Wednesday 24 April 2024

BUAT DONUT SUSU & NASI GORENG PETAI

 Pagi hari Sabtu baru ni merajinkan diri ....

Buat Donut Susu



Lepas subuh ,terus menguli lebih kurang ½kg tepung untuk mendonut


Dah agak lama tidak mengaktifkan otot otot lengan dan jari....hihihi


Setiap kali nak mendonut,setiap kali jugalah saya akan sebut nama Kak Dah.Saya masih menggunakan resipi Kak Dah Mat Perang iaitu salah sorang jiran ketika kami tinggal dikuaters dulu.Mat Perang tu gelaran untuk suami Kak Dah.Kak Dah terkenal sebagai Kak Dah Kuih Pau lantaran kesedapan kuih pau air tangan Kak Dah.Kak Dah tak pernah jual kuih muih buatannya,sebaliknya kami akan dapat menikmati air tangan Kak Dah setiap kali ada jamuan atau apa apa majlis di kuaterts.Ramai ja jiran yang minta Kak Dah buat kuih dan. jual namun Kak Dah menolak dengan alasan malas nak kena komitmen kalau jual kuih...
Hmmm...betul jugak tu..Siapa yang nak resipi atau tunjuk ajar,Kak Dah  dengan senang hati akan ajar.Sempat lah saya dan beberapa orang lagi belajar daripada Kak Dah sebelum Kak Dah meninggalkan kuaters kerana suaminya bersara.Khabarnya Kak Dah balik Negeri Sembilan.Semoga Kak Dah sirahmati Allah.
Resipi ni dah lebih 20 tahun saya gunakan setiap kali mendonut.Masyaa Allah...melimpah pahala Kak Dah setiap kali mendonut kerana ilmu yang bermanfaat itu kan mejadi amal jariyah.Ada dua resipi yang Kak Dah kongsikan  iaitu donut dan kuih pau.Namun tangan saya hanya menjadi dengan donut ,manakala kuih pau tidak begitu menjadi walau saya tahu Kak Dah menurunkan  dengan ikhlas resipi kuih pau tersebut.Ada yang buat menjadi gebus gebas seperti Kak Dah dan ada yang tidak menjadi walaupun menggunakan resipi yang sama.Salah seorang yang buat pau tak menjadi,sayalah tu.Tapi sekurang-kurangnya saya dapat resipi dan ilmu mendonut.Biarlah ilmu mengepau tu dapat kat orang lain sama kan...hihihi ayat nak sedap hati kan..🤭🤣.
Resipi Kak Dah hanya guna sukatan cawan ( Kak Dah guna cawan jernih bran Arcoroc)

           pic Google: cawan Arcoroc

Saya guna resipi Kak Dah untuk donut,cuma tukar saduran tu daripada penggunan gula caster kepada penggunaan susu tepung + gula icing.


DONUT SUSU

1 kg tepung

1paket mauripan
4 sudu gula
4 sudu marjerin
4 sudu  susu tepung 

1 sudu teh garam
2 ¼ cawan air suam
susu tepung ( Everyday) +gula icing untuk sadur
minyak untuk goreng

1. Dalam bekas besar,masukkan air,mauripan,gula dan kacau rata.


2. Masukkan tepung sikit demi sikit bersama garam.


3. Uli rata sambil masukkan marjerin sikit demi sikit.


4. Uli hingga tidak lekat jari


5. Canai dan terap bulat.Lubangkan tengahmya


6. Biar 20 minit hingga naik.


7. Panaskan minyak sederhana panas dan goreng hingga keemasan.


8. Campurkan susu tepung dengan gula icing dan sadurkan kuih donut...Siap...


Saya hanya buat ½ adunan iaitu lebih kurang ½kg tepung.Saya guna tepung cap ros.Kalau dulu zaman Kak Dah ajar tu,kami guna tepung timbang kilo ja beli kat Kedai Runcit Yew Cheong...tak tau brand apa...Kedai tu pun dah lama takda...sekarang dah jadi Kedai motor ke kedai apa ntah...hihihi..


Dah terap doughnya....biar dia berehat sekejap dibawah kelambu...hihihi
Sementara tu boleh jemur kain dulu...hihihi


Lebih kurang 20 minit berehat...kembang setaman dah..
½kg tepung dapat lebih kurang 25 biji.Saya buat siaz ikut suka dapatlah 23 biji.Tak boleh berniaga ni jenis buat kerja tak kemas.Main ikut suka ja saiz...hihihi



Dah siap goreng...gaul dengan susu tepung + gula.Kalau saya...susu tepungnya haruslah brand Everyday kerana pada tekak saya susu ni cukup lemak dan lembab.Kalau brand lain macam kering sikit ...pada tekak saya la...
Takda syarat pun nak guna vrand apa..


Selain mendonut...
Saya juga masak nasi goreng petai..
Maklumlah hari Sabtu  baru ni semua ada kat rumah..semangat la nak masak sarapan berat sikit.



Tapi depa semua pakat takmau sarapan lagi sebab masih awal pagi...Saya pula kalau dah siap masak...memang nak makan la kan...
So,bancuh kopi secawan...donut seketul...nasi goreng sepinggan...Wassalamu

Tengahari tak masak dah sebab petang ada jemputan open house

Bersambung....

9 comments:

  1. sedapnya la plak donut susu tu...hari tu adik buat tapi susu tu x kena ngan tekak SA

    ReplyDelete
  2. sedapnya donut gebu gebu! tapi Ana jenis tak boleh makan susu tepung hehe

    ReplyDelete
  3. Sy pulak macam terkena sumpahan mendonat. Beli yis mesti mati dah yisnya tak kembang. Nampak elok gebu donut Mak Ngah, dapat secawan kopi mmg wassalamu la

    ReplyDelete
  4. Sy ni dua² tak pandai, pandai makan ja 😂
    Bab menguli, menimbang bukan kepandaian saya hihi ...

    ReplyDelete
  5. pandainye buat donut... hihi.. klu ldy buat ni agak2 kalau lempar kt dinding, berlubang :P.. hihihihi.. tp kalau x cube x tahu kan.. nnti segar2 kuat2 bolehlah buat.. nk uli tu mmg leceh.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Gebunya donut susu!
    Alhamdulillah. Pahala jariah Kak Dah sentiasa mengalir hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  7. Lama tak buat donut.. bila² dah free sok nak buat jugalah..tapi donut kg je. Gaul dgn gula kastor. Kalau donut susu ni budak² tak berapa mau.

    ReplyDelete
  8. teringin juga nak mendonut tapi takut tak jadi...kang keras kejung jadinya.

    ReplyDelete