Showing posts with label RAMADHAN 2020. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN 2020. Show all posts

Sunday, 24 May 2020

PERSIAPAN RAYA AIDILFITRI 2020 - (PKPB-COVID 19)

Genap dah 30 hari berpuasa
Esok kita akan beraya dalam new norm
Raya yang pastinya berbeza dari sebelum ni
Raya dalam PKPB...
Tak sempat nk tulis banyak.
Just share pic  buat persiapan juadah Aidilfitri...
Tahunnni beraya kat KL
Memang x dapat balik kampung


Mak aku sibuk anyam sarung ketupat daun kelapa...

Mak aku sorang jer anyam
Abang dah cuba anyam tapi fail
Aku lagi la
Kakak pun sama...


Part isi beras dalam sarung ketupat tu kakak  yang isikan..
Aku pun tolong sikit
Kakak banyak buat
Sebab aku bz nak lap tingkap & mop lantai

Mak aku suruh juga aku try...
Aku cuba...



Memula aku isi beras penuh dalam sarung tu
Menjerit mak aku suruh isi separuh jer
Hahahhaa

Kakak lagi expert..
Kakak dah tahu nk matikan kedua-dua hukung ketupat



Merebus ketupat



Ketupat palas mak aku dah sediakan sehari sebelum...

Mak aku dah isi pulut
Pasfu frozenkan...

Ketuoat pulit boleh siapkan awal & boleh frozen


Mak aku sibuk sipkan bahan nak. Buat rendang daging


Selain rendang daging....

Mak aku juga masak Ayam Masak Merah
Kuah Kacang pun ada
Sayur lodeh mak aku cakap esok pagi


IFTAR 29 RAMADHAN 2020-(PKPB-COVID 19)

Iftar 29 Ramadhan....
Semua tengah bz
Aku bz kemas rumah
Mak aku bz nak buat kujh raya


Iftar Mee Goreng vs Air Sarsi jer..
Makan bertiga jer
Aku
Mak aku
Abang
Kakak keluar ngan kak Nisah
Lepas iftar, terawikh
Semua tidur kepenatan..
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dah umum raya telah ditetapkan pada hari Ahad 24 Mei 2020...
Sehari lagi Ramadhan berbaki...

SELAMAT BERPUASA... lagi sehari

Saturday, 23 May 2020

JUADAH IFTAR 28 RAMADHAN 2020(PKPB-COVID 19)

Hari ni dah masuk 29 hari dah puasa
Hari tengok anak bulan
Kalau nampak esok raya la
Kalau x... esok lastday puasa cukup 30 hari
Hari ni bz mengemas rumah
Mak aku bz nak anyam sarung ketupat daun kelapa & juga nak buat ketupat palas
Daun palas maknaku kata dah beli sejak minggu lepas...
Dah wrap elok2 supaya tidak kecut
Daun kelapa cepat habis..
Mak aku cakap dah 2x gi pasar daun kelapa habis..
Minggu ni abang lak take over gi pasar
Jenuh abang cari daun kelapa kat pasar
Lepas subuh abang dah gi pasar..
Panjang dah list mak aku bg kat abang
Semalam abang kata beratur 2 jam nak beli daging
Hari ni beratu beli santan & ayam..
Pastu merayau cari daun kelapa

 Abang share pic view kat luar pasar..
Ramai orang beratur
Abang cakap nasib baik gi awal
Kalau ikut peraturan sejak Covid 19 melanda, pasar hanya boleh buka pukul 8 pagi
Tapi hari ni pasar buka awal sebab semalam Khamis... Pasar tutup
Sejak Covid 19 ni setiap Khamis pasar tutup untuk snitize
Mak aku cakap masa PKP 1 & 2 setiap Isnin & Khamis DBKL sanize


Abang kata sib baik abang gi awal lepas subuh lagi. Pukul 9 dah siap beli barang
Boleh la tengok orang lain Que panjang macam keretapi keliling pasar



Roti John jer juadah semalam..
Semalam mak aku cakap dah penat nak masak coz bz sepanjang hari mengemas dapur.
Aku pun penat cuci bilik air & lap semua kat ruang tamu
Mak aku kata penat nak masak
Abang oderkan Roti John Cheezy


Semua makan Roti John Cheese jer
Sorang 1
Tapi abang punya 2🤭
Roti John
Air Sunquick Oren



