My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 6 October 2026

SUP DUMPLING UNTUK MAKAN MALAM

Mud memasak ni ada pasang surut...Kadang pasang penuh ..kadang ke laut dalammmmmm..


Ni time mud rajin datang...

Masak Sup Dumpling untuk makan malam.Teringin nak makan yang bukan nasi..


Guna dumpling readymade sahaja...Beli dumpling frozen dua bungkus.Setiap pack 10pcs.Ni 2 pack 20 pcs. .
Masak simple simple sahaja sebab saya teringin sup dumpling yang light sahaja...clear soup...




Sayur sawi hijau dan cendawan inoki yang siap dicelur dalam sup.



SUP JERNIH DUMPLING
2 paket dumpling(saya pilih inti udang)
4 pokok sawi hijau- biar sepokok-sepokok
2 bungkus cendawan inoki
2 kiub ayam
2 bawang putih- cincang
5 hiris halia-mayang halus
2 liter air
bawang goreng & chilly oil


1. Panas hanya sedikit minyak(1 sudu )
2. Tumia bawang putih dan halia hingga harum.
3. Masukkan 2 liter air dan 2 kiub ayam.(JANGAN +GARAM)
4. Bila mendidih masukkan sawi (jangan potong sawi) biar sepokok-sepokok.Biar seminit & angkat.Masukkan cendawan inoki yang di belah 4 setiap sebungkus.Celur sekejap saja & angkat.
5. Jika rebusan sup menyusut,tambah air & biar mendidih.
6. Masukkan dumpling dan bila dumpling timbul matikan api.
7. Hidangkan sup dalam mangkuk.Susun dumpling,sawi dan cendawan inoki & tabur bawang goreng.Hidangkan dengan chilly oil.

Mulanya bajet hanya sorang semangkuk sup ni 5 pcs dumpling  dan sayur 


Ingatkan Sarah nak makn nasi ...Rupanya dia pun kemain suka Sup dpling ni....
Lastly setiap mangkuk kena cukai sorang sebiji untuk Sarah...Jadinya sirang 4 pcs dumpling tu..
Hari ini tertulia rezeki makan malam ialah 4ps dumpling bersup sayur..Nampaknya lain kali kena doublekan resipi ni...ish...
Haaaa...kadang kita selalu lupa tentang rezeki yang Allah kurniakan..

Saya teringat akan kata-kata seseorang... sekitar tahun 90-an.Ketika itu beliau datang ke rumah saya bersama anaknya dan saya sedikit segan kerana hanya sediakan lauk seadanya..sardin dan telur

Tapi kata beliau...eezeki yang terhidang di depannya itu bukanlah biasa-biasa,tetapi itu adalah rezeki darin Allah dah dah  tentukan.Kalau tidak berkehendak mengurniakan rezeki lauk sardin dan telur itu kepadanya dia tidak akan mungkin digerakkan untuk datang bertamu di rumah saya.

Juga pesannya,jika kita bertamu ke rumah orang,syukurlah dengan apa sahaja yang dihidangkan kerana itu adalah kiriman Allah untuk kita.Jika makanan banyak dan sedap itu rezeki kita.Jika hanya segelas air kosong juga,itulah rezeki kita.

Katanya lagi,dia juga dapat ilmu ini dari kumpulan tabligh yang pernah mengunjungi rumahnya..di mana hanya ada beras,suhun  dan sebiji telur...Dengan apa yang ada dijadikan sup suhun dan sebiji telur tu dipukul dan dicurah dalam sup men jadi seperiuk sup telur hancur bersuhun dan menjadi hidangan kepada jemaah tabligh tersebut.Walaupun segan tapi bila melihat para jemaah tabligh tesebut makan dengan penuh berselera hatinya lega.Para jemaah tabligh itu juga tidak kering ucapan syukur atas rezeki yang dihidangkan kerana kata mereka itu adalah rezeki ya g Allah dah tentukan untuk mereka melalui tuan rumah.Kita kena bersyukur walau apa juga rezeki yang Allah kurniakan kerana walau hanya sebiji beras,jika Allah tidak berkehendak,maka kita tidak akan mampu mendapatkannya walau sebiji beras..
Allah....tiba tiba teringat akan kata-,kata itu...insaqq



Sedap sungguh makan sup dumpling ni time hujan hujan.......

Monday, 5 October 2026

MASAK SAMBAL DAGING CARA SAYA

Hari ni saya masak Sambal Daging untuk bekal dan lunch.Tapi boleh jadi juga sampai dinner🤭Sebabnya dua orwng dah bawa bekal....Baki selebihnya taktau la ada orang lunch kat rumah ke tak..Kalau tak...mak akan diba ke makan malam la jawabnya...hihihi

Stok daging beli kat Kedah masa balik cuti Merdeka hari tu...Kat sana daging fresh senang nak dapat...Murah pulak tu...Sepanjang Jalan Pendang-,Tanah Merah ada beberapa gerai menjual daging segar yang baru disembelih..

RM100 untuk 4kg...Boleh campur-campur nak bahagaian mana...contohnya perut,hari,tulang bagai...flat rate...Sempat juyga beli 2kg untuk masak gorengbkunyit kat kampung..plan asal nak beli perut panjang buat bakar macam kat Kelantan tu...Tapi kesibukan asyik makan kat luar Axhik belanja....Tak jadi beli perut.Sempat gorengbkunyit je 2kg buat lunch sekali kat kampung...Sehari sebelum balik KL  tu saya beli 3kg daging dan 1kg paru dengan harga RM100 bawa balik KL..Bekukan dalam petia ais.Beli tong polisterin ..isi daging beku & beli ais tube kat 7E sepaker top up atas daging...Sampai KL daging masih beku &  hanya sedikit defros.Ais pun hanya sikit cairnya.Alhamdulillah...

Potong-,potongkan daging jadi 4 bekas & paru tu sebekas..Boleh la 5x masak...Sambal daging ninsalah satunya..Masih berbaki dagingbsebekas & paru yang belum dimasak...


Gambar dari kuali saja..Talda hidang hidang dah...hihihi 
Sambiil masak sambal daging ni...sambil masakkan lauk bekal Sarah.Buat sup isi  ayam + carrot & bayam cina.Tabak nasi & rebus sekali telur untuk sarapan Sarah.Masak sambal daging versi saya ni mudah je...asas sambal tapi masih ikut cara mak saya...Kalau masak sambal daging atau ayam wajib letak kunyit....& jangan masukkan asam..
Kunyit tu memberi kelainan rasa  manakala asam tidak dimasukkan untuk mengekalkan kemanisan daging.

SAMBAL DAGING 
1 kg daging(+-) hiris
Minyak,garam,gula

Bahan Blend:
30 cili kering
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul kunyit
(sebab sayang blender takut kuning
saya hanya guna serbuk kunyit .Itupun lepas dah kisar cili dan bawang saya tuang dalam mangkuk baru + 1 sudu makan serbuk kunyit dan gaul rata)🤭


1. Panaskan 1 cawan minyak dan biar betul betul panas .

2. Tumiskan daging & biar jangan dikacau.Bila agak² bawahnya sedikit garing baru dikacau.
.JANGAN LETAK GARAM..daging tu kosong tau supaya cepat masak dan tidak keras. 

3. Bila daging dah berubah warna masukkan 1 cawan air dan tutup kuali.Biar mendidih perlahan hingga kuah surut dan daging lembut.Jika oerlu tambah lagi air

4. Bila daging sudah agak  lembut,masukkan bahan kisar dan perisakan .

5. Masak hingga naik minyak dan sesuaikan rasa.

** Saya hiris daging nipis nipis supaya cepat masak..Anggaran masa memasak sambal ni dari mula tulia daging lebih kurang  20 minit.

Dua orang bawa bekal....sorang makan kat rumah...sorang  makan kat luar...sorang lagi kelaparan...🤭🤣

Sunday, 4 October 2026

Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best & Aktif!

 

Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best & Aktif!


Suria Amanda antara blogger yang paling aktif update blog saban hari.Kagum time managementnya..Sambil bz kerja,berulang alik Seremban-KL - Seremban pun masih berkeswmpatan update blog setiap hari.Bukan satu posting ,sebaliknya sehari kadang hingga beberapa posting...
Saya tercuit hati untuk bersama memeriahkan dunia blogger bila SA anjurkan Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best & Aktif! bermula 1 Okt hingga 10 Okt. 

Syarat-Syarat Penyertaan :

1. Terbuka Kepada Semua Blogger
2. Buat Entri Penyertaan Ringkas
3. Tajuk Entri: Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif! 
4. Salin (copy) banner segmen di atas dan muat naik ke dalam entri.
5. Backlink dan tinggalkan pautan (URL) ke entry ni di bahagian komen
6. Follow Blog SA pada yang belum follow
7. Saling Blogwalking digalakkan singgah dan tinggalkan komen di entri peserta-peserta lain yang menyertai segmen ini untuk eratkan silaturahim!
8.Tarikh Penyertaan dibuka dari 1 Oktober 2026 sehingga 10 Oktober 2026 (11:59 malam).
9. Entri pengumuman pemenang/senarai bloglist akan di-publish selepas tarikh segmen tamat.
10. Pemenang akan ditentukan melalui Wheel Of Name

Jom lah bersama meriahkannya...!!

BELI NASI LEMAK,SARAPAN NASI GORENG

 Pagi ni agak kelewatan bersarapan..Puncanya pergi pasar tadi kemain susah nak daat parkir.Lebih 10x pusing,langsung tak ada tempat nak menyelit..Terhairan-,hairan juga kenapa sampai begitu sekali,sedangkan sebelum ni ok ja.Sebum susah juga nak dapat parkir dekat tapi kalau agak jauh sikit setakat 100m tu banyak jer parkir.Tapi hari ni berpusing-pusing memang tak ada keliling pasar dan kawasan sekitar.Rupanya ada sebuah post sarapan dan makanan kelantan tengah viral tak jauh dari pasar tu.Tu yang antara punca...

Apapun Alhamdulillah,akhirnya tukar strategi pi cari parkir pasaraya berdekatan & syukur dapat juga petak parkir.Cari parkir dekat 1 jam...masuk pasar 15 minit sahaja🤭

Just nak beli ayam,santan,kelapa parut dan ulaman sahaja.Lain-lain beli kat pasaraya.Ayam wajib belinkat pasar &  hanya belanja seminggu sekali kat pasar.Kalau tak ke pasar maka tak makan ayam la seminggu tu...hihihi

Niat asal nak sarapan kat luar....Tapi semua ada urusan ...Anak jantan kena ke litar Sepang minggu ni...Adah nak ke Shah Alam & Cella ada urusan di KLCC..So,beli jer nasi lemak ...ayam & paru...




Ini sarapan saya hari ni...Pukul 11 baru sarapan....Kira brunch dah la kan...



Nasi Goreng Cemdawan Shitake+Pucuk Chaya
Haaaà....ni la yang tajuknya Beli Nasi Lemak,Sarapan Nasi Goreng...hihihi
Dah beli nasi lemak...tapi tekak nak makan nasi goreng..Nasib baik ada nasi sejuk malam semalam masih elok walau tak simpat dalam peti ais..
Baki sambal tumis bilis yang gu dengan pulut lemak semalam masih ada sikit..Terus tumiskan bawang putih...saute cendawan shitake...masuk sambal..nasi & pucuk chaya a.k.a daun ajinomoto....Masyk nasi gaul rata sampai naik wap.....siap
Bancuh teh 0 seteko.....Alhamdulillah.....
Ni sambil makan sambil menaip...siap satu posting...hihihi..
Padahal berderet gambar lain menunggu Que....hehehehe


Untuk Sarah....sarapannya wajib ada telur rebus sebiji ....Pagi ningukan dengan waffle kosong kegemaran dia....Telur rebus tu begelang hitam sebab lepas rebus terbiar dalam periuk tak direndam dalam air sejuk.Dulu Cikgu Sains Rumah Tangga selalu pesan.....Lepas rebus telur kena rendam dalam air sejuk supaya tak gadi gegelang hitam sekeliling kuning tir tu....Dulu memang patuh pesanan guru...Memang buat..Tapi dah tua-tua ni degil pulak...derhaka pesan guru...Maka itulah hasilnya...!!!



Saturday, 3 October 2026

PULUT SAMBAL SARAPAN HARI NI




Pagi ni saya masak pulut sambal untuk sarapan...Teringin mak makan pulut sebab seminggu dua ni belum makan pulut lagi..Saya dan pulut tak dapat dipisahkan lama-lama...hihi



Saja letak bungkusan pulut tu daam bakul ni letak atas meja makan.Berangan juga kalau memang duduk kat rumah kat Kedah tu,saya plan nak laman  courtyard kat tepi tumah untu sarapan pagi pagi dan ngopi waktu petang...Nak letak bakul macam ni atas meja bawah payung & ngopi ngopi sambil menikmati angin sawah....heheher...berangan bukan kena bayar kan....



Biasanya saya bungkus pulut lemak atau nasi lemak fully guna daun pisang...Tapi hari ni alas sikit ja dengan daun pisang & bungkus guna kertas nasi lemak..Daun pisang ada beli 2 keping tapi dalam hati tengah plan nak buat lepat liat....tu yang simpan daun pisang ...tak tau ada kerajinan ke tak...t
hihihi

Ni pulut Siam Achik bagi 5kg masa balik cuti Merdeka....Bilis beli kat TT memang ouas hati kali ni dapat bilis cantik dan bersih serta sedap...Tu yang tak.menyabar nak masak sambal...Telur pun baru beli petang swmalam masa balik kerja singgah Speedmart Kebettulan stok telur baru sampai..kalau tak kemain susah nak dapatkan telur kat speedmart tu.Bukan takda stok sebenarnya tapi lebih kepada permintaan melebihi penawaran...Ramai yang suka beli telur kat speedmart sebab telur dia cantik..



Elok siap pulut sambal elok pula  Sarah bangun tidur....kemain suka dia nak sarapan..Tapi kena mandi dulu ngan mummynya.....



Lepas mandi....tak sabar dia nam makan pulut yang disangkanya nasi lemak ni...Padahal ni pulut lemak.....hihihi




Tok Mummy makan pulut lemak dengan sambal bilis....Haruslah ada kopi O panas ...Kopi cap gantang feom kampung....
Kalau afa ya g teringin dengan pulut sambal ni & berhajat nak masak bomeh rujuk PULUT LEMAK SAMBAL BILIS... kat sini


PULUT LEMAK
1kg  beras pulut- rendam semalaman
3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar  gula

2 helai pandan

1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak

2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.

3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.


****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula  dgn menutup pengukus, pulut akan lembik dan cepat muak bila dimakan


SAMBAL BILIS SIMPLE
1mangkuk bilis bersih
1 mangkuk cili blend
1 bawang besar +5 bawang putih (blend bersama)
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/4 keping gula kelantan (2 sudu gula melaka hiris)
1 cawan minyak

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing

2. Dalam kuali berisi minyak & ikan bilis goreng tu terus masukkan cili blend, bawang blend & kacau bersama ikan bilis hingga  mendidih.

