Showing posts with label RAYA 2022. Show all posts
Showing posts with label RAYA 2022. Show all posts

Sunday, 8 May 2022

KE RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PERDANA MENTERI DAN JEMAAH MENTERI TAHUN 2022

Sejak menonton Buletin Utama pukul 8 malam tadi,saya teruja nak pergi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Perdana Menteri dan Jemaah Memteri 2022 yang akan diadakan di Kompleks Seri Perdana Putrajaya..
Tak pernah lagi seumur hidup saya pi openhouse  PM...Maklumlah dulu sebelum Covid open house PM 1st day raya..memang tak la kan..kita kat kampung 
Tahun ni bila kata hari Ahad 8 Mei
 jatuh pada hari ke 7 Syawal...+dah balik KL..+ tiada aktiviti lain..
Memang terus call Adah ajak.Dia onz pulak..
Memang jadi...
Sebab masih awal bebeno,Adah ajak beli mcD tak jauh dari masjid besi tu.

Pukul 7.30 kami dah sampai Masjid Besi ni..Memang niat nak datang awal pun..
Bas belum sampai lagi.

Pukul 8.30 bas mula sampai dan beratur berderet dah.Orang belum naik.Tapi kami pi tanya driver boleh naik ke?Driver cakap boleh naik tapi bas akan gerak pukul 9.00
Takpa..kami naik tunggu dalam bas.
 
Bas no 1...
Bas pertama akan bergerak dari Masjid Sultan Mizan ..akan melalui Masjid Putra juga.

Saya jadi orang pertama naik bas ...Memang pertama antara semua bas yang disediakan..
Semangat banget kan..🤣

Terus selfie...
Nak upload dalam family group...nak bgtau mak & Achik🤭

Tepat pukul 9.00 pagi bas bergerak...

Singgah Masjid Putra

View tasik dari dalam bas


Lebih kurang 10 minit macam tu..dah sampai


Kena beratur untuk masuk.Tapi sebab belum pukul 10...gate belum dibuka.Beratur dulu bawah khemah ni..
12 khemah


Baru pukul 9.15..
Nak kena beratur lagi 45 minit..mencabar gak ni..


panjang...kami dah khemah ke 12.Maknanya barisan di depan sepanjang 11 khemah..ada la dalam 300m kot.

Sepanjang beratur ada disediakan air kosong.

Cawan dia unik la..bentuk kon..


Eh,dengar pengumuman ..depa buka gate awal ½ jam sebab orang dah ramai..
Patut pukul 10...tapi 9.30 depa dah buka..

Pemeriksaan di gate masuk..Beg kena buka..Brangan larangan jangan la bawa.

Yeyyyyy....dah masuk

Jakun jap...sebab seumur hidup tak pernah masuk Seri Perdana ni..Sebelum ni pernah lalu kat luar tu ja...hihihi

Jangan ingat masuk terus khemah...Kena jalan lagi ..hihihi


Dah dapat tempat duduk...gerai kambing la tuju dulu..hihi


Rambang mata nak makan apa..

Akhirnya amik lemang + rendang...

Adik tu cadangkan makan lemang dengan kuah kacang....Sedap tau

Cendol & ABC ..sedap betul cendolnya ..



Berbual dengan rakan semeja...Tak kenal pun tapi kita beramah mesra la kan...
Katanya dia dari Nilai..


Adah tengok saya ambil 2 pring kambing...Dia tak makan kambing...Terus dia warning ...kena habiskan kambing tu..hihihi




Pukul 10 Tok Mail sampai bersama barisan menteri

Layan lagi video
Beratur nak bersalaman dengan PM & menteri...Y

Lepas bersalaman...jalan menuju ke tangga keluar untuk dapatkan guddies

Yang kanak-kanak nak duit raya...
Yang tua ni pun kalau diberi ..nak juga..hihihi

Eh,tapi masa giliran menteri yang lelaki ..depa bagi sampul duit raya tu kepada semua yang salam depa.Tak kira kecil besar tua muda..


Takdak rezeki nak merasa dapat duit raya dari menteri 😁
Kalau tak,boleh la frame kan duit raya tu...hahaha


Adah dapat bersalam dengan isteri PM dan dapat duit raya...
Lepas bersalam...semua diminta lalu ikut tangga kerana ada pemberian guddies pula...


Alhamdulillah...yang ni bagus...sebab  semua yang pi dapat.Kalau bawa anak 10..semua dapat termasuk mak ayahnya.Kami dua beranak..kami dapat la 2.
Harus simpan buat kenangan ooo....

Jom,gerak keluar..
Bagi peluang pula ribuan lagi keluarga Malaysia diluar sana beratur nak masuk.