Mangga pun x sempat nak kupas dah azan
Kali ke 3 minum air manis sepanjang puasa ni
Plan xnak minum air manis sepanjang puasa
Tapi sendiri janji, sendiri mungkiri🤣


Malam lepas terawikh...
Tolong mak aku buatkan sarung ketupat palas
Ketupat palas senang skit xyah nak ayam
Jus buat sarung kosong untuk nak kembangkan daun palas
Daun asal memang kuncup sebab kita gunakan pucuk palas
So kena buat sarung kosong tu supaya daunnya kembang.
Nanti sarung tu akan dibuka  & akan diisi pulut yang dimasak dengan santan & akan dibentuk semula
Walaupun nampak senang x kena anyam
Tapi puas juga mak aku nak ajar aku
Heeee... Kalau beraya kat kampung, bab ketupat aku memang x masuk campur langsung
Hanya nenek ngan mak aku ngam achik jer
Hihihi
Ok...
SELAMAT HARI RAYA KALAU NAMPAK ANAK BULAN...

Thursday, 21 May 2020

JUADAH IFTAR 27 RAMADHAN 2020- NASI DAGING (PKPB-COVID 19)

Juadah iftar 27 Ramdhan 2020
Hari Rabu nyer iftar

Nasi daging Simple
Juadah iftar semalam..


 Sejak pagi abang gi pasar beratur beli daging
Tahun ni semua orang pun x dibenarkan balik lampung untuk beraya
Semuanya kerana nk pastikan rantaian wabak  Covid dapat diputuskan..
Tapi ada jer yang curik2 balik kampung..
Huhuhuhu.....


Nasi Daging Sorang Sepinggan



NASI DAGING SIMPLE SEDAP
Bahan Nasi Daging:

1/2 kg daging- rebus seketul besar hingga empuk & baru hiris nipis)
4 cawan beras basmathi- rendam 15 minit supya nanti nasi gembur cantik
( Kalau beras biasa pilih beras yang agak keras)
4 cawan air rebusan daging  ( Ratio- 1 beras: 1 air)
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu penuh serbuk REMPAH SUP ADABI
Bahan Tumis:
1/4 bawang besar- hiris
2 hiris halia- mayang
1 daun pandan -simpul
1 batang kulit kayu manis(kalau xde boleh skip)
2 bunga lawang ( kalau xde boleh skip)
2 sudu marjerin(kalau xde stok guna minyak jer) 
1. Rebus daging dengan air yang banyak hingga empuk. Air biar banyak sebab nanti nak guna air tu untuk sup dan nak masak nasi
2. Panaskan marjerin/ minyak dalam kuali....& Tumis semua bahan tumis
3. Bila harum..Masukkan  Perencah Sup Serbuk dan masukkan kiub ayam
4. Masukkan beras yang sudah direndam d dibuang airnya. Goreng beras bersama bahan tumis selama 2 minit
5.  Dalam rice cooker, sila panaskan 4 cawan air rebusan daging hingga mendidih
6. Tuang semua bahan dalam kuali tadi ke dalam rice cooker yang air daging sedang mendidih.Masukkan juga garam dan gula.. Tekan Cook dan masak hingga mendidih...
7.Bila air kering gaulkan sedikit supaya rempahnya rata.

8. Letakkan juga kepingan daging rebus hiris tadi ..Tutup dan biar nasi masak sepenuhnya

Bahan Air Asam 
10 cilinpadi hijau +5 cili padi merah
1 sudu belacan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi +1/2 cawan air
1/2 bawang besar hiris
1 buah tomato
1/2 lemon /limau nipis
1. Blend cili, garam, gula, belacan,separuh bawang hiris & air asam jawa. Blend jangan terlalu halus
2. Masukkam dalam mangkuk & tambah bawang hiris, tomato hiris & sesuaikan rasa


Selalu mak aku buat Air Asam Kerisik
Tapi hari ni air asam biasa tanpa kerisik.
Mak aku cakap kerisik simpan untuk masak rendang raya esok
Selain air asam ni mak aku juga masak
Dalca Telur untuk makan ngan nasi daging ni


KARI DALCA TELUR... mak aku
5 biji telur - rebus
2 biji kentang - belah-belah
1/2 cawan kacang dal - rebus 20 minit
2 biji tomato (xde stok)
1 terung bulat belah 4(xde stok)
5 batang kacang lanjang (xde stok)
1/2 kotak santan
2 sudu besar rempah kari ikan
4 sudu minyak
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
Bahan Tumis:
1 tangkai daun kari
3 bawang merah hiris
2 bawang putih hiris
3 hiris halia - mayang halus
Rempah tumis sup( boleh skip)

1.Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga harum
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air.
3. Bila naik minyak, masukkan dal rabus, kentang & 3 cawan air. Masak hingga mendidih
4. Bila kentang & dal empuk, masukkan telur rebus, garam, gula & santan
5. Biar mendidih & kecilkan api d biar mazak perlahan selama 5 minit supaya kuah jadi cantik

Dessert sejak minggu ke - 2 puasa
Hampir setiap hari mesti ada tembikai
Kalau x tembikai, mesti mangga
Kalau x mangga mesti tembikai😂

JUADAH IFTAR 26 RAMADHAN 2020 (PKPB - COVID 19)

Juadah iftar semalam
26 Ramadhan  1441
20 Mei 2020..Selasa
Hari ni dah 27 Ramadhan dah pun
Ops malam tadi malam 27 Ramadhan
Malam 7 Likur laaaaa
Dengar kat radio (dalam rumah ni radio dikawal oleh mak aku.. Jangan sesapa memandai alih channel.. Hanya Radio Klasik)
Dengar lagu raya & ada satau lagu tu bama lagu dia "Malam 7 Likur"
Kata mak aku dolu2 memang malam 27 Ramadhan memang disambut meriah dengan memasang pelita & bakar meriam buluh..
Dulu masa sekolah bila citer pasal malam 7 likur ni xde sesapa yang tahu..
Aku tahu sebab mak aku pernah citer
Dah pernah share dalam post MALAM 7 LIKUR... kat sini

1.TEMBIKAI & MANGGA
Lepas azan mulakan iftar dengan buah dulu yer..
Tembikai masak merah
Mangga masak kuning


2. NASI PUTIH
Terus capai pinggan nasi sebab bau lauk melambai selera
Nasi Putih Sesuci Lebaran🤣

3. AYAM KUKUS TAUCU
Ni la lauk yang menusuk deria bau aku nih
Bau masa kukus..
Huh...
Angkat hidang panas-panas
Sedap baq hang....

AYAM KUKUS TAUCU
1/2 ekor ayam - bersihkan
1 paket taucu Bilal( +-1 sudu besar)
1/2 kiub ayam
1 ketul halia muda- racik jejari halus
3 bawang putih - cincang
1 bawang holland-hiris nipis
1 cili merah hiris
10 cili padi - ketuk pecah2
1 pokok leek/daun bawang
2 sudu kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1. Bersihkan ayam & gaul dengan semua bahan. **tidak perlu garam kerana taucu & kiub ayam sudah masin.
Tinggalkan sikit daun bawang untuk tabur masa hidang nanti
2. perapkan ayam dalam 15 minit.
3. Sambil tu jerang air dalam kukus @ dalam kuali hingga mendidih
4. Tuang semua ayam perap dalam bekasa tahan panas & kukus 1/2 jam
5. Tabur daun bawang hiris & sedia hidang panas-panas


4. SAMBAL PETAI + SARDIN
Ni pun lauk yang bau dia macan minta tambah nasi jerk😂
Petai & daun palas kiriman Achik masih bdlum dapat
Tapi dah dapat khabar barangnya ada di Pejabat Pos Brickfield!!
Alasannya dia cakap dah hantar 18Mei  premis tutup..
Jangan nak membongak la Pos Laju!
18 Mei tu mak aku kat tepi pintu jer buat kuih raya..
Abang plak duduk kat ruang tamu tu dari lepas subuh sampai petang ngadap game..
PKP ni rumah x pernah xde orang .. 24 jam ada jer orang dalam rumah.
Sepanjang puasa ni boleh kata every day ada jer parcel sampai kat rumah ni..
Achik hantar baju raya 5 parcel
Achik post kasut raya 1x
Parcel kakak boleh kata setiap hari kot
Parcel abang order barang
Mostly  by J&T & Gdex.
Dari Pos Laju memang TAK HADA....
Kalau betul dorang datang, mana kad yang tulis xde orang kat rumah tu??
Bawah pintu pun xde
Dalam peti surat pun xde..
Abang call.. Hanya mesin yg jawab.
Suruh download app apa ntah.
D/load apps tu just nk suruh gi pejabat pos Brickfield.
Abang kata xpe esok abang gi
Walaupun dah tahu barang yg pos tu dah xleh makan
Tapi nak juga tengok apa kesudahannya..
So, untuk hilangkan geram, makan la sambal petai ni😆