3. Tambah asam keping, garam, gula & masak hingga naik minyak. Sesuaikan rasa.





Thursday, 1 October 2026

TERINGIN NAK MAKAN IKAN GORENG MASAK TAUCU

Balik kerja semalam....dalam cuaca jerebu nipis,kepala ligat memikir nak masak apa untuk dinner.Pagi tadinya hanya masak mee kering goreng berencah ayam sekuali.Itu sahaja untuk menu dewasa.Tak masak lauk apa pun.Lauk untuk bekal Sarah pun saya hanya sempat gorengkan isi ikan tuna & tanam nasi dalam cawan sahaja cukup-cukup untuk bekal ke rumah pengasuh.
Makanya untuk makan malam kena ada nasi la ni...

Tetiba terlintas teringin nak makan nasi putih panas-panas,berlaukkan ikan goreng taucu...
Yezz....
Singgah beli ikan selayang 10 ekor & TAUHU for brand Kipas Udang  sebotol..Saya pilih tau pedas brand Kipas Udang 


Maka seiring dengan azan maghrib berkumandang,saya tengah berdinner nasinputih berlaukkan ikan goreng taucu ni..Lain lain bahan dah ada kat rumah.


Sebenarnya sebelum tu...masuk jer rumah terus  siang ikan siap²..Jika ada belinikan,ayam atau apa-apa haiwan la untuk dijadikan lauk,aya lwbih suka berpenat penat dahulu..

Masuk jer rumah,tanpa mandi,tanpa tukar baju,terus sarung apron &erus bersilat dulu dengan gelumang haiwan haiwan tu..Susun mana yang nak disimpan,mana yang nak masak.

Siap garam kunyitkan ikan,siap potong semua bahan terus tanak nasi.



Pastu dah alang-alang pulak bau ikan kat tangan kat baju...terus je lah masak sesiap..Ikan tu separuh biar sahaja bergoreng garing panas-panas. Separuh lagi saya masak taucu.Saya sukakan ikan goreng taucu yang tidak terlalu berkuah.Lebih suka yang agak kering tapi sedikit berminyak.Mungkin kerana saya jenis suka lauk kering jering & tak suka berkuah kecuali kari.Nak makan ikut tekak sendiri,kena la masak sendiri...hihihi

Nanti lepas mandi,solat sesiap,boleh makan dengan aman,damai dan tenang...hihihi



Taraaaaaaa.......imilah ikan gireng taucu yang dok terbayang sambil drive balik kerja tadi tu...
Tapi saya masak ikit taste saya la...

IKAN SELAYANG GORENG TAUCU
5 ekor ikan selayang.
1 batang timun jepun- potong jejari
5sudu taucu pedas cap Kipas Udang
1 sudu kecik pes asam jawa Adabi
minyak,gula,garam,perasa

Bahan hiris:
1 bawang besar -hiris
15 cili padi hijau-hiris serong
2 cili merah-hiris
1ketul halia muda-hiris jejari halus


1. Garam kunyitkan ikan & goreng garing.
2.Panaskan ½ cawan minyak & tumis bahan hiris hingga harum 
3. Masukkan taucu pedas & goreng sekejap hingga naik minyak & masukkan timun.
4. Tambah pes asam jawa + ½ cawan air.
5. Masukkan ikan,perisakan.
Sesuaikan rasa masin,masam dan sedikit gula untuk seimbang rasa.
5. Siap..

Tetasa begitu nikmat menikmati nasi putih berlaukkan ikan goreng taucu ni...Kebetulan hujan lebat masa ni & Shah Alam banjir kilat katanya...



Tuesday, 29 September 2026

BUKAN SUKIYA

 

Menu dinner malam tadi...


Bukan Sukiya
Tapi ala ala sahaja kerana inspire daripada  Sukiya...hihihi






Versi kita jer lah tapi....


Daging tu daging tempatan beli masa balik Kedah cuti Merdeka hari tu.
Kebetulan daging lembu muda agaknya ..memang lembut..
Saya hiri nipis nipis 
Bila celur dalam  rebusan sup tu memang sekejap sahaja lembut dah...manis dan sedap dagingnya..




