My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Showing posts with label KUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH. Show all posts

Thursday, 29 October 2026

PERNAH MAKAN BIKA AMBON?

 

Bika Ambon ..
Antara kuih Indonesia yang saya suka...
Bika Ambon ni kalau tak salah ingatan saya...kali pertama saya tahu tentang kuih ni daripada majalah-majalah sekitar tahun 80-an.

Dulu kalau dapat membaca majalah Wanita,Jelita,Nona,Saji dan sewaktu dengannya...memang heaven

Kaitannya ialah dalam bebanyak resipi dan gambar masakan,saya pernah terbaca resipi dan gambar  bika Ambon ni.

Memandangkan saya ni salah seorang  peminat mata pelajaran Sejarah dan Geografi,maka pernah jer baca buku Sejaran dan lihat peta serta tahu tentang Pulau Ambon  tu adalah salah satu pulau berhampiran kepualan Sulawesi di negara Indonesia.Tapi saya tidak pasti sama ada memang kuih yang satunini memang berasal dari Pulau Ambon atau sebaliknya.Yang pasti masa tu saya selalu terbayang suatu hari nanti saya akan dapat makan kuih ni...in shaa Allah

Tapi dulu hanya tengok gambar dalam majalah sahaja tapi tak lernah cuba buat dan tak pernah rasa pun bika Ambon ni.Apapun jiwa pemakan macam saya ni,saya boleh saja bayangkan rupa dan rasa seakan kek sarang semut beraroma daun limau purut.Itu hanya bayangan dalam fikiran saya.



Pertama kali.makan bika Ambon ketika mengunjungi Padang & Bukit Tinggi  sedikit masa dulu.Saya beli berkotak-kotak bika Ambon  kuning dan hijau sebagai buah tangan untuk keluarga dan rakan sekerja..

Masa ni la timbul tanda tanya...kuih ni asal dari Pulau Ambon atau Medan?


Sayangnya masa tu tak ramai yang tahu cara menikmati bika Ambon ...Kebanyakan buka sahaja kotak terus potong dan makan.Maka teksturnya terasa  sedikit keras dan mudah patah serta seakan mentah..

Saya pernah memesan bika Ambon ni supaya kawan Cella (student dari Padang) belikan saya kuih ini semasa ia pulang ke Padang & Alhamdulillah sangat sedap.
Syaratnya bika Ambon ni harus dikukus atau dimasukkan dalam microwave hingga panas aupaya kuihnya lentur,kenyal dan sedap dimakan..


Ini saya baru beli beberapa hari lepas kat TT..Buatan tempatan
Berserat cantik dan harga juga dikategorikaj murah berbanding beli diseberang.


Cuma packaging simple sahaja dan tidaklah kemas dan menarik sepert4i bika Ambon Medan.Dari segi rasa,bagi saya yang ini sedap lembut lemak manis,cuma tiada rasa rempah ratus dan daun limau purut.Mungkin disesuaikan dengan selera tempatan.Tapi bagi lidah saya,saya lebih suka bika Ambon yang ada bau daun limau purut tu..




Monday, 19 October 2026

BUAT DONAT SUSU & DONAT GULA

 Sudah agak lama tidak mendonat.Tetiba tekak rasa teringin pulak nak makan donat.Kebetulansaya tidak ke mana-mana.Naik rumah  balik kerja oetang hari Jumaat hingga petang hari Ahad masih belum pijak bumi.Kadang naik kayangan hari Jumaat..Isnin pagi la baru kembali ke bumi

Buat donat klasik atau kita sebut donat gula..
Seperti biasa saya lebih suka guna gula caster berbanding gula icing atau gula yang dikisar/blend.Kalau gula icing/gula kisar bila sadur nampak berbedak cantik bersalju tapi gulanya mudah cairdan melekit pada kuih.Kalau guna gula caster,biji biji gulanyang halus berkristal nampak cantik dan tahan tidak melengas..




Saya juga sadur dengan susu tepung menjadi  donat susu yang pernah viral tahun lepas kalau tak silap..Kalau kat luar boleh tahan juga harga donat susu ni...
Seperkara lagi tentang donat ni...selain menggunakan susu tepung untuk sadur donat susu ni ..saya memang menggunakan susu tepung dalam resipi donat saya.Kalau semak old post memang resipi donat saya menggunakan susu tepung sebagai salah satu bahan.Kalau takda susu tepung memang saya akan tangguh buat donat sehingga ada stok susu tepung Susu tepung pula saya hanya memilih susu tepung jenama Every Day.Pada saya susu tepung ni yang paling sedap berlemak.Nak buat biskut raya ke mesti nak brand ni..Waima nak minum susu panas pun saya paling sukan susu telung brand ni.Apapun ini selera tekak saya..Lain orang mungkin lain citarasanya..

Saya share juga resipi donat yang saya buat ni.Saya copy je dari old poat tepek sini.


