Showing posts with label BUAH-BUAHAN. Show all posts
Showing posts with label BUAH-BUAHAN. Show all posts

Wednesday, 5 August 2026

BUAH JENTIK & NOSTALGIA

 Saya antara orang yang suka sangat mengenang cerita cerita dan kisah kisah lama .Rasa bahagia bila mengenang kisah lama.Tidaklah ingin kembali lagi ke zaman lampau tapi mengenang kisah lama mendatangkan kebahagiaan.

Baru baru  ini bila scroll Tik Tok (TT) nampak ada orang jual buah jentik...

Masyaa Allah...hati bagai turut dijentik kerana buah jentik ni antara buah yang ada kenangannnya di zaman lampau.Memang susah dah nak jumpa krang jual buah jentik walaupun di kampung Ini kerana buah jentik ni dah tergoling antara buah nadir(buah yang hampir pupus)


Buah Jentik in the house..


Saya beli buah jentik di platform TT pada minggu lepas.Selang dua hari parcel buah jentik ni sampai.Gembira hati berbunga bunga.Sangat bersyukur kerana tidak menyangka saya masih dapat menikmati buah jentik ini lagi.Kali terakhir menikmati. uah jentik ni dah hampir 10 tahun rasanya..Itupun dapat rasa sebab balik kampung kebetulan pada musimnya dan mak beli simpan semata umtuk saya kerana mak tahu saya menyukai buah biahan nadir ni.
Lepas tu memang dah lama la tak jumpa lagi buah jentik ni..



Hinggalah minggu lepas nampak live kat TT ada saler dari Baling Kedah open order buah jentik ½kg RM9
Tak tunggu lama terus order..
Dua hari kemudian selamat sampai

Membuka parcel buah jentik ni bagai membuka lembaran nostalgia zaman kanak-kanak dulu...

Di kampung saya ada sebatang pokok jentik sebesar 2 pemeluk dewasa di simpang tiga jalan berhampiran rumah Ton Mat Khirk.Pokok jentik besar tu dah berpuluh tahun  tumbuhnya didalam tanah milik Tok Daim.Tapi dek pokoknya di tepi jalan maka,setiap kali tiba musim buah jentik masak,kami yang kanak-,kanak ni akan sentiasa menanti buahnya.Dikernakan pokoknya yang tinggi melangit,maka kami mengaharapkan tupai dan lotong menjatuhkan tangkai tangkai buah jentik yang keorenan tu.Biasanya tupai dan lotong akan lebih dulu tahu buah jentik masak.Mereka yang akan berkenduri sakan atas pokok tu.
Kuasa Allah menjadikan pokok jentik ni walau jarang jumpa pokoknya tetapi kalau sekali berbuah,sepokok tu memang berpikul-pikul ( ukuran lama pikul sudah diganti metrik tan) Sepikul bersamaan 100kati.1 kati lebi kurang 600gm..So,darab lah sendiri🤭
Kalau sekali berbuah memang tak nampak daun..hanya nampak buah jentik berjulai julai macam buah rambai tapi berwarna orwn dan lebih kecil dari rambai 

Ketinggian pokok tu tidak.memungkinkan untuk dikait dengan galah.Satu-satunya cara menuai buah jentik ni adalah dengan memanjat pokoknya.Bukan semua orang berkemahiran memanjat pokok sebesar balak dan setinggi bangunan empat tingkat tu.Kerana itulah kami yang naka kanak no amat mengaharapkan jasa baik tupai dan lotong untuk menjatuhkan barang setangkai dua buah jentik yang lebat tu.Kami memang akan melalui simpang tiga yang ada pokok jentik tu kernaa itu memang laluan kami berbasikal ke surau untuk ngaji qur'an lepas balik sekolah kebangsaan
Dulu kami takda KAFA tapi kampung kami kerajaan sediakan juga kemudahan lanak-kanak ngaji qur'an tajwid.Ada ustaz dari kampung sebelah datang ngajar kat surau kampung kami iaitu Surau PAS.Kalau yang dah pernah baca catatan saya dalam blog ni pasti tahu kampung saya ada dua surau iaitu Surau PAS dan satu lagi Surau UMNO...(Tapi tu kisah lama zaman 70-80-an dulu la..)

Pokok jentik tu juga menjadi meet point bagi sesetengah penduduk.Contoh berjanji nak ke mana mana ..pokok jentik tu menjadi penanda tempat menunggu keranan letaknya di simpang jalan utama.

Musim kemarau...bawah pokok jentik tu adalah port gerai ais kacang.Ais kacang tu kalau sekarang disebut ABC.Dulu dipanggil ais kacang kat kampung kami seban bahannya hanya air yang disagat menggunakan mata pengetam kayu( boleh google ais kacang/cendol zaman dulu).Yang uniknya waeung ais kacang ni hanya timbul bila masuk musim kemarau bermula bulan Disember hingga bulan Mac.Masa tu iklim Malaysia masih konsisten..Bila musim kemarau yang juga disebut musim angin timur dah tiba akan nampak lah Man Tok Chat akan baikinwarung ais kacangnya bawah pohon jentik tu...Atap rumbia untuk kawasan pantrynya manakala tempat duduk pula dibuat bangku panjang dan meja panjang menggunakan anak anak kayu dan batang kayu bulat.Ada la beberapa set kerusi meja kayu tu bawah pokok jentik.Keruai meja ni open air takda bumbung sebab musim kemarau hujan tak turun.Hanya mengharap teduh panas dari bayang pokok jentik yang rimbun menjulang tu sahaja.

Ais kacang pun simple sahaja.Ais sagat + kacang merah rebus,sikit jagung krim dan sirap merah serta sirap gula melak.Diakhiri sikit siraman susu pekat.Jangan pelik kerana ais kacang ni tak hidang dalam mangkuk ,sebaliknya dalam gelas...hihihi.
Kalau yang nak air sirap pun ada tapi disebut " ais manis " ada juga sebut ais katuk.Sebabnya air airap ni dibancuh menggunakan sirap merah dari ais kacang tu dan ketulan ais phla adalah dari sisa ais yang dah tak boleh nak sagat sebab dah kecil.Maka ais ais tu la dikatuk( ketuk) dengan spana dan masukkan dalam gelas+ sirap merah & air.

Yang berada sikit boleh la minum air menet(lamonet) dalam botol.Ada pilihan oren,aiskrim soda,sarsi dan air lamonet warna putih..Dulu kami sangkakan tu air tepung...Dah dewasa baru tau tu air kacang soya🤭🤣

Tiap kali kalau balik kampung kena pula musim kmarau...bila melalui simpang tiga pokok jentik tu,pastinya bayangan masa lalu akan terbayang dimata..Walau landscape simpang 3 tu dah berubah,pokok jentik besar sudah lama hilang hayatnya diganti  kebunan durian musang king,namun bayangan warung ais kacang Man Tok Chat masih jelas dalam ingatan.


Saya cuba beri gambaran tu bersama gambar buah jentik yang saya beli ni untuk di Ai kan...
Namun kurang menepati suasana kerana pokok jentik yang dalam bayangan tu tinggi menjulang..
Saya cuba lagi...


Akhirnya dapat lah  sekitar 80% ketepata suasana tu...Lagi 20% tidak tepat pada bahagian jalan tu ..Jalan tahun 8p-an di kampung saya hanya lorong tiada tar.Kalau sekarang ya dah da mini tar.
Lain lain tu hampir menyamai lanscape warung ais kacang Man Tok Chat  bawah pokok jentik Tok Daim di simpang tiga jalan dekat rumah Ton Mat Khirk....


Teknologi dan pembangunan ..kadang menghilabgkan  masa lalu...Namun kadang kalau kena caranya...teknologi juga mampu mengembalikan masa lau...🤲

Wednesday, 8 July 2026

CEKODOK BUAH SUKUN

 

Cekodok Buah Sukun.....


Asalnya beli sebiji buah sukun nak buat Sukun Goreng macam. pisang goreng tu.Belinya hari Ahad....tak sempat nak goreng...Isnin dah lembik masak dah dia....

Kalau sukun yang masih keras tu sedap digoreng,dijadikan kerepwk,dimasak pengat dan juga dimasak kari bersama ikan masin...


Buah sukun dah masak lembik....tekstue dan baunya seakan buah tarap...tapi buah tarap ada isi macam cempedak...




Buah sukun yang dah kupas kulit & dan di leraikan dari empulurnya.

Sukun masak ni ada aroma khas dia  seakan bau buah tarap juga tapi lebih lembut la tak sekiat bau tarap...






Dah lenyek lenyek isi sukun yang lembik tu + tepung ,garan dan sedikit gula macam nak buat cekodok pisang...makanini lah kejadiannnya




Cekodok ni masa goreng memang harum bagi orang yang suka...makan panas panas dengan minuman panas....Rasa cekodok ni lebih kurang macam rasa cekodok labu kuning


Sunday, 1 March 2026

BUAH BERUAS: ADA YANG PERNAH MAKAN?

