Thursday, 30 April 2020

JUADAH IFTAR RAMDHAN KE-5-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN GCOVID 19 (DAY 43)RAMDHAN 2020


Hari Rabu..28 April 2020 dah masuk hari ke 43 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Keseluruhan juadah iftar hari ke 5 puasa:
Menu juadah Ramadhan 5:

1. Nasi Putih
2. Sambal Sardin + Telur & Petai
3. Sayur Kangkung Tumis Belacan
4. Telur Dadar
5. Kuih Ketayap
6. Pisang Goreng
7. Kurma & Air Kosong

Juadah Iftar hari ke-5
Puasa kali ni aku banyak tolong mak aku kat dapur
Coz xde buat apa kannn
Heeeew

2. SAMBAL SARDIN +TELIR & PETAI..


3. SAYUR KANGKUNG TUMIS BELACAN..


4.  TELUR DADAR


KARI IKAN BAKI SEMALAM


5. KUIH KETAYAP.....



6. PISANG GORENG...
 Mak aku la cakap nak sangat makan pisang goreng. Kata mak aku nak buat sikit jer.
Memang sikit, hanya 5 biji pisang belah dua dapat 10pcs.Lepas iftar tengok piring dah kosong. Semua suka sebab mak aku goreng panas-panas dah nak dekat berbuka.. Lagipun dah lama x makan pisang goreng. Rindu sangat kat pisang goreng tau.
Muah3 miss you pisang goreng
Eh, aku ni dah kenaper???? 五


Mak aku ajak ramai-ramai doa sebelum waktu dah nak dekat waktu berbuka. Semua doa masing-masing..
Agak2 apa doa aku????
Mana boleh cakap..
Heeee tapi nanti nak cakap juga sebab nak minta semua doakan untuk aku agar apa yang aku doa tu 塈  makbulkan..

KUIH KETAYAP-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19(DAY 43) RAMADHAN 2020

Hari ke 5 puasa..
Cerita hari Selasa semalam
Juga hari ke 42 Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19
Mak aku kata nak buat Kuih Tepung Bungkus...
Tapi takdir mengatasi perancangan
Haaaa... kritis x ayat
Yang terjadinya Kuih Ketayap

Kuih Ketayapku
Cantik ke cantik??
Haaa.. Kalau tanya cantik ker tak
Orang jawab... tak...
So, baik tanya cantik ke cantik
Jawapannya mesti lah cantik
不不不不


Aku yang suggest kat mak aku
Nak buat Kuih Ketayap
Sebab aku teringin nk rollkan ketayap tu
Hihihihi

Ok, versi seksi skit
Kuih Ketayap Versi nampak Aurat五五五
Yer la inti tu patut disembunyikan
Ni menunjuk-nunjuk plak intinya kann


Menunjuk xper kan
Menunjuk-nunjuk x boleh
Menunjuk supaya orang tahu
Menunjuk-nunjuk tu riak
Macam kata orang kampung nenek...
"you can show, but... don't show off"


So, nak show la  aku punya hasil Kuih Ketayap ni
Ops.. Nak buat kuih ketayap kena prepare awal
Kena buat inti dia dulu siap-siap sebelum buat crepe dia


Inti Kelapa ni mak aku dah siapka pun
Heee

INTI KELAPA
3 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula melaka
1/4 cawan gula pasir putih
1 cawan air
1 helai pandan
1 sudu teh garam
1 sudu tepung gandum

1. Masak gula melaka & gula pasir hingga larut
2. Tambah garam & pandan
3. Bila air gula sudah pekat + kelapa parut
4. Kacau hingga kering
5. Taburkan tepung gandum atas inti & gaul hingga rata supaya inti lebih senang nak dibentuk & tidak berasa hampas bila dimakan.
6. Matiikan api & biar inti sejuk sebelum guna

**Pesan mak aku:
Inti ni buat jer banyak2 dalam bulan puasa
selain buat inti ketayap
Boleh guna buat
-inti tepung bungkus
-inti badak berendam
-inti kuih onde-onde/kuih bom
-inti Pulut Inti
-inti kuih lain yang sesuai

Boleh buat banyak-banyak jika plan nak buat kuih yang guna inti xperlu lagi buang masa bayak kali. TAPI sebab x guna pengawet xdelah tahan berbulan. Kalau seminggu tahan jer sebab gula menghaalang dari basi. CUMA kalau lama sangat nanti bau dia tengik.
Nak tau bau tengik, buat la banyak2 & simpan lama-lama.. Baru tau不不不
(mak aku kata bau macam minyak lama. X bau x sedap la)