RESIPI DONAT
1/2 kg tepung gandum
1/2 pkt mauripan
sikit garam
2 sudu gula
2 sudu margerine
2 sudu susu tepung
1 cawan air suam

Hiasan:
Gula caster/ gula icing

1. Campur semua bahan untuk dough iaitu tepung,mauripan,susu,gula,garam,margerine & gaul rata.

2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli.Air kena ikut sesuai..Jika dah cukup lembut  tak perlu habiskan.Jika x cukup lembut,tambah sedikit lagi air

3. Canai & terapkan dengan acuan.Jika tiada acuan boleh guna mulut gelas & lubangkan tengahnya dengan jari telunjuk.

4. Tabur tepung dalam dulang baru letakkan donut yang dah dibentuk.

5. Biar lebih kurang 1/2 jam hingga dough kembang.

6. Panaskan minyak yang banyak dengan api perlaan & goreng donut hingga garing.


7.Golekkan dalam gula caster @ kalau guna gula icing ayakkan atas donut.

8. Untuk donat susu..sadurkan dengan susu tepung yang dicampur sedikit gula icing..





Donat yang siap diterap..Saya terap guna mulut gelas sahaja untuk dapatkan bentuk bulat yang sama saiz.Lubang tengahnya just tekan dengan jari telunjuk....hihihi
Bukan takda acuan donut tapi nak jiga guna mulut gelas tu...hihihi



Saya gelek dan suaun dough donat ni atas kertas nasi lemak.Kertas nasi lemak ni memang saya ada stok kat rumah.Buat bungkus makanan...buat alas makanan macam ni pun senang..tak payah nak guna dulang bagai...hibihi




Walaupun dah buat donat ..rasa manis berlemak susu bagai...tekak ni mengada nak makanan yang savoury pulak...Buat la nasi goreng bodo,...rencahkan dengan baki sambal bilis petai semalamnya tu....



Wednesday, 8 July 2026

CEKODOK BUAH SUKUN

 

Cekodok Buah Sukun.....


Asalnya beli sebiji buah sukun nak buat Sukun Goreng macam. pisang goreng tu.Belinya hari Ahad....tak sempat nak goreng...Isnin dah lembik masak dah dia....

Kalau sukun yang masih keras tu sedap digoreng,dijadikan kerepwk,dimasak pengat dan juga dimasak kari bersama ikan masin...


Buah sukun dah masak lembik....tekstue dan baunya seakan buah tarap...tapi buah tarap ada isi macam cempedak...




Buah sukun yang dah kupas kulit & dan di leraikan dari empulurnya.

Sukun masak ni ada aroma khas dia  seakan bau buah tarap juga tapi lebih lembut la tak sekiat bau tarap...






Dah lenyek lenyek isi sukun yang lembik tu + tepung ,garan dan sedikit gula macam nak buat cekodok pisang...makanini lah kejadiannnya




Cekodok ni masa goreng memang harum bagi orang yang suka...makan panas panas dengan minuman panas....Rasa cekodok ni lebih kurang macam rasa cekodok labu kuning


Wednesday, 3 December 2025

BUAT CUCUR UDANG KERANA MUSTAQIM PUNYA PASAL

Pagi tadi lepas punch card,nampak ada cucur udang kat meja pantry..Masih suam-suam panas...Rupanya  Mustaqim yang bawa.Mustaqim ni student OUM sedang intern selama 3 bulan  kat tempat kerja kami.Pertengahan bulan nanti selesai la internyaDah beberapa kali Mustaqim taja sarapan mee goreng Ada sekali tu dia bawa lauk ayam masak kicap untuk lunch.Tapi sampai pukul 10 pi jenguk nak makan nasi semua dah yilek.Ni dia bawa pula cucur udang...Masyaa Allah sedap betul.Setiap cucur ada sekor udang siap kupas kulit..Saya sempat makan 4 pcs cucur uadang sebesar cekodok bilis tu.Ikut hati nak je makan banyak tapi adabnya kena la ingat orang belakang kan....

Dwk asyik terkenang kesedapan coq udang Mustaqim bawa...balik kerja singgah Hero,beli bahan nak buat coq udang.




Sampai rumah,tak buka tudang lagi terus capai apron.Biasa tak pakai apron pun kalau masak.Kecuqli kalau tengah pakai baju kerja atau pakai baju yang disayabgi baru pakai apron sebab risau kena minyak,bau bawang bagai...hihihu

Jarang buat cucur udang cukup bahan.Kadang ada kucai,takda taugeh...ada taugeh udang pulak takda.Tapi hari ni cukup semua bahan..Kucai,taugeh,bawang holland,isi udang siap kupas kulit.Tepung pulak hanya tinggal tepung cap rose..Tepung cap rose tu sesuai buat biskut atau campuran dengan tepung lain.Kalau buat lempeng pun kena bancuh pekar sikit kalau guna tepung cap rose.Nasib baik selongkar punya selongkar jumpa tepung Faiza ada la dalam 300gm..Ok sangat la tu untuk nak makan dua beranak ja...

