Saturday 31 August 2019

SALAM MERDEKA 2019

Salam Merdeka 2019
Selamat ulangtahun kemerdekaan kali ke-62
Semoga Allah sentiasa melindungi negaraku Malaysia dari segala perkara yang tidak diingini..
Memakmurkan Malaysia dan rakyatnya..
Memberkati dan merahmati muslimain dan muslimat bukan sahaja di malaysia tetapi juga diseluruh alam ini

Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih

SPAGHETTI GORENG PEDAS - BEKAL KE SEKOLAH

Nampak macam Mee Goreng kan..?
Tapi memang bukan Mee Goreng
This is Spaghetti Goreng... by mak aku

Saghetti  Goreng Pedas
Bekal aku ke sekolah hari Khamis


Spaghetti Goreng ni memang sedap
Mak aku cakap masak Ala Mee Goreng


Ada banyak daging dan sayur


Bekal aku ngan mak aku
Aku nyer penuh tupperware biru tu
Mak aku nyer penuh tippuware
Haaaaa


Nampak sikit tapi sebab ni saghetti memng banyak sebab mak aku isi padat
Makan 3 orang memang kenyang
Kebetulan Auni ngan Nad memang x bawa bekal...
Terus makan ber-3 sahaja tak ajak oranv lain dah
Hahahaha....

Mak aku pun cakap nak bawa extra
Ni tippuware jer sebab mak aku cakap nanti xyah bawa balik bekas
Ni bukan bekas taufufa
Tapi ni bekas jeruk buah lagi besar dari bekas taufu fa
Mak aku cakap nak kongsi makan ngan achik cleaner sebab mereka selalu tolong mak aku


2 bekal aku ngan mak aku

SPAGHETTI GORENG PEDAS
1pack pasta vermicelli (500gm)
300 gm daging - hiris
1 batang carrot
1 pokok daun sup
3 sudu minyak
Garam

Bahan Blend:
15 cili kering - rebus
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumis daging yang digaul sedikit garam
2. Bila berubah warna masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
3. Masukkan 1 cawan air dan biar mendidih hingga pekat dan daging empuk
4. Masukkan garam dan carrot yang siap dipotong jejari
5. Sementara itu jerang air hingga mendidih dan rebus pasta anggaran 8-10 minit.
6. Bila pasta lembut terus masukkan pasta kedalam bahan tumis & gaul rata
7. Jika pasta masih belum lembut tambah sedikit air rebusan pasta dan terus gaul supaya tidak melekat
8. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup



 Pasta vermecelli  yang mak aku  guna
San Remo tengah ada offer
2 pack pasta boleh pilih nak spaghetti..vermicelli.. Angle Hair
Semuanya twins  pack hanya rm8. 99
Kecuali Fettucini harganya rm9. 99
Tak tau naper fetucinni harganya lain
Yang pasti bila twngok kt rack pasta..
Vermicelli San Remo ni 1 pack harganya rm4.99
So..better amik yg offer ni 2 pack rm8. 99 dapat lagi bekas pasta tu percuma


Seperti biasa mak aku mesti pilih vermicelli berbanding sppaghetti
Mak aku kata sebab vermicelli lebih cantik medium size berbanding fettucini or spaghetti
Kalau angle hair plak halus sangat mak aku kata susah nak pilih masakan yg sesuai
Mmm.. Aku suka jer semu pasta
Sebab aku just makan jer
Yang nak masak mak aku
Hahahaha

Mak aku tengah tu.is daging
Bukan selalu kena rebus dulu ker?
Mmmm.....mak aku cakap sebab lupa nak rebus malam tadi..
So.. Hiria nipis boleh terua masak

Dah masuk cili blend macam sambal daging la plak


Sayur wajib kat rumah aku..
Hahahaha
Carrot.. wajib ada dalam peti ais

Mak aku tengah rebus pasta
Ok.. Aku nak gi mandi..
Nak siap2 gi sekolah
Biarkan mak aku selesaikn tugas masak bekal ni
Aku nak gi mandi..
Syyyyy... Jangan ikut..
Hahahaha

6.20 bekal dah siap
Aku pun dah siap
Mak aku tengah siap...
6.30 kena turun...
Sebab jap lagi nak singgah Petronas
Mak aku kata nak transfer duit untuk bayar yuran jaga rumah kat Kedah
Huh... setiap bulan memang mak aku kata kena bayar yuran rm 100++ untuk rumah KL  & rumah Kedah
Mmmmm.... jom cepat..
Kalau lambat nanti mak ku nyer punchcard merah lak
Aku pun kalau lambat nanti  pukul 7.15 jer gate kecil dah tutup kena lalu gate besar kang kena naik ofis tulis nama dalam buku besar..
So far record kedatangan aku masih bersih..


