Thursday, 30 April 2020

KUIH KETAYAP-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19(DAY 43) RAMADHAN 2020

Hari ke 5 puasa..
Cerita hari Selasa semalam
Juga hari ke 42 Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19
Mak aku kata nak buat Kuih Tepung Bungkus...
Tapi takdir mengatasi perancangan
Haaaa... kritis x ayat
Yang terjadinya Kuih Ketayap

Kuih Ketayapku
Cantik ke cantik??
Haaa.. Kalau tanya cantik ker tak
Orang jawab... tak...
So, baik tanya cantik ke cantik
Jawapannya mesti lah cantik
不不不不


Aku yang suggest kat mak aku
Nak buat Kuih Ketayap
Sebab aku teringin nk rollkan ketayap tu
Hihihihi

Ok, versi seksi skit
Kuih Ketayap Versi nampak Aurat五五五
Yer la inti tu patut disembunyikan
Ni menunjuk-nunjuk plak intinya kann


Menunjuk xper kan
Menunjuk-nunjuk x boleh
Menunjuk supaya orang tahu
Menunjuk-nunjuk tu riak
Macam kata orang kampung nenek...
"you can show, but... don't show off"


So, nak show la  aku punya hasil Kuih Ketayap ni
Ops.. Nak buat kuih ketayap kena prepare awal
Kena buat inti dia dulu siap-siap sebelum buat crepe dia


Inti Kelapa ni mak aku dah siapka pun
Heee

INTI KELAPA
3 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula melaka
1/4 cawan gula pasir putih
1 cawan air
1 helai pandan
1 sudu teh garam
1 sudu tepung gandum

1. Masak gula melaka & gula pasir hingga larut
2. Tambah garam & pandan
3. Bila air gula sudah pekat + kelapa parut
4. Kacau hingga kering
5. Taburkan tepung gandum atas inti & gaul hingga rata supaya inti lebih senang nak dibentuk & tidak berasa hampas bila dimakan.
6. Matiikan api & biar inti sejuk sebelum guna

**Pesan mak aku:
Inti ni buat jer banyak2 dalam bulan puasa
selain buat inti ketayap
Boleh guna buat
-inti tepung bungkus
-inti badak berendam
-inti kuih onde-onde/kuih bom
-inti Pulut Inti
-inti kuih lain yang sesuai

Boleh buat banyak-banyak jika plan nak buat kuih yang guna inti xperlu lagi buang masa bayak kali. TAPI sebab x guna pengawet xdelah tahan berbulan. Kalau seminggu tahan jer sebab gula menghaalang dari basi. CUMA kalau lama sangat nanti bau dia tengik.
Nak tau bau tengik, buat la banyak2 & simpan lama-lama.. Baru tau不不不
(mak aku kata bau macam minyak lama. X bau x sedap la)

Sejukkan dulu inti kelapa.
Bukan sejuk dalam peti ais
Tapi sejukkan suhu bilik

KULIT KETAYAP
2 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan + pewarna hijau
2 sudu minyak
1 sudu garam

1. Campurkan tepung, air pandan, pewarna hijau, minyak dan garam
2. Blend hingga berkrim
3. Biarkan 15 minit sebelum masak supaya adunan sebati & bijian tepung kembang menghasilkan kuih yang lembut
4.Cara buat sama macam buat lempeng
Boleh rujuk Cara buat lempeng.. Kat sini
Adunan pun sama jer cuma tambah hijau

**pesan mak aku jika guna tepung cap bunga rose merah nisbah tepung & air sama banyak 1:1. Sebab tepung cap rose kurang gelutin
Jika tepung lain kena tambah sukatan air.


Actually batter  & inti dia mak aku dah buatkan pun.. 
Hihihi.. 
Inti tu pagi lagi mak aku dah siapkan
Batter ni pun mak aku dah siap blend

Kerja melempeng ni  mak aku dah beberapa kali tunjukkan
Ni hasil dari  aku melempeng..
Tak berapa nak bulat.. Heee
Dari 10 kali try, separuh memang x jadi.
Ada yang tebal
Ada yang koyak sebab elakkan kuali panas
Jangan kecam...
Aku ni hati tissu不

See..
Tema hijau hari ni
Baju & kuih sama hijau

Gigih aku mengisi inti & gulung
Aku xmo mak aku tolong
Tapi 1st trial inti bocor
So, kena juga mak aku guide dulu la..
Ala,mana ada orang lahir jer pandai buat ketayap kannnnn
(alasan cover malu)

See... I dah pandai rool ketayap  tau


So, yang x syantiks aku sembunyikan kat bawah dia..
Interframe yang cantik jew
Hahaha

Bukan x ngaku kesilapan
Tapi nak bgtau jer

Haaaaaa..
Ni la semua hasilnya
Dalam piring tu untuk snap pic yang kat atasgatas tu
Kira yang kemas la
Yang dalam pinggam besar tu
Yang kurang  kemas

Dah lama juga mak aku x buat Kujh Katayap ni
Cari dalam old post pun susah nak jumpa
Jumpa 1 post jer
KUIH KETAYAP PUASA 2015..kat sini
Dah 5 tahun
Hahahhaa


3 comments: