Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, 8 September 2026

MAKAN LAKSA KUALA PERLIS @ KAK SU LAKSA

 Balik dari PADANG BESAR 2 SEPTEMBER 2026  tu  asalnya Achik kata nak ke Wang Klian & kami anak beranak plan nak gerak balik Pendang kerana ada urusan.Tapi baru gerak sekitar 10 km gitu,Achik update dalam Family Group WhatsApp kata nak ke Kuala Perlis nak makan laksa....

Achik bawa kami ke Kak Su Laksa @ Kuala Perlis..
Antara laksa Perlis yang paling famous..



Tujuh pinggan laksa 
Kata orang makan laksa Perlis kena gu dengan pulut udang & kuih spera..
Untuk gu kan dengan laksa tu asalnya order 7 pulut udang & 7 spera sahaja...
Perut masih kenyang makan kat Padang Besar tadi..tapi nak juga rasa laksa sini..


Lepas tu saya minta Cella pi tambah lagi 10 pcs spera.....Tak lama lepa s tu Achik pulak pi tambah order lagi 10 pcs spera..
Pastu Adah pulak tambah lagi 5pcs pulut udang...
Tapi sayang taktau mana pi gambar kuih spera dan pulut udang tu....hihihi
Tapi bagi tekak saya sebagai seorang penggemar kuih spera....spera kat sini antara yang terbaik.Inti moist & rasa seimbang..Yang penting intunya bukan hampas kelapa..
Yang belum tau kuih spera tu seperti apa...boleh rujuk KUIH SPERA ..kat sini




Kuih spera ni jarang nak jumpa orang jual sekarang ni.Kalau kat Sabah ada kuih macam karipap tapi isinya mihun dipanggil pastil,di Kedah & Perlis ada kuih macam karipap juga tapi intinya kelapa pedas macam inti cucur badak...dipanggil spera..



Laksa Kuala Perlia sedap dimakan bersama Pulut Udang....


Juga dimakan bersama coq spera...



Senarai harga ni saya jump di google tapi masih sama harga ni masa kami  datang pada 1 September 2026..

Dalan restoran ni ada keratan keratan akhbar menunjukkan beberapa orang artis juga pernah singgah makan laksa di sini.Dulu zaman belum ada banyak media sosial keratan akhbar menjadi saksi dan bukti... 

Pulag dengan perut yang kenyang..
Terima kasoh Haikal belanja kami makan laksa...
Kat Padang Besar Achik belanja....Kat Kuala Perlis Haikal pulak belanja....Semoga Allah limpahkan lagi rezeki yang barokah untuk Achik sekeluarga....

Lepas ni kalau pi Padang Besar lagi...haruslah singgah lagi sini....!
Hehehe


Monday, 7 September 2026

KE PADANG BESAR - 1 SEPTEMBER 2026

 Siapa kerja kat Selangor,untung la dapat extra cuti 1 September...kerna Selangor juara SUKMA 2026...Long weekend,Jumaat petang 28 Ogos dah boleh gerak..Cuti Sabtu,Ahad,Isnin Merdeka day & sambung  Selasa 1 September cuti menang SUKMA.

Ada ka yang belum balik KL/Selangor & bersama kami ke Padang Beaar pada 1 September?Hehehehe



Balik Kedah...tak sah kalau tak pi Padang Besar iaitu tempat favourite mak...
Mak kalau boleh setiap hari pi Padang Besar pun takpa...
Setiap bulan pasti Achik akan bawa mak ke Padang Besar.
Minggu ni 2 kali Achik bawa...Hari Sabtu 29 Ogos & hari Swlasa 1 September .





Perjalanan dari Pendang ke Padang Besar Perlis lebih kurang 1jam ++
Suka view sepanjang ke Padang Besar...Dulu sini ladang tebu terbesar di Malaysia...Sekarang landscape dah berubah...Tebu dah diganti kenaf tapi tak la seluas ladang tebu dulu


Macam biasa,sampai je Padang Besar...mesti kena makan kat restoran ni dulu ..
Naina Authentic Thai...
Mak la paling suka makan kat sini..Tu yang paling tidak sebulan sekali Achik akan bawa mak makan sini

Tengoklah tu...sampai je makanan mak dah tak sabar nak makan...hihihi
Hari ni mak pesan 
-Nasi Putih
- Udang Masak Pedas
- Kailan Ikan Masin
- Twh O Ais


Kalau datang sini wajib order daging bakar ni(RM12 sebekas)...sedap sungguh dengan sos cicahnya tu.Cuma kali ni macam porsion dah makin sikit.Sebelum ni lagi banyak macam KAT SINI...



Ni antara pesanan kami...





Dalam setahun,banyak kali la makan kat sini
Boleh katakan setiap kali datang Padang Besar,wajib makan kat sini..



Kali ni saya pesan Nasi Goreng Daging Bawang Putih...
Wow, boleh repeat nih!!!
Sedap...daging gorengnya. crispy bersama crispy garlic memang sedap pada tekak saya.Daging pun banyak...yang ni saya ingat harganya RM12 sebab masa tengok buku menu saya nampak harga.Harga makanan yang lain saya tak tau sebab tak semak harga yang orang lain order...Dannnnnnn....sebab Achik yang belanja!
hihihihi.....tiap kali balik la memang Achik yang belanja bila keluar makan kat luar
Semoga Allah limpahkan rezeki Achik dan mudahkan urusannya...

Lepas makan ...perut dah kenyang....boleh la jamu mata pula....


Ronda ronda jamu mata ....
Orang Thai ni kreatif menggubah makanan untuk kelihatan menarik...


Miang Kham....
Saya suka sangat miang kham.


Datang sini...wajib singgah kioa no 18 ni



Abe ni memang peramah dan sangat pemurah..
Semua pelanggannya dilayan dengan mesra dan boleh rasa apa sahaja yang dijualnya kecualilah yang dalam ready pack macam pepero tu.Kalau swgala kerepek,kekacang dan manisan lain yang repack tu memang tak kedekut lah..Siap cedok bukan sikit yer untuk bg pelanggan rasa.Pada saya otu bukan rasa tapi itu bagi makan sampai kemyang lerana buka sebiji dua tetapi ½ scoop setiap makanan tu..Siap pelawa suruh buka sendiri mana mana makanan yang nak rasa dan dimulutnya tidak lepas  perkataan" HALAL"  menandakan dia halalkan apa yang dimakan.
Masa timbangbsegala kerepek,kekacang dan manisan yang kita beli,siap dilebihkan timbangan tanpa extra charge!
Semoga Abe ni dilimpahi rezeki yang barokah dan dimudahkan urusannya di dunia dan akhirat ..🤲





Mak & Achik wajib la beli beras pulut berkilo kilo walaupun baru tiga hari lepas depa dua beranak tu dah datang sini beli beras pulut dah.
Achik hadiahkan saya 5kg beras pulut Siam yang dibeli di sini untuk saya bawa balik KL.Mak pula dah ada stok 10kg dah beras pulut Siam ni kat rumah...Haaaaa....kami dan pulut berpisah tiada....dulu hingga kini ...


Apa sahaja yang dijual semua nampak menarik dan sedap.....
Hihihihi.....

Selesai shoping sini....Achik anak beranak termasuk mak....depa plan nak ke Wang Klian pulak....Manakala saya anak beranak plan nak terus balik Pendang kerana ada urusan...
Tapi akhirnya dipertengahan jalan salong berwhatsApps dalam perjalanan...lain pula jadinya...
Kejadiannya kami bersama dua kereta ni ke satu destinasi lain ...
Ke mana ???
Tunggu......!!!!!
Next entri..
Hee.....




Saturday, 5 September 2026

MAKAN KENDURI NASI ARAB @ RESTORAN AL-,HIJRAH,SIK

 31 Ogos 2026,kami memenuhi jemputan walimatulurus  di Sik,Kedah.

Kami excited kereta baru Achik🥰..Pergi satu kereta sahaja sebab Aqil & Pakcik tak ikut.Hanya Achik,Haikal,saya,Cella,Adah & Sarah..

Perjalanan. lebih kurang 1jam...


Majlisnya @ Restoran  Al-Hijrah
Kat Kampung Sungai Pau..
Kampung Menteri Besar Kedah ni...
Kampung Sanusi..



Restoran  ni dari jauh nampak tak besar mana...bila dah masuk rupanya luas..Ada macam dewan luas dan beberapa bahagian tempat duduk di dalam dan luar 
Tengok pada signboard luarnya  tertera menu Arabian Mandy,western & masakan panas.
Tapi ni kenduri kahwin,ingatkan menu biasa nasi dengan kari daging dan sewaktu dengannya..Rupanya bila melangkah masuk...


Nah,
Mandy Arabian wei..!!


Selain main dish dia Mandy Arabian,aneka kuih dan dessert dia sedap sedap belaka



Happy Sarah 

Selesai makan dan jumpa tuan rumah,Achik ajak ronda-ronda dulu..


Nampak la masjid ni.Achim kata ni la masjis yang Datuk Seri Sanusi ada ceritakan dalam buki "Pegunan Perjalanan Hidup: Dinding Sekeping Adik Seorang", karya Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor,


Kami singgah sebentar di Taman Eko Rimba Lata Mengkuang



Pernah beberapa kali lalu sini tapi  seingat saya tak pernah singgah...Cuma Achik rasanya dia pernah cerita dia pernah ke sini zaman remaja..Kalau tak salah ingatan saya la sebab Achik boleh cerita landscape Lata Mengkuang ni bandingan dulu dan sekarang





Haikal & Cella kena layan Sarah turun main air..Asalnya Sarah menangis taknak masuk dalam air....Kemudian dah seronok main air...menangis kemain lagi sebab tak nak keluar dari air.

Lebih kurang 1 jam di situ...getak mengahala ke Pendang semula...menghabiskan masa di kampung pula hingga malam & kemudian balik ke rumah masing -masing..
Esoknya 1 September,apa plan?????
Tungguuuu....!!!!!


Tuesday, 23 June 2026

PESTA MEMPELAM TOBIAR GOLD

 Balik Kedah baru ni berpeluang ke Pesta Mempelam Tobiar Gold.Kebetulan kena dengan tarikh pesta mempelam depa.Kata Achik ,dia dah beberapa kali pi situ atas urusan kerja & dari situ tahu tarikh pesta mempelam tu...5 hingga 7 Jun 2026..

Setiap tahun depa buat pesta mempelam ni katanya dalam bulan Mei @ Jun .Menurut  staf situ tahun lepas kurang sambutan kerana tarikh pertengahan bulan kurang sesuai sebab tengah bulan orang berjimat...Tahun ni depa ubah plan buat awal bulan ...ramai sambutan kerana. awal bulan kan...baru gaji...haaaa bijak depa



Ladang Mempelam Tobiar Gold ni  kat Tobiar ..dalam daerah Pendang la...Kalau dari Pekan Pendang lebih kurang 15-20 minit berkereta menuju ke arah  Kubur Panjang kita akan melalui Tobiar.Orang Kedah sebut "TOBIAQ" ....



Ladang ni kalau dari jauh kat mainroad tu nampak macam ladang ni tengah tengah kawasan sawah padi yang luas terbentang .Nak sampai ke ladang ni kena lalu ",bataa ban" iaitu tebing sungai/tali air.Untung kami pagi tu Pakcik hantar sampai depan pintu masuk.Asalnya nak gi Pasar Kemboja Pendang sebab hari Jumaat.Tapi bila Achik ajak ke Pesra Mempelam ni ..Pakcik terus hantar...Nasib baik masih awal pagi..dapatlah Pakcik hantar sampai pintu masuk dan pakcik tunggu dalam kereta kat parkir bersebelahan ladang.Tak lama kemudian,parkir dah penuh & pengunjung perlu parkir di tapak parkir jalan utama & pihak pengurusan akan angkut dengan van dan pick up secara percuma  melalui batas van tu..


Masuk ja pintu utama,mata bukan dok tengok pokok pelam,tapi dok intai nursery  tepi tali air tu...Achik dok nak tengok bibit pokok durian asbab tengok dusun Musang King runah Ketua Kampung masa makan kenduri qurban raya Haji Ke2 tu. 


Titian pelangi..hihihi..
Kami meniti titi pelangi tu untuk membeli anak pokok
Achik la borong beberapa batang bibit durian klon ..


Dah beli anak pokok ...dengar DJ sebut boleh naik choley ni mengelilingi ladang.RM3 satu kepala...



Mak dok intai choley tu macam pernah tengok...


Haaaa.....betul la...
Kami naik choley  purple tu la masa kat Akmpung Warna Warni
Ish...boleh pulak jumpa choley dan pemandu yang sama..Adik tu pun cam kami.Dia pun terperanjat nampak kami....orang yang sama naik choleynya kat  Kampung Warna Warni beberapa hari lepas.Paling dia cam...mak saya ..katanya sebab mak saya lain dari yang lain...Ada sumbi emas...!!


TaTapi giliran kami naik choley merah ni..
Menurut info pemandu choley tu....Pihak MADA meenyewa beberapa buah choley dari Kampung Warna Warni swmata mata sebagai pengangkutan meneroka ladang memepelam sempena Pesta Mempelam ni.Mungkin choley no voleh jadi salah satu tarikan agaknya dan sesuai dengan keadaan ladang ni mempunyai laluan yang sesuai dengancholey berbanding pick up dan juga dadi segi kos petrol







Kebanyakan mangga ya g ditanam di si i dari je o Chokonan ..