 Siapa orang Perak?

Kalau orang Perak pasti la tau Beruas ialah  salah satu nama tempat kat Perak kan..Yang bukan orang Perak pun tentunya tahu kerana kita pernah belajar Sejarah dan  juga sebagai pengetahuan am nama-nama tempat di Malaysia.



                                          BUAH BERUAS


Buah beruas..nampak seakan buah manggis kan...rapi warna merah terang yang cantik.

Tampuk atas ya seakan buah manggis dan tampuk bawah juga seakan mnaggis tapi tampuk bawah tu sedikit menguncup macam mulut orang nak kiss 😘 kan..hihihi



Saiz buahnya tidaklah besarana....lebih kurang manggis juga tapi rasanya macam kevik sikit kot....hehehe..
Haaaa baru saya ingat....rasanya bentuk dan saiz buah beruas ni lebih hampir dengan buah mesta..
Sebab bahagian tampuk bawah tu menguncup macam orang 😘 tu kan...

Katanya asal usul Beruas kat Perak tu daripada pokok dan buah beruas...So,orang Beruas measti kenal.la pokok beruas kan...Kalau yang tak kenal ...kena la kenal juga...hihihi

Untuk makluman saya dapat buah ni kat UPM...banyak berguguran di bawah pokok.Terdapat beberapa batang pokok beruas seaiz pemeluk orang dewasa.Berani ambil sebab Cella cakap lecturer dah bagi kebenaran,student boleh je petik dan makan apa apa buah macam rambutan,manggis etc( durian  tak termasuk kot🤭)
Boleh makan secukupnya tapi jangan la pulak petik pi jual...itu melampau namanya..hihihi..
Pokok beruas ni memang tepi jalan dan buahnya lebat berguguran ke bumi dilenyek kenderaan yang lalu lalang.

Hari tu saya ada  juga petik buah kandis  dek sayangnya tengok berguguran membusuk di bawah pokok  kerana tak semua orang kenal buah hutan/buah nadir  yang boleh di makan..



Kalau ada yang nak tengok  rupa isi buah beruas dan apa rasa isinya ....boleh tengok 
chanel youtub saya KAT SINI

Semoga bermanfaat

Wednesday, 29 October 2025

BELAJAR BUAT SOM TAM

 

Ada peminat som tam?

Kalau ada  jom la kita try buat som tam...

Saya pun baru ja belajar buat sendiri  tadi.Itupun dengan tunjuk ajar rakan sekerja..Ramizah ni muda lagi baru awal 30-an tapi cekap memasak...Hari tu dia bawa nasi kerabu banyak...sedap pulak tu..masak sendiri tu..

Lepas Ramizah solat Zohor tadi ...dia ajar saya buat som tam kat pantry tempat kerja...

Baru tau rupanya tak susah pun nak buat...janji ada bahan yang betul .Bahan. pun kata Ramizah senang nak dapatkan...hanya dari Tik Tok dah ada siap set untuk som tam...

Hanya kita kena sedia bahan basah seperti betik..limau nipis,bawang putih,tomato dan cili padi..Bahan lain seperti gula Thai,udang kering Thai,kacang dan sos ao yang diperlukan boleh order set somtam dari Tik Tok.Kalau dulu payah nak dapat bahan ....tapi la ni dah senang nak dapat...


Macam ni....
Lagi satu kena ada leaung kayu untuk somtam tu..kalau takda boleh ja guna lesung batu sambal belacan tu tapi buat sikit sikit la sebab lesung batu kecik kan...
Kalau nak tengok saya buat somtam tadi tu boleh tengok video kat SINI....


Wednesday, 7 May 2025

MAKAN BUAH TARAP

 

Buah Tarap..

Buah khas dari Borneo..
Dah lama teringin nak makan.
Beberapa kali ke Sarawak ada jumpa buah ni dijual di tepi jalan tapi tak rasa nak beli
Tak rasa nak rasa...

Ada call Adah tanyakan kat Tawau ada tak...katanya sedang musim sekarang...Tapi Adah kata dia tak perasan pun buah ni.

Saya suruh Adah cari & makan la sebab kat semananjung payah nak jumpa..Tapi Adah kata dia akan beli kalau saya pi sana.Sebab Adah & suaminya bukan jenis yang mudah menerima sebarang makanan.Lain la saya ni...batu & kayu pun kalau boleh makan saya makan....hihihi


Tapi seminggu dua yang  lepas  tertengok kat Tik Tok stok buah tarap ni baru sampai & tengah live.
Hati meronta nak beli tapi tak reti nak beli kat TT🙈

Akhirnya anak jantan sorang tu dapat cari dan belikan sebiji untuk saya.
Boleh tahan juga harganya RM30/kg.
Yang anak jantan saya beli ni harganya RM50.
Tapi padan la kan...buah bawa terbang dari Borneo kot...
Tak tau la kat Malaya ni ada orang tanam  ke tak...
Saya tak pernah jumpa orang jual tapi seingat saya arwah ayah saya pernah tanam pokok tarap..
Cuma kami tak panggil tarap sebaliknya panggil terap...pokok terap...Daun dan pokoknya seakan daun pokok buah sukun.
Cuma pokok yang arwah ayah tanam tu turut menjadi arwah sebelum sempat berbuah.
Kalau ikutkan pun ada ja nama tempat kat Kedah...Salah satu daerah kat Kedah....Padang Terap...
Mungkin juga sempena nama pokok terap ni...


 
Putih mulus ulasa ulas comel buah tarap ni..


Ada saya sharekan video kat SEROJA PUTIH


Untuk video  MAKAN BUAH TARAP  ni  boleh klick :
👇👇👇👇
https://youtube.com/shorts/-Dp3-hCuFe0?si=QwfEJDRiVhUtSLTF



Friday, 25 April 2025

PERNAH MAKAN COLEK BUAH GAJUS?

 



Cer teka makanan apa ni...?

Heeee...tapi dah bagitau kat tajuknya dah pun...🤭

Sedap sangat colek buah gajus ni...Dulu kat kampung zaman kanak-kanak suka la makanacam ni kalau musim buah gajus...tapi kebanyakan orang Kedah panggil *Buah Jangguih"..
Orang kampung saya pula dialek patani...sebut " Buah Janguih" bunyi macam sengau sikit sebab dah buang satu "g".

Buah gajus ni memang juicy...airnya manis manis kelat.Kalau kena baju,alamat berpeta la baju hingga akhir hayat baju tu...boh clorox pub tak hilang...hihihi

Satu lagi kalau makan buah gajus ni kena hati-hati....jangan sampai tersedak.Kalau tersedak memang perit giler tekak...!


Kalau nak tengok videonya....boleh ke channel youtube saya 


Untuk video  COLEK BUAH GAJUS   tu  boleh klick :
👇👇👇👇

Sunday, 15 December 2024

PENGAT NANGKA NOSTALGIA

 

Semalam saya ada masak Pengat Nangka a.k.a Serawa Nangka.


Beli 2 pack buah nangka ada dalam 15 ulas.Nampak segar segar dan nampak isi tebal..1 pack tu harga RM3.99 ( bacanya RM4)🤭😅😅
1 pack tu ada 7 ulas..tapi 1 lagi tu afa 8 ulas  sebab kecik sikit.

Sambil siat isinya nak masak pengat ni..sambil masuk mulut..Jadinya dalam 12 ulas saja jadi pengat.. Lagi 3 ulas dah masuk perut sebagai nangka segar🤭

Dulu zaman kanak kanak dan remaja,kat kampung selalu la makan nangka

Ni antara pic buah nangka kat tepi rumah mak tahun 1992..Dah 32 tahun pic ni..Masa ni kita baru tahun ke-2 study kat KL..Balik kampung bawa balik camera pakai film gulung tu .amik la gambar pegang buah nangka ni..hahaha..

Banyak kali jugak la nangka pokok ni saya masak pengat a.k.a serawa & makan dengan pulut buat sarapan pagi..Haaa bunyi pelik jer kan kalau budak budak sekaranf dengar sarapan pulut dengan serawa nangka..Pasti ada yang depa akan komen sarapan tak seimbang bagai..Tapi apa sangat pilihan yang ada masa tu..Bangun pagi apa yang ada disekeliling ..itulah yang diolah menjadi pengalas perut .Namun time lunch kita makan ulam punya banyak macam kambing tau..hihihi


Serawa Nangka air tangan saya semalam..
Ada saya muat naik videonya di youtube chan
nel saya .

👇👇👇👇




Thursday, 12 December 2024

BELI BUAH BELINJAU

Dua hari lepas terima parcel Buah Belinjau..Ada orang kirim ...bukan saja saja dia kirim...tapi sebab kita yang dulu kirimkan RM la🤣🤣

Dah lama teringin sangat nak makan buah belinjau ni..Kerepek belinjau tak la susah nak dapat tapi buah belinjau segar payah nak dapat.

