Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Friday, 28 August 2026

MASAK MEE TELUR

Semalam saya masak mee telur...Dah agak lama tak masak mee mee ni.  Paling pun masak mihun.Mee kuning memang sangat jarang masuk rumah ni...Kalau teringin nak makan mee biasanya saya akan goreng meee jenis kering macam 

MEE KERING

MEE OATS

MEE LABU

YEE MEE 

MEE SIPUT

Tuesday, 7 April 2026

MEE RUSKI TOMYUM UNTUK IFTAR PUASA 6

 

Semangkuk Mee Ruski Tom Yum  untuk juadah iftar puasa 6 hari Jumaat lepas.Mee Ruski Tom Yum adalah antara jenama mee segera berperisa tom yam yang sangat saya suka.Tapi untuk perisa tomyam sahaja la zebab kalau perisa kari saya suka jenama lain..Kalau mee goreng pun suka jenama lain..
Pada saya kalau tom yum...memang tak leh lawan Ruski ni...Pekat pedas..masam semua memang sedap seungguh.Mee dia pula kenyal yang takda pada mee segera lain...hihihi puji sikit kot Ruski ada nampak🀣


Sejak bulan puasa hari tu teringin sungghu nak makan mee Ruski Tom Yum ni...Tapi takkan nak nak masak mee segera pulak untuk berbuka time anak beranak semua ada kat rumah.Nak masak masa moreh..macam berat pulak sebab nanti nak bangun sahur lagi..Nak masak sa sahur,takut perut meragam pula sebab awal pagi...Eh,alasan demai alasan sampailan dah raya....Balik Kedah cari mee jenama Ruski ni takda la pulak..Kalau ada pun kena pu Mydin Alor Setar nu...Lagi pun musim raya perut dah disogokkan aneka makanan lain yang lebih menarik...hihihi



Bulan puasa tu dah beli pack 5 bungkus mee Ruski Tom Yum ni...Ingatkan ada la dalam kabinet dapur tu..Sekali bila bila buka masa balik dari kampung minggu lepas dah yillek...Seminggu tinggal balik kampung dia kat rumah hari hari makan megi jerlah agaknya...hihihi


Akhirnya ..Jumaat lepas melunaskan keinginan anak tekak sendiri..
Adah & suami dia...habis kerja depa pi makan Ayam Gepuk Top Global...
Cella tak balik...Anak jantan tu makan kat tempat kerja dah katanya..
Yes..kita sengsorang kat rumah masak mee Ruski TomYum jer lah...Pukul 7.23 waktu maghrib & berbuka kat KL ...Pukul 7.15 baru masuk dapur..Nak masak yang semudah ABC kan....


A
Jerang 2 cawan air dalam kuali.Rebuss udang...angkat udang

B
Masukkan mee Ruski Tom Yum  dan perencahnya biar  mendidih dan mee lembut..

C
Masukkan semula udang dan sesayur kegemaran...Siap

Saya suka mee Ruski ni sebab mee dia super kenyal...


Bahan perencah dia pulak cukup kaw....Rasa yang tajam tom yumnya...
Saya hanya lernah cuba perisa tomyum..perisa lain jenama ni belum pernah try...




Semangkuk Mee Ruski Tom Yum penuh perisa.....siap sebelum azan maghrib bergema...


Hirisan tembikai sebagai  pemanis bersama air kosong  dan elok elok siap hidang elok azan berkumandang...Bismillah .....

Monday, 23 December 2024

HOMEMADE MEE HIRIS

 Kerajinan dan kemalasan sering datang  bertukar ganti.

Kalau malas memang tiada ubatnya..Tapi kadang datang rajinnya mud memasak ...risau la pulak....asyik nak masak dan kalau dah masak pastilan endingnya makan...hihihi



Ni masa mud rajin datang...Saya sempat masal Mee Hiris Sup..


Punca masan mee hiris ni sebab bulan Oktober tu ada sekali anak jantan tu belanja makan masakan cina 

Makan mee hiris kat MEE HIRIS CHINA MUSLIM @  Mitsui,KLIA.Ada pilihan mee tarik dan mee hiris serta beberapa pilihan lain.Masa ti saya makan mee hiris..Sebab bukan saya yang bayar,jadi saya tak amik pot sangat.Tapi bila tengok semula buku menu tu..eh,boleh tahan harha dan dari segi rasa...saya rasa macam saya pun boleh masak la...hihihi



Tu yang saya cuba try test....buat sendiri...Hasilnya memang sedap kerana meenya fresh.Makan mee fresh homemade memang lain kesedapannya walaupun simple sahaja.Agaknya sebab tu chinese food sedap dan agak pricely walaupun makanan simple.unglin  kerana kesegaran bahannya..Cuma nak makan selalu selalu tu kita kena ukur poket sendiri la kan....hihihi..