Friday 30 August 2019

ASAM PEDAS SARDIN + BENDI

Asam Pedas Sardin + Bendi
Sardin lagiii
Mak aku cakap nama lain untuk sardin ialah IKAN KURUNG sebab ikan ni dikurung dalam tin..
Hahaha....
Mak aku citer dulu2 zaman nenek dan arwah atuk masih muda. Atuk rajin tahan lukah, bubu dan apa lagi ntah alat tanvkap ikan yang mak aku sebut.. B
Aku dah x hengat sebab banyak sangat dan pelik2 bunyinya
Kata mak aku kalau ikn tu dah mati atau tinvgal nyawa2 ikan nenek akan siang jadikan lauk.
Ikan apa?
Mak aku cakap ikan sawah.. Haruan.. Keli.. Puyu.. Sepat..
Harun..puyu & keli aku tahu
Sepat aku x tahu
Mak aku cakap kalau banyak sangat nenek keringkan
Ikan yang hidup mak aku kta nenek akan kurung dalam tempayan besar
Huh...koaser aku boleh bayang tak?
Hahahaha dengar jer lah



Sam Pedas Ikan Sardin Campur Bendi
Mak aku masak untuk dinner
Dinner tu mean makan petang la
Hahaha sebab setipa weekday  nasi akan dimakan pukul 5 @ 6 petang la
Sebab sampai rumah jer memang mak aku akna masak nasi & lauk
Kadang landing dulu  tunggu mak aku siap masak
PAstu makan
Malam plak pukul 8...pukul 9 malam mula lapar lagi
Selalunya kalau malam mak aku akan  utakan air kopi O panas
Pastu cicah ngan biskut @ selalunya aku masak maggi
Heeeeeee



Asam Pedas Ikan sardin + Bendi ni sedap tau
Sebelu ni kalau mak aku masak sardin
Memang wajib lepas tu akan ada menu Nasi Goreng Sardin
Haaaa....dah wajib dah
Tapi sekarang ada 1 keajaiban berlaku......
Sudah ada " miau" yang akan makan ikan tu sampai habis
Hahahaha....siapa "miau" tu?

ASAM PEDAS SARDIN + BENDI
1 tin sardin
10batang bendi
43sudu minyak
1sudu teh pes asam jawa + 1 cawan air
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 tangkai daun kesum
1 serai- ketuk
Bahan Blend:
15 cili kering- rebus
½bawang besar
3 bawang putih
2 hiris lengkuas

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend
2. Masak hingga naik minyak
3.Masukkan air adam jawa, garam dan sikit gula. 
4. Bila mendidih baru masukkan bendi dan sardin bersama sosnya. 
6. Perlahankan api dan masak dengan api perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik
7.Sesuaikan rasa.



Thursday 29 August 2019

KELEDEK JEPUN GORENG RANGUP & MANIS

Keledek Jepun Goreng
Sedap sebab Keledek Jepun isi dia lebih manis dan creamy
Walaupun saiz dia kecik tapi xde serabut
Masa makan rasa creamy dan sungguh sedap
Aku suka Keledek Goreng
Lagi suka klu guna Keledek Jepun sebab lebih sedap

Keledek Jepun Goreng vs Teh O Panas
Memang feeling


Keledek Jepun
Ni mak aku cakap sengaja pilih yang saiz agak besar sebab nak buat Keledek Goreng
Kalau nak rebus mak aku caka better pilih yang kecik-kecik..
Kalau nak  balik Kedah
Mak aku mesti beli Keledek Jepun ni untuk bawa balik kat nenek
Sebab nenek suka sangat Keledek Jepun Rebus
Nenek kata kat sana susah nak cari
Hari tu nampak banyak jual kat RTC Simpang Pulai tulis Keledek Manis Cameron Higland
Nampak kulitnya merah dan ubinya comel-comel
Sekali bila beli masa nak rebus nenek cakap isinya purple la..
Hahaha.... Makanya bukan la Keedek Jepun
Dah tulis pun Keledek Cameron. !
Tapi masa balik Raya Haji baru
Cari Keledek Jepun xde stok
Masa singgah Mydin RTC....
Mak aku soh carikan Kacang Edamame untuk replace Keledek Jepun fav nenek tu
Haaaa... Nenek suka Kacang edamame tu
Kacang edamame pun dari Jepun juga
Kiranya nenek suka makanan Jepun la..
Sushi pun nenek makan tau
Tapi xtau la kalau Takoyaki nenek suka ke tak...



Resepi tepung celup just c&p dari old post Cempedak Goreng sebab mak aku cakap sama jer


KELEDEK JEPUN  GORENG
1/2 kg keledek Jepun
Batter Celup;
1 cawan tepung gandum
1 caaan tepung beras
1 sudu teh garam
1 sudu besar gul
2 sudu minyak
Sikit serbuk kunyit
Air secukupny
Minyak untuk goreng

1. Campur semua tepung, garam, gula dan ta tambahkan air sedikit demi sedikit hingga pekat
2. Tambah air ikut pekat atau cair yang digemari
3.Tambah 2 sudu minyak dan serbuk kunyit
4. Sedia diguna untuk buat cempedak goreng, pisang, keledek atau keropok lekor

Kupas kulit keledek, bazuh dan hiris anggaran twbal 1 cm


Aku suka keledek
Aku juga suka tepung krup krap

Slruppppp..

