihihi

MUSLIMAH: SEMAKIN KETAT PAKAIAN,SEMAKIN SEMPIT KUBUR NANTI

 

قال الله تعالى : ((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ))

يا أختي : كلما ضاقت ملابسك ضاق قبرك


Firman Allah Taala : 

((Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu)).

Wahai ukhti muslimah , semakin ketat pakaian anda , semakin sempitlah kubur anda nanti.

Saturday 25 December 2021

IKAT TEPI JEERRR...!

 Ajak Adah pi cari TONGMO..Tekak twringin sangat nak makan tongmo.Hari tu beli kat Pasar Tani.

Hari ni pi cari takda la pulak.Sebelum ninpun dah beberapa kali cari kat situ tapi dah takda.


Adah kata nak beli kopi ikat tepi.Hari tu dah beli dia kata sedap sangat!

Padahal baru semlama dia balun 2 cup Kopi Dua Darjat.Dah jadi ketagih kopi pulak dia..bahaya ni!


Bila dia beli.Try sedut seteguk..Eh,sedap la!

Sedut seteguk lagi..pun sedap..

Seteguk lagi..lagi dan lagi..!



Ok..kesimpulannya kopi ni sedap pada tekak saya..Pahit tapi berkrim.Tak manis sangat tapi seimbang!

MAKAN @PAK DIN IKAN BAKAR TANGLIN

Semalam pukul 10 dah makan.Tak tau la nak kata lunch @ breakfast..Kira brunch la kot kan...hihihi


Seawal pagi dah torcongok kat UTC Pudu Sentral.Ada urusan nak diselesaikan.


Sekejapa. sahaja sudah siap kerana datang awal pagi memang tak ramai orang.Kemudian terus pula ke Pusat Belia Kampung Pandan.Pun tak lama selesailah urusan.Alhamdulillah baru pukul 9.30 dah selesai 2 urusan penting.


 

Pastu patah balik KL,pi makan @ Ikan Bakar Pak Din kat foodcourt  depan Pusat Kesihatan Tang Lin.Walaupun tempat ni famous tapi ni 1st time saya makan sini...hihihi
Saya memang jarang sangat makan kat luar.Pi kerja memang bawa bekal walau hanya roti dan telur.Tapi bukan la tak makan kat luar langsung.Cuma jarang sangat la...


2 hidangan nasi + tempe goreng.2 ekor ikan kembong bakar + air asamnya serta 2 gelas air kosong =RM31
Ikannya dibakar guna arang dan air asamnya disiram penuh atas ikan.
Masa nak masuk kat foodcourt ada busker oku penglihatan sedang busking depan foodcourt tu.Busker tu nampak separuh baya dengan baju melayu hijau muda nampak bersih berseri wajahnya di pagi Jumaat.Suaranya lemak merdu seperti suara alayarham Ahmad Jais.Tak jemu mendengar dendangan lagu- lagu lama era 80/90an sambil menyuap cebisan ikan bakar dicelur air asam.Alunan lagu Sekuntum Mawar Merah dan Semut Merah macam terngiang-ngiang di cuping telinga saya sepanjang perjalanan lepas makan ikan bakar tu....!!


Friday 24 December 2021

MAKAN KENDURI KAHWIN ANAK SEPUPU

 Weekend lepas sempat memenuhi jemputan walimatulurus rumah sepupu @ Sik,Kedah.Tu yang balik KLnya hari Isnin walaupun plan asal hari Ahad nak balik KL.Sanggup melewatkan sehari kerana nak ambil peluang hadiri kenduri + nak jumpa sedara mara.Maklumlah dan 2 tahun tak dapat berjumpa di hari raya..



Pelaminan....

Kami sampai lebih kurang pukul 12 tengahari.Sedang elok,tak awal sangat.Tak lambat sangat.
Asalnya Achik suruh gi dengan mak saja guna Myvi Achik.Balik naik bas ja kan..Achik wakafkan Myvi dia untuk kegunaan.Tapi gi kenduri pakcik drive hantar ke Sik tu.Hanya saya,mak & Aqil sahaja turun kenduri tu.Achik temankan Pakcik dalam kereta sebab Pakcik masih gayat nak jalan tempat ramai-ramai kerana masih dalam rawatan dan fisio.Tapi nak drive pakcik masih tangkas..Semoga Pakcik terus positif & kembali sihat sepenuhnya...Amiinnn

Beberapa tahun dulu selalu ikut Pakcik dan Achik makan kenduri rumah kawan-kawan depa  area Sik.Saya suka sangat kalau diajak makan kenduri kat Sik.Selain kebaikan budi bahasa,masyarakat Sik memang jenis sangat meraikan tetamu.Faktor lain yang paling melekat dihati ialah masakan  atau menu kenduri mereka sangat nostalgik...! 
Antaranya kerabu umbut bayas!


