Monday, 20 April 2020

IKAN MASAK TAUCU-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 34)

Day 34 dah pun Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19..
Ramadhan akan tiba 3 hari jer lagi
Selasa.. Rabu... Khamis
Jumaat in sha الله kita akan puasa
Dalam TV dah mula bagitahu temoat-tempat untuk melihat Anak Bulan Ramadhan pada petang hari Khamis nanti..
Semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelum ni
Semalam dengar kat TV lagu nasyid kumpulan apa ntah tu
Tapi lagu tu famous la bulan Ramadhan..

Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh erti.. 
Agar dapat kulalui dengan sempurna

Tiba-tiba rasa nak nangis masa dengar lagu tu.. Tak tahu naper rasa touching sangat


Ikan Masak Taucu
By mak aku
Heee
Lauk aku x masak la


Ikan Masak Taucu ni fav mak aku

Aku makan juga tapi x berapa sangat sebab banyak halia


Hari tu mak aku masak Ayam Kukus Taucu
Haaaa... Yang tu aku suka
Sebab sedap sangat walaupun banyak halia


IKAN MASAK TAUCU
4 ekor ikan - gaul garam kunyit
1 paket taucu Bilal
1 sudu teh pes pekat asam jawa
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
1 cili hijau-hiris
10 cili padi hijau - belah 2
1 ketul halia muda - hiris halus memanjang
1 bawang besar- hiris
3 bawang putih - hiris
Minyak masak

1. Goreng ikan hingga garing
2. Gunakan 3 sudu minyak & tumis bawang putih, bawang, cili padi, halia hingga harum.
3. Masukkan taucu goreng hingga naik minyak
4. Tambah pes asam jawa yang dibancuh dengan 1 cawan air,garam & gula
5. Bila mendidih masukkan ikan goreng & cili merah hiris.
6. Biar mendidih & sesuaikan rasanya


Ikan Masak Taucu by mak aku

3 comments:

  1. Lauk sedap. Halia ni elok nak slim. Keluar Kan toxic. Dan membakar lemak...begitu juga dgn garlic..

    Helps increase the metabolism rate ..so bakar kalori.
    Same.with makanan pedas..cili

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi halia pedas & ada bau bila nak telan..
      Huhuhu..
      Mak kiter pun cakap halia sedap..
      Eeee... Tapi garlic kiter boleh makan.. Kalau goreng crispy tabur atas sayur...
      Mmmmm sedap

      Delete
  2. Sedap la.. bagus buang toxicdalam badan Dan bakar lemak yg duduk menebal...

    ReplyDelete