Selesai bancuh tepung baru kelam kabut solat..hihihi

Sempatlah adunan coq udang berehat untuk mengembangkan biji biji tepungnya kerana saya tak gunkan yis pun.Saya lebih suka cucur udang yang tidak menggunakan yis atau soda kuih.Biarpun tidak segebu coq udang beryis tapi teksturnya tetap berongga jika diperap beberapa ketika 


Lepas solat maghrib baru saya mula menggorwng


Anak jantan yang konon tak makan seafood tu pun ..boleh lupa dia tak makan udang...hahaha


Dia yang pulun makan lebih daripda maknya yang teringin ni...



Ni baru la cucur udang....ada udang dalamnya....hihihi

Alhamdulillah....

Saturday, 29 November 2025

SEPIRING BUAH MELAKA

 Sepiring Kuih Buah Melaka...

Menjamah bebeapa biji kuih buah melaka sambil menghidu aroma kopi dalam tempias hujan memberi satu rasa yang sangat nostlagic.Aroma kopi waktu pasti akan mengingatkan kampung halaman ketika zaman kanak-kanak di era 80-an.Ketika semua penghuni kampung masih menggunakan kayu api untuk memasak dan menjerang air.Kala musim hujan begini kesejukan mencengkam hinmgga ke tulang hitam kerana ketika itu cuaca Malaysia tidak sepanas sekarang ni.Paling panas pun masa tu sekkitar 27 C.Bukan la saya ada jangka suhu pun tapi masa tu sekolah rendah pun dah ada sunject Ilmu Alam /Geografi.Darjah 4 tu kami dah didedahkan dengan cuaca dan pertanian di MalaysiaHarus lah tahu suhu Malaysia kerana itu adalah antara soalan favourite yang cikgu akan tanya sama ada dalam kelas atau dalam periksa penggal.Cuaca pun masa tu masih konsisten mengikut arah angin.Kalau musim Monson Timjur Laut,bulan November hingga Mac,maka Pantai Timur akan alami musim tengkujuh,manakala kami di uatara akan mengalami musim kemarau.Juga menandakan musim menuai padi serta penanaman tembakau.

Bulan April akan bermula peralihan musim Angin Monson Barat Daya yang membawa banyak hujan.Musim para penduduk kampung bersiap siaga untuk memulakan penanaman padi pula,Walaupun musim hujan sangat dinanti untuk penanam padi,namun dalam masa yang sama kegelisahan warga kampung juga mula terasa  kerana bila hujan pendapatan harian terjejas kerana tak dapat motong getah.Padi bukanlah punca pendapatan sebaliknya hanya tanaman sara diri,namun cukup untuk stok hingga ke musim berikutnya.Getah yang merupakan punca pendapatan utama juga hanya sekadar kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Jika sehari tidak dapat motong getah pun dah lari bajet,apatah lagi hujan berpanjangan selamam musim Monson Barat Daya.


Namun,Allah tak pernah tidur.Dia yang mangatur segala yang di langit mahupun di bumi.Bersama hujan Allah datangkan bersama rezeki ikan di bendang dan parit akan melimpah ketika musim hujan.Haruan ,keli,puyu,sepat dan beberapa jenis ikan lagi yang sekarang sudah pupus termasuklah ikan selat,ikan tilan,ikan kedak dasn juga udang.Kata mak,musim hujan ni ikan-ikan keluar dari dalam tanah.Masa tu saya tak pernah percaya kerana bagi saya tidak logik ikan keluar dar tanah.akal saya mengatakan ikan-kan itu hanyut bersama air dari tempat lain..Namun segala  kata mak dan orang-orang tua dahulu itu harus saya akui bila selalu menonton National Gegraphic jelas ditunjukkan bila musim kemarau ikan-ikan air tawar akan berjibernasi dalam tanah dan bila musim hujan ketika tanah mula basah mereka akan sedar dari lena yang panjang dan kembali ke habitat berair.Saya pernah menonton video-video tentang ikan-kan yang berhibernasi dalam tanah pada musim kemarau..Saya share link yang pernah saya tontonDI SINI... Sebagaimana kebenaran tentang kisah ashbul kahfi dalah surah Al-Kahfi...maka begitulah bila Allah berkehendak kerana Wahdaniah.Qudrat,Irodat,Qadirun & Muridun itu adalah antara sifatullah..

Dulu,ikan-kan sangat banyak hinggakan ada peribahasa " dimana ada air,di situ kan". Pendek kata kalau rajin memang tak akan terputus lauk.Tahanlah bubu atau lukah dima ada air menaglair,in sha Allah adalah habuan.Lagi-lagi musim banjir yang kami sebut musim "bah".Boleh nampak ada ikan sepat dan seluang atas batas bendang (permatang).Terbayang setiap hari dua kali ayah akan angkat lukah yang kamu panggil "sat".Ada yang panggil "tuaq".Anyaman buluh berbentuk kon tapi tirus dihujungnya ditahan di gelong-gelong (gelong + laluan air antara batas bendang)Musim hujan macam ni memang ikan dan udang akan penuh hingga ke mulut "sat".Jenuh emak nak sinag erbesen -besen ikan puyu,haruan dan sepat <Biasanya memang tak habis nak makan..Mak akan gami ikan tu dan jadikan ikan kering.Tapi kalau dah musim hujan payah la ikan nak kering.Itu agaknya wujud cara pengawetan lain seperti pekasam..Agaknya la...hihihi


Kudapan yang senonim dengan musim hujan pula,haruslah ubi ubian...Ubi kayu,kledek,keladi pisang rebus menjadi peneman kopi O.Yang pelik tu kalau jiran jauh pun sedang bancuh kopi,aoroma kopi tu boleh terhidu hingga ke rumah kita.Bau orang rebus ubi,,bauk orang gorfeng pisang boleh merebak hingga ke merata kampung...

Akan nampak asap dari dapur menerobos bumbung atap rumbia dalam kesejukan hujan.Ayam-ayam akan tumpang berteduh di coreng atap..Tempayan atau gurti tadah air hujan di cucur atap tepi tangga akan jadi pemandangan biasa musim hujan.Air untuk habuan basuh kaki sebelum naik tangga rumah.Dalam tempayan tu ada la tempurung kelapa yang dijadikan pencedok air nak basuh kaki tu.Tempurung tu lah yang ada dalam peribahasa "Bagai Melepas Batok di Tangga"Maksudnya buat kerja main-main je atau buat kerja tak bersungguh macam basuh kaki kat tangga tu.Kaki belum bersih,masih ada sisa kekotoran  dah dilepaskan batok tu terus langkah naik tangga.Paling tak best,kat situ lah juga ayam tu nak berak.Kena taik jenis taik ayam candu yang hitam pekat macam coklat leleh tu...kalau terpijak  ..uiiii....bau dia...


 
Berbalik kepada kuih buah melaka ni...Sepiring kuih buah melaka bukan hanya sekadar kuih yang kenyal berintukan  gula melaka yang cair di mulut.Tapi lebih daripada itu ia juga bisa membuatkan saya dan mungkin juga ramai antara kota  cair dalam memory .
Kuih yang dahulunya hanya exclusive di bulan Ramadhan...Pastinya kuih ini mempunyai cerita dan kenangannya sendiri.

Bagi saya kuih yang satu ini adalah kuih yang paling tak disukai ketika Ramdhan zaman kanak-kanak.Saya mendabakan kuih-kuih bergoreng seperti karipap dan cucr badak.Tapi dua jenis kuih itu adalah antara kuih yang mak saya tak pernah dan tak reti nak buat.Mak lebih pakar kuih kuih kukus seperti tepung talam,lompang,tepung bungkus lepat liat,bengkang dan buah melaka ni.Buah melaka pastinya antarabkuih yang paling kerap mak buat kerana bahannya hanya tepung pulut,gula melaka dan kelapa bergaram.Tepung pulut tu mak tumbuk beras pulut sendiri.Beras pulut direndam semalaman...esoknya disejat dan ditumbuk dalam lesung kayu..Diayak dan dijemur tepung tu atas tikar mengkuang agar tepung hilang kelembapan dan tahan lama.Begitu juga dengan tepung beras,Biasanya bergantang juga beras ditumbuk untuk stok tepung b ulan puasa dan untuk stok kuih raya.Beras kan tak kena beli,maka kuih muih bulan puasa banyak yang hanya guna tepung beras dan tepung pulut seperti aneka kuih talam termasuklah buah melaka ni..


Kini kuih buah melaka dah tak exclusive dah...Kuih yang dulu hanya da dalam bulan puasa dah boleh didapati sepanjang tahun,,,Sedangkan buah durian,rambutan pun dah tak bermusim,,,apa lagi buah melaka kan,,,,hihihihi