Jalan raya dah sesak.
Jangan salah naik bas.
Kalau tadi naik kat Masjid Besi...Nak balik pun carilah bas ke Masjid Besi yer..


Ok dah sampai Masjid Besi..
Ada pulak orang jual tengkolok...
Grab juga 1 untuk anak bujang tu.Mana tau nanti Hari Merdeka kot dia nak pakai.1 pc RM50..

Ok...kita tengok orang beratur nak naik bas...
Alhamdulilah kita dah nak balik dah..
Bertabahlah mereka nak beratur kat sana nanti ...panjang..
Apapun samangat keluarga Malaysia harus dipuji..Semua bersemangat nak beraya..Termasuk saya🤭

Ok...dah sampai rumah..
Ni la gudies yang kita dapat 2 pack susu

Ni yang nak simpan buat kenangan...hihihi

Dalam kotak tu berisi biskut raya...
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..
Esok jangan lupa pi kerja🤣


Friday, 6 May 2022

BALIK KEY EL-RAYA KE 4


Setelah 5hari dan 5 malam di Kedah...tiba masa nak kena balik KL pada hari Khamis...Raya ke-4.
Kalau boleh nak ja balik balik Sabtu atau Ahad untuk menikmati toll free lagi.Tapi memandangkan anak dara bongsu nak kena balik Trengganu pada Jumaat malam...maka Khamis pagi kami bertolak balik KL...
Bertolak pukul 8.50 dari rumah Achik.Pukul 9.00 pagi masuk Tol Pendang..
Alhamdulillah PLUS lancar hingga ke Juru...
Selepas tol Juru,kereta agak banyak tapi masih bergerak...

Lepas Sungai Perak...


Mendaki Bukit Berapit menghampiri Terowong Menora.

Dah lepas Tapah,arah utara pula jem.

Setelah menempuh 7 jam perjalanan,sampailah rumah..Alhamdulillah..7 jam itu lebih pendek berbanding 10 jam balik Kedah sebelum raya.

Seperti biasa...kalau kami nak balik KL terutama musim cuti raya dan musim covid hari tu..Achik akan sediakan bekal untuk kami.Kata Achik kalau jem terlalu ramai di R&R boleh makan bekal.Kalau tak ramai,nak makan juga kat R&R...bekal.dah boleh jadi makan malam.Tak payah fikir nak masak dah.

Alhamdulillah ...kami tak berenti makan kat R&R..
Bekal pun tak makan Banyak minum air saja.Akhirnya bekal jadi dinner.Terima kasih Achik...Semoga Allah ganjarkam dengan pahala melimpah untuk Achik dan kelaurga...


KE PEKAN RABU ALOR SETAR PADA HARI RAYA KE-3

 Hari Raya ke-3 kami 4 beranak ..saya,mak,Adah dan Cella ke Pekan Rabu Alor Setar.Kalau dulu kami menziarahi secara bergilir dengan keluarga arwah bapa saudara sebelah ayah di Baling.Tapi raya tahun ni kami tak ke sana.Achik pula tengah bz ada keluarga iparnya dan rakan Pakcik dari KL akan datang beraya.Maka,kami anak beranak sahaja ke Pekan Rabu.Visi  nak cari Halua Maskat kesukaan saya.Sudah bertahun tak makan kerana PKP..Tak terfikir pula nak cari kat shopee..Terlanjur raya ni,pasti juadah ni ada di Pekan Rabu.

Kebetulan raya ke-3 tu hari Rabu... 

Nama ja Pekan Rabu tapi Kompleks Pekan Rabu ni buka setiap hari.


          pic Google

Kami ke sini lagi setelah kali terakhir datang KE SINI PADA TAHUN 2018.


Kami sampai dalam pukul 12 tengahari..Kebanyakan yang buka kedai barangan makanan.

Nampak macam tak ramai..

Tapi bila lalu kedai-kedai tu...baru nampak ramainya manusia


Nasib baik jumpa juga halwa maskat yang saya nak ni...
Tapi tu laaaa...
Datang musim raya...
Tambah pula lepas lama depa tutup sebab covid..
Harga kena urut dada sikit la...( bukan semua la)
Dulu harga halwa maskat ni RM5 sebekas..
Pastu sebelum covid naik sikit RM6...
Sekarang dah jadi RM15 untuk bekas yang semakin nipis tu.Berat dalam 250gm.Lagi mahal dari dodol.
Dodol panas boleh dapat RM7 untuk setengah kilo..
Kerepek pisang paket kecik yang dulu bokeh dapat RM3 pun dah jadi RM10...Baulu panas sebelum covid RM10 sekerang RM15...
Kuih karas 1 bekas dulu RM10 sekarang kalau yang lipat 3 segi RM15 kalau lipat 4 segi melonjak.RM20 sebekas.
Memang semua barang dimana jua pun dah melonjak harga.Harga bahan mentah juga sudah mahal...apatah lagi makanan yang ready to eat..