Sejukkan dulu inti kelapa.
Bukan sejuk dalam peti ais
Tapi sejukkan suhu bilik

KULIT KETAYAP
2 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan + pewarna hijau
2 sudu minyak
1 sudu garam

1. Campurkan tepung, air pandan, pewarna hijau, minyak dan garam
2. Blend hingga berkrim
3. Biarkan 15 minit sebelum masak supaya adunan sebati & bijian tepung kembang menghasilkan kuih yang lembut
4.Cara buat sama macam buat lempeng
Boleh rujuk Cara buat lempeng.. Kat sini
Adunan pun sama jer cuma tambah hijau

**pesan mak aku jika guna tepung cap bunga rose merah nisbah tepung & air sama banyak 1:1. Sebab tepung cap rose kurang gelutin
Jika tepung lain kena tambah sukatan air.


Actually batter  & inti dia mak aku dah buatkan pun.. 
Hihihi.. 
Inti tu pagi lagi mak aku dah siapkan
Batter ni pun mak aku dah siap blend

Kerja melempeng ni  mak aku dah beberapa kali tunjukkan
Ni hasil dari  aku melempeng..
Tak berapa nak bulat.. Heee
Dari 10 kali try, separuh memang x jadi.
Ada yang tebal
Ada yang koyak sebab elakkan kuali panas
Jangan kecam...
Aku ni hati tissu不

See..
Tema hijau hari ni
Baju & kuih sama hijau

Gigih aku mengisi inti & gulung
Aku xmo mak aku tolong
Tapi 1st trial inti bocor
So, kena juga mak aku guide dulu la..
Ala,mana ada orang lahir jer pandai buat ketayap kannnnn
(alasan cover malu)

See... I dah pandai rool ketayap  tau


So, yang x syantiks aku sembunyikan kat bawah dia..
Interframe yang cantik jew
Hahaha

Bukan x ngaku kesilapan
Tapi nak bgtau jer

Haaaaaa..
Ni la semua hasilnya
Dalam piring tu untuk snap pic yang kat atasgatas tu
Kira yang kemas la
Yang dalam pinggam besar tu
Yang kurang  kemas

Dah lama juga mak aku x buat Kujh Katayap ni
Cari dalam old post pun susah nak jumpa
Jumpa 1 post jer
KUIH KETAYAP PUASA 2015..kat sini
Dah 5 tahun
Hahahhaa


KANGKUNG TUMIS BELACAN-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVOD 19 (DAY 43)RAMADHAM 2020

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan-Covod 19 ni jarang dapat makan sayur.
Hingga hari ni dah masuk hari ke 43  baru beberapa kali dapat makan sayur
Selalunya dapat makan sayur jika maknaku gi pasar beli stok barang dapur untuk seminggu, Tapi mak aku cakap kat pasar pun dah x banyak pilihan sayur & harga berganda.
Last week memang xde sayur sebab Pasar KL kena PKPD



Sayur Kangkung Tumis Belacan
Mak aku masak untuk lauk iftar hari Isnin
hari Selasa
Sayur kangkung tumis belacan
Sayur ni abang gi beli kat kedai sebelah pagar tu jer.
Tapi 1 ikat tu ciput jer
Sib baik bulan puasa
Makan x banyak sangat sebab ada lauk lain juga.


Kalau masak kangkung mesti mak aku akan biar panjang-panjang
Mak aku cakap x feel kalau makan sayur kangkung potong pendek.
Yang lawaks nya setiap kali beli kangkung mak aku akan citer la about sejarah Melaka yang kononnya masa rombongan Melaka ke  negara China.
Ketika mereka hendak mengadap maharaja Cina, mereka tidak dibenarkan melihat wajah maharaja China yang berada dia atas takhta. Semua kena tunduk.
Tapi orang Melaka menggunakan tipu helah dengan meminta hidangan sayur kangkung tidak dipotong. Mereka mengatakan orang Melaka suka makan sayur kangkung  panjang-panjang tanpa merat & permintaan mereka dipenuhi
So, masa nak makan kangkung kena la angkat kangkung tu tinggi& tinggi keatas
Sambil angkat kangkung tu sambil la jeling wajah maharaja China tu
Hahahahaa



SAYUR KANGKUNG TUMIS BELACAN
1ikat kangkung
2 sudu minyak
1 sudu bilis halus

 Bahan Tumbuk
2 cili merah
3 bawang putih
1 sudu belacan
1 sudu teh garam

1. Bersihkan kangkung & kerat  dua sahaja. Jika kangkung terlalu panjang kerat 3.
2. Panaskan minyak goreng bokis hingg arangup. Ketepikan.
3.& tumis bahan tumbuk. Biar naik minyak
3. Masukkan 1/4 cawan air & biar mendidih
4. Masukkan bahagian batang kangkung & masak sambil kacau selama 1 minit
5. Masukkan bahagian daun kangkung & balik-balikkan sekejap sahaja d terus matikan api. Sesuaikan rasa.