Cuma buah melaka sekarang tak seenak buah melaka dulu.Dulu intinya kami panggil "nisan kerek" yang memang didatangkan khas dari Patthani,Thailand yang orang kampung sebut sebagai Negeri Siam..Biasanya sebulan sebelum puasa,akan ada wanita Patthani yang datang berjulan dari kampung ke kampung.Mereka menjunjung besen aluminium yang besar tu  dan membimbit karung karung yang sarat dengan dengan pelbagai barangan dari Siam.Biasanya barangan berupaka pakaianmakanan kering seperti dodol,kekacang,bepang pulut,dan eneka jajanan Siam termasuklah nisan kerek ni.
Nisan kerek tu pulak dibuat original daripada nira pokok thai(toddy palm)Pokok thai ni kat Malaysia pun ada.Kat kampung kami pun ada.Biasanya tumbuh berapasangan kat kawasan bendang.Tapi tak tau kenapa kat Malaysia orang tak kormesialkan.Terbiar jadi sarang melawar ja,padahal isi buahnya yang muda sedap.Kalau tengok youtube kat India selain makan buah yang muda...buah yang dah masak hitam tu pun depa guna jus sabut buah thai tu untuk buat kuih.
Nisan Kerek nira thai ni sedap sebab manisnya seakan gula kelapa asli tapi ada sedikit rasa kelat dihujung lidah bila kita makan.Jarang jumpa orang jual  & dah tak pandai nak bezakan mana nisan kerek asli.Kadang nasib baik bila beli kat Padang Besar dapat ja nisan kerek nira thai ni...bila buat buah melaka makan ada rasa kelat pada gula tu pasti akan menggamit memori.


Saya mengambil kesempatan mengudap buah melaka sambil berangan hendak update blog & lepas tu nak blog walking...

Kelemahan saya ni bila mengarang suka melalut kelain..bila tulis sikit ja mula segala kenangan dan peristiwa lama akan berlumba-lumba keluar dalam kotak fikiran...Nak tulis tentang buahelaka ja..tapi melalut berjela...Tapi sudahnya hanya beberapa baris sempat dikarang...Tergantung kerana kerja lain mengambil tempat...Maklumlah 2025 sudah hampir ke penghujung..

Tak apalah,bukan kita sorang yang bz...semua orang ada urusan dan tugasan masing-masing.Yang dikatakan suri rumah sepenuh masa...lagilah berlambak kerja yang tidak lernah sslesai..Harus diakui betapa kental dan sabarnya yang dinamakan suri rumah itu kerana mereka sering dianggap " tidak bekerja" sedangkan merkalah yang oaling banyak kerja ..Namun lebih perit apa yang mak saya dan mak mak lain yang 


Wednesday, 19 February 2025

BUAT KETAYAP INTI BUAH NAGA

 

Kuih Ketayap Inti Buah Naga .
Tercetus idea bila membeli banyak buah naga merah terbiar tak termakan..
Try Google cari kot dah ada orang buat ketayap inti buah naga ni tapi tak jumpa 

Yang jumpa hanya kuih ketayap yang tepungnya dicampur buah naga & intinya guna gula melaka 

Maka,saya try & error buat inti kelapa + buah naga untuk dapatkan warna merah semulajadi yang cantik 

Terhasillah kuih Ketayap Inti Buah Naga ni..Kuih biasa sama macam kuih ketayap tradisional Cuma inovasi intinya saya + buah naga merah..

Seperti biasa saya upload videonya kat youtube channel saya...Seroja Putih..

👇👇👇👇👇







Sunday, 2 February 2025

KUIH KUKUS SAGU PANDAN KUKUS DALAM RICE COOKER JER

Tekak teringin nak makan kuih basah yang kenyal kenyal...



Maka terjadikan kuih sagu kukus pandan ni.Kebetulan pagi tadi ke pasar nak beli ayam stok untuk sepanjang minggu ni.Beli sekali kelapa putih & santan.Tu yang jadi kuih bersalut kelapa ni..

Kebetulan masa dok tunggu kelapa diparut,ada seorang pelanggan lelaki India ramah pula bercerita kat saya.Katanya daripada 4 kedai kelapa kat pasar ni..3 kedai dah habis stok kelapa Dah la minggu depan Thaipusan depa nak guna banyak kelapa...hihihi




Kuih sagu pandan ni saya buat versi campak campak ja &  kukus dalam rice cooker jer..

Boleh tengok videonya di youtube channel saya @:


👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/g_s-dy7RPoE?si=8-p8owGNEp2DsKAs




Friday, 31 January 2025

CUBAAN BUAT KARIPAP PUSING

 Teringin nak makan karipap versi karipap pusing..



Mencuba buat karipap pusing...



Ternyata hasilnya tidak  sempurna..Dari kiraan 10 mungkin hanya boleh diberi markahnya 1/10..
Dari segi rasa mungkin boleh dimarkahin 6/10…tapi masih jauh.Banyak lagi ilmu perlu digali.


Namun tetap menjadi pelengkap secawan teh panas untuk kudapan petang hari  Cuti Tahun Baharu Cina.

Wednesday, 18 December 2024

SIAPA SUKA LEPAT LIAT?

 

Siapa suka lepat liat?