Jom la layan video kat Pekan Rabu ni..Baru rasa real sikit kan...

Mulut bising cakap mahal...Tapi kalau dah masuk sini,memang akan kena sampuk hantu membeli...hihihihi


Kalau nama perempuan dan wanita...tipulah kalau masuk.sini tak membeli...hahahaha

So...ronda cepat-cepat..Keluar cepat-cepat..hihihi
Dah...jom balik

Sampai rumah tak sabar nak cicip halwa maskat..
Sayangnya rasa dan tekstur tidak seperti yang selalu saya makan dulu.Dulu teksturnya kenyal dan manis serta berminyak haruman minyak sapi.Now...hanya warnanya yang masih sama...teksturnya hanya lembik semata macam kacau tak masak.Rasa tidak semanis halwa..Saya hanya cicip sepotong..kemudian terus terbiar...Mana nak cari halwa maskat yang rasanya macam dulu?
Puas saya belek shopee..nampak macam ada....Nak kena order jugak nih...

Ni la barang yang kami beli selama ½ jam kat Pekan Rabu...RM100++


Wednesday, 4 May 2022

MASAK LONTONG-RAYA KE-2 KAT RUMAH ACHIK

 Masa raya pertama ..Achik dah cakap hari raya ke-2 nak masak lontong.Dah 2 tahun tak masak lontong untuk makan-makan pada hari raya.Kalau dulu sebelum nasi tomato mengambil alih hidangan utama pagi raya..lontong la juadah yang dicari pengunjung rumah mak selepas solat sunat aidilfitri.Maklumlah,awal-awal 90s dulu...kalau tak silap hanya 3 orang orang kampung kami(termasuk saya la tu🤭) berkahwin dengan orang luar.Seingat saya,yang diceritakan tetamu yang datang ke rumah ..rumah ngah Jik dan rumah mok Wan yang menyediakan ketupat daun kelapa kerana menantu mereka orang Selangor dan orang Johor.Itupun hanya dimakan bersama kuah kacang semata.

Kat rumah mak pula,saya memang wajib menyediakan ketupat daun kelapa,kuah kacang,ayam masak merah,lodeh,sambal goreng dan serondeng kelapa.Awal-awal dulu tetamu tak berminat ketupat daun kelapa kerana kata mereka macam makan nasi tawar sahaja.

Lama kelamaan,itu pula yang dicari mereka kerana banyak lauk pauknya dan tidak muak bila dimakan.Maklumlah kalau ketupat palas memang cucah gulai daging atau ayam saja dan semua rumah pun memang ada.

Dari masak sikit..dah kena buat extra sebab dah ramai peminatnya.

Kalau sampai kampung sehari sebelum raya,memang tak keluar dapur la saya.Ketupat palas dan gulai daging hidangan kebanggaan Kedah langsung saya tak ambil peduli.Hanya mak dan Achik yang ambil kisah.Saya hanya fokus hidangan luar.Menganyam dan merebus ketupat daun kelapa dengan lauk pauknya.Tidur malam pun tak senang kerana sebelum subuh dah kena bangun masak sayur lodeh pula seperiuk besar.Nak masak malam takut sayurnya lembik sangat.Maka masak seawal pagi kerana lepas solat raya hidangan ni wajib dah sedia dimakan..Selama 13 tahun saya memasak semua hidangan tersebut tanpa gagal dan tanpa terkurang satu pun lauk pauknya.Pernah sekali,malam raya baru dapat bertolak dari KL...maka ketupat,ayam masak merah dan kuah kacang saya masak di KL.Hanya bawa balik bahan lodeh yang dah siap goreng dan potong sahaja.Sampai kampung pukul 6 pagi terus terkam masak lodeh pula.Kena siapkan juga dengan lengkap lauk pauknya.

Namun sejak 17 tahun lalu sikit demi sikit saya tinggalkan pelengkap hidangan itu kecuali ketupat daun kelapa(kadang guna ketupat segera sahaja) bersama lodeh dan kuah kacang kerana permintaan mak yang sukakan hidangan tersebut.Ayam masak merah pula saya dan Achik bergilir masak kerana kesukaan anak-anak.

Beransur-ansur,lontong diganti nasi tomato dan pelengkapnya sebagai hidangan tetamu raya hari pertama.Kalau masak lontong pun hanya untuk makan keluarga.


Hari raya kedua 2022,kami masak lontong @ rumah Achik.Saya merebus 60 bungkus ketupat nona serta masak kuah kacang.Kemudian bawa mke rumah Achik,sambung masak lodeh..ayam dan daging 

Achik serahkan kerja melodeh kepada saya.

