Saturday 25 April 2020

AYAM MASAK BUTTER-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19(DAY 39)RAMADHAN 1 2020

Berpuasa pada hari pertama Ramadhan 2020..Bersamaan hari ke 38 Perintah Kawalan pergerakan-Covid 19..
Alhamdulillah, puasa hari pertama berjalan lancar seperti tahun-tahun dulu. Walaupun banyak beza bagi yang suka ke Bazar Ramadhan kerana kini tiada lagi Bazar Ramadhan. Bagi aku yang memang x suka pun nak gi bazar ni xde lah effect pun. Coz sebelum2 ni walaupun kawasan perumahan aku ni ada Bazar Ramadhan yang besar & salah satunya memang merupakan antara Bazar Ramadhan yang terkenal di KL..
Tapi aku hanya beberapa kali pergi..
Maybe sebab puasa tahun-tahun sebelum ni adalah sebagai seorang pelajar sekolah.
Kadang sampai rumah lewat, kadang awal skit.. Tapi petang la..
Sampai jer rumah memang cari bantal la
Hahahaa..
& mak aku plak memang akan masak setiap hari..
Nasi, lauk, kuih, bubur & semua juadah berbuka memang mak aku akan masak.
So, xde sangat keperluan untuk aku nak gi Bazar Ramadhan.. Walaupun mak aku masak xdelah beraneka jenis mac kat bazar....heee
Lagipun kalau dah balik sekolah memang aku akan pilih bantal la daripada nk bertawaf kat bazar..
Hahahaha...
Tahun ni plak, memang dah xde bazar ramadhan kan...
So, mostly akan kena masak sendiri pun.
Sebab memang semua kena. #Stay@home kecuali yang dibenarkan & diwajabkan kerja
Aku memang cuti
Mak aku diberi cuti
Kakak yang baru jer kerja pun dicutikan
Abang yang dah nak habis kat akademi pun diberi cuti

Untuk  iftor pertama Ramadhan 1441 ni mak aku masak Ayam
Ayam Masak Butter
Haaaa... Butter Chicken la...


Hanya 1 lauk...
Nasi Putih vs Butter Chicken..
Mostly juga puasa kali ni memang akan masak 1 hari 1 lauk sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni
Termasuk kat rumah aku
Tapi memang Butter Chicken ni kena 1 lauk ni jer
Kalau + ngan lauk lain dah x feel d lain rasa dia..
So, Butter Chicken memang kena makan dia jer ngan nasi putih panas-panas.
Lauk fav aku, abang & kakak...
Kalau setiap hari pun xper
Cukup sebulan, mesin penimbang akan rosak..!!!!
Hahahahaha

Ayam dah siap goreng dengan tepung pedas.
Ni kalau bukan bulan puasa, memang hilang la 1/4 ayam ni kena makan sebelum jadi lauk..
Sedappppp... Macam Chicken Popcorn

1/2 kuali besar..
Sampai abang pun tegur mak aku masak banyak Butter Chicken ni
Mak aku cakap kena masak banyak sebab 1 lauk jer.
Kalau x habis boleh bawa ke sahur
Kalau habis, sahur makan nasi goreng la



BUTTER CHICKEN GUNA TEPUNG BESTARI
Bahan ayam:
4 keping dada ayam
1/2 kotak Tepung Bestari
(jika tiada boleh ganti tepung gandum+ serbuk kari & sikit garam)
1 cawan minyak untuk goreng
Bahan Sos:
1/4 blok butter
1  tin susu cair
2 keping cheese( jika suka lebih lemak)
10  cili padi
1kiub ayam
Bahan Tumis:
1 bawang besar
3 bawang putih
3 pelepah daun kari
10 cili padi cincang

1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm
2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya Tepung Bestari
3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan
4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali
5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana buttermudah hangus
6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair
7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata
8. Tambah kuib ayam dan cheese slice
9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api

Step by step & resipi boleh rujuk BUTTER CHICKEN GUNA TEPUNG BISTARI... kat sini..

2 comments:

  1. Kuahnya sedap ...tapi...untuk orang muda lain..effect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa.. Memang sedap tapi peliknya mak kiter x suka..
      Kiter ngan abang ngan kakak semua suka

      Delete