SAMBAL SARDIN ADABI CAMPUR PETAI
1 tin Sardin Adabi
3 papan petai-ambil isi
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
10 cili padi hijau-patah-patahkan
Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga garing naik minyak
2. Masukkan asm,garam,gula dan petai
3. Tambah sardin bersama sosnya
4/Masak hingga mendidih dan pekat
5. MAsukkan cili padi patah-patah dan sesuaikan rasanya

5. ULAM.. 
Haaaa... Ulam ni memang aku suka
This is Pucuk Tenggek Burung
Aku dah kenal ulam ni coz mak aku selalu beli
Kadang mak aku yang beli(masa ssbelum PKP la)
Aku suka ulam ni sebab rasa  pucuk dia rangup & lemak
Bila makan ngan sambal petai memang ngam

6. KEROPOK LEKOR
Keropok lekor ni kakak yang order COD  by IG..
Kakak gigih gi tunggu kat pondok jaga
Gigih goreng
Tapi mak aku bebel coz x berbaloi
Banyak tu RM15...
Kalau beli kat pasar malam x sampai rm5 nih
Tengok la sos dia ciput giler..
Ops... depan rezeki xleh merungut

SELAMAT BERPUASA

Tuesday, 19 May 2020

JUADAH IFTAR 25 RAMADHAN 2020- NASI AYAM THAI (PKPB-COVID 19}

Semalam mak aku sambung buat biskut raya.
Semalam hari ke 25 Puasa..
Kalau tahun-tahun lepas time ni semua dah ready kemas-kemas nak balik kampung dah pun...
Hari tu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19 ni kitorang plan nak balik kampung hari sabtu sehari sebelum raya
Sebabnya hari Jumaat kakak masih kerja
Abang plak cakap bulan April abang dah habis kursus & posting
Abang kata dah redho dah tahun ni kena raya kat KL
Abang kata kalau 1st year posting memang xdapat cuti raya.. Tambah lagi kalau bujang
Mak aku cakap nak masak rendang frozen untuk abang... Pastu nanti soh abang beli lemang jer buat makan pagi raya sambil video call la konon
Tapi itu kita yang merancang
Yang الله tentukan  adalah hampir semua warga KL memang kena raya kat KL pun
Hanya beberapa kerat jer dapat balik kampung atas sebab- sebab tertentu
Ada yang balik dengan kebenaran polis
Ada yang cilok & lepas
Tapi dalam TV dah cakap nanti mdreka akan dikenakan tindakan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Untuk iftar...
Mak aku masak Nasi Ayam Thailand

Kelam kabut abang snap pic
Sebab masa ni dah azan
Mak aku baru siap masak
Semua makan tembikai & minum air kosong dulu
Sib baik sempat jug berdoa sebelum waktu iftar..
Apa yang aku doa?
Rahsia laaaa



Habis azan baru makan nasi
Mak aku cakap today xde kuih
Tak buat kuih iftar
Sebab bz buat kuih raya


Mak aku sendukkan nasi
Kakak susunkan tomato

NASI AYAM ALA THAI
1/2 ekor ayam - potong
3 cawan beras basmathi-rendam 15 minit
1 ketul halia tua - hiris @ ketuk
2 pokok daun sup
2 pokok daun bawang
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh garam
1 helai pandan

1. Ayam dibersihkan & rebus bersama 8 cawan air halia, pokok daun sup & daun bawang & kiub ayam.
3. Bila mendidih & ayam 3/4 masak, keluarkan ayam
4. Ambil 4 cawan air rebusan ayam & masukkan dalam rice cooker & cook hingga mendidih semula.
5. Masukkan beras yang sudah direndam & daun pandan
6.Biar nasi tanak