LONTONG..cara saya
Nasi impit secukupnya
(kami rebus 60 mini pack)

Kuah Lodeh:
1 biji kobis- hiris
1 biji sengkuang - hiris seperti batang mancis
2biji timun- buang biji hiris jejari
2 batang carrot-hiris jejari
1 cekak kacang panjang/buncis
5 cili mwrah-hiris nipis
5 tahu-goreng dan dadu
5 tempe-dadu dan goreng
5 fucuk-rendam
1.cekak suhun-rendam
4 kotak santan(saiz 250ml)
minyakgaram,gula/perasa

*kali ni Achik tambah udang fresh besar-besar dalam kuah lodeh.

Bahan Blend Halus:
2 bawang besar
5 bawang putih
5 serai
5 hiris lengkuas
1 ketul kunyit(saiz ibu jari kaki)
segenggam udang kering/bilis

1. Panaskan sikit minyak dan tumis bahan blend hingga harum 

2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan 2 kotak santan.

3. Bila mendidih masukkan sayuran yang lambat empuk dulu.Dah lembut baru masukkan sayuran jenis lembut dan tauhu tempenya serta fucuk.Suhun masukkan kemudian.

4. Bila mendidih tambahkan santan pekat tanpa+ air supaya kuah cantik.

5. Biar mendidih sekejap dan sesuaikan rasa.

* kalau guna santan segar,biasanya saya todak tumis sebaliknya terus masak santan dan bumbunya sebelum masukkan sayur.


Saya rebus sebungkus laksa untuk kami makan di rumah.Achik pula rebus lagi laksa untuk makan beramai.

Saya masak kuah sardin.Achik pula masak kuah guna ikan segar yang dibeli sebelum raya memang khas nak buat kuah laksa 

Suka hati saya dapat makan laksa lemak berulamkan daun selasih.



Saya masakkan 2 loyang koleh kacang..1 loyang tinggalkan kat rumah dan 1 lagi bawa ke rumah Achik.

Tahun ni tak order ketupat daun buluh..

Tapi rezeki dapat makan juga  ketupat daun buluh.


Ada kakak mak dan anak cucunya datang rumah Achik dan mereka bawa ketupat daun buluh ni..
Alhamdulillah .


GAMBAR RAYA KELUARGA KAMI 2022

 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami...termasuk bonda tercinta..



Hanya kami tiga beranak.Anak bujang tak dapat cuti raya tahun ni.

Achik dah beli baju Melayu maroon...daia pakai baju Melayu hijau pula pi kerja...hihihi



Tema maroon tahun ni.


Seperti biasa pakaian raya kami ditaja oleh Achik..


Sudah hampir 20 tahun pakaian raya kami ditaja Achik..

Tahun ni Achik sponser 3 pasang baju raya sedondon...

Maroon..

Blue black...

Marble merah pink..


Family Achik...
Ni la penaja baju raya saban tahun untuk kami anak beranak dan mak.

Sebenarnya Achik kata depa dah bergambar anak beranak di rumah mereka sebelum bertolak balik kampung mak..Tu yang depa sampai lambat bawa balik lauk pauk nasi tomato  pagi raya tu...


Patut la depa lambat...depa bergambar dulu...hihihi

Maroon terang sikit dari kami..

Untungnya Achik kerana dia menjadi bunga dikelilingi kumbang...

Semoga Achik...Pakcik dan keluarga dilimpahi rezeki dan rahmat...

Achik belikan kebaya untuk anak dara dua beradik tu...
Dipakai bersama pario


Untuk saya ..Achik belikan kurung moden lace bersama batik pleated..
Achik dari dulu hingga kini stay slim..
Kakaknya kena la lebih skit kilonya🤭🤣

Adah dah macam nyonya meneer dengan kebaya dan batik...hihihi

Tuan tanah kedaung....
Cella suka sangat dengan kebaya pemberian Achik ni..
Mak kena menyorok sikit kat belakng nak kasi nampak slim sikit🤣


Dah beberapa tahun malad nak bergambar beria...
Tahun ni meraikan Aidilfitri terasa penuh nostalgi...melayan depa 2 beradik ajak bergambar kenangan.

Anak bujang nun di KL...
Kami yang pompuan berposing depan rumah kampung...

Berlatar belakang rumpun buluh madu

Depa dua beradik tu suruh posing macam-macam...ikut ja la...


Sat lagu tu
Sat lagu ni...
Kita layan ka ja la..

Achik dan hero-hero nya


Cucu-cucu mak

Empat sepupu

Dua lelaki 
Dua perempuan
Sorang lagi lelaki kat KL...kena kerja...


Dua beradik + dua beradik


Kesian Aqil kena jadi pak turut gaya posing..
Jenuh dia nak angkat kaki tinggi...hihihihi