Kebetulan hari Ahad malam tu dok mentelaah handphone ...eh melintas pulak ada orang tengah live buah belinjau kat tiktok..RM20/kg...

Haaa...tapi jujurnya mokcik belum pandai nak shoping kat tiktok tu...Masih minta tolong Cella beli kan...termasuk la buah belinjau ni...


Ni dah leraikan dari tangkai dan asingkan buah yang dah kuning dan buah yang masih hijau

Buah yang masak dah merah kulit pun ada dijual masa tu tapi saya minta Cella belikan buah yang campur hijau dan kuning ni.Dah plan dah buah yang kuning tu nak rebus makan isirongnya...

Buah yang hijau pulak dah plan bak masak kari dengan udang.Malam sebelum tu kata penjual tu dia open order buah belinjau hijau yang masih muda dan tempurungnya masih lembut khas untuk yang nak beli buat  masak kari dengan udang.
Lebih sedap kalau masak kari yang cair cair skit dan buat versi tumis darat..

Tapi masa kami beli ni stok buah muda dah habis..Hanya ada stok campur campur ni..Tak apalah. pilih buah hijau simpan untuk masak kari bila kerajinan datang nanti..Udang dan bahan lain dah ada tapi belum ada kerajinan + dengan mata Cella kembali datang chalazionnya..Dok bertahan takmau masak udang..kang kalau  masak dia akan pantang...pantang nampak..nak makan🤣


 Video tentang buah belinjau ni saya dah upload kat youtube channel:

👇👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/5CP4x2mol-I?si=rsRliQ186ekfMYcm




Wednesday, 13 November 2024

KUTIP BUAH KUINI GUGUR DI PAGI HARI...BAUNYA SANGAT NOSTALGIA

 

Tujuh biji buah kuini....

Hasil saya kutip pagi tadi masa grounding sebelum memulakan kerja..Tak sia-sia grounding hari ni ..

Bukan saja dapat aura positif tapi juga dapat buah kuini...

Minggu lepas dapat 2 biji buah dari pokok yang sama..Tapi yang tu depa kata depa kait dengan galah & peram.Pastu depa agihkan kat pejabat sorang dua biji...  

Saya juga depa bagi 2 biji yang belum masak.Depa bagi hari Khamis..Saya tinggalkan atas meja kerja lupa nak bawa balik...Hari Jumaat saya kena pi m meeting kat luar.Sabtu Ahad cuti..

Isnin...buka saja bilik...haummmmm,satu bilik bau kuini masak...Jenuh seharian pening kepala dengan bau kuini..Sembur air freshner pun tak hilang bau dia..hahaha .


Ingatkan depa dah kait habis dah buah kuini tu .Pagi tadi masa grounding kat rerumput tepi tiang besar  pencawang telco tu....bau kuini menusuk qolbu...Rupanya masih ada rezeki kutip buah kuini luruh...bau dia ..nostalgia sangat. .

Kerana terlalu teruja,saya videokan  peristiwa kutip kuini pagi tadi tu dan abadikan di youtube channel saya..kat 👇

https://youtube.com/shorts/L7n1IS-HHFw?si=UHoUofBBbzCbicKX


Ops...walaupun bawa balik buah kuini dalam kereta..Alhamdulillah takda bau kuini yang melekat dalam kereta ..Nak tau saya buat macamana?


Haaa..saya bungkus buah dengan tisu & saya masukkan buh kuini tu dalam balang kerepek.Pastu tutup la rapat rapat.Kebetulan hari tu  ada beli kerepek pisang balang besar buT kudapan sambil buat kerja...Kebetulan juga kerepeknya dah habis...balang tu la saya buat boh buah kuini bawa balik rumah...( gambar takda...so,sila bayangkan saja la yer)🤭



Tuesday, 25 June 2024

BUAT SENTUL vs BUAH STEY/ KECAPI

 
Dua minggu sebelum Raya Haji hari tu,saya ada balik kampung sat dengan Adah ..Sebabnya Adah craving buah berangan..Tapi takmau buah berangan kat KL ni...🤭..

Dia demand nak buah berangan yang dia pernah makan kat Pekan Jitra...yang dekat foodcourt apa tu  dekat McD tu...

Balik,maka Pakcik & Achik  dia layankan la...bawa dia pi cari buah berangan idaman dia...

Alhamdulillah....semoga tak kempinan bumil tu..



Kebetulan masa tu balik musim buah sentul...
Ada yang suka buah sentul ni??
Kalau ada bumi di luar sana yang kecur liur....mohon maaf ya sebab musim sentul baru sajaha berlalu..
Buah sentul ni dari berbunga dan berputik agak lama juga nak matang/masak.Tapi bila dah masak,hanya bertahan dipokoknya sekitar 2 minggu sahaja.Kalau tak dikait pun dia akan gugur sendiri dan membusuk dibawah pokok..


Ni pula kami panggil buah stey....
Adik beradik buah semtul juga..
Cuma buah lebih bulat dan warna dia kuning pucat berbanding sentul  yang kuning oren.

Buah stey ni lebih diminati sebab isi dia lebih tebal dan lebih manis.Ulas macam manggis tapi isinya tidak lekang dan nak makan hanya lulur/lulum macam tu ja..
Biasanya orang makan buah sentul dan buah stey ni dengan cara kupas nipis kulit luar dan makan lapisan dalam dengan cicahan/colek 

Musim buah sentul dan buah stey hampir sama...Mei-Jun


Ni pokok Stey depan rumah mak kat kampung...lebat berbuah,tapi saya yang tak pandai nak nak snap pic bagi jelas...hihihi


Pokok sentul ni pula depan pintu pagar nak masuk rumah mak kat kampung.Pokoknya memang jenis pokok balak..besar dan tinggi...
Kalau yang rendah boleh kait buahnya...yang tinggi jadi rezeki tupai dan kera...

Inilah bandingan pokok dan buah SENTUL vs STEY/KECAPI

Saya ada muatkan video pokok dan buah ni kat 

Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

Saturday, 11 May 2024

STRAWBERRY & BLUEBERRY

 

Strawberry  & blueberry



Buah yang jarang-jarang beli dan jarang jarang makan


Blueberry ni pada tekak saya rasa macam buah kemunting yang menjadi buruan kami zaman kanak-kanak...🤣



Strawberry ni pulak antara buah yang teringin sangat nak makan zaman kanak-kanak dulu ..hihihi



Alhamdulillah...sekarang ni Allah bagi ja rezeki untuk kebanyakan kita boleh dapat kebanyakan apa yang kita rasa nak makan...

Thursday, 18 April 2024

BUAH MERTAJAM NOSTALGIA & CERITA ACHIK KENA SENGAT IKAN KELI MASA ZAMAN KANAK-KANAK

 Pernah dengar Buah Mertajam?Kalau tak pernah dengar buah mertajam....Bukit Mertajam pernah dengar dak?

Haaaa...Bukit Mertajam kat Penang tu tau kan...Haaa..ni la nak tunjuk ruoa pokok dan buah mertajam... Agaknya nama Bukit Mertajam tu sempena nama pokok mertajam ni la kot..


Minggu lepas masa jalan jalan petang raya ke rumah jiran mak kat kampung...kami ternampak pokok mertajam di tepi jalan sedang berbuah dan masak pulak tu..

Terus tidak lepaskan peluang mengait setangkai buahnya..

Sudah lebih 20 tahun rasanya tidak menjamah wild fruit ni...hihihi



Buah Mertajam yang sudah masak 
Rupa buahnya seakan buah belinjau tetapi lebih lembut..

Daunnya seakan daun rambutan tetapi  tidak licin macam daun rambutan....seakan velvet

 

Saya dan Achik cuba mencapai dengan tangan  ranting yang berbuah ...sayangnya tak tercapai dek tangan...hihihi
Cella tukang rakam video...
Beberapa kali rakaman tergendala kerana banyak motor lalu lalang..hihihi


Akhirnya dengan menggunakan sebatang galah kayu panjang yang bercabang dihujungnya dapatlah mengait seranting buah mertajam yang sedang masak hitam..



Pokok mertajam biasanya berbunga pada musim kemarau iaitu sekitar bulam Februari hingga mac.Bunganya seakan bunga rambutan dan bunga belinjau.

Putik buahnya bewarna hijau dan beransur merah apabila hampir matang dan seterusnya hitam berkilat apabila matang sempurna.

Rasa buah belum matang agak kelat dan apabila matang rasanya isinya manis- manis kelat.Dimakan bersama kulit dan dalam ada satu biji dan ia tidaklah lekang.Tekstur isinya lembut seakan buah blueberry cuma sedikit kelat dan manis.Menjadi kegemaran burung burung liar yang suka bertenggek didahan mertajam.Juga santapan sang tupai dan keluang yang berterbangan dimalam hari.


Hanya saya yang mencicip buah  mertajam ni.Cella tak sudi untuk mencuba walau saya dah umpan rasanya seperti blueberry 🫐 🤣


Achik pula memang memang bukan pemakan macam saya..sebab tu Achik slim💃.Banyak makanan yang Achik tidak pernah jamah kerana pelbagai faktor.Antaranya tidak suka rasanya,tidak berminat dan memang tidak mahu mencuba🤭

Zaman kanak-kanak saya..agak lasak dan degil dalam diam.Banyak perkara yang mak larang,saya lakukan dalam diam.Antaranya masuk hutan cari buah-buah hutan seperti buah kemunting,senduduk,buah rotan,buah kekek,buah cenderai,buah gelam dan termasuk juga buah mertajam ni.Biasanya saya lakukan waktu petang masa balik dari kelas fardhu Ain..
Waktu macam tu biasanya mak takda kat rumah kerana mencari kayu api etc .
Kadang mandi carok,mandi parit dan mandi paya dan cari siput dan cari ikan  bersama kawan kawan hingga pernah kena belasah dengan mak la🤣.
Selalunya saya lakukan semua aktiviti tu sembunyi sembunyi tanpa pengetahuan mak.Kalau kebetulan saya kena mengasuh adik(Achik) jarang la saya buat semua tu sebab takut Achik jadi spy mak...pecah rahsia memang sakitlah saya kena belasah dengan mak.

Ada sekali tu musim cuti sekolah saya ikut Midah,Normah & Seli mencari ikan di hujung lahar iaitu hujung kampung kami.Dulu ikan bendang memang banyak.Masa tu musim kemarau bulan 12 sekolah tengah cuti..Saya darjah 4 dan Achik 5 ke 6  tahun gitu la...

Kami jumpa kubang kerbau yang penuh dengan ikan keli yang terperangkap dalam lumpur kerana musim kemarau.Midah,Normah & Seli ajak tangkap ikan keli.Saya dah pesan pada Achik agar tidak turun dalam kubang yang penuh ikan keli tu kerana ikan keli memang bersengat tajam.Kami anak kampung ada cara untuk pegang dan tangkap keli agar tidak kena sengatannya yang berbisa tu.Sedang seronok menangkap keli..tetiba dengar suara Achik meraung...
Pusing belakang,tengok rupanya entah bila Achik menyelinap turun dalam kubang keli tanpa saya sedar.Di tapak kakinya tergantung seekor anak keli dengan sengatnya terbenam dalam isi tapak kaki Achik.

Semua panik tak tau nak buat apa bila lihat anak keli terlekat ditapak kaki Achik.
Midah terus cabut anak keli dari kaki Achik.Seli pecahkan kepala anak keli tu dan korek otak anak keli tu untuk tampal pada bekas sengatan di kaki Achik.Itu antara petua orang kampung untuk kurangkan bisa sengatan keli.Namun kaki Achik semakin membengkak dan tangisan Achik tidak dapat dihentikan lagi.
Midah,Normah dan Seli segera bawa Achik ke telaga rumah mereka dan basuh semua kesan selut pada Achik.Kaki Achik dilekatkan otak ikan keli dan dibalut dengan kain batik buruk.Semua dah tak pedulikan tangkapan ikan keli yang penuh timba tu dibiarkan sahaja di kubang tersebut.
Kami semua berdoa agar kaki Achik segera sembuh tanpa pengetahuan mak saya.Namun,harapan kami adalah mustahil..!

Maghrib dah semakin hampir..Waktu maghrib kami semua harus pergi mengaji Qur'an kat rumah Teh Zali. Matahari dah hampir tenggelam.Hari makin gelap,namun kaki Achik makin bengkak dan tak boleh jalan langsung.

Nak tak nak..Midah,Normah dan Seli bergilir kokkong Achik( dukung atas belakang) dan hantar saya dan Achik balik.Sampai rumah,nampak mak sedang bersembang dengan Tok Don kat pelantar rumah sambil membasuh pinggan.

Achik nampak saja mak,terus meraung macam kena histeria.Mak pula nampak kaki Achik berbalut kain dan dengar teriakan Achik.Saya nampak mak terus terjun dari pelantar rumah menerpa Achik.

Midah,Normah dan Seli cuba menerangkan pada mak apa yang berlaku.Tapi mak dah tak dengar apa-apa. Tangan mak terus capai mayang kelapa yang gugur depan halaman.Mak belasah saya cukup-cukup.Meraung saya kesakitan mengalahkan sakitnya Achik kena sengat keli...
Midah,Normah dan Seli tak mampu buat apa -apa..Hanya terlopong melihat saya dibelasah emak.