Sos ni la puncanya....
Kewpei Rosted Sesame  macam kat Sukiya tu
Cella campurkan dengan bawang putih cincang  & daun ketumbar cincang..Nak makan tambah jer chilly oil



Campur chilly oil pulak....memang ngam.
Chilly oil tu saya memang ada buat stok beberapa botol sebelum ni tapi asyik lupa nak ambil gambar simpan dalam blog ni..
Minggu lepas saya bawa sebalng ke tempat kerja..Depa kata sedap..Taktau la memang sedap atau depa saja nak ambil hati....hihihi



Takda periuk steamboat..
kita guna apa yang ada ja....rice cooker
Masak atas meja makan ....hihihi
Pun habis semuanya...!






Bahan apa adanya sahaja
* Daging slices
* Tahu lembut
* Telur rebus
* Sayur bayam
* Broccoli
* Bendi
* Carrot
* Cendawan Enoki
* Dumpling


Takda pulak dulang bulat nak letak sesayur tu..
Dulang kopi pun belasah je lah...hihihi

Daging tu laku keras


Sama juga dumpling ni
Yang depan kecil kecil ni dumpling daging kambing.Yang besar sikit ru dumpling udang....beli yang frozen je...



Broccoli dan bayam tu asal ceritanya...
Dok tengok medsos lalu lalang bayam rebus dan telur rebus makan dengan sos kewpei roasted sesame tu...
Dah masuk kali ke 3 beli bayam tapi berakhir bayam tu kat tong sampah...sebab tan buat buat pun...Tamtau kenapa sayur bayam cabut tu kalau beli hari ni kalau tak masuk peti ais...esoknya berair jadinya...
Ni kali ke 3 beli baru jadi...+ bahan lain inspire  Sukiya...hihi


Sup tu saya saya buat versi light- light ja
Tumis bawang putih,bawang merah dan halia dalam sikit sahaja minyak.Bila harum,masuk air ½ rice cooker tu...Tambah kiub ayam...JANGAN tambah garam dah...
Sedap betul rasa sup tu...Baru daat tune rasa.Rulanya JANGAN + garam ..
Tapi tu la...guna rice cooker ni...nak cedok kena berdiri sebab  rice cooker agak tinggi & tak nampak isi dalamnya
Mmm...nampaknya lepas ni nak kena beli juga  la hot pot kat shopee tu...hihihi


Gambar ada banyak....
tepek jer lah....🤭



Sayang kalau membazir gambar😅


Lagi gambar.


Makan malam kami...
Pakat doa supaya hujan...nak feel makan makanan panas ni dalam cucaca dingin hujan..
Tapi hujan tak turun....
Malahan hari ni jerebu yang datang...kemain tinggi IPU 
..melebihi 100
Tapi malam ni dengar guruh berdentum...
Walau tak hujan...sebab nak feel juga sejuk..on je lah aircond & pejam mata bayangkan ada salji kat luar....sedar-sedar habis semua makanan dan sup seperiup tu...
Brrrrr....
Alhamdulillah....


Monday, 28 September 2026

PERNAH MAKAN ULAM BUAH KELADAN?

Ada yang kenal ini apa?
Katanya dari hutan Pahang ni..
Ni ialah ulam buah keladan
Haaa...saya pun baru setahun dua kebelakangan ni jer baru kenal dengan ulam buah keladan ni..