Sup:
-Baki rebusan ayam dimasak hingga mendidih & tabur daun sup dan daun bawang

Sambal Cili:
1/2 cawan sos cili (brand Life sedap)
1/2 cawan air
1 sudu kicap
1 sudu gula perang
2 ulasa bawang putih cincang
1 sudu daun ketumbar cincang

1. Campur sos cili, air, kicap, gula perang& masak hingga mendidih
2. Angkat & masukan dalam mangkuk d tabur daun ketumbar

Sambal Halia:
2 ketul halia muda
5 bawang putih
1 sudu gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu cuka

-Tumbuk halia & bawang putih
-Tambah garam, gula & cuka
- Sesuaikan rasa

Ulam :
Salad
Tomato
Timun


Ulam...
Daun salad menyorok sebab malu



Sambal Cili

Sambal Halia


Rasa nasi ayam ni macam Nasi Ayam Hainan yang mak aku masak sebelum ni
Aku hanya makan ngan sambal cili
Tapi mak aku ngan kakak beria makan ngan sambal halia
Kakak makan sambal hlia sampai licin
Sslalunya kakak orang 1st yang sselesai makan
Malam tadi kakak orang last yang siap
Sesuatu yang aneh..
& semua bekas licin tersusun tepi pinggan kakak
Oleh karana kakak orang yang last..
Maka kita hadiahkan  pantun adik beradik untuk kakak
Pantun 2 kerat jerk..

Buah durian tampuk emas, 
Siapa kemudian,silalah kemas. 

🤣🤣🤣🤣🤣



Makan tembikai jap...
Brrrrrr....
الحدالله.

SELAMAT BERPUASA..

Monday, 18 May 2020

JUADAH IFTAR 24 RAMADHAN 2020 (PKPB-COVID 19)

Juadah iftar semalam...
24 Ramdhan 1441
17 Mei 2020
Hari Ahad...
Semalam mak aku sibuk buat  Sampret Susu yang kawan aku & kawan kakak order.
Lepas buat biskut mak aku terus plak bakat kuih bingka labu untuk iftar
Sedapnya bau diaaaaaaa....
Buat rasa lapar...
Juadah iftar semalam


1. AYAM CILI KERING BERGAJUS

Lauk ni dah 2x mak aku masak sejak puasa ni.. Hari tu dah masak AYAM CILINKERING GAJUS... kat sini..
Lauk ni sedap kalau makan ngan nasi putih tanpa lauk lain..

AYAM CILI KERING KACANG GAJUS... mak aku style
2 keping besar dada ayam- dadu
1/2 cawan tepung bestari/tepung kfc
(kalau tiada guna tepung gandum+ sikit serbuk kari)
1cawan kacabg gajus
1 sudu teh garam
Minyak masak
1/4 cawan sos cili (brand life sedap)
2 sudu sos cili Korea (jika nak extra pedas)
Bahan Tumis:
15 cili kering- basuh & gunting serong
1 bawang besar(bslah 16)
3 pelepah daun kari

1. Ayam dadu dimasukkan dalam plastik bersih & tambah tepung bestari. Goncang hingga semua bersalut
2. Goreng ayam hingga garing. Ketepikan
3. Goreng kacang gajus hingga garing & ketepikan
4. Panaskan kuali & 4 sudu minyak.
5. Tumis semua bahan tumis hingga harum.
6. Masukkan ayam siap goreng,garam, sos cili, sos korea & gajus
7. Jika terlalu kering tambah beberapa susu air & gaul sebati.
8. Sesuaikan rasa

2. LABU LEMAK KUNING IKAN MASIN
Ni lauk mak aku..
Mak aku jer makan lauk ni
Aku, abang & kakak memang x makan.

LABU LEMAK KUNING IKAN MASIN
1/4 labu saiz kecil potong dadu(1 mangkul isi)
1/2 kotak santan kotak
2 keping ikan masin
1 asam keping kecil
1 sudu teh garam
1 helai daun kunyit

Bahan tumbuk;
5 cili padi
1 ketul. Kecil kunyit

1. Rebus labu & bahan tumbuk & ikan masin 2 cawan air hingga empuk & air rebusan tinggal.anggaran 1 cawan.
2. Masukkan asam keping & garam
3. Tambah santan pekat & daun kunyit
4. Biar mendidih sekejap & sesuaikan rasa