Dalam panik tu mak lupa untuk nak tengok kaki Achik,sebaliknya mak hanya fikir untuk  belasah saya hinggalah mak dihalang dan dihalang  oleh Tok Don agar menghentikan belasah saya..
Agaknya masa tu baru mak teringat untuk tengok luka Achik.
Nasib baik ada Tok Don meredakan marah mak pada saya dan agaknya mak baru tersedar yang tindakan mak sudah berlebihan. Ditambah pulak waktu maghrib,agaknya hasutan syaitonnirrojim menguasai amarah mak...tu yang mak belasah saya tak ingat dunia..
Bila ditarik oleh Tok Don dan ditenangkan oleh Tok Don,baru mak berhenti belasah saya.Mak terdiam  dan terus mendapatkan Achik.
Masa tu Achik sudah berhenti menangis dek terkejut mendengar tangisan saya yang lebih kuat daripada tangisannya..🤣🤣🤣🤣

Kesempatan tu saya gunakan untuk naik rumah dan ambil selendang dan muqaddam dan saya bersama Midah,Normah & Seli menyelinap terus ke rumah Teh Zali untuk ngaji Qur'an.

Aduh,time tu la pulak,rumah Teh Zali didatangi saudaranya dari jauh dan ngaji Qur'an dibatalkan pada malam tu.Terpaksa la kami semua..Midah,Normah,Seli,Rohani,Mek Rodiah,Maliah dan beberapa orang lagi balik awal kerana ngaji Qur'an dibatalkan..
Macamana ni...nak ngadap mak lagi ni..Tapi hikmah jugak la ngaji batal.Kalau tak,pastilah semua orang tahu saya kena belasah dengan mak dan pasti menjadi ejekan sepanjang ngaji qur'an tu..Hihihihi

Sampai rumah,saya nampak mak sedang tuam kaki Achik dengan tungku panas yang dibalut kain macam tungku orang bersalin tu untuk kurangkan bengkak.Mak tidak lagi memandang saya.Saya agak mak mungkin kesal kerana belasah saya dengan teruk tadi....(
(atau sebenarnya mak dah meluat nak pandang saya🤣)Mungkin mak tak berniat nak belasah saya seteruk itu tapi dek panik dan hasutan syaitonirrojim menjadikan mak  marah dengan kedegilan saya.Mak terbelasah saya dengan teruk.Mak dah berkali pesan jangan main tempat bahaya tapi biasalah kan..mana yang mak larang..itulah yang kita nak buat...
Terimalah akibatnya...😭🤭🤣

Malam tu saya tidur awal tanpa makan malam.
Masuk saja rumah lepas balik dari mengaji tak jadi tu..saya terus gantung kelambu.Rumah kami masa tu hanya pondok kecik takda bilik..Hanya kelambu menjadi pemisah waktu tidur..
Terus masuk kelambu dan berselubung dalam selimut macam orang deman kura.Bila dengar tapak kaki ayah pijak lantai buluh pelantar rumah,menandakan ayah dah balik dari telaga...lagi la kecut oerut takut ayah belasah lagi sekali lepas mak.
Terus pura-pura lena dalam selimut...tak tau bila betul betul terlena....

Kadang kadang saya sengaja ulang cerita peristiwa tu depan mak...Saja nak buat mak rasa bersalah🤭..Apapun itu semua adalah kenangan masa lalu yang mendidik dan memanusiakan saya untuk menjadi diri hari ini....

Namun ...
Hingga sekarang saya dendam dengan ikan keli🤣🤣🤣🤣

BUAH BETIK DI TEMBOK SAWAH

 

Buah betik di tembok tepi sawah


Buah betik musim panas...masaknya merah dan isinya manis sangat..


Pokok betik ni dah tua..
Dah 4 tahun umurnya..
Kalau manusia...dah nak masuk tadika la kiranya...hihihi
Batang pucuknya patah
Tapi Allah tumbuhkan cabangny dan kekal berbuah lebat


Pokok asal 2021
Batangnya lurus tak bercabang..
Buahnya besar tapi ada yang kecil tak sekata.
Bila pucuknya patah....
Ia membentuk dedahan baharu dan berbuah

Semakin banyak cabang...
Jadi semakin banyak buah


Bila cabang baharu...saiz buah lebih sekata

Balik raya baru ni 3 biji buahnya masak


Buahnya masak kuning di pohon...
Capai dengan tangan sahaja...
Alhamdulillah rezeki  tanah bertuah..