Kenduri kahwin @ Kedah tidak sah tanpa gulai daging fresh + umbut pisang. Selain tu ada kurma kambing + kentang ( kambing sembelih sendiri pulak tu).Acar buah..ulam..sambal belacan dan ikan masin.
Paling win...kerabu ubi keladi.Dah lama tak jumpa kerabu ubi keladi yang sangat sedap ni.Jangan pelik,kalau kat Kedah kerabu adalah antara appetizer yang popular kat Kedah.Antaranya kerabu taugeh dan perut,kerabu pucuk paku,kerabu nangka,kerabu rebung dan kerabu Ubi Keladi.Ubi Keladi mentah tau..!Ubi Keladi fresh disagat kasar dan dijadikan kerabu bersantan & kerisik.Memang rasanya sedap rangup  tidak gatal.Tapi bukan sebarang ubi keladi yang boleh buat kerabu mentaj ni.Ada jenis keladi khas.Saya pun tak pasti apa nama keladi tu.Cuma saya tahu ubi keladi tu jenis besar dan panjang.Malah ada yang sebesar peha orang dewasa.


Pengantin....
Yang lelaki tu anak kepada sepupu saya.Dilahirkan di Sabah kerana mereka pernah bermastautin di Sabah.Jodohnya pun Allah dah aturkan,juga dari Sabah...masya Allah..!
Kedua-duanya bertugas sebagai guru sekolah.Semoga mereka berdua dikirniakan keluarga yang Sakinah,Mawaddah  wa Rahmah hingga ke Jannah...🤲🤲


Mak sempat merakamkan kenangan bersama cucu saudaranya...
Semua pic by Aqil..!


Menjengah ke luar rumah.Anak-anak muda yang ringan tulang sedang membasuh pinggan mangkuk.Kemas bersih tersusun peralatan memasak dan pinggan mangkuk.Hebatnya mereka...masak sendiri dan mengemas dengan kemas sekali.Tak nampak sisa sisa makanan atau sisa bahan masakan bersepah.


Balik kenduri,Pakcik bawa ronda-ronda Sik.

Tempat anak bujang belajar dulu..Saban minggu Pakcik dan Achik  berulang alik jemput dan hantar anak bujang tu di asrama ni dan menanggung pengajian anak bujang tu hingga selesai...


Rezeki anak bujang tu dapat juga KONVO PADA 2019 SEBELUM COVID MENLANDA...
Banyak jasa  Pakcik dan Acik kepada kami...!
Semoga Allah gantikan dengan pahala melimpah untuk mereka..

Melintasi Empangan Beris...Terbayang lebih 20 tahun dulu pernah berulang alik melalui laluan ini.Kini sebahagian kampungnya telah bersemadi di dasar empangan ni..!






SUAMI ISTERI SALING MELINDUNGI


 Larangan Mendedahkan Keaiban Pasangan

========

1. Perselisihan dalam rumah tangga pasti akan berlaku. Namun, setiap pasangan hendaklah menjaga hubungan baik sesama mereka. Rasulullah mencela pasangan yang mendedahkan keaiban pasangannya. 


2. Namun, sekiranya pasangan telah melakukan kesalahan, dosa dan maksiat, maka sekiranya boleh diselesaikan dengan baik, selesaikan dengan cara yang baik. Sekiranya tidak, mahkamah adalah tempat penyelesaian terbaik. Pendedahan di media sosial bukanlah jalannya.

 

3. Dalam al-Quran, Allah memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka,  dan memelihara dari disakiti. Firman Allah:


هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ


“Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)


4. Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:


جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء


“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”


5. Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah:


إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا 


“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)


6. Dalam sebuah insiden yang lain, seorang wanita pernah datang dan mendedahkan kepada Rasulullah bahawa dia telah berzina. Rasulullah meminta wanita tersebut pulang dan memikirkan kembali pendedahan tersebut. Ini kerana, Allah masih membuka ruang taubat untuk kembali kepadaNya. 