** Jika guna kangkung kampung mak aku pesan kangkung tu elok jangan dikerat. Dibiarkan sebatang-sebatang & dicelur dahulu. Cara ter sebut pernah publish dsh dalam post SAYUR KANGKUNG TUMIS BELACAN.. KAT SINI


Update:
Achik baru jer share pic kat family group whatsApp

 Kangkung kampung kat dalam tali air tepi rumah achik...
Achil kata penuh dalam parit tu kerana sekarang musim hujan.
Nanti kalau hujan lebat & air parit tu akan melimpah & kangkung tu akan jadi bersih & hanya subur sangat
Dolu2 sebelum ada rumah baru, kalau balika Kedah memang akan tinggal tidur kat rumah achik
Setiap hari maknaku akan petik kakangkung ni
Masak nasi goreng, mihun goreng, sayur tumia belacan & rebus dijadikan ulam


Baru jer bulan 12 hari tu masa balik  Kedah semua seronok memancing ikan kat tali air ni
Seronoknya kenangan MEMANCING HARUAN, KELI & PUYU DI TALI AIR..
Huhuhuhu..... Semoga raya ni dapat balik

Wednesday, 29 April 2020

SAMBAL SARDIN+ TELUR & PETAI-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 43)RAMADHAN 2020

Lauk iftar hari ke-5 Ramadhan 1441
28 April 2020
Hari ke 42 Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19

Mak aku masak Sambal Sardin+Telur & Petai


Petai rendam namanya
Sebab petai tu dah lama beli
Kalau beli petai & belum nak masak
Memang mak aku akan masuk dalam plastik
Isi air kasi penuh tutup petai tu
Simpan dalam peti ais
Tahan la lama

Sambal Sardin + telur d sardin
3 in 1
Siapa suka sardin makan la sardin
Sapa suka telur makan la telur
Sapa suka petai makan la petai
Aku suka jer semua.


Now nak makan petai x risau sangat
Sebab xde kuar gi mana-mana
Dok dalam rumah jer
Tak risau takut molot bau  potai五
Yang risaunya takit x dapat makan petai
Coz  mak aku cakap harga melambung tinggi macam KLCC
Dulu 3 papan rm5
Now 3 papan rm10
1 papan rm3.50
1 papan ada dalam 12 biji mata petai
So darab & bahagi la 1 biji petai tu berapa sen.
Kalau nak jimat jangan ngada nak makan petai..
Duit untuk beli sepapan petai dah boleh 10 biji telur..
1 ikat 3 papan petai dah boleh beli 1 tray 30 biji telur..

SAMBAL SARDIN+TELUR & PETAI
1 tin kecil sardin
3 biji telur rebus
2 papan petai - hiris
1 asam keping
1 sudu  teh garam
1 sudu teh gula perang
4 sudu minyak

Bahan Blend
15 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1.Panaskan minyak & tumis bahan blend.
2. Masukkan asam, garam & gula & masak hingga naik minyak
3. Masukkan sardin & telur rebua serta petai.
4. Masak hingga mendidih sekali lagi & kuah pekat berminyak.
5. Sesuaikan rasa

JUADAH IFTAR HARI KE-4 RAMADHAN 2020-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVOD 19

Juadah hari ke-4  Ramadhan 1441
27 April 2020
Hari ke 41 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19..

Juadah iftar hari ke-4
Masa ni baru siap masak.
Aku tolong mak aku masak
Setiap hari aku akan tolong waktu petang
Tapi time sahur aku malas nak bangun awal.
Tunggu mak aku kejut baru bangun五
Selalu bangun jer, abang dah siap amikkan air & dah tunggu nak makan.
Abang akan duduk sebelah kakak
Kakak makan x banyak
Selalu kalau  mak aku isi banyak
Kakak akan longgok kat pinggan abang
Abang pun redho jerrr不

Menu hari Isnin;

1. Nasi Putih
2. Kari Kepala Ikan
3. Sambal Isi Ayam + Kentang
4. Ikan Goreng
5. Lepat Pisang
6. Karipap
7. Teh Lemon Panas & Air Kosong


1. KARI KEPALA IKAN + TERUNG TELUNJUK



3. SAMBAL ISI AYAM+ KENTANG



4.  IKAN GORENG
Actually iakn ni maknaku cakap
Beli kepala ikan
Kepala masak kari
Isinya digoreng
Sekeping jer


5. LEPAT PIASANG TEPUNG BERAS


6. KARIPAP
Karipap frozen jer
Mak aku beli banyak masa panoc buying haribtu
Hahahaha.. So makan jer lah
Macam2 brand ada
Ada yang sangat sedap
Ada yang sedap jer
Ada yang x berapa sedap
Ada yang memang x sedap
Yang ni kategori sedap jer...

