Saturday 2 May 2020

AYAM CILI KERING KACANG GAJUS-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19(DAY 45)RAMADHAN 2020

Hari ni dah 8 Ramadhan 1441
Juga hari ke 45 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19

Semalam puasa ke 7 Ramadhan
Mak aku masak Ayam Cili Kering Bergajus..
Sedappppp
Dah lama x makan ayam gajus ni
Dulu mak aku selalu masak ayam goreng gakus ni
Tapi dah lama x masak
Mak aku cakap sebab gajus mahal
Tapi semalam mak aku mask
Mak aku cakap bulan puasa boleh la masak
Sebab x banyak sangat makanšŸ¤£


AYAM CILI KERING KACANG GAJUS... mak aku style
2 keping besar dada ayam- dadu
1/2 cawan tepung bestari/tepung kfc
(kalau tiada guna tepung gandum+ sikit serbuk kari)
1cawan kacabg gajus
1 sudu teh garam
Minyak masak
1/4 cawan sos cili (brand life sedap)
2 sudu sos cili Korea (jika nak extra pedas)

Bahan Tumis:
15 cili kering- basuh & gunting serong
1 bawang besar(bslah 16)
3 pelepah daun kari

1. Ayam dadu dimasukkan dalam plastik bersih & tambah tepung bestari. Goncang hingga semua bersalut
2. Goreng ayam hingga garing. Ketepikan
3. Goreng kacang gajus hingga garing & ketepikan
4. Panaskan kuali & 4 sudu minyak.
5. Tumis semua bahan tumis hingga harum.
6. Masukkan ayam siap goreng,garam, sos cili, sos korea & gajus
7. Jika terlalu kering tambah beberapa susu air & gaul sebati.
8. Sesuaikan rasa



Isi ayam siap gaul tepung & goreng garing


Kacang gajus siap goreng


Bahan tumis..
Daun kari tu sebenarnya kering rapuh kerana sudah 2 bulan dalam peti ais.
Tapi still harum.
Tips..
Mak aku cakap, beli daun kari jenis nipis(ada jenis tebal & warna gelap) tapi pilihlah daun jenis nipis ring & pastikan kering tiada sisa air masa simpan dalam peti ais..


Bau dia...
Aummmmmmm...


Lauk ni x berkuah..
Just sedikit berminyak & melekit sos..


Ayam Gajus ni sedapp..
Dulu masa sekolah.. X tahan pedas, maknaku masakkan AAYAM GAJUS VERSI TAK PEDAS.. kat sini
Selain ayam, mak aku juga pernah masak SOTONG GORENG GAJUS....
Pun sedap...

No comments:

Post a Comment