7. Namun sekiranya kesalahan tersebut telah sabit, maka selesaikanlah dengan pihak berautoriti seperti mana yang digariskan dalam syariat Islam. Janganlah dijadikan budaya bahawa setiap kesalahan atau kesilapan suami atau isteri itu dipamerkan dalam media sosial. 


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#SetujuAtauTidakMemangItuHukumnya


Thursday 23 December 2021

APA MAKNA ZAKAT?

 


ما معنى الزكاة ؟ هذا هو ريع العشر حق الفقير من مالك والباقي كله لك.


Apa makna ZAKAT ? 

Inilah 1/40 (bersamaan 2.5 %)  yang merupakan hak orang miskin daripada harta anda dan yang baki itu keseluruhannya adalah milik anda.

Wednesday 22 December 2021

LAKSAM KEDAH KUAHNYA MERAH

Kalau kat KL ni laksam biasanya versi Pantai Timur.Gulungan laksam seakan lempeng tepung beras yang dikukus dan digulung.Dimakan bersama kuah lemak putih mengandungi isi ikan dan juga ulaman hiris beserta sambalnya.


Namun jika di Kedah,laksam tradisinya berkuah lemak merah seakan kari.Isi ikan tetap menjadi bahan utama.Begitu juga ulaman yang dihiris halus dan telur rebus.Gulungan laksam tu sama iaitu pes tepung beras yang dikukus nipis dan digulung serta dihiris.

Seingat saya,zaman kanak-kanak dulu hanya pernah tengok makanan ini tapi tak pernah mak masak.Mak hanya akan masak laksa.Bila tinggal di asrama masa sekolah menengah baru dapat makan laksam kuah lemak merah ni beli kat pekan nat & pasar malam.


Rasa laksam putih tu sama saja.Kuah dia pula sama macam LAKSA KUAH LEMAK KEDAH macam saya selalu masak.


Laksam Kedah ni bukan saya masak.Tapi saya beli masa balik Kedah beberapa hari lepas.Biasanya laksam ni dijual bersama kuih muih waktu sarapan pagi atau waktu petang.Asalnya nak pi makan laksa dapur arang,tapi takdan sebab dah nak balik KL dah.Tak puas balik kali ni.In sha Allah ada rezeki dan masa mengizinkan akan balik lagi.

NAIK BAS KL- KEDAH - KL

Mengambil kesempatan hujung tahun balik Kedah sekejap menjenguk mak.Dah balik KL dah pun

Semalam pagi dah gerak balik KL..


Naik bas InterCity balik KL.RM50.Hari tu balik naik Mara Liner RM48. tapi bertolak malam.Deside balik naik bas sebab balik sorang.Dulu zaman muda biasa saja drive sorang KL-Kedah-KL.Sekarang dah berbelah bagi.Akhirnya pilih naik bas sahaja.Bertolak pukul 11 malam @TBS...Pukul 4 pagi dah sampai rumah Achik.


Isnin pagi balik KL.Dapat single seat tingkat atas.Nun betul-betul diperjuru wau bulan itulah saya sedang memandang.Pic by Achik.
Kalau zaman remaja,doa nak  dapat seat sebelah teruna tampan🤣🤣🤣.
Dah remaja purba 
( pinjam ayat SK) nak dok sorang-sorang jauh dari orang lain🤭 nak layan nostalgia ja.Lagi-lagi sejak Covid ni..Boleh jauh nak jauh lagi dari orang lain..Hihihi...
Patut bertolak 10.30 am tapi ada kesulitan..pukul 11.30 baru gerak.Hikmah juga bas lambat sampai,sebab lagi beberapa minit sebelum pukul 10.30 baru sedar tertinggal handphone kat rumah Achik.Kelam kabut Achik balik ambil.10.35 staff bertugas bagitau bas lambat sikit sebab masih di Alor Setar....11.20 baru sampai...Laaaa awat tak habaq awai🤭


Bas melewati perumahan Achik.Hanya 2 minit jarak dari bus stand.Dekat sangat kan..


Melepasi Tol Pendang..Sayup-sayup tu Bukit Perak.Gunung Jerai sebelah kanan..Tak dapat la nak snap.

Naik double deck dapatlah menikmati pemandangan dari aras tinggi berbanding naik kereta.Ni selepas Ipoh..sebelum Gua Tempurung.Bukit-bukit di Perak ni unik bentuknya.

