Monday 6 April 2020

CUCUR KACANG RECYCLE BUBUR KACANG - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 21)

Uit dah masuk tarikh baru dah
Dah 6 April 2020
Dah masuk hari ke 20 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19


Mak aku masak Kuih Kasturi
Mak aku panggil Cucur Kacang
Kata mak aku masa sekolah menengah ada subject Sains Rumah Tangga ada la resipi kuih ni
Tapi dipanggil Kuih Rengas
Mak aku selalu cerita pasal subject Sains Rumah Tangga ni
Macam best jer bila dengar mak aku citer pasal subject tu..

Kuih Kasturi a.k.a Cucur Kacang a.k.a Kuih Rengas.
Mak aku masak untuk side dish masa mak aku & kakak iftar
Ala semua pun memang dinner sama-sama, nama jer lain-lain
Mak aku ngan kakak iftar
Aku ngan abang dinner
Ada nasi putih & lauk
Ada Kuih Kasturi ni juga

Kuih Kasturi ni sedap sangat
Masa mak akubtengah goreng, bau dia wangi sangat..
Mak aku cakap bau wangi tu bau kelapa bercampur kacang tu..
& kata mak aku lagi ni Cucur Kacang Recycle..
Cucur Kacang Recyle?
Biar betikkk????


Yup....
Mak aku cakap Cucur Kacang ni recycle dari BUBURBKACANG.... kat sini
Sebab bubur kacang semalamnya tu masih ada, mak aku cakap mak aku recycle supaya tidak membazir..
Jadikan Cucur Kacang a.k.a Kuih Kasturi. I
Boleh ke..??
Laaaa.. dah buat dah pun
Mestilah boleh
Malaysia Boleh!!!!!
五五五Tiber lak... 不不


Ready to deepfry
Kuih recycle
Tapi sedap & memang sedap

CUCUR KACANG RECYCLE
3 cawan bubur kacang
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa putih

1. Panaskan bubir kacang hingga mendididh & biar hingga kering. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.
2. Masukkan kelapa & kacau rata. Kecilkan api.
3. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga bergumpal. Tepung tak perlu habiskan jika sudah cukup boleh dibentuk.
4.Biar sejuk sedikit & kepal bulat2 sebesar limau nipis & leperkan

Batter/teoung celup:
1/4 cawan tepung gandum
1/4cawan tepung beras
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 sudu minyak
Sikit pewarna kuning @ serbuk kunyit

**Semua bahan dikacau hingga sebati
Nak lebih mudah, blend semuanya hingga
creamy & sedia digunakan untuk celup kuihkuih kastuei, pisang @ keledek

5. Celup kepingan adunan kacang dalam adunan tepung & goreng hingga garing


Ni lah Kuih Kasturi a.k.a Cucur Kacang Recycle tu..
Memang sedap & 10 pcs mak aku goreng habis licin
Mak aku cakap ada lagi 8 pcs dah gorwng setengah masak & frozenkan
Nanti sesapa nak makan sila goreng sendiri

So, lepas ni kalau ada bubur kacang x habis,
Boleh buat Kuih Kasturi ni
Kalau ada jiran kasi bubir kacang ke, tapi x suka bubur kacang,
Recycle jer jadikan Kuih Kasturi
Pastu hantar lak kat jiran tu不不不
Kalau tunggu jiran x kasi juga bubur
Pastu malas nak rebus kacang
Tapi nak makan kuih ni bolehlah beli bubur kacang sebungkus,
Balik alter la jadikan Kuih Kasturi
Tapi kalau nak buat sendiri boleh jer refer
CUCUR KACANG/KUIH KASTURI/KUIH RENGAS... kat sini






2 comments: