Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts

Monday, 13 July 2026

KE PASAR TANI SHAH ALAM LAGI....

 

Semalam hari Ahad sekali lagi saya ke Pasar Tani Shah Alam(PTSA)...Masuk ni adalah kali keempat saya ke PTSA..1st time pergi sebelum puasa hari tu....



Dulu masa PTSA ni kat Stadium Shah Alam  kan..tapi sejak Stadium legend tu dah dirobohkan PTSA ni berpindah  berhampiran   Giant SS 13..Kami pun tahu sebab masa 1 st time pergi kami cari Stadium Shah Alam...hahahha..dah jadi tapak sejarah dah pun kan..

Dulu ....dulu la...lebih 15 tahun dulu selalu berzikir teringin nak gi PTSA yang kat stadium tu tapi  sampai sudah tak pergi..taktau kenapa padahal bukan jauh sangat pun...tu lah bila Allh tak izinkan dekat pun tak sampai kan...Tapi kerana sebutan menjadi doa agaknya...bulan ni 3 minggu berturut menjadi pengunjung PTSA tu..Kali pertama dan kedua ke sana sangat teruja.....maklumlah tempat baharu kan...hihihi

Dah masuk 4 kali pergi...rasa dah tak teruja dah...bak kata orang sekarang..."biasa biasa je nyah!!! hihihi...Tapi pergi tetap pergi...🀣

Tiga kali sebelum ni pergi agak lambat...sekitar pukul 10 baru sampai sana....Kali ni pukul 8.30 pagi kami dah sampai....lebih tenang.Lagipun bersebelahan pasar tani tu memang disediakan parkir yang luas...Tapi sebab datang awal kami parking tepi jalan lagi dekat betul betul tepi pasar tani tu

Gambar pun ambil gitu gitu jer..

Ni kat bawah saya sekalikan je gambar minggu ni & minggu lepas sebab snap beberapa keping je...


Ni menarik juga....semua kuih muih ala India...
Tosei,vadai,masalavadei,kekacang dan beberapa jenis yang saya tak kenal nama...penjualnya tak nampak keindiaan tapi taktau la kemelayuan atau kejawaan...hihihi...
Tosei nampak sedap RM10/3pcs...tapi tak beli pun sebab dah beli makanan berat...Cuma beli juga beberapa biji masalavadei & kuih kasturi..



Beli Nasi Lemak Pandan...lauk ayam goreng + sambal bilis RM13...
Pastu dah balik makan ...tengok Adah beli lauk Sambal Sotong....Sambal Bilis & Telur Mata RM8 je...hehehe
Suami Ada beli Roti Tempayan Cheese melimpah...sebungkus kari daging(beserta daging yer) RM12...
Dah la saya punya nasinya hampir basi kerana ada bau basi & melekit tapi saya makan juga 🀭
Nampaknya lain kali kena banyak jenjalan dan bandingkan baru beli....


Minggu lepas beli Nasi Ambeng.....

RM13 juga tapi makan berdua dengan Cella..macam  lebih berbaloi...
Cuma dari segi rasa tidak sesedap yang pernah beli kat Pasar Tani Lermaisuri...Sedap sungguh tapi sayang lepas PKP dah tak pernah jumpa dah..



Kuih muih standaed la 70sen sebiji/potong kecil.Saya & Adah beli vadai,kuih kasturi,pulut panggang,abuk abuk sagu,tepung bungkus dan getul ubi kayu..Dalam semua tu yang sedap hanya getuk dan kuih kasturi..Tapi belinlain lain gerai la....Cuma kami dah boleh take note gerai mana yang kena dengan tekak kami..


Tapai Uni dia sedap sangat...Padahal dulu dulu saya tak suka tapai ubi..hanya suka tapai pulut....
1 bekas ni hanya RM4....sedap manis dan tak bergas..Kadang beli kena yang bergas pedih hidung baunya tak boleh nak telan...
Tapai ni beli kat tempat jual sayuran dan ulaman kampung..
Rasa macam orang yang sama jual kat Pasar Tani Permaisuri sebab jualan dan rasa tapai ni sama..


Cempedak Durian....RM12/,kg


Buah apa ek...Macam buah nona tapi bau dan rasanya tak sama buah nona yang orang kampung kami panggi buah sekaya tu..
Saya beli sebiji ni RM8...
Balik tengok kat Cbekers ...Ala....RM9 dapat 2 biji lagi besar...
Hahahaha......depa jual dan saya beli...depa tak paksa pun suruh beli... Saya yang rela membeli...Maka kena redho je lah🀭🀣

Saya beli 3 jenis buah gerai yang sama jual buah sekaya ni....Beli buah ceri 14 biji = 200gm RM20. So sekilo RM100.
Balik tengok kat Cheekers   ada pack 250 gm RM15 sahaja wei....4 pack =1kg  baru RM60.
Hahaahaha....gerai buah yang satu ni saya block dah...🀣🀣🀣🀣



Sukun....
RM6 kalau tak salah....tak besar mana tapi berbaloi la sebab jarang orang jual ...Beli kat gerai yang sama ngan tapai ubi...

Tapi sebab terbiar 2 hari....sukun ni masak & jadilah cekodok sukun...hihihi



Ni minggu lepas....
Cekur RM3
Petai RM7
Sukun RM6
Buah ala buah sekaya RM8
Tapai Ubi 2 bekas RM8
Pucuk Ajinomoto RM4
Gambar mkanan tak snap...hihihi


Pisang jadi cekodok
Sukun jadi cekodok
Buah nona sekaya tu rupanya kecut tak masak....Rezeki cik tong





Getuk ubi dia sedap
Kuij kuih dia 70 sen sebiji kecuali ada bwberapa jenis lain harga....


Antara yang saya beli  semalam ialah  "Apam Johol" a.k.a Apam Daun Rambai...
1ps RM2
Kalau beli 3pcs RM5

Apam Johol 
RM5/3 pcs..
Rasa dia bukan la special sangat...lebih kurang apam tepung gandum biasa tapi yang membuatkan dia jadi special ialah penggunaan daun rambai sebagai pembalut

Saya pernah beberapa kali  makan apam ni ..pada pengamatan mata saya sama jer dengan apam tepung gandum gula merah...
Ini pengamatan mata saya la...Mungkin betul,mungkin juga tidak...Kalau salah,orang Negori  jangan marah...hehehe

Lepas lepas ni...in shaa Allah akan pergi lagi
kalau nak.cari sayur kampung & ulaman.. Kat kawasan perumahan saya dah payah dah nak cari sayur kampung dan ulaman.Pasar pun dah tak macam 20 tahun dulu.Kalau dulu hari Sabtu Ahad...pasar basah macam syurga ulaman.Dari ulaman biasa hingga yang jarang jumpa macam kulat tahun(cendawan busut) cendawan sawit,umbut kelapa bagai boleh dapat kat pasar basah.Tapi sejak ada sebuah pasaraya kat situ,pasar basah dah jadi suram...begitu juga dengan pasar malam......apa lagi selepas Covid 19..makin sepi...
Selain Pasar Tani Shah Alam ni...mana lagi pasar tani yang best ek?




Friday, 10 July 2026

SELAMAT BERSARA KAK IZZAH

Hari Selasa saya excuse keluar awal.Nasib baik mud big bos baik & saya dibenarkan keluar untuk memenuhi jemputan Majlis Persaraan Kak Izzah di tempat kerja lama..Lagipun saya minta excuse nak keluar lunch time pukul 12.30 tengah hari...Cuma kena la minta kebenaran kan ..risau apa apa hal


Mengenali Kak Izzah  ketika bertugas sebumbung sedikit masa yang lalu..Sempat sebumbung hampir 10 tahun dan kemudian saya bertukar .Siapa sangka selepas covid 19 kami kembali sebumbung selama 4 tahun sebelum saya bertukar tempat kerja pertengahan tahun lalu..Kerana lama bersahabat membuatkan saya cuba sedaya upaya cuba hadiri Majlis Persaraan Kak Izzah.



60 tahun...tapi masih cergas ke hulu ke hilir...
Tak nampak macam umur 60 kan?
Dulu selalu dapat rasa air tangan kak Izzah..Kak Izzah rajin masak & bawa ke tempat kerja...



Hari tu persaraan Kak Zam & En Hedzir hanya sempat beli coklat ferero royche...
Kali ni sebab tahu awal sempat la sepasang telekung dang sepasang kain ela untuk baju kurung sebagai cenderahati..



Antara hadiah rare.....Lesung Somtam dan sayuran.....
Mungkin hadiah simbolik  sebab Kak Izzah rajin masak...
Menarik la hadiah ni.....boleh jadikan idea untuk hadiah kahwin ke...kan....



Antara rakan rakan jemputan Kak Izzah ..Ada seorang dua yang saya kenal...Selebihmya tak kenal..tapi tetap bertegur sapa.
Pastinya dapat bertemu rakan rakan lama merupakan salah satu kebahagiaan..
Kadang hati ni berbolak balik antara nak bersara wajib dan bersara awal...
Semoga saya juga dapat menghabiskan sisa sisa perkhidmatan dengan tenang dan cemerlang.


Tuesday, 23 June 2026

PESTA MEMPELAM TOBIAR GOLD

 Balik Kedah baru ni berpeluang ke Pesta Mempelam Tobiar Gold.Kebetulan kena dengan tarikh pesta mempelam depa.Kata Achik ,dia dah beberapa kali pi situ atas urusan kerja & dari situ tahu tarikh pesta mempelam tu...5 hingga 7 Jun 2026..

Setiap tahun depa buat pesta mempelam ni katanya dalam bulan Mei @ Jun .Menurut  staf situ tahun lepas kurang sambutan kerana tarikh pertengahan bulan kurang sesuai sebab tengah bulan orang berjimat...Tahun ni depa ubah plan buat awal bulan ...ramai sambutan kerana. awal bulan kan...baru gaji...haaaa bijak depa



Ladang Mempelam Tobiar Gold ni  kat Tobiar ..dalam daerah Pendang la...Kalau dari Pekan Pendang lebih kurang 15-20 minit berkereta menuju ke arah  Kubur Panjang kita akan melalui Tobiar.Orang Kedah sebut "TOBIAQ" ....



Ladang ni kalau dari jauh kat mainroad tu nampak macam ladang ni tengah tengah kawasan sawah padi yang luas terbentang .Nak sampai ke ladang ni kena lalu ",bataa ban" iaitu tebing sungai/tali air.Untung kami pagi tu Pakcik hantar sampai depan pintu masuk.Asalnya nak gi Pasar Kemboja Pendang sebab hari Jumaat.Tapi bila Achik ajak ke Pesra Mempelam ni ..Pakcik terus hantar...Nasib baik masih awal pagi..dapatlah Pakcik hantar sampai pintu masuk dan pakcik tunggu dalam kereta kat parkir bersebelahan ladang.Tak lama kemudian,parkir dah penuh & pengunjung perlu parkir di tapak parkir jalan utama & pihak pengurusan akan angkut dengan van dan pick up secara percuma  melalui batas van tu..


Masuk ja pintu utama,mata bukan dok tengok pokok pelam,tapi dok intai nursery  tepi tali air tu...Achik dok nak tengok bibit pokok durian asbab tengok dusun Musang King runah Ketua Kampung masa makan kenduri qurban raya Haji Ke2 tu. 


Titian pelangi..hihihi..
Kami meniti titi pelangi tu untuk membeli anak pokok
Achik la borong beberapa batang bibit durian klon ..


Dah beli anak pokok ...dengar DJ sebut boleh naik choley ni mengelilingi ladang.RM3 satu kepala...



Mak dok intai choley tu macam pernah tengok...


Haaaa.....betul la...
Kami naik choley  purple tu la masa kat Akmpung Warna Warni
Ish...boleh pulak jumpa choley dan pemandu yang sama..Adik tu pun cam kami.Dia pun terperanjat nampak kami....orang yang sama naik choleynya kat  Kampung Warna Warni beberapa hari lepas.Paling dia cam...mak saya ..katanya sebab mak saya lain dari yang lain...Ada sumbi emas...!!


TaTapi giliran kami naik choley merah ni..
Menurut info pemandu choley tu....Pihak MADA meenyewa beberapa buah choley dari Kampung Warna Warni swmata mata sebagai pengangkutan meneroka ladang memepelam sempena Pesta Mempelam ni.Mungkin choley no voleh jadi salah satu tarikan agaknya dan sesuai dengan keadaan ladang ni mempunyai laluan yang sesuai dengancholey berbanding pick up dan juga dadi segi kos petrol







Kebanyakan mangga ya g ditanam di si i dari je o Chokonan ..








Tapi sebelum naik choley,kami beritahu nak beli anak pokok kat  nursery tu dulu


Kena beli awal awal supaya dapat pokok terbaik sebelum orang lain pilih...



Achik dah pilih pokok Musang King....Valck Torn....Pokok  Manggis tiada biji ( pokok mesta) kedondong & saya pilih jambu strawberry.
Durian tu kalau menjadi elok rumbuh dan berbuah lagi 6 tahun kita update yer!🀭🀣



LYang datang. eramai voleh naik traktor no....
Tapi kami pilih naik choley




Jom naik choley....



Masih pagi...orang belum ramai...Best tak panas ...Tapi mendung tu ..risau hujan turun la pulak ..Santai menikmati pemandangan ladang mempelam



Yang nak petik sendiri mempelam,boleh turun sini & dapatkan bakul untuk petik mempelam...Kadar bayaran ikut banyak mana petik.Satu bakul/rga RM20...Tak pasti pula berapa berat 1 bakut tu jika ditimbang.
Tapi kami malas nak petik..
Nanti nak beli je ya g dah siap petik.Ada jual kat pintu masuk tadi...




Dalam ladang mempelam no banyak parit dan tali air..Nampak banyak ikan dalam tu.. Mak dah geram nak memancing...
menurut lemandu choley....memang boleh memancing ...ada sedikit bayaran dikenakan untuk sewa joran dan umpan...
Yesss....Mak dah gian nak memancing tu



Banyk port boleh turun nak OOTD...View cantik berlatarkan ladang,sawah,parit dan juga Gunung Jerai serta Bukit Perak...Tapi kami malas nak turun...just nak ronda ronda ja.







Habis pusing dalam ladang...
kami ke stesen untuk memancing....
1 joran( orang Kedah sebut  joran tu "boq kail") hanya RM3 besera sebungkus umpan cengkerik...
Kalai dapat ikan seberapa banyak pun  boleh ambil tanpa caj tambahan 



Wag.....dah ada yang fapat ikan...
Haruan sebesar  lengan ...
Ngeri tengok dah macam ular..
patut la omputih panggil haruan ni "snake head fish" kan....
Katanya anaknya umur 8 ke 10 tahun ke camtu
 


Mak tengah cari port terbaik nak memancing



Kami tonggalkan mak dok mancing...
sSaya dan Achik  & Cella dok beli mempelam...
RM6 /kg


Mangga Achik & saya





Ruoanya mak berjaya dapat sekor ikan keli lebih kurang ½kg beratnya..
dapat la mak bawa balik...tak dikankan bayaran tambahan ..hanya sewa joran dan umpan rm3 tadi tu..
Kat belakang mak tu bunting Lertandingan Memancing akan diadakan pada esok hari Santu 6 Jun....Kami pi Jumaat..
Esok 6 Jun sebelum subuh nak gerak balik KL...tak dapat la nak masuk pertandingan memancing ..hihihi





Lebih kurang 3 jam di situ kami pun balik...Pakcik mengunggu kat parkir..Penuh la vonet dengan pokok...ikan..mangga...hahahaha..
Semoga jumpa lagi di sini tahun dwpan....in shaa Allah....



Friday, 19 June 2026

KERANA PENGARUH TONTON YOUTUBE INDONESIA

 Bila menonton youtube dari youtuber I donesia kebanyakan konten mereka sederhana berkaitan kegiatan hidup seharian..Kalau dilihat ramainya youtuber di sana dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang ..Daei yang educated ...remaja hingga juga suri rumah separuh umur..Daei satu sudut saya respect dengan kesungguhan dalam kesederhanaan mereka..


Paling saya suka menonton konten berlatarkan kehidupan  di desa desa terpencil yang menyajikan aktiviti pertanian berlatar belakang gunung ganang,sawah bendang dan kebun ladang yang hijau segar membuatkan diri ini seakan ingin turut serta beraktivitas bersama mereka..memetik kembang katis di pohon pepaya...menanam jahe,sereh,wortel,bengkuang,waloh,kol,cabe rawet,tomat,kecipir,kecombrang serta aneka flora alam yang lain.Kesemuanya adalah tumbuha. dan sayuran yang sama  di kampung dulu..hanya sahaja nama sebutan ya g berbeda.

Latar kehidupan kebanyakan mereka di desa tradisional sekaan gambaran  kehidupan di kampung saya ketika zaman kanak-kanak di era awal 80-an dulu..Mandi air telaga yang sejuk...masak menggunakan dapur kayu..jerang air dalam cerek  bermuncung panjang..masak menu makan siang dan malam dari hasil petik sekeliling rumah ..


Melihat mereka manikmati  nasi putih dan leuk pauk kampung yang pastinya tidak ketinggalan sambal terasi dan lalapan ...sangat mirip dengan  apa yang pernah dinikmati zaman kanak-kanak dulu...Hanya sedikit beza dari segi penggunaan  lesung batu kerana mereka menggunakan cobek yang lebih leper dan lebat untuk menumbuk sambal terasi ya g kita sebut sambal belacan .

Tiap kali menonton mereka menikmati makan siang bersama keluarga sama ada di runah atau di pondok kebun dan di permatang sawah...saya menelan air liur kerana kecur melihat mereka makan penuh nikmat dan berselera sekali..


Terus ke dapur ..sendukkan nasi hangat....

Letak  ikan asin seadanya bersama sambel serta  lalapan terung dan pete...Membayangkan makan di tepi sawah berlatar gunung merapi yang mati dan  hembusan angin  

Masyaa Allah ......


Thursday, 18 June 2026

SELAMAT BERSARA TIGA SAHABAT

 Memasuki usia yang  dah banyak ni...dapat melihat dan meraikan orang demi sorang rakan sekerja dah memasuki fasa bersara...

Bulan April hari tu Kak Muzd bersara...Dapat bersama meraikan bila ada surat jemputan dari tempat kerja lama.Nasib baik majlisnya hari Jumaat .Walau agak lambat saya sampai tapi Alhamdulillah dapat juga berjumpa ramai kawan-,kawan bukan sahaja yang masih bekerja di sana tetapi juga rakan rakan yang dah bertukar tempat kerja,berlainan jawatan dan ada juga yang sudah bersara...


Bulan Jun...En Hedzir....Macam 40-an kan...Orangnya masih sihat bersemangat..tak nampak 60 kan....
semoga Allah mudahkan urusan beliau untuk menghabiskan sisa sisa hayatnya  bersama keluarga di Perak ...



Kak Zam....pun bulan Jun...Sama minggu depa dua orang tu...Kak Zam Selasa..En Hedzir Jumaat....
Sama sama cergas sihat di usia 60...

alhamdulillah...

Depa diraikan bersama atas satu pentas pada hari yang sama..Kak Zam pun katanya sehari selepas majlis dah fly balik tanah tumpah darahnya ...Pulau Langkawi Pulau Lagenda Mahsuri



Tersama tema warna dengan Kak Zam..pink...hihihi
Alhamdulillah,dapat excuse untuk menghadiri majlis persaraan depa berdua.Mujur juga majlisnya serentak...

Majlisnya hari Selasa...
Isnin tu baru naik kerja cuti Raya  Haji...
Dapat surat jemputan pun by email....
Tak sempat nak beli hadiah special..
mmm



Beli coklat sahaja sebagai cenderahati untuk depa....
Untuk En.Hedzir...
Sebenarnya dapat jemputan Majlia Kak Zam sahaja...Tapi bila baca tentatif majlis nampak nama En Hedzir juga ada....Kebetulan ada papaer bag kat meja kerja saya....
Dekat tempat kerja ni juga ada pasaraya...Sebelum ke sana singgah pasaraya beli coklat ni lagi sebekas dan masukkan ja dalam paper bag....


Untuk Kak Zam pun sama...
Coklat yang sama juga...cuma beli sehari awal kirim kat Cella dia pi IOI Mall ...kat orang pompuan kita boh la dalam beg ni..




Coklat penyelamat...Walaupun patutnya orang bersara bagilah cendera hati yang special sikit kan....Sebelum tu terfikir nak ke kedai bunga tempah jambangan ros merah...tapi tapi t

kelam kabut apa entah ..tak sempat... dapat jemputan pun sehari sebelum ..Hanya ini sahaja penyelamat...Tak apa la kan.....asalkan tidak pergi dengan tangan kosong kan....


Melihat rakan-rakan sorang demi sorang bersara....perasaan bercampur baur.Nampak depa semua sihat ceria dhari persaraan ...semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik,jiwa yang tenang dan dapat sampai ke garisan   akhir perkhidmatan  dalam kemenangan  dan kebahagian meniti usia persaraan nanti..Juga sepanjang perkhidmatan yang masih berbaki ...banyak tahun lagi ni...🀭



Monday, 15 June 2026

KE KAMPUNG WARNA -WARNI,PERLIS

Entri tertangguh  minggu lepas punya minggu lepas, Selesai sarapan @ SARAPAN WARUNG TEPI SAWAH......Achik ajak pi Kampung Warna-Warni..

Ini merupakan kunjungan kami kali ke 2 ke Kampung Waena Warni ni 

kali pertama pi tahun lepas ...tak ingat bulan berapa tapi tak masukkan dalam blog sebab lupa🀭

Ni kami datang lagi ...Achik belanja lagi...hehehe




Ala tak ingat apa nama kenderaan ni. Ok dah googlwm..Namanya " choley"Motisikal yang diubahsuai  jadi macam beca ni...Boleh memuatkan 5-6 orang bergantung saiz orangnya..Macam kami ni ada 5 orang .
Yang perempuan duduk atas seat berbumbung kuning tu...Haikal membomceng. elakang penunggang  atas  seat motor tu..


Kami dapat choley nu...Pemandunya seorang anak muda kampung ni juga.Tapi yang atas choley  adalah Haikal yet!🀣..Pemandu choley tengah jadi jurugambar rakam gambar kami semua...Tak adalah wajah pemandu choley tu
Tapi ....tapi....nantikan entri lain lepas ni....beberapa hari kemudaian,kami TERJUMPA choley purple dan pemandu yang sama di satu even kat Pendang!!!
Nak tau wajah pemandu choley ni dan even apa kat Pendang tu?
Nantikan yer!!!

Hari ni kita cerita pasal Kampung Warna Warni ni dulu yer...
1 kepala RM5..( Tapi ada yang mengenakan charted RM35  untuk sebuah choley ni.Ikut nasih la dapat harga terbaik ..hihihi.Tak ada sangat limit berapa lama tapi cukup mengelilingi seluruh perkampungan Kampung Warna Warni yang mengandungi 7 buah kampung kecil di dalamnya iatu 
Kampung Tengah
Kampubg Hujung Tanjung
Kampung Tandiap
Kampung Baru Seberang
Kampung Seberang Alor
Kampung Seberang Jaya
Kampung Pulau Ketam



Penerokaan bermula dari Kampung Tengah iaitu kampung paling depan





Memang kampungnya warna warni..Semua kampung dalam ni mempunyai pilihan warna sindiri.Ada kampung yang pilih warna pelangi.Ada yang pilih warna bendera Perlis dsn lain lain.

Menurut penunggang(nak panggil penunggang ke pemandau ek?) yang jiga merwngkap tourist guide ..Kampubg Warna Warni ni merupakan kampung angkat diraja Perlis.Diilhamkan pemerintah untuk mencantik dan menjadi daya penafik sekali gus menjana ekonomi  dengan  peluang pekerjan kepada penduduk sama ada melalui jualan hasil industri kampung seeprti makanan ringan kraftangan dan juga pengangkutan  choley tu .





.

Walaupun kampung tradisional nelayan namun harus dipuji usaha kerajaan pemerintah yang bijak dan prihatin akan rakyatnya.Berfikir diluar kotak menbangunkan ekonomi rakyat ....
Haaaaaa...tetiba rasa nak jadi ahli politik pulak...🀣





Sepanjang meneroka beberapa buah kampung ni ada banyak port persinggahan  yang menawarkan  keisti.ewaan masing masing seperti jualan makanan ringan industri kecil kampung ni dan juga kraftangan.Paling tidak pun ada info dan sejarah ya g menarik menjadi info 




Kami meneruskan perjalanan ke Kampung Hujung Tanjung.... tidak banyak singgah kerana. saya,Acik,mak dan Haikal dah pernah datang sini..Hanya Cella ja ni merupakan.
 ¹st time dia...Tapi Cella lebih teruja nak ke Hujung Tanjung bila Haikal ceritakan  view menarik dari jambatan di Kampung Hujung Tanjung.


Sebelum sampai jambatan tu ada satu port persinggahan jualan cucur udang..tourist guide kami yang peramah tu dah tolong pesankan RM20 cucur udang.Nanti dah turun jambatan nanti boleh terus pick up cucur udang tu...So,takyah la kami nak que panjang ..Tak buang masa.



Pastinya pelancong tidak menolak untuk singgah di port Hujung Tanjung ini


Jambatan Putra menjadi tarikan.,.
Jambatan merentangi kualanmenghububgkan kampung Hujung Tanjung ni dengan Kuala Perlis..
Saya tak pasti berapa ketinggian tapi cukup untuk membuat saya gayat dan tak mampu nak naik hingga ke puncak ketinggiannya...
Sebelum ni datang saya dan Achik hanya naik ¼ sahaja..Kali ni langsung tak naik..Hanya Cella dan Haikal yang naik jbatan tu tak tau depa naik sampai seberang sana atau hingga puncak yang tertinggi tu.


Jabatan Putera....Juga dikenali Jambatan Syed Putera @ Jambatan Pelangi...juga warna warni...warna pelangi
Saya &Achik hanya pernah naik ¼ atau mungkin tak sampai pun ¼ penjang jambatan ni kerana gayattt yang amat...




View dari atas Jambatan Putera...By Cella

Lagi view dari atas Jambatan Puteru...Saya hanya tumpang tengok dari video kerana tak berani nak naik sampai ke atas...GAYATTTT!!!πŸ™ˆ

Menurut info dari pemandu choley tu...Kalau kita berada dipuncak jambatan  tu boleh nampak bukit bukit di Langkawi dan juga sempadan Thailand..

Mungkinkah itu Langkawi?
Atau sempadan Thailand?




Pandangan dari atas.....yang dinikmati oleh Cella dan Haikal ...
Pelantar macam neti kat bawah tu lah tempat kami berani pijak pun...
Mereka melihat kami dari atas




Kami melihat mereka di atas dari bawah sini.....Sayup puncak Jambatan Putera .....
Saya dan Achik bersama mak hanya meninjau view dari bawah sahaja...


Kat bawah pun tak kurang menarik...
Melihat persekitaran rumah rumah belayan yang berwarna warni adalah pemandangan yang bukan kebiasaannwalaupun mungkin ada ditempat lain juga barangkinya..



Ada burung sedang menanti mangsanya si ikan ..Jika timbul ikan tu...alamatlah pendek nyawa ikan tu...hihihi

Pokok pokok bakau dan pokok pedada ni mengingatkan saya kepada habitat serangga kelip-kelip.Dulu di kampung kalau malam memang meriah kelip-,kelip terbang beecahaya bagaikan lampu kecil.Balik.kampung baru ni saya sempat nampak seekor kelip-kelip terbang di belakang rumah mak kat kampung.Bila masuk rumah nak ambil handphone untuk rakam video...keluar semula dah tak nampak kelip kelip tu hilang dibalik semak...Tak berani nak jejak takut masuk ke donia lain pulak kang...hihihu
dah la masa raya haji masih kecoh dengan kehilangan Jaslinda di gunung apa tu...lupa dah....
Achik rakamkan gambar mak di kaki jambatan



Kami hanya melihat view dari sini..
itupun gayat yang amat dah ...Nampak air bergolak kat bawah tu...rasa nak merangkak ja...gayat rakut jatuh dalam air tu...hihihi
Kat bawah rumah rumah tu nampak jelas ikan ikan lut sinar  berbadan panjang dan bersaiz jari telunjuk banyak berenang renang...Tak tau apa nama ikan tu tapi banyak la..
Teringat perkampungan air di Semporna...Masih tertangguh cerita jelajah beberapa buah pulau di Semporna bulan lepas...Dah tiga kali ke Semporna tak sempat nak buat posting....bz apa entah...hihihi



Asyik dok layan view...pandang atas...noh! awan macam akan memuntahkan hujan bila -bila masa...



Ramai pengunjung dah mula mendapatkan choley masing masing...kerana hujan dah mula gerimis
So,kalau nak datang Perlis ni antara bulan Januari hingga April mungkin masa terbaik kerana musim panas dan juga musim buah Mangga Harumanis.
Menurut pemandu choley ni..sekarang dah masuk Jun..dah kira musim hujan dan juga berakhirlah musim harumanis.



Bagai dijangka.....hujan mula mencurah...pemandu choley sibuk mencari penumpang yang dah ke mana-mana dah masa tueun tadi.Bagusnya mereka pemandu choley ni dilatih dengan pebgetahuan info untuk disampaikan kepada parang pengunjung sesambil membonceng sambil lalu setiap lorong kampung sambil diselitkan info berkaitan kampung ni..Mereka juga dilatih skill komunikasi yang bagus...Kalau mak mak..bapak-bapak..makcik makcik datang seorang atau berdua atau beramai,jangan risau bab bergambar ..pemandu choley ni muda muda belaka depa boleh tolong..Ramah dan sopan tuturnkata melayan pengunjung..Sesuatu yabg harus dicontohi..


Pemandu choley berusaha memasang tabir plastik untuk memastikan penumpang tidak basah ..Rasa macam  motor dan skuter kat China pula...

Kami berpatah balik dari Hujung Tanjung dan akan singgahengambil pesanan cucur udang ya g dipesan tadi



Coq udang dah ambil.....
See...cucur udangnya penuh udang yer...
RM1/pc....sangat berbaloi kan....penuh udang
sebab tu saya pesan RM20 untuk 20 keping cucur penuh udang ni..



Inilah rupa cucur udang tu RM1...
Tu yang saya jadi tamak terus pesan 20 pcs.Hajat nak bawa balik juga untuk Aqil & Pakcik u tuk dwpa rasa sebab Aqil & Pakcik tak ikut.
sayangnya cucur udang hari ni agak kemasinan dan udang dari je is lain berbanding yang lernah rasa sebelum ni.Udangnya masih banyak cuma tidak serangup sebelum ni.
mungkin jenis udang berbeza membuatkan  rasa sedikit berbeza



Ini pula pic cucur udang tahun lepas...Untuk  bandingan cucur udang di tempat yang sama tapi ni pic cucur udang yang Achik beli masa kami datang Kampung Warna warni ni tahun lepas..Pada tekak saya cucur udang ya g tahun lepas tu lagi sedap hingga masih teringat ingat...dah la seringgit jer kan....
Mungkin sekarang bukan musim udang ni agaknya..
So,kalau datang sini jangan lupa pesan cucur udang yer .



Dalam kehujanan tu pemandu bawa pula ke Rumah Diodol iaitu salah sebuah rumah dalam kawasan sama yang menjual aneka produk makanan tradisional .Antaranya dodol pulut,dodol pulut hitam..halwa maskat...putu dan aneka lagi...

Saya pastinya akan beli halwa maskat ..kesukaan saya.
Selain tu...2 dodol pulut hitam dan 2 dodol pulut biasa dan beberapa jenis kuih lagi kami beli...Sayangnya balik dah lupa nak snap gambar...hihihu

Apapun nak rekomen juga kalau datang sini silalah beli kedua dua jenis dodol tu...Pada tekak saya dodol depa antara yang tersedap pernah saya makan selain daripada Dodol Gula Enau Jerantut yang pakcik selalu order online.
Dodolnya cukup lemak manis..teeasa bintil bintil kecil menandakan dibuat daripada beras pulut kisar dan bukan tepung pulut segera.Tidak hairanlah menurut pemandu choley tu...Raja Perlis  dan puteri-puterinya selalu datang sini semata-mata nak beli dodol ni...Walau boleh pesan dan boleh request hantar ke istana,namun pasti ada sebab tersendiri membuatkan keluarga diraja itu sanggup mencemar duli ke kampung angkat baginda ini kan....
Cuma bagi saya tang halwa maskat,agak sedikit terganggu kerana depa letak banyak kismis dan kacang.Saya dambakan halwa maskat Pekan Rabu Alor Setar yang dulu dulu..Kuning lut sinar..berminyak dan hanya ada sedikit bijan.
***Untuk info...dodol ya g saya beli dari Rumah Dodol ni masih elok bertahan tanpa berubah rasa walau selepas 2 minggu bawa balik KL...Biasa kan kalau kita beli dodol masuk seminggu dodol aka. keras dan mudah parah serta akan bau tengik..tapi yang kami beli kat sini....kekal kenyal dan tidak keras patah...Apalah rahsia resipi mereka yet?
Jika berkunjung lagi ke sini..haruslah beli lagi .

Sebenarnya lepas singgah Rumah Dodol ...ada 2 ke 3 kampung lagi termasuk dalam pakej Kampung Waena Waeni ni..tapi kami minta pemandu choley skip jer sebab selain hujan,kami juga dah pernah datang sebelum ni...Lagi satu sebab...lepas Kampung Waena Warni ni...ada satu lagi tempat nak dituju...
Kemana?
Tunggu yer!