🙋🙋🙋🙋🙋

Sendiri tanya ...sendiri angkat tangan...hihihihi


Kuih tradisional Utara yang satu ini memang menjadi kegemaran saya sejak zaman kanak kanak hingga kini.Lama lama sekali pasti saya akan buat.Maklumlah nak beli kalau kat KL ni saya belum pernah jumpa..So,nak makan kena la buat.


Kuih yang menjadi nostalgia terutama ketika bulan puasa.Dulu kebanyakan  kuih kuih kukus gini memang ekslusif untuk bulan puasa.Hingga kini kalau bau daun pisang auto fikiran akan ingat bulan puasa. 
( Sekarang ni kalau lepat liat saya akan ingat Pia ..anak dara Afzan yang  juga peminat lepat liat & dah terror masak kuih ni..😍) boleh baca komen kat SINI..
Untuk Pia...kita geng!


Tekak orang tua macam saya ni kadang cerewet juga..Kalau kuih tu bersantan ,nak la yang betul betul lemak.Kalau manis nak la yang manis BUKAN MANJA🤭
So...kalau nak ikut tekak sendiri saya memilih untuk buat sendiri..Itupun kalau datang mood rajin..Kalau tak...berangan saja la..sedar sedar dah malam..🤣

Untuk kuih lepar liat ni saya masak minggu lepas dek anak tekak teringin sangat..

Untuk videonya boleh ditonton di saluran youtube Seroja Putih

👇👇👇👇👇



Tuesday, 26 November 2024

KUIH LENGAT PISANG

 

Kuih Lengat Pisang..

Ni antara kuih nostalgia saya.Dulu dulu bulan puasa kalau nak pelbagaikan kuih,ni lah antara yang akan mak buat.Kemudian menjadi ikutan saya setelah kerja masak memasak diserahkan kepada saya.

Panggilan "lengat" tu sebenarnya membawa maksud "kukus" dan juga "rebus".Kalau ikan rebus tu kami panggil ikan lengat.

Masa saya kanak-kanak mak takda periuk kukus tapi mak hanya ada "periuk lengat".Periuk merupakan sebuah periuk aluminium cap buaya tu tetapi lebih lebar daripada ukuran loyang kukus.

Kalau nak kukus kuih jenis kuih talam mak akan jerang air dalam periuk tu agak agak  airnya 2 ruas jari.Kemudian mak akan letakkan "lekar" dalam periuk tu.Lekar tu dibuat daripada sejumlah dawai atau sejumlah lidi yang dilentur membentuk gegelang.Gegelang tu dibalut pula dengan daun mengkuang agar tebal.Gegelang tu lah yang dijadikan tapak dalam periuk yang airnya mendidih untuk diletakkan loyang untuk melengat kuih talam dan seangkatannya...........( boleh bayang ke tak?🤣)


Kalau nak kukus/lengat lepat pula..mak guna kreativiti lain pulak sebagai altenatif dek ketiadaan periuk kukus berlubang lubang tu.

Mak akan guna 2 buah periuk.1 periuk untuk bahagian bawah yang akan diisi air.Bahagian atas tu mak guna periuk yang sama saiz atau besar sikit dari periuk bawah.Biasanya periuk lama yang dah banyak bocor dah tak praktikal dah tiap kali memasak nak tampal tampal lubang tu dengan kapur sirih🤣🤣..Maka periuk tu mak tebuk lubanga banyak banyak guna paku besar.Tapi kena tebuk dari bahagian dalam supaya bahagian tajam kesan tebuk tu  tidak mengadap atas yang kita nak letak lepat..Periuk lubang lubang ni la mak letak bahagian atas.Tu rasionalnya periuk atas kena sama besar @ besar sikit daripada periuk bawah yg berisi air.Kalau lebih kecil alamat periuk atas jatuh/tenggelam dalam periuk bawah la....Haaaaa....boleh bayang ke tu....?🤭

Tak apa lah tak boleh bayang pun sebab tu ceritera zaman kanak kanak saya...tahun 70-an & 80-an dulu.

Ni saya masak kuih lengat pisang pun saya hanya guna kuali untuk melengat/mengukus.Alas yang lubang lubang tu pun saya beli kat eco masa harganya RM2 dah dekat 10 tahun kot rasanya.

Video masak kuih lengat pisang ni ada sya share kat youtube..Boleh layan sambil mendengar suara emas Datuk Khatijah Ibrahim dengan lagunya "Ku Kerinduan" yang dirakam pada tahun 1979 ..zaman saya kanak kanak..

👇👇👇👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/Y7y6ipfzfXM?si=jdpQkcZf_iC_BgJu




Tuesday, 19 November 2024

BUAT CUCUR JAWA LAGI...

 

Semalam petang dalam pukul 5++ dengan tudung belum buka,saya gigih membancuh adunan Cucur Jawa.Lepas bancuh terus pi mandi,solat & sebelum maghrib saya menggoreng cucurnya..tringin punya pasal...


 🎼sesekali ku rasa teringin 🎶

Hehee...ada yang ikut sama nyanyi ke tu..?

