Thursday 30 June 2022

UDANG MERAH vs IOI

 Semalam pesan durian  dari Syafiq Durian @ Bukit Belimbing.

Nak pesan daripada 
WAK LAN  warisan petani......macam jauh naw..Kalau dekat-dekat dah redah cari dusun dia dah...hihihi...

Dia cakap dia dah simpankan durian udang  merah dan ioi..


Suruh dia buka siap-siap.Ni gadis yang dok buka durian dengan tangkas ni baru umur 16 tahun ni..
Laju tangan dia mengopek durian yang berduri tu..Sap sup sap...siap sebekas.


Ni saya punya ...
Katanya ada udang merah dan ada ioi..

Saya tak tau mana udang merah


Yang saya tau saya suka kalau isinya kuning.

Kata penjual tu yang kuning lembut tu ioi.
Yang kuning keorenan tu udang merah.
Wallahua'lam
Saya bukan kenal durian...!🤭

Ni mungkin gred D..E...@ F dah kot sebab isinya tak la seksi sangat.

Banyak macam isi dah terlalu ranum.Tapi tampuk buah masih elok belum pecah.Kata penjual tu buah baru ambil dari Muar  pagi tadi.Wallahua'lam..
Saya buka tau pun..


Ni yang oren sikit ni udang merah .Yang kuning lembut tu ioi.

Yang isi masih sempurna tak benyek,saya dah asingkan 1 bekas polisterin tu dan dah siap frozen untuk tuan tanah kedaung yang akan balik KL minggu depan .

Bila bgtau dah simpan durian untuk dia..kemain suka dia...

Wednesday 29 June 2022

BELI LAKSA JOHOR

 Semalam balik kerja nak singgah Hero nak beli sayur konon nak masak mee oats sup..

5x pusing masih tak dapat parking.Sudahnya terus drive pi beli laksa..

Ada macam- mac laksa dijual di situ...

Laksa Penang.

Laksa Kelantan.

Laksa Johor.

Laksam.

Sajor 


Sajor tu katanya laksa putih biasa tu tapi dimakan dengan kuah laksa Johor . Kalau Laksa Johor kan makannnya dengan spaghetti.


Saya pilih untuk bungkus Laksa Johor.

Sampai rumah ,tak sempat nak mandi,solat dulu..Terus buka bungkusan laksa ni sebab dah teringin sangat..

Dah nama Laksa Johor,harusnyabguna spaghetti kan...Ada telur sebiji..ulaman tauge,kacang panjang,timun dan limau kasturi separuh.


Bila tuang kuahnya yang masih panas....rasa tak menyabar .


Gaul-gaul dulu..Makan dengan sudu garfu.Kalau real Johorean depa makan ngan tangan katanya..betul ke?


Kuahnya pekat ....
Tapi tidaklah sekental sesetengah laksa Johor yang memang pekat melekat.Bagi saya ini pun dah ok..
Cuma kurang rasa rempahnya.Lebih kepada rasa lemak.

Pada saya harganya sangat berpatutan...RM7.00 kerana portion besar,telur sebiji dan kuah agak pekat dan lemak.Cuma perlu rasa rempah tu kuat sikit lagi..
Nak ikut tekak sendiri buat la sendiri!
Hihihi
Pasni ingat nak try Laksa Kelantan la pulak...

Sunday 26 June 2022

MASAK MEE OATS GORENG

 Hari ni saya sarapan kat luar.Tapi semalam saya masak sebab semalam saya rajin sikit🤭.Rajin sikit saja...hihihi


Semalam saya masak mee oats goreng


Makan bersama telur ceplok.

Makan panas-panas,biarpun goreng budus-budus saja..memang layan. Walaupun saya bukan penggemar mee,tapi dengan mee oats ni saya makan dengan feeling kerana mee dia kenyal dan tiada rasa kapur.Rupa macam mee kuning biasa kan.Tapi ini saya guna mee oats 


Ni mee oats yang saya gunakan.
1 pack tu 250gm.Saya rasa cukup untuk 4 orang makan.Tapi sebab semalam saya tak baca lable tu 250gm tu..Saya ingatkan dalam 150gm camtu ja sebab nampak macam sikit.Ditambah pula sikap tamak,saya masak dua-dua pack tu..memang sangat banyak untuk 3 beranak berulang makan pun memang masih berbaki.Lain kali nak masak sebungkus saja jika makan 3-5 orang pun.

Nampak macam sikit,bila dah rebus dan masak dengan rencah sayur bagai memang muai(berganda) dan cepat kenyang.

Rupa dia macam mee lidi tapi bintik-bintik sekam oats tu.
Saya masak simple sangat ja..Main campak-campak bahan seadanya saja.Sepatutnya bahan tu sesuai untuk 1 pack mee oats ni saja.


MEE OATS GORENG
1 pack mee oats (kering)
1 keping dada ayam-hiris
2 pokok sayur bak choy 
1 pokok daun bawang
3 bawang putih - ketuk
2 sudu cili kisar +1 sudu bawang kisar.
1 kiub bilis.
minyak,kicap manis & garam

1. Jerang air untuk rebus mee.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
3. Masukkan ayam dan biar sampai masak.
4. Tambah cili blend + bawang dan kiub bilis.
5. Rebus mee 5 minit dan terus masukkan dalam tumisan.Tambah sayur dan renjiskan kicap manis secukupnya 
6. Sesuaikan rasa.


Alhamdulillah....

Saturday 25 June 2022

IOI

 Musim durian kali ini saya seakan trauma dah nak beli durian.

(🤣🤣 ya ka trauma?) 

Bukan hight expected pun sebab saya beli durian kampung.Cukup sekadar rasa durian seharganya sahaja.Dua minggu lepas masa balik Kedah tengok orang dok viral durian sepanjang jalan Tanah Merah- Pendang.Tidak berani mempertaruh nasib pada buah yang dijual secara bakul.Lalu membeli buah timbang yang konon dijamin.Jamin apa tak tau la.

RM100++ untuk 5 biji durian kampung.Balik buka hanya sebiji yang rasanya boleh dipanggil durian.Tiga biji tawar sejuk dan lagi sebiji keras.

Balik KL,anak bujang tu belikan pula 4biji sedang dengan harga puluhan ringgit juga.Hanya sebiji yang manis.Dua tawar dan sebiji lagi buahnya masih muda dengan isinya rangup.


Beberapa hari lepas nampak dekat bomba tu ada orang jual durian dalam bonet kereta.Katanya semua tu durian ioi.Mencuba nasib beli 3 biji kecil ni.Lepas timbang ,congak harga sebiji lebih kurang RM20.

Balik buka...
Alhamdulillah...baru la namanya durian.

Dapatlah melayan anak tekak..

Walau bukan musang king..dapat la juga ioi katanya..Tapi jujurnya saya bukan kenal durian pun.


Sebiji pertama ni banyak juga isinya 

Sebiji yang kedua.

Yang sebiji pertama saya frozenkan.

Dua biji ni makan..Adah & abangnya bukan peminat durian.Mereka hanya merasa seulas dua
Selebihnya maknya yang pulun.

Inilah hasil 3 biji durian tu.

Berbaloi kan...
Hari ni dah gaji katanya Nak cari lagilah..
Nak frozenkan untuk tuan tanah kedaung yang in sha Allah akan balik sebelum Raya Haji.Tiap kali call dia mengadu craving durian.Dah suruh dia beli & minta penjual tu bukakan & isi dalam bekas.Tak pun ajak sorang dua kawan yang suka durian.Beli dan makan kat situ.Tapi katanya dia malu nak beli.Dia minta frozenkan.Nanti balik nak makan banyak-banyak.

Friday 24 June 2022

HARI NI MAKAN LAUK KAMPUNG

 Rezeki hari Jumaat

Dapat makan Sayur Keladi Lemak Cili Api.
Ya ampun,dah lama teringin nak makan sayur keladi lemak cili api.

Semalam petang akak  cleaner...Yati  whatsApp tanya nak tak batang keladi.Baru dipanen bersama Ruby katanya...

Dihantar juga gambar terung pipit ni.Katanya juga baru dipanen bersama batang keladi. Juga ada bunga kantan.Depa cakap baru panen hasil tanaman Pak Man gardener kat tepi pagar belakang..Sayangnya masa baca whatsApp tu saya dah otw balik dah sampai Bukit Belimbing dah..
Malas nak patah balik sebab dah jauh.Dalam hati terbayang sedapnya kalau batang keladi tu dimasak lemak cili api dengan ikan masin dan terung pipit disambal tumis dengan bilis.
Tak apalah,tak ada rezeki sebab saya dah otw balik  

Eh,sekali hari ni ..
Ruby bawa  Sayur Keladi Lemak Cili Api..
Juga dibawa Sambal Bilis Terung Pipit...hasil panen mereka semalam.Yang dah siap dimasak pulak tu...

Bukan itu sahaja...
Lengkap dengan Ikan Pekasam goreng cili bawang ni..

Nasi pun kemain harum.Saya tanya juga beras apa sebab harum sungguh.Kata Ruby itu beras basmathi Jasmin beg warna ungu..

Semua dah siap dimasak..Tinggal nak suap dalam mulut sahaja,memang saya tak tolak la..Maka hari ini rezeki saya menumpang makan bersama cleaner.
Berselera saya menyuap nasi berlaukkan sayur keladi lemak cili api,sambal bilis terung pipit dan pekasam ikan talapia goreng.
Semoga Allah limpahkan lagi rezeki mereka kerana janji Allah itu pasti..tidak akan miskin kerana bersedekah

Benarlah kata-kata..

" Kaya itu ukurannya bukan berapa banyak memiliki,tetapi ukurannya berapa banyak memberi.."

Thursday 23 June 2022

TERINGIN NAK MAKAN LAMB

 Dah agak lama tak makan 🐐..Beberapa kali juga menjenguk ruang frozen kat supermarket nak cari lamb slices tapi sudahnya tak jadi beli.

Bukan apa,kalau masak kambing nak kena fikir juga lembu atau ayam sebab Adah tak makan kambing .

Teringat masa Cella sekolah menengah dulu, beberapa tahun juga kami tinggal berdua beranak kerana anak bujang tu kat Kedah dan Adah pula masih kat UiTM Segamat & Puncak Alam.Masa tu kami 2 beranak kerap betul makan daging kambing.Grill,goreng,kari,kurma dan nasi goreng kambing.Masa tu harga daging  pun masih mampu milik.Kalau beli frozen slices yang ada 5 keping tu baru dalam RM18- RM27 dah boleh 2 kali masak.

Sekarang kalau tengok harga ..kussss semangat!

Untuk pack 5 keping  nipis tu semuanya tidak kurang dari RM50...So,agak lama tak beli daging kambing.


Semalam punya semalam,masa pick up Adah balik kerja,dia ajak ke Soru.Katanya,tak payah masak dinner..Dia nak belanja kat Soru.
Paw la sepinggan lamb grill ni...hihihi

Dia nak makan mac & cheese ni..&  grill chicken wings.Tak snap pic pulak chicken wings tu.
Untuk abangnya dia tapawkan Nasi Lemak Crispy....
Pun tak snap pulak pic  sebab lupa habis dunia bila dapat makan kambing🤣


Wednesday 22 June 2022

BUNGA BETIK TUMIS PEDAS


Makan nasi berlaukkan Bunga Betik Tumis Pedas..

Alangkah nikmatnya kalau ada lagi bunga betik untuk saya tumis lagi..

Minggu lepas (sebenarnya dah masuk 2 minggu lepas) masa balik Kedah...rezeki dapat bunga betik yang lebat di tebing  tali air tepi rumah Achik..

Takdak sapa yang suka makan..

Maka jadi rezeki saya la memetiknya bawa balik KL..


Bila dah seharian dalam bonet kereta...bunganya mudah lerai dari tangkai


Bunga yang mekar mula layu..

Saya kutip bunga yang masih kudup seperti cotton bud rupa dia.


Saya masak ikut gaya Cikgu Amie dari blognya

BUNGA BETIK TUMIS PEDAS

1 mangkuk bunga betik.

Minyak,garam dan sedikit perasa.


Bahan Tumbuk:

10 cili padi.

5 bawang merah.

5 bawang putih.

1 genggam bilis 

1 ketul kecil kunyit( saya tambah supaya warna lebih segar)


1. Celur bunga betik dan tapiskan.

2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.

3. Masukkan bunga betik celur dan bahan perasa( saya guna secubit kiub pati ikan bilis)

4. Kacau rata dan sesuaikan rasa.Siap

**masa saya tengah taip resipi ni,En Solan menjenguk screen handphone saya & dia tanya " hantar resipi kepada siapa?"

🤭🤭🤭🤭

Saya hanya gandingkan dengan lauk kontroversi ni sahaja ..
Ayam kan menjadi kontroversi sekarang ni kan.

Katanya lepas ni nak dinaikkan RM15 sekilo.
Huhuhu

Oleh kerana sayur ni hanya saya sorang yang makan..maka makan la dengan aman dan bahagia..Meratah sambil baca surat khabar.Surat khabar online je la yang ada pun..hihihi