3.30 petang baru sampai R&R Simpang Pulai.Ramainya manusia @ Simpang Pulai.Bas terpaksa park depan Petronas sebab semua petak parkir penuh.Semua serbu kedai mesra mencari minuman dan makanan ringan.Masa diberi 30 minit untuk solat,makan dan ke toilet.

Dah lama tak naik bas.Rasanya kali terakhir beberapa tahun lepas.Itupun berdua dengan Cella.Naik bas sengsorang ni rasanya dah berbelas tahun kot.Tak pun mau cecah lebih 20 tahun dah 🤭
Dulu zaman belajar tahun 90-an,Achik yang akan hantar by motor dari kampung ke Pendang.Masa tu belum ada stesen bas ekspress tapi bas dari Kuala Nerang akan pick up tepi jalan depan Petronas Pendang.Lepas dah kawin pun,saya selalu ulang alik Kedah-KL.Setiap minggu saya akan ke KL.Kalau bas pukul 11 malam..bayangkan la Achik nak patah balik ke kampung melalui jalan kampung meredah hutan yang gelap tengah malam buta.Banyak pengorbanan Achik untuk saya.

Hentian Sebelah Behrang.Bukan F&R sahaja yang sesak,HentiN sebelah pun penuh walaupun dah masuk weekday.Mungkin ramai warga Lembah Kelang yang terpaksa balik semula ke KL & Selangor selepas berita banjir besar melanda pada hari Ahad.Semoga Allah mudahkan urusan mereka.

Tanjung Malim..5.15 petang.Setiap landmark akan di update dalam family  group..🤭
Nak mudahkan anak untuk timing sampai TBS

6.15pm Jejantas Sungai Buluh.


Tol Duta..Kemudian bas singgah Hentian Duta 10 minit turunkan penumpang.

Dulu puncak KLCC menjadi penanda paling tinggi bila memasuki KL

Sekarang Menara Merdeka menjulang mengalahkan KLCC.Sambil bas meredah jem berhampiran KL Sentral..dapatlah menghayati panorama KL

Walaupun gambar blur..nak juga tepek.Dah sampai TBS tapi belum masuk terminal.Berhenti dicheck point untuk turunkan motosikal dari perut bas.Memang tahu bas Inter City ada menyediakan khidmat kiriman dan muatan motosikal.Boleh kirim motosikal sahaja atau boleh bersama penunggangnya.Dua motosikal ni saya nampak hanya kenderaannya dilirim dan penerima menunggu di check point TBS( tempat parkir bas ekspress tepi TBS).Dulu masa anak bujang berulang alik ke Kedah,selalu guna khidmat bas Inter City ni untuk bawa bersama motosikalnya ke Kedah @ KL.4 @ 5 tahun dulu kosnya RM 150 untuk motosikal dan penunggangnya.Motosikal diperut bas.Masa beli tiket ada form yang perlu di isi .Penunggang duduk kat seat bas la.Sekrang tak tahu berapa kosnya.
Banyak kemudahan dah sekarang ni..Alhamdulillah.

Tepat pukul 7 malam tibalah di TBS.
Alhamdulillah setelah menempuh 7½ jam perjalanan.Kebas jugak la bontot..hihihi

Menunggu kat lobby...
Dah cakap tunggu kat Gate C..Mata kena selalu cakna  perhati deretan kereta yang melintasi supaya kereta sampai sahaja boleh terus masuk dan gerak.
Dulu zaman Adah masih belajar kat UiTM Segamat,setiap petang Khamis tunggu Adah depan Gate A tu.Setiap Sabtu petang pula hantar Adah.Pun tunggu kat Gate A tu.Dulu masa TBS baru buka boleh parking dan tunggu depan Gate A,B dan C.Lagipun masa tu TBS hanya untuk perjalanan ke selatan.Namapun Terminal Besepadu Selatan...
Yang nak ke utara terminalnya di Hentian Duta.Yang ke Pantai Timir rasanya Hentian Putra.
Selepas Puduraya dah tutup sempat jugalah merasa hantar dan jemput mak & anak bujang tu kat Hentian sementara @ Bukit Jalil dan Hentian Duta.
Now semua destinasi pun dah disepadukan di TBS.
Patut dah kena tukar nama daripada Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kepada Terminal Bersepadu Timur Barat Selatan Utara (TBTBSU)
Hihihihi .....