Kalau tetiba datang angin rajin...jom lah kita cuba masak sendiri ..

Saya juga pernah sahaja beberapa kali membeli sup daging dan sup campur di kedai makan dan pasar malam..Kalau banyak,baki sup saya frozenkan...Bila rajin saya buat mee hiris ni dan masukkan dalam sup readymade tu..hihihi

 Videonya ada saya upload di youtube  channel 

Seroja Putih

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/0asdcHEFEw4?si=AtFFByt7qHwT5PFZ




Monday, 7 August 2023

MASAK MEE KERING GORENG UNTUK BEKAL

 Semalam masak spaghetti Olio..Hari ni masak Mee Kering Goreng untuk bekal anak dara bongsu tu.Eh,memang dia sorang ja dah anak dara kan..Saya selalu lupa yang Adah dah kahwin dan saya ni dah jadi mertua!


Mee Kering Goreng...letak udang juga sebagai rencahnya 
Rupa tak jauh beza kan dengan bekal semalam,spaghetti Olio Udang...hihihi


Saya guna mee kering  ni



MEE KERING GORENG

½ pack mee kering (5 keping)

15 ekor udang - buang kulit

½ batang carrot - potong jejari

1 pokok daun sup + daun bawang

Kicap secukupnya

Minyak,garam,gula,perasa


Bahan Blend:

5 cili merah

1/2 bawang besar

5 bawang putih


1. Jerang air 1/2 periuk untuk celur mee


2. Semantara air memndidih panaskan minyak.


3. Goreng udang  hingga masak dan ketepikan

4. Dalam minyak goreng, tumis bahan blend naik minyak tambah garam, gula & carrot.


5. Celur mee dalam air mendidih anggaran 2 minit sekadar untuk mee boleh dilerai. Jangan rebus lama nanti mee lembik x sedap.


6 Cedok mee & terus masukkan kedalam bahan tumisan.Biar ada sikit air supaya mee dapat menyerap bahan tumis


7. Masukkan udang goreng  & gaul rata sambil direnjis kicap


8.Sesuaikan rasa & tabur daun sup+daun bawang



Masak setengah paket ja mee kering tu..5 keping sahaja kerana saya dan Adah akan menghadiri kenduri.



Bekal Mee Kering Goreng is done..


Tuesday, 18 July 2023

GORENG MEE KERING VIT"S

 

Semalam petang,saya masak Mee Kering Goreng.Plan asal saya nak masak roti paratha cicah dengan kuah kacang kuda.Tapi last minutes tukar plan sebab tetiba teringin Mee Kering Goreng..


Rasanya dah dekat setahun kot tak masak Mee Kering Goreng ni.Kadang sebab lupa wujudnya mee kering ni..hihihi
Kalau dah start masak sesuatu tu mula la dok ulang-ulang.Macam tahun lepas rasanya dok ulang masak mee tarik oats..mee labu dan aneka mee dengan aneka perencah.



Saya masa berencahkan ayam goreng yang disiat-siat.Kebetulan hari Ahad tu Cella balik hantar barang dengan kawan dia.Dia cakap nak ajak kawannya lunch kat rumah upah angkat barang..hihihi..
Kitapun masak ala kadar sahaja.
Masak Nasi Putih
Daging Goreng Berlado
Sup Sayur Petola + Bebola Ayam
Ayam Goreng

Semalam nampak ada baki ayam goreng bahagian dada ada dua ketul.Maka kita siat-,siatkan ayam goreng tu,jadikan rencah mee kering goreng.


                     pic Google

Seperti biasa saya gunakan Mee Kering  brand Vit's ni..Ni juga antara stok yang selalu ada kat dapur untuk waktu-waktu tetamu datang tak dijangka..Selain mihun,mee tarik dan pasta-pasta,mee kering ni juga boleh jadi masakan yang cepat tak banyak songeh.
Resepi saya c&p saja dari old post.Cuma kali ni saya guna dada ayam goreng yang dicarikan..

MEE KERING GORENG
1pack mee kering (10 keping)
1 keping besar dada (dari seekor ayam)
1 batang carrot - potong jejari
1 pokok daun sup + daun bawang
1/4 cawan minyak
2 sudu teh garam
1 sudu gula perang
1/4 cawan kicap

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar
5 bawang putih

1. Jerang air 1/2 periuk untuk celur mee
2. Semantara air memndidih panaskan minyak.
3. Tumis isi ayam bergaram hingga masak & carik-carikkan.
4. Dalam minyak goreng, tumis bahan blend naik minyak tambah garam, gula & carrot.
5. Celur mee dalam air mendidih anggaran 2 minit sekadar untuk mee boleh dilerai. Jangan rebus lama nanti mee lembik x sedap.
6 Cedok mee & terus masukkan kedalam bahan tumisan.Biar ada sikit air supaya mee dapat menyerap bahan tumis
7. Masukkan juga isi ayam  & gaul rata sambil direnjis kicap
8.Sesuaikan rasa & tabur daun sup+daun bawang



Pic by Cella...
Tengah tunggu azan.Kebetulan semalam saya puasa..Masak mee ni untuk iftar merangkap dinner.



Pic dari saya...
Yey..macam saya dah pandai skit dah snap pic kan.....hihihi


Monday, 2 August 2021

MASAK MEE TELUR GORENG

 Selamat datang bulan Ogos.Kalau sebelum 2020,bulan Ogos ni semua premis dah meriah mula pasang Jalur Gemilang macam nak raya layaknya.Teringat masa masih tinggal kat kuaters dulu,setiap blok akan berlumba menghias blok masing-masing dengan Jalur Gemilang,Bendera Wilayah Persekutuan & logo merdeka.Sejak 2020 semua tu beransur sepi.Tahun ni tak tahu lah keadaannya.Dengarnya yang kibar bendera putih pun dah makin ramai.Semoga Allah memudahkan urusan mereka yang terkesan, melindungi diri kita,keluarga,agama Islam & tanah air kita yang tercinta daripada segala musibah & mnggantikan dengan takdir yang lebih baik.


Kalut - kalut masak pagi ni ..Masak mee telur goreng.ntuk sarapan & bekal juga.


Minggu lepas ada masak mee telur ni.Tapi tak tau pasai apa tak update & takdak snap pic.Rasa sedap sangat.Asalnya masa tu nak beli mee kering yang sesalu saya beli brand Vits tu,tapi takdak stok.Disebabkan anak bujang request nak makan mee,saya pun beli mee telur ni sebab dah takdak pilihan lain.Beli mee ni ,masa tu saya masak rencah isi ayam panggang & sayur.Buat basah-basah & makan panas-panas.Masya Allah sedapnya teringat sampai hari ni.Tapi hari ni buat ala mee goreng budus sahaja.


Mee telur cap 3 ayam.Product of Indonesia.Ada halal Indonesia.Setiap 1  bungkus ni beratnya 200 gm.Saya guna 2 bungkus untuk kami 4 beranak yang selera besar.Hihihi.Kalau jenis kantung perut suku suku separuh,masak 1 pack pun dah cukup kot..Hihihi...Selalu nampak mayarakat Indonesia masak mee ni nampak sedap sangat.Saya selalu nampak mereka masak dengan cara celur mee ni macam celur indomei tu.Pastu dorang gaul mee yang dicelur tu dengan minyak baaang putih supaya mee tak melekat.Kemudian mee ni dimakan bersama ayam yang dimasak macam ayam masak kicap tu.Kemudian masakan macam ayam masak kicap tu diletakkan atas mee bersama sikit sayur sawi.Sekali imbas macam mee kolok pun ya.Macam mee kicap pun ya juga.Nampak menarik untuk dicuba.Tapi sebab masak ni waktu pagi dalam kalut-kalut,saya hanya masak ala mee goreng sahaja.Rencah pun hanya sosej & daun bawang sahaja.Nanti lain kali nak cuba masak style orang Indonesia masak tu.Nampak sedap betul.Tambahan pula mee telur ni memang kenyal & mee nya panjang-panjang.


MEE TELUR GORENG
2 paket mee telur 
5 batang sosej- hiris
1 pokok daun bawang
2 sudu culi blend + bawang blend
2 bawang putih
1 kiub bilis
4 sudu minyak
kicap lemak manis.

1. Jerang air dalam periuk untuk celur mee.
2. Sesambil tu panaskan minyak dalam kuali & tumis bawang putih cincang.
3. Masukkan sosej hiris & goreng hingga harum.
4. Tambah cili + bawang blend & masak hingga naik minyak.Tambah kiub bilis.Garam hanya masuk jika perlu.
5. Celur mee dalam air mendidih lebih kurang 2 minit & bila nampak sudah lerai,terus cedok & masukkan dalam tumisan.
6. Gaul rata sambil renjis kicap supaya merata.
7. Masukkan daun bawang hiris & sesuaikan rasa.

Bekal..



Bekal kami dua beranak.Ajak Cella  temankan ke tempat kerja.

Saturday, 9 May 2020

MEE SIZLING @ HOME - RAMADHAN 2020(PKPB)

Semalam untuk iftar 15 Ramadhan 2020
Mak aku masak mee sizling untuk iftar..
Suruh abang snap pic masa dah nak berbuka
Hanya 2 pic ni jer disnap..
Ingatkan snap semua
Ada ke gi snap 1 jer
Mmmm.... Betul-betul kuali yang sendiri nyer nak makan jer
Mak aku pun cakap xde snap langsung pun masa masak,


Haaaa... Ni jer lah pic
Mee Sizling @ home
Bukan orang jer kana stay@home
Mee pun kena stay @ home.
Jangan sesuka hati bawa mee gi makan ramai-ramai kat dataran merdeka bagai..
Mak aku cakap masak banyak jer kuah mee sizling ni dalam periuk..
Sesapa ulang makan sila letak yee mee dalam kuali, tuangkan kuah yang dah siap masak, letal sayur dan pecahkan sebiji telur.
Biar mendidih jap & ready to eat dengan cili kicap..


Tapi aku hanya makan sekali jer masa iftar
Sebab sektul yee mee tu + kuah dia & telur memang dah kenyang giler..


MEE SIZLING AYAM DAN CENDAWAN...... (5 hidangan) 

1 bungkus yee mee
5 cendawan kering- rendam
1 mangkuk ayam potong - isi + tulang
10 cili kering
1 ikat sawi
½ cawan sos tiram
½ cawan kicap lemak manis
¼ cawan kicap manis ABC
5 cawan air
1 sudu besar tepung ubi
+ ½ cawan air
Telur- jika suka
Bahan tumis
3 sudu minyak
½ ketul halia
5 bawang putih
. Yee Mee
1. Sediakan bahan
2. Cendawan kering- basuh dan rendam dgn 1 cawan air
3. Isi ayam + tulang dibersihkan
4. Cili kering dikerat2..Bawang putih dan halia ditumbuk
5. Panas minyak dan tumis bawang dan halia tumbuk
6. Masuk cili kering dan goreng sekejap sahaj kerana cilj kering cepat hangus
7. Masuk ayam & masak sampai ayam kecut
8. Masukkan sos tirem dan kicap..
     Boleh tambah lada sulah jika nak pedas
9. Masukkan cendawan dan air rendaman cendawan,5 cawan air dan biar mendidih.
10. Bancuh tepung ubi dan tuang dalam kuah sambil dikacau hingga pekat..
Kuah dah siap...
11. Basuh dan potong sawi
12. Panaskan kuali @ pan dan letak seketul yee mee & Siram dengan kuah secukupnya...letak sawi potong ditepinya...
13.Pecah sebiji telur hati2 supaya kuning x pecah..
Masak hingga mee kembamg dan telur ½ masak


#Step by step bahan & cara masak boleh refer dari old post MEE SIZZLING... kat sini..

SELAMAT BERPUSA...

Thursday, 7 May 2020

MEE KARI AYAM - RAMADHAN 2020(PKPB)

Separuh daripasa bulan Mac, seluruh bulan April & 3 hari dalam bulan Mei 2020 kita hidup dalam Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19..
Start 4 Mei bermula Perintah Kawalan Pergeralan Bersyarat(PKPB) PM kata kena mula hidup dalam new norm..
Dah kena ubah x leh suka-suka keluar rumah. Wajib pakai mask kalau nak keluar rumah.. Nak masuk semua temlat kena check suhu badan & kena sentiasa guna hand sanitizer...
Puasa kali ni memang sangat berbeza dari aebelum ni..
Takde dengar mercun, xde dengar suara orang berterawikh..
Paling xde.. Orang berbuka puasa kat luar..
Takde dah orang kaya berbuka kat hotel yang harga dia ratus-ratus..
Tiada lagi orang berbuka ramai-ramai kat restoran & gerai makan
Takde dah orang berbuka ramai2 kat Dataran Merdeka setiap Sabtu Ahad
Takde lagi dah plan nak beriftar ramai-ramai ngan kawan,.
Tiada lagi majlis berbuka puasa di masjid d surau
Haruman bubur lambuk setiap Sabtu Ahad kat surau & masjid.
Raya pun xleh balik kampunggg😭😭😭😭
Semua berbuka dengan family kat rumah..