Tapi sebelum naik choley,kami beritahu nak beli anak pokok kat  nursery tu dulu


Kena beli awal awal supaya dapat pokok terbaik sebelum orang lain pilih...



Achik dah pilih pokok Musang King....Valck Torn....Pokok  Manggis tiada biji ( pokok mesta) kedondong & saya pilih jambu strawberry.
Durian tu kalau menjadi elok rumbuh dan berbuah lagi 6 tahun kita update yer!🤭🤣



LYang datang. eramai voleh naik traktor no....
Tapi kami pilih naik choley




Jom naik choley....



Masih pagi...orang belum ramai...Best tak panas ...Tapi mendung tu ..risau hujan turun la pulak ..Santai menikmati pemandangan ladang mempelam



Yang nak petik sendiri mempelam,boleh turun sini & dapatkan bakul untuk petik mempelam...Kadar bayaran ikut banyak mana petik.Satu bakul/rga RM20...Tak pasti pula berapa berat 1 bakut tu jika ditimbang.
Tapi kami malas nak petik..
Nanti nak beli je ya g dah siap petik.Ada jual kat pintu masuk tadi...




Dalam ladang mempelam no banyak parit dan tali air..Nampak banyak ikan dalam tu.. Mak dah geram nak memancing...
menurut lemandu choley....memang boleh memancing ...ada sedikit bayaran dikenakan untuk sewa joran dan umpan...
Yesss....Mak dah gian nak memancing tu



Banyk port boleh turun nak OOTD...View cantik berlatarkan ladang,sawah,parit dan juga Gunung Jerai serta Bukit Perak...Tapi kami malas nak turun...just nak ronda ronda ja.







Habis pusing dalam ladang...
kami ke stesen untuk memancing....
1 joran( orang Kedah sebut  joran tu "boq kail") hanya RM3 besera sebungkus umpan cengkerik...
Kalai dapat ikan seberapa banyak pun  boleh ambil tanpa caj tambahan 



Wag.....dah ada yang fapat ikan...
Haruan sebesar  lengan ...
Ngeri tengok dah macam ular..
patut la omputih panggil haruan ni "snake head fish" kan....
Katanya anaknya umur 8 ke 10 tahun ke camtu
 


Mak tengah cari port terbaik nak memancing



Kami tonggalkan mak dok mancing...
sSaya dan Achik  & Cella dok beli mempelam...
RM6 /kg


Mangga Achik & saya





Ruoanya mak berjaya dapat sekor ikan keli lebih kurang ½kg beratnya..
dapat la mak bawa balik...tak dikankan bayaran tambahan ..hanya sewa joran dan umpan rm3 tadi tu..
Kat belakang mak tu bunting Lertandingan Memancing akan diadakan pada esok hari Santu 6 Jun....Kami pi Jumaat..
Esok 6 Jun sebelum subuh nak gerak balik KL...tak dapat la nak masuk pertandingan memancing ..hihihi





Lebih kurang 3 jam di situ kami pun balik...Pakcik mengunggu kat parkir..Penuh la vonet dengan pokok...ikan..mangga...hahahaha..
Semoga jumpa lagi di sini tahun dwpan....in shaa Allah....



Sunday, 21 June 2026

KE PUTRALOKA PRESINT 14,PUTRAJAYA

 Orang kata kat Putrajaya ada Pasar Malam best  buka setiap hujung minggu setiap Jumaat,Sabtu & Ahad.Teringin nak pi ...Semalam petang ,Sabtu 20 Jun,Alhamdulillah, ada kelapangan,Allah sampaikan ke sana..


Cuma kami pi awal sangat seusai azan dan solat Asar dah gerak.Singgah pick up Cella @ UPM .


5.35 petang kami dah sampai Putraloka ..
Parkir luas dan banyak serta dekat hanya bersebelahan Tapak Putraloka ni.Bila sampai sini dan baca info baru tau...rupanya Putraloka ni kira fleamarket la...
Sesuai untuk lepak lepak bersama rakan dan keluaga 


Dari tapak parkir dah nampak khemah khemah peniaga ...


Kawasan tenang..ada tempat duduk bawah pokok .Sebwlah sana tu seretan khemah jualan



Jom masuk.....

Masih awal sangat lagi...Pukul 5.45 kami dah masuk sini...Cuma Alhamdulillah cuaca elok...Tak panas sangat tak hujan


Penjual durian di pintu masuk..
nun di seberang jalan nampak warna merah tu Restoran Dayang Sarawak..Oh baru tahu kat Putrajaya juga ada Dayang Sarawak.Swlama ni tahu kat Pekan Sungai Besi & kat Permaisuri sahaja ..
Baru dua minggu lepas makan mee kolok dua hari berturut-turut...tapaw la tapi...Rindu pulak Kuching.Dah dua tahun tak ke Kuching sejak dok ulang alik ke Tawau..
in shaa Allah ada rezeki,sampai lagi k3 Kuching 


Suasana sebelum pukul 6 petang . 
Masih tak terlalu ramai...saya suka suasana macam ni..Tak suka yang sesak sesak.Swbab tu kalau boleh pi mana pun saya nak pi awal...Time orang dah berpusu pusu sampai saya akan gerak balik...Ada juga ke orang lain macam tu?
hihihi


Hampir semua gerai dah buka.Ada beberapa gerai lagi belum buka dan sedang dalam proses buka..

Kebanyakan makanan biasa kat pasar malam la macam Nasi Ayam,Nasi Kerabu,Nasi Lemak,Nasi Tomato,Mee kueteow,aneka sup...goreng gorengan...ayam goreng,ayam gunting,sosej,sate,burger,kuih muih dan makanan makanan viral orang muda...

Gulai Daging Umbut Pisang Ori Baling pun ada tau!!


Sebab orang belum ramai....kami jenjalan je tengok tengok dulu


Haus ...

Singgah beli minuman 

iIce Jelly Limau Kasturi
Cup kecik RM6
cup besar RM 7
Saja laaa dia nk suruh beli cup besar....kannnnn🤭


Kebetulan DJ nya di sebelah kami... see see



Kami pilih cup besar...request kurang manis...extra masam


Bebola keledek macam kat Cameroon Higland tu..Tapi yang ni depa buat colourfull.20 pcs RM 8


Cuaca panas...minuman la dicari orang kan...


Cella pilih Spudlab ni..Katanya kentang roasted dengan limpahan cheese dan sos bolognese..

Ada beberapa jenis topping sauce


Saya beli 5 loching pulut nak makan panas panas kat situ



Oh ye,setiap lorong disediakan kerusi meja..Kemas dan bersih..Boleh beli di mana mana getai dan makan di mana mana suka ..
Kalau kat Tawau kerusi meja disediakan penjual dan hanya boleh duduk makan situ jika order makanan dari tuan punya kerusi meja...Sini konsepnya terbuka..boleh beli dan makan sahaja di mana mana kerusi meja...Tong sampah pun banyak...Jangan lupa kemas meja dan buang sampah lepas makan.Walau takda tulis tapi kena la ada comon sense kaan.....



Gorengan la paling banyak





Kami pilih salah satu meja dekat Supa Dupa  tu ...makan kentang panggang...loching...jagung dan minum  ice jelly limau kasturi tu


Belakang tu Supa Dupa dan dataran ada aparu macam kereta mainan dan scooter bagai untuk kanak kanak....Kalau malam pasti meriah agaknya


Sarah hanya minta belon dari clown...bayaran ikut keikhlasan.Nasib baik dia tak mengamuk nak main scooter & Supa Dupa belakang tu...hihihu


Banyak kerusi meja disediakan....
Kerusi meja bersih ....bukan macam sesetengan fleamarket...kerusi mejanya ada yang berkulat berkerak..Allah...kembang tekak nak makan..
Tapi tu nunnnn...di negeri antah berantah nu🤭


Cella nak beli Mochi Montok
3pcs RM10

Menjelang pukul 6.30 orang makin ramai
Kami la pulak dah nak balik.



Pada saya tempat ni ok lah...
boleh la nak santai santai lepak bersama  keluarga  terutama yang teringin nak pi pasar malam tapi ada baby....boleh mai sini...boleh tolak stroller ....tak  sesak sangat kalau awal...
Boleh makan makan santai sambil baby dlm stroller...
Ada kanak kanak boleh masuk tempat mainan tu...sediakan sikit duit la kan...Mana ada percuma sekarang ..
Hujung bulan macam sekarang ni ketuka kebanyakan  menghitung hari menunggu hari gaji setelah bercuti Raya Haji baru ni...Elok lah datang sini...Ada RM50 pun dah boleh la makan anak beranak sambil beriadah....hehehe
Orang Putrajaya mungkin dah tak heran sini kan ...Biasanya macam tu...Orang dekat dekat tak rasa nak pi...Orang jauh yang teringin nak pi...
Tapi yang sukakan happening...elok datang lepas maghrib kot ..baru meriah .. 
Kami maghrib dah sampai runah ..hihihi