Saya beli kat Tik Tok....
Dah lama teringin nak rasa ulam rare ni.
Hari tu pernah nampak kat Majalah3
Pastu asyik lalu lalang kat wall TT...
Nak order rasa teragak-agak takut rosak sebab ni kan ulam segar..
Dah beberapa hari order,semalam petang sampai.Balik kerja nampak ada 4 parcel,hati tertanya apa benda yang aku order ni?
Sejak dah reti order barang dari TT ni,hari-hari ada parcel sampai...Sampai dah kena leter dengan anak-anak...Putaran roda kan...dulu kita berleter kat anak....Now kena la terima,anak pula berleter kat mak..
Tapi mak kan order barang-barang keperluan,bukannya barang keinginan...(cara nak kurangkan dosa membeli)🤣🤭


Bila buka salah satu parcel ya g paling ringan...rupanya ni ha.....buah keladan 
Dah lupa ada order buah keladan ni...hihihi




Rupa macam bunga kan?
Tapi sebenarnya ini ialah sejenis buah pokok balak yang katanya hanya terdapat dihutan tertentu terutama di hutan Pahang dan Kelantan


Ni info yang saya dapat daripada chatgpt:

Nama saintifiknya Dryobalanops oblongifolia, sejenis pokok hutan daripada keluarga Dipterocarpaceae. FRIM memang menyatakan buah keladan berbentuk bulat dan mempunyai lima sayap pendek, dan bahagian yang gugur serta mengembang itulah yang orang tempatan kenali sebagai ulam keladan / bunga keladan. �
Frim +1
Yang menariknya, gambar awak memang sepadan dengan rupa yang biasa dijual sebagai ulam:
🌸 warna boleh jadi hijau, kuning, merah jambu hingga perang
🌱 apabila buah matang/gugur, bahagian bersayapnya terbuka dan mengembang
🥗 boleh dimakan sebagai ulam; ada yang makan mentah bersama sambal
😋 rasanya dilaporkan rangup, sedikit pahit dan kelat, dengan rasa agak lemak. �
Roziah Muhammad Nor +1
Ia juga nampaknya memang ulam tradisional yang agak sinonim dengan Pahang, terutama kawasan seperti Jerantut, Lipis dan Temerloh. �
Roziah Muhammad Nor
Jadi bukan buah biasa macam buah-buahan yang dimakan isi ya — yang orang makan itu lebih kepada bahagian buah muda/struktur buah yang mengembang tersebut sebagai ulam.

Kalau yang nak tahu lebih lanjut boleh  jer search kat TT ...Ni ada saya share salah satu TT tentang buah keladan ni...
Saya suka share kalau ada benda benda rare supaya orang lain juga dapat tahu...Cuma kena terima bahawa tak semua orang suka.Contohnya macam kat tempat kerja sekarang ni,ramai orang muda.Depa tak berminat.Pernah saya bawa beberapa jenis makanan rare macam buah perah,buah keranji,buah jentik dan beberapa jenis makanan rare yang lain...mereka memang tidak berminat untuk rasa dan ambil tahu.Tapi,saya tetap juga bawa jika ada apa-apa barang atau makanan rare yang saya dapat/jumpa.Pada saya,sekurang-kurangnya mereka pernah tengok dan pernah dengar nama tu..Siapa tahu,akan datang nanti mereka perlukan info tersebut...kan...?
Yang penting,saya suka berkongsi info dan ilmu yang saya rasakan ilmu yang baik...hehehe



Ni ulam buah keladan yang dah kembang .Yang saya dapat memang dah kembang macam ni..Cuma saya  basuh bersih dan buang sisa sisa selaput kulit buah.Kemudian saya rendam air  sejuk untuk lebih segar dan rangup.
Lain kali mungkin saya nak cuba beli whole buah keladan & cuba rendam sendiri untuk tengok proses buah ni kembang dari sebiji buah menjadi kelopak cantik pink hijau macam ni...


Dari info,katanya ulam buah keladan sedap dimakan dengan sambal tempoyak manis..
Ya,saya terus tumbuk cili padi bersam sikit garam dan sejemput ikan bilis.Kemudian perah limau kasturi.Kebetulan ada isi durian frozen ..saya anggap la tempoyak manis yer!
Hehehe



Ada yang pernah makan ke ulam rare ni?
Nak tanya juga  Adinda AFZAN..... kat Kuantan sana...
Juga Adinda CIE... kat Lipis?
Koi pernah makan tak?

🤭



Nak makan ulaman macam ni lebih sesuai lelauk kering je...
Walau dah masak ayam kicap untuk isi rumah ni...tapi dek nak feel ulam keladan...
Saya gorengkan ikan bilis cili bawang & telur mata & renjis sikit kicap....



Sungguh...lauk ni jahat....hahaha
Saya menikmati  menu simple ini dengan penuh nikmat...
Rasa ulam buah keladan?
Benar seperti review kebanyakan orang...
Rasanya   90% mirip ulam pucuk gajus.. Ada  sedikit kelat tapi bau macam puvuk gajus..Tapi lebih feel sebab ada sekelumit rasa verle.ak & temstur yang rapuh  rangup ..
SAYA SUKA!!!
Kalau jumpa lagi ulam ni akan beli lagi...
Cuma katanya buah ni bermusim..
Baki selebihnya saya simpan dalam peti ais...
KESALAHAN!!!
 rupanya kalau simpan dalam peti ais kerana ulam ni akan jadi lebam dan gelap...
Rupanya cara simpan yang betu:
Rendam ja dalam air biasa & setiap hari gantikan air baru....
Tapi saya tak pasti berapa lama ia bertahan ...
Mungkin sekitar seminggu  mungkin lebih tapi tak pasti jangka hayat sebenarnya...Jika ada yang mempunyai info,boleh share....



 

Sunday, 27 September 2026

BUBUR NASI DARI LEBIHAN NASI SEJUK & TELUR MASIN KENDURI

Hari ni semua semua orang ada agenda..Tinggal saya berdua Sarah yang makan kat rumah..Malas nak masak nasi berlauk bagai swbab nak makan berdua Sarah aahaja..



Saya masak bubur nasi sahaja

Itupun guna lebihan nasi semalam.Kebetulan nasi beras wangi...nasinya lembut,lebih senang rwcycle buat bubur

Sebenarnya pernah je buat bubur nasi recycle ni..AntaranyaBUBUR NASI RECYCLE-COVID 2020

Selain tu pun ada juga beberapa kali masak bubur guna nasi lebihan Tapi selalunya nasi lebihan lwbih kepada kumpul dan masak nasi goreng.Cuma bila guna beras wangi untuk masak nasi...kalau simpan nasinya nak buat nasingoreng mcam tak berapa cantik.Lebih sesuai masak bubur sebab nasinya berkanji.


Lebihan nasi ada lebih kurang 2 cawan padat nsinya..dituang air tenggelam nasinya dan tanak macam biasa hingga kering & saya tambahin secawan dwmi swcawan air panas..Bila mendidih dan menyusut saya tambah lagi air panas....Hasilnya penuh juga perium 1 5 liter ni ..

Ada sebekas sup isi ayam yang saya masak buat bekal Sarah beberapa hari lepas.Kekadang sengaja masak lebih untuk frozen.Jika ada hari yang takda idea atau kelewatan,panaskan sahaja sup ayam drozen tu...Ada sebekas sup isi ayam frozen tu saya masukkan sahaja dalam keadaan beku tu ke dalam bubur panas...Biar hingga sup mencair & mendidih & saya perisakan juga dengan sedikit perasa cendawan.Tambahin daun sup hiris & siap...

Untuk sarah cukup  bubur nasi ala bunur lambuk ni sahaja...



Untuk saya,saya tambahkan beberapa condiment untuk sesuaikan dengan tekak..
Daun sup..
Ikan bulis goreng
Chilly olil
Telur masin tu pulak adalah telur dari bunga telur yang Cella bawa balik semalam daripada kenduri kahwin kawannya..
dapat gudies kotak berisi baulu oecah 8 dua kaki bunga pahar /bunga telur .
Uniknya bunga telur tu berisi telur masin..
Itu antra juga yang menambah rasa nak masak bubur nasi....
Alhamdulillah....