Saturday 11 April 2020

HOMEMADE NAAN CHEESE - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 24)

Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19 disambung lagi swlama 14 hari  bermula 15 April nanti hingga 28 April 2020.
Fasa 2 akan berakhir 14 April.
Eh, awalnya PM dah bgtau sesiap untuk Fasa 3. Hari ni baru 10 April, tapi PM dah bgtau Fasa 3 akan mula 15 April.
Naper bagitau awal sangat.
Bila tanya mak aku, mak aku cakap mestilah kena bagitau awal-awal supaya orang ramai boleh bersedia.
Nak bersedia apa lagi, dah lalu dah pun 24 hari..
Kata mak aku ni persediaan untuk para pekerja supaya boleh plan nak jika ada kerja yang kena siapkan, bolehlah pergi ofis & bawa balik kerja. Jika ada yang terperangkap kat IPT silalah bersedia untuk berada lagi di situ hingga puasa nanti. Jika ada yang dah kat kampung, maka terus duduk lah kat kampung sampai raya (kot🀭)
Jika ada yang berangan nak balik puasa & raya kat kampung silalah lupakan.. 😭😭😭
Jika ada suami isteri yang bergaduh silalah berdamai sebab penat nak ngadap kalau bergaduh (itu mak aku yang cakap haaaa)
Kalau ada yang nk diet, lupakan sahaja (ramai yang terasa)
Mak aku cakap baca dalam group mak-mak..
Paling simpati adalah kepada mak-mak & menantu-menantu yang terperangkap di rumah mertua.
Kenapa lak..??
Ntah, mak aku xnak discribe..
Apapun semua kena sabar, kena redho, kena doa agar Ψ§Ω„Ω„Ω‡ gantikan musibah ini dengsn hikmah yang x terduga

Mak aku masak Roti Naan Cheese..
Bukan hari ni

Naan Cheese ni mak aku masak pagi Rabu
Untuk sahur kakak
Untuk breakfast aku
& untuk breakfast abang..

Kata mak aku Roti Naan Cheese ni sebab uli tepung untuk buat ROTI PURI... kat aini
Mak aku cakap sebab hanya guna zeparuh sahaja untuk buat roti puri. Dough yang selebihnya mak aku cakap masuk dalam plastik & simpan dalam peti ais..
Pagi keluarkan, bulat-bulatkan & kena biar 15 minit supaya yis yang hibernet dalam suhu sejuk tu kembali aktif.
Pastu baru boleh gelek buat naan.
Tapi resipi kat bawah just c&p dari oldpost about roti naan cheese. Betullah kata mak aku, bahan dia lebih kurang jer. Sama jer

NAAN CHEESE
3 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin/ butter/ minyak
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
Bahan Lain:
3/4 cawan grated cheese
/ slice cheese
1 sudu marjerin

1. Campur tepung,garam,dan yis mauripan serta gaul rata
2. Tambah marjerin dalam tepung tadi dan gaul ramas hingga jadi berbiji halus
3. Bancuh susu pekat dengan 1 cawan air suam
4. Guna susu suam tadi untuk uli tepung hingga dapat dough seperti dough roti
5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan biar dough mengembang lebih kurang 15 minit
6. Uli semula setiap bahagian dough secara berasingan
7. Leperkan setiap dough dan tabur 1/3 cawan cheese.Jadikan seperti inti
8. Bulatkan semula dough dan biarkan lagi selama 10 minit
9. Gelekkan setiap bagaian doungh berisi cheese tadi hingga agak nipis anggaran 1cm
10. Panaskan kuali dan sapu sedikit sahaja marjerin supaya tidak melekat
11. Bila sudah panas,metakkan sekeping adunan tadi dan tutup kuali
12. Bila nampak roti semakin naik dan bawahnya nampak garing,balikkan sbelah lagi dan masak kedua-dua belah roti hingga bewarna keemasan,
13. Sapu marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti dan  hidangkan panas-panas bersama kuah pilihan

**Step by step dah pernah post dalam 
NAAN CHEESE PANAS-PANAS... kat sini

Kerja rolling ni mak aku yang buat
Kalau aku yang buat xde nak bulat nyer
Hahahaa...

Nampak kan kedut2 dalam tu sebab ada grated cheese.
Cheese ni abang kata kawan abang.. Haziq yang kasi hari tu..
Macam-macam cheese kawan abang tu bagi
Parmesan cheese, cream cheese & slice cheese pun ada. Slice cheese dah habis la sebab letak tengah2 roti bakar tunggu melting.. Huh heaven
Bukan senang nak dapat cheese sebab harganya mahal..

Aku nyer naan cheese..
Panas-panas...
Kakak dah sambung tido lepas sahur
Abang memberry..
Mak aku cakap nanti abang nak makan baru masak abang punya supaya dapat makan panas-panas


Sebab nak tunjuk kesopanan & kesusilaan skit
Maka potong la dulu sebelum makan kannnnn..

2 comments:

  1. Lepas.makan boleh turun ke Kebun....

    Solid kalori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🀭🀭
      Heeee.. Kebun maya... πŸŒ²πŸŒ±πŸŒ·πŸŒΉπŸŒ³πŸŒ΄πŸ€

      Delete