3. KARI IKAN... 
Pun lauk mak aku..
Aku abang & kakak makan ngan ayam cili kering jer
Taknak campur lauk lain

4. ULAM & BUDU
Pun lauk mak aku juga..
Mak aku jer makan ulam & budu
Dah 2 hari berturut-turut mak aku makan nasi lauk budu & ulam..
Kalau bukan bulan puasa aku suka jer budu
Tapi kalau bulan puasa aku aku x suka makan budu
Tak tau naper


5. BINGKA LABU
Kuih ni la yang harum 1 rumah lepas.
Lepas baking kuih raya mak aku bakar lak bingka labu ni
Mak aku panggil Bengkang Labu
Sedap.. Lemak.. Manis tapi cepat kenyang
Makan 1 pun jadi kenyang...

BENGKANG LABU
1/4 biji labu siz kecil
(2 cawan labu rebus lenyek)
1/2 kotak kecil santan + 1/2 cawan air
(= 1 cawan santan pekat)
1 biji telur
1/4 cawan gula perang lembut
1/2 sudu teh garam
Sikit butter / minyak untuk sapu

1. Lenyek labu hingga halus
2. Tambah gula, telur, santan & garam
3. Kacau sebati
4. Sapu loyang @ petitin muffin dengan butter @ sikit minyak & panaskan dalam oven 5 minit
5. Tuangkan adunan labu ke dalam loyang @ petitin & bakar api atas bawah 180 sslama 45 minit - 1 jam hingga masak
6. Biar sejuk sebelum keluarkan


6. NANAS MADU
Namanya nanas madu & warnanya cantik
Aku suka nanas
Tapi nak makan talut sakit lidah
Mak aku cakap x sakit sebab dah buang matanya..

Sunday, 17 May 2020

JUADAH IFTAR 23 RAMADHAN 2020{PKPB-COVID 19)

Dah masuk 24 Ramadhan dah pun..
Lagi 6 hari nak raya
Tahun ni macam dah confirm kena raya kat KL😭
Covid-19 punya pasal
Ni juadah iftar semalam
Hari ke 23 Ramadhan

1. SPAGHETTI BOLOGNESE

Mak aku masak Spaghetti Bolognese


Plating by abang...
Suruh abang isi makanan masa nak iftar
Abang pun segera tunjuk skill
Dulu abang memang western chef
Kepakaran abang masak seafood carbonara
Tapi abang sendiri x makan seafood🤣
Abang kata boss abang nyer wife preggy & selalu akan request abang masak fettucini carbonara..
Pernah sekali birthday mak aku abang masak pasta carbonara masa mak aku mandi & bila mak aku siap mandi pasta dah siap..
Tapi sejak hujung tahun lepas abang dah tukar profesion...
Masuk akademi yang memang xde kaitan langsung ngan culinary
Sebab tu agaknya bila suruh serve spaghetti ni abang terus amik sepit & pusingkan spaghetti tu & bagi kemas
Aku main belasah cedok macam cedok. Mee jerk.. 🤣
Takde skill lahangsong


Spaghetti

Sos Bolognese ni mak aku yang masak
With meatball
Sedap
Licinnnn

2.KARI KEPALA IKAN
Lauk mak aku
Mak aku memang nasi lover
Everyday nak makan nasi
Mak aku memang suka masak spaghetti bolognese
Tapi x suka makan
Aku memang perasan kalau bolognese memang mak aku x suka
Aku, abang & kakak memang mengadap pasta bolognese la..
Tak pandang dah kari tu


3. IKAN GORENG
Pun lauk mak aku
Coz mak aku jer makan nasi
Aku, kakak & abang makan spaghetti


4.ULAM & BUDU
Mak aku pulun makan  penuh nikmat
Licin ulam & budu tu mak aku makan sorang.
Kalau kambing tengok mau nangis
Mmmmmbekkk


5. KARIPAP FROZEN
Mak aku x masak kuih iftar semalam
Just goreng karipap frozen
Sebab semalam mak aku buat cookies yang kawan abang order..


6. MANGGA MASAK KUNING
Minggu lepas makan tembikaiiiiii jer🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉
Minggu ni plak makan manggaaaaaaa jer plak🍐🍐🍐🍐🍐xde emoji mangga🤭
,