Untuk iftar semalam mak aku masak Mee Kari Ayam..
Mak aku cakap masak mee kari sempoi..
Takde kerang seafood bagai
Seafood mahal + abang memang allergic seafod..
So hanya ada ayam, tahu, sayur, telur & lime
No seafood


Hanya aku, abang & kakak makan mee kari Mak aku memang x suka mee kari
Mak aku makan nasi
Aku x tahu naper mak aku x suka mee kari
Roti jala pun sama mak aku x suka
Nak kata sebab kuah kari
Kalau makan nasi mak aku suka plak kari
Mmmm... biarlah
Selera manusaia memang x sama

Mee Kari ni fav abang la
Aku ngan kakak makan sepinggan jer
Oops kakak makan 1/2 pinggan jer
Abang makan berpinggan-pingan
Dari iftar

MEE KARI AYAM
1 mangkuk ayam-tulang + isi
10 biji tauhu pok belah 2
1 biji kentang - dadu
2 pokok sawi
3 sudu rempah kari ikan
1 sudu teh garam
1 kotak santan
3 sudu cili blend+ bawang
3 sudu minyak

1 bungkus mee- celur
Telur rebus
Limau nipis
Sambal tumis

1. Panaskan minyak & tumis ciki blend hingga mendidih. Tambah rempah kari & masak hingga naik minyak
2. Masukkan ayam & kacau hingga keluar air ayam.
3. Tambah kentang & 5 cawan air.
4. Masak hingga kentang & ayam empuk
5. Tambah garam & sikit gula serta santan
6. Kacau sebati & sesuaikan rasa.
7. Akhir sekali masukkan sawi & terus matikan api.
8. Hidangkan bersma mee yang dicelur, bersama telur rebus, limau & sambal tumis kosong


Ready to eat..

Tuesday, 14 January 2020

YEE MEE GORENG DAGING


Yee Mee Goreng
Hari Jumaat nyer sarapan & Bekal
Haaaaa....post lain dah potong Q



YEE MEE GORENG DAGING
1 pack yee mee(5 ketul)
1 mangkuk daging rebus & hiris nipis
1 batang carrot
5 pokok sawi hijau
1 pokok daun bawang
¼ cawan minyak
¼ cawan sos tiram
¼ cawan kicap manis
1 sudu teh garam

Bahan Blend:
10 cili kering rebus
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Siapkan bahan- bahan.Potong sayur...Blend bahan blend
2.Sawi dibasingkan batang dan daunnya
3. Sementara tu jerang air dalam periuk dan celurkan yee mee agak- agak 2 minit hingga mee dapat dilerai sahaja
4. Panaskan minyak dan goreng isi ayam hingga masak
5. Masukkan bahan tumbuk dan masak hingga naik minyak
6. Tambah sos tiram dan kacau rata. Masukkan carrot dan batang sawi
7. Masukkan mee yang dicelur dan gaul rata.
8. Sesuaikan rasa. Akhir sekali baru masukkan daun sawi dan terus matikan api..
Balik- balikkan mee supaya daun sawi masak


Yee Mee
Lama x makan sizzling mee
Tapi mak aku asyik masak yee mee gorwng jer kalau beli mee ni

Bekal mak aku..
Bekal abang
Bekal kakak


Orang lelaki memang kena makan banyak ek?
Bekal mak aku & kakak


Pic whatsApp by mak aku
Setiap hari aku akan call mak aku tanya dah makan ke belum..
& mak aku akan reply bila tengah makan..
Bekal Yee Mee & Kopi O panas...

Saturday, 3 August 2019

DINNER MEE GORENG JER..

 Dinner Mee Goreng Jer...
Dah  banyak makan buah..
Makan mee jer lah
Mak aku cakap malas nak masak nasi sebab kena masak lauk
Kalau  masak mee xyah masak lauk
Aku suka la


 Asalnya mak amu nak masak kue teow
Tapi aku moncong(jangan tiru aksi itu)
Huhuhuhu...kue teow tu fav kakak
Asyik masak kue teow ikut selera kakak jer
Aku nak mee..