Patutnya nak elok,adunan kena perap beberapa jam @ seeloknya semalaman...Tapi tekak ni buka ada disiplin...Baru 1 jam ++ saya dah goreng cucurnya...hihihi

Ni versi yang dah perap semalaman..Panas panas ni makan sambil taip entri ni..Hasilnya lembih lembut dan empuk serta lagi banyak serat.Kata Cella dah macam kek sarang semut...hihihi

Bila dah perap lama,bijian tepung mengembang dan lembut..tentu hasilnya lebih baik.


Saya ikut  CUCUR JAWA RESIPI 2.

Tapi kali ni saya kurangkan sikit gula pasir dan lebihkan sikit gula perang

CUCUR JAWA 

2 cawan tepung gandum cap rose

1 cawan tepung beras cap bunga teratai

1 cawan gula perang 

½ cawan gula pasir

½ sudu kecik garam

2 cawan air suam.

1. Campur semua tepung gula dan garam.


2. Masukkan air suam sikit demi sikit sambil dikacau sebati dan dikepuk -kepuk( seperti pukul telur) 


3. Perap beberapa jam sebelum goreng.


3. Guna kuali melengkung dan panaskan 2 senduk minyak.Bila minyak panas,tuang sesenduk adunan dan biar adunan membentuk serat.


4. Terbalikkan kuih dan biar garing baru diangkat dan tos minyaknya..

Cara masak kuih penyaram atau Cucur Jawa ni ada saya rakam dan muatkan di youtube channel saya.Saya rasa lebih seronok bila dapat kongsikan info dengan lebih jelas secara video..Walaupun hasil video dan editan tidak setanding mereka yang pro tetapi padan lah dengan beginner macam mokcik ni kan....hihihi

Kalau nak tengok boleh klick 

👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/IQTYCL_l90E?si=RG6TL7qdx88dOgF4





Wednesday, 24 April 2024

BUAT DONUT SUSU & NASI GORENG PETAI

 Pagi hari Sabtu baru ni merajinkan diri ....

Buat Donut Susu



Lepas subuh ,terus menguli lebih kurang ½kg tepung untuk mendonut


Dah agak lama tidak mengaktifkan otot otot lengan dan jari....hihihi


Setiap kali nak mendonut,setiap kali jugalah saya akan sebut nama Kak Dah.Saya masih menggunakan resipi Kak Dah Mat Perang iaitu salah sorang jiran ketika kami tinggal dikuaters dulu.Mat Perang tu gelaran untuk suami Kak Dah.Kak Dah terkenal sebagai Kak Dah Kuih Pau lantaran kesedapan kuih pau air tangan Kak Dah.Kak Dah tak pernah jual kuih muih buatannya,sebaliknya kami akan dapat menikmati air tangan Kak Dah setiap kali ada jamuan atau apa apa majlis di kuaterts.Ramai ja jiran yang minta Kak Dah buat kuih dan. jual namun Kak Dah menolak dengan alasan malas nak kena komitmen kalau jual kuih...
Hmmm...betul jugak tu..Siapa yang nak resipi atau tunjuk ajar,Kak Dah  dengan senang hati akan ajar.Sempat lah saya dan beberapa orang lagi belajar daripada Kak Dah sebelum Kak Dah meninggalkan kuaters kerana suaminya bersara.Khabarnya Kak Dah balik Negeri Sembilan.Semoga Kak Dah sirahmati Allah.
Resipi ni dah lebih 20 tahun saya gunakan setiap kali mendonut.Masyaa Allah...melimpah pahala Kak Dah setiap kali mendonut kerana ilmu yang bermanfaat itu kan mejadi amal jariyah.Ada dua resipi yang Kak Dah kongsikan  iaitu donut dan kuih pau.Namun tangan saya hanya menjadi dengan donut ,manakala kuih pau tidak begitu menjadi walau saya tahu Kak Dah menurunkan  dengan ikhlas resipi kuih pau tersebut.Ada yang buat menjadi gebus gebas seperti Kak Dah dan ada yang tidak menjadi walaupun menggunakan resipi yang sama.Salah seorang yang buat pau tak menjadi,sayalah tu.Tapi sekurang-kurangnya saya dapat resipi dan ilmu mendonut.Biarlah ilmu mengepau tu dapat kat orang lain sama kan...hihihi ayat nak sedap hati kan..🤭🤣.
Resipi Kak Dah hanya guna sukatan cawan ( Kak Dah guna cawan jernih bran Arcoroc)

           pic Google: cawan Arcoroc

Saya guna resipi Kak Dah untuk donut,cuma tukar saduran tu daripada penggunan gula caster kepada penggunaan susu tepung + gula icing.