Teh O Lemon Panas
Tahun ni sejak  puasa belum minum ais
Xde Air Tembikai
Nanti kalau nenek tanya aku nak report mak aku lum buat air tembikai
Biar nenek marah mak aku不
Tapi sekarang mana boleh suka-suka nak keluar beli barang
Dah x macam dulu
Sib baik juga hanya Move Control Order jer
Masih boleh keluar beli barang makanan
Kalau total lockdown..???

LEPAT PISANG TEPUNG BERAS AIR TANGAN AKU - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 42) RAMADHAN 2020

Ramadhan ke-4
Mak aku ajar buat Lepat Pisang
Aku yang mengacau asalnya
Mak aku nak masak lauk
Aku nak tolong
Mak aku soh tolong buat Lepat Pisang
Tapi mak aku guide la
Kalau suruh buat sendiri-sendir
Aku x jamin namanya Lepat Pisang
Aku takut jadi Batu Pisang不
Boleh la hantar dalam Masak Apa Tak Jadi Hari Ini macam PM cakap hari tu
Wujud ker group tu?
Abang kata memang wujud la
Abang kata semua post about makanan yang x jadi
Mmm.. Aku tak pernah tengok sebab aku xde FB

Lepat Pisang Tepung Beras
Ada beza ke?
Mak aku cakapnada beza
Kalau guna tepung gandum pun boleh
Tapi mak aku cakap guna tepung beras lagi sedap
Mak aku cakap, guna tepung gandum kalau terlebih tepung akan liat & keras
Tapi kalau tepung beras kuih tetap sedap walaupun jika ter ter terlebih tepung pun



Lepat Pisang ni kuih fav kakak
Kuih untuk iftar hari Isnin
Hari ke-4 puasa

LEPAT PISANG TEPUNG BERAS
2 cawan pisang lenyek
2 cawan tepung beras
1/2 cawan kelapa parut putih
2 sudu gula (jika nak lebih manis)
1 sudu teh garam
Daun pisang (15 keping saiz tapak tangan)
(layur daun pisang supaya x mudah koyak)

1. Lenyek pisang
2. Tambah kelapa, garam & gula
3. Tambah tepung beras
4. Gaul sebati
5. Bentang sekeping daun pisang
6. Isikan 1 sudu adunan & bungkus kemas
7. Kukus 15 minit hingga kuh masak
8. Boleh makan panas atau sejuk




Pisang ready to lenyek
Pisang ni ada 2 colour kan
Yang putih tu mak aku kata pisang awak namanya( pisang AWAK namanya ok.. Bukan pisang aku) 五
Yang kuning tu pisang emas
Mak aku cakap boleh jer guna apa-apa pisang..
Tapi kalau pisang cavendish kena tambah tepung skit sebab pisang cavendish lebih berair.

Lenyek.. Lenyek.. Lenyek
Mak aku ajar guna bontot gelas jer
Yang kuning tunpisang emas
Yang putih tu?
PISANG AWAK

Campur semua baham & gaul rata
Jangan tanya naper aku pakai pyjama五五
Lepas mandi pukul 4
Terus je pakai baju tidur
Jimattt不


Daun pisang
Pun jangam tanya naper warnanya camtu
Tu namanya daun pisang Perintah lawalam Pergerakan..
Kering pun masih berharga..
Mak aku cakap dulu2 tengok orang Malaysia kat oversea jer guna daun pisang frozen
Now kat Malaysia punnnn

Haaa.. Aku bungkus semua tau
Tapi mak aku ajar la dulu
1st bungkus, isinya keluar
Pecah perutnya五
Sebab aku x pandai lipat daun pisang tu

Tutorial cara bungkis lepat pisang by mak aku


Ni dah terror dah
Setelah 2 biji pecah perutnya
Kena hati2
Kalau gelojoh nanti daun pisang koyak


Dah siap bungkus

Lulus tak???
Mak aku cakap dah lulus


Kukus dalam rice cooker jer

Dah masakkkkkk


Ready to eat
Ops tunggu la azan dulu


Simpan dulu bawah kelambu
Hahaha.. Tudung saji la

Tunggu azan dulu tau...