Akhirnya mak aku memang masak mee
Makan ngan sambal kicap
Baru puas hati aku
Tapi kakak merungut
Kakak kata makan sambal kicap denvan kuew teow lagi ngam dari makan ngan mee
Mmmmmm....aku rasa pun macam makan
KUE TEOW SAMBAL KICAP...lagi sedap la..
Agaknya sebab jarang makan mee kuning...
Mak aku jarang sangat beli dan masak mee kuning
Kecuali kalau mak Ismail bagi mee kuning
Ni mak Ismail gi haji.. xde la lagi bagi mee kuning
Normally mak aku masak Mee Kering sebagai mee goreng sebab aku x suka bau kapur dalam mee kuning
Tapi ni dah aku nak sangat mee
Mak aku masak mee kuninv goreng
Actually.. bukan aku nak sangat pun mee ni
Cuma aku nak menang sebab xnak kue teow fav kakak tu jer..!
Padan lah muka aku.. coz bila makan mee kuning goreng ni..
Aku terepaksa mengaku yang kue teow lagi sedap..
Mee ni ada rasa kapur..
Walaupun dah makan ngan sambal kicap

Dah la  mak aku masak 1 kuali penuh
Memang x habis
Makan sorang sepinggan jer
Takde sesapa menambah
Abang balik kerja pun x makan pun
Moral of the story.... xyah la tulis resipi..
Lain kali masak la kue teow
Ataupun Mee Kering goreng
Ataupun spaghetti macam  nenek selalu buat..
Nenek memang x  boleh makan mee kuning
So, kalau.nak makan mee.. nenek akan guna spaghetti or mee kering


Kasihan mee goreng ini.
Kurang diminati dalam rumah ni..
Bukan salahmu menjadi mi..
Tapi salah selera kami..

Friday, 19 April 2019

MEE KOLOK SEDAP

Mee Kolok Sedap
Rindu Sarawak..
Seronoknya Sarawak
Makanan sedap
Banyak yang pelik-pelik dan xde kat semenanjung
Kek Lapis macam-macam
Pemandangan cantik
2x gi ..dua- dua x sempat nak naik feri Sg Sarawak tu untuk tengok sunset..
Hari tu Achik kata nanti kita gi lagi untuk menyusuri sungai Sarawak tu..
Tapi ni dah lama....senyap jew...heee
Tapi tak tahu bila nak dapat gi lagi Sarawak
So...sebav nak feel Sarawak...
Kita makan lah Mee Kolok dulu ..
Sambil baca doa makan..
Doa juga dapat gi Sarawak lagi..
Heeee.....


Mee Kolok
Makan fav mak aku ni
Tapi ni bukan makan kat Sarawak
Ni makan kat KL jew
Dari gerai Dayang Sarawak
Sedap baq hang


Balik semalam mak aku cakap penat nak masak
Mak aku cakap nak makan Mee kolok
Ajak mak aku makan kat situ
Mak aku cakap soh tapaw jerrk
Beli kat tempat biasa jew,,Dah pernah tulis..
MEE KOLOK SEDAP Di KUALA LUMPUR....kat sini..


Hmmm....sib baik dah guna slice beef semul;a
Hari tu ada sekali beli dorang guna minced beef
Mmm....memang kecewa la
Haaa...agaknya ada customer comment soh back tu normal guna slice beef kot
Baru la betul Mee Kolok kan...



Elok-elok lak sampai rumah
Hujan mencurah-curah turun
Sib baik semapt sampai rumah
Makanan pun dah ada


3 set Mee Kolok
1 aku
1 mak aku nyer
1 abang nyer
Abang off
Tapi abang kata abang dah kenyang baru makan nasi Kerabu
So,aku makan jer ngan amk aku


1 set ada sebungkus mee  bersama daging & sos dia
Ada sambal Kicap sedap
Ada sambal merah yang juga sedap


Buka....\Aummmm....bau dia memang buat x sabar la nak makan


NAmpak daging dia yang x tahan tu
Actually daging tu memang slice nipius-nipis giler pun
Tapi memang feel la makan nak compare ngan minced

Sepinggan Mee kolok
Semangkuk Sup Panas
Haaa......speechless