DONUT SUSU

1 kg tepung

1paket mauripan
4 sudu gula
4 sudu marjerin
4 sudu  susu tepung 

1 sudu teh garam
2 ¼ cawan air suam
susu tepung ( Everyday) +gula icing untuk sadur
minyak untuk goreng

1. Dalam bekas besar,masukkan air,mauripan,gula dan kacau rata.


2. Masukkan tepung sikit demi sikit bersama garam.


3. Uli rata sambil masukkan marjerin sikit demi sikit.


4. Uli hingga tidak lekat jari


5. Canai dan terap bulat.Lubangkan tengahmya


6. Biar 20 minit hingga naik.


7. Panaskan minyak sederhana panas dan goreng hingga keemasan.


8. Campurkan susu tepung dengan gula icing dan sadurkan kuih donut...Siap...


Saya hanya buat ½ adunan iaitu lebih kurang ½kg tepung.Saya guna tepung cap ros.Kalau dulu zaman Kak Dah ajar tu,kami guna tepung timbang kilo ja beli kat Kedai Runcit Yew Cheong...tak tau brand apa...Kedai tu pun dah lama takda...sekarang dah jadi Kedai motor ke kedai apa ntah...hihihi..


Dah terap doughnya....biar dia berehat sekejap dibawah kelambu...hihihi
Sementara tu boleh jemur kain dulu...hihihi


Lebih kurang 20 minit berehat...kembang setaman dah..
½kg tepung dapat lebih kurang 25 biji.Saya buat siaz ikut suka dapatlah 23 biji.Tak boleh berniaga ni jenis buat kerja tak kemas.Main ikut suka ja saiz...hihihi



Dah siap goreng...gaul dengan susu tepung + gula.Kalau saya...susu tepungnya haruslah brand Everyday kerana pada tekak saya susu ni cukup lemak dan lembab.Kalau brand lain macam kering sikit ...pada tekak saya la...
Takda syarat pun nak guna vrand apa..


Selain mendonut...
Saya juga masak nasi goreng petai..
Maklumlah hari Sabtu  baru ni semua ada kat rumah..semangat la nak masak sarapan berat sikit.



Tapi depa semua pakat takmau sarapan lagi sebab masih awal pagi...Saya pula kalau dah siap masak...memang nak makan la kan...
So,bancuh kopi secawan...donut seketul...nasi goreng sepinggan...Wassalamu

Tengahari tak masak dah sebab petang ada jemputan open house

Bersambung....

Tuesday, 2 April 2024

MASAK PUDING CAREMEL VERSI BAIN MARIE

 Nak simpan kat sini untuk rujukan masa depan.


Hari Sabtu ada buat puding Ceremel atas request daripada Adah..
Sebelum ke airport sempat membaking 10 balang biskut.Lepas bakar kuih raya...buat pula  puding ceremel ni sambil mandi nak siap gi amik adah





Biasa saya masak pusding ceremel ni cara kukus
Tapi kali ni saya cuba  bain merie. Dengan cara ini puding tidaj mengembang bahagian atas dan in shaa allah tidak berlubang-lubang kerana  melalui bain marie puding dimasak secara perlahan .




PUDING CERAMEL BAIN MARIE
10 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 sudu teh esen vanila
4 sudu gula pasir

1. Buat gula hangus.Tabur gula dalam kuali panas dengan api yang paling kecil
2. Biar gula mencair & jangan sampai hangus.
3.Tuangkan gula hangus yang panas tu sebagai dasar loyang..
4.Kalau suka boleh juga tambah 2 sudu air panas dalam gula tu & kacau hinngga larut..Biarkan agak pekat baru tuang dalam loyang.
5. Kacau telur.Jangan pukul..sekadar kacau supaya bercampur sahaja kerana jika dipukul kembang ,akan ada lubng2 kecil masa puding masak nanti.
6. Sementara tu tuangkan 1 tin susu cair ,1 tin susu pekat & 1/2 tin air dalam periuk & masakkan hingga naik wap,tapi jangan sampai mendidih
7.Dengan hati2 tuangkan campuran susu panas tu kedalam telur & jangan henti mengacaunya hingga nampak agak berkrim & sedikit pekat.
8. Tuangkan dalam loyang berisi gula hangus.
Panaskan oven suhu 190.Letak loyang yang dalam dan lebih besar daripada loyang berisi campuran telur.Isikan dulang dalam oven tu dengan air mendidih.Kemudian masukkan loyang berisi dunan telur dalam loyang berisi air panas tu.Masak selama 1 jam atau sehingga puding  jadi masak.

9. Bila dah masak & sejuk terbalikkan dalam bekas supaya jadi up-down side...baru nampak gulanya yang cantik tu.
10.Puding lebih sedap jika disejukkan beberapa jam dalam peti ais.



Cuma pada pandangan saya kaedah ni memakan masa agak lama iaitu 1 jam.kalau kukus hanya mengambil masa dalam 20 minit sahaja...