KERABU PERUT SANTAN KERISIK

Kerabu Perut Santan Kerisik
By mak aku
Coz maknan exotic macam ni memang fav mak aku
Aku memang x laaaaaaa
hahahaha
Perut lembu kot
Heeee...kalau daging lembu aku suka la
Tapi mak aku semua about lembu yang boleh makan mak aku meang makan
Lidah lembu
Kaki lembu
hati,paru,limpa,jantung
event kulit lembu
Agaknya kalau tanduk lembu boleh makan pun mak aku akan makan kot
kikikiki
Hmmmm....mak aku cakap kerabu perut lembu ni sedap
Haaaa....no comment
Sebab aku x makan


Ni ni mak aku kata Kerabu perut versi santan dan kerisik macam nenek selalu buat dolu-dolu
Kata amak aku ada yang versi simple just gaul dengan cili bawang,garam & air limau nipis sahaja
Kata mak aku tu versi sihat..
Haaaa...makan organ binatang sihat ke..?
Hihihihi
Ni mak aku cakap versi heavy macam nenek selalu buat kerabu

KERABU PERUT SANTAN KERISIK
1/2 kg perut lembu - siap bersih dan rebus lembut serta hiris
1/2 bawang besar -hiris
1 tomato masak- hiris
1 biji limau nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan santan pekat
2 sudu kerisik
1 sudu makan beras- digoreng tanpa minyak & tumbuk jadi serbuk

Bahan Tumbuk
10 cili padi
1 cili merah
1 sudu teh belacan

1. Campurkan bahan tumbuk dengan santan, kerisik, bawang hiris, garam dan gula.
2. Masukkan perut, tomato dan gaul rata.
3. Perah limau, dan sesuaikan rasa
4. Akhir sekali raburkan serbuk beras goreng dan gaul rata.. Siap


Wednesday 28 August 2019

LAKSA KUAH LEMAK KEDAH SEDAP


Laksa Lemak  Kedah
Mak aku masak untuk bawa bekal hari Isnin
Haaaa...bawa bekal laksa?
Heeee...mak aku jer bawa bekal laksa ni
Aku xnak bawa sebab susah nak makan waktu rehat
Berkuah bagai
Dah la tengah trial axam lagik
Aku nyer...mak aku buatkan  bekal Chicken Slice Sandwich



Tapi balik dari sekolahg
Petang tu memang aku makan Laksa ni la
Aku x minat snagat Laksa-laksa ni
Tapi kalau LAksa Lemak Kedah yang mak aku masak aku masih boleh go
Sebab dia xdelah rasa kelaksaan macam laksa biasa tu
Laksa ni rasa dia unik skit tau
Tapi ni yang penuh ulaman kat atas ni pinggan mak aku la
MAk aku nak makan dalam pinggan
Kata mak aku orang Kedah suka makan laksa dalam pinggan
Mostly kalau makan laksa kat gerai-gerai laksa di Kedah depa akan hidang dalam pinbgan pun
Aku x tahu naper sebab bila tanya mak aku pun mak aku cakap menag sejak dulu
Maybe sebab pinggan lebih lebar dan bila hidang nampak makanan tu banyak  kot
Haaa...kotttttttt


Ni aku nyer
Aku makan dalam mangkuk
Coz aku orang Key El memang akan makan laksa dan maknan berkuah dalm mangkuk
Heeeee satu lagi
Kalau mangkuk aku xdelah banyak sampah sarap tu
hahahaha.....marah mak aku kalau tahu aku panggil ulam-ulam tu sampah sarap
Tapi memang ulam-ulaman tu mengganggu nak makan la
Sebab tu kalau aku makan aku  hanya akan letak ulam timun & telur jerk




Ni yang makan malam plak
Aku just letak telur sahaja
No ulam lagi dah sebab ulam timun dah hbis
Yang tinggal ulam daun apa ntah



Mak aku memang selalu masak Laksa Kuah Lemak Kedah ni
Jarang mak aku masak Laksa Kuah Penang
Kata mak aku,sebab mak aku memang x pandai masak kuah versi Penang
Mak aku kata ....masa kanak-kanak dulu kalau nenek masak laksa pun nenek akan buat 2 kuah
1 Kuah Penang untuk makan ramai
1 lagi nenek akan masak sikit Kuah Lemak Kedah sebab mak aku kata dulu-dulu mak aku langsung xmakan Kuah Penang
Mmmmmm....patut la tak tau masak kuah laksa penang
Hahahaha



Laksa KUah Lemak Kedah ni pun dah agak lama juga mak aku x masak
Ni mak aku masak kuah sejak hari Ahad Malam
Pagi Isnin mak aku kata just rebus laksa & sedikan ulaman
KAta mak aku sebab ada kawan  mak aku yang craving Laksa Kuah Lemak Kedah ni
Yang craving tu mak aku kata kawan dari Trengganu
Haaaa......

Ni resipi just c&p dari old post jer..Sebab mak aku cakap sama jer
Cuma yang kali ni mak aku kata digandakan sebab nak bawa untuk kawan yang craving Laks Kuah Lemak Kedah tu + nak makan kat rumah..

LAKSA KUAH LEMAK UTARA..mak aku..
1 paket Laksa-
 rendam & rebus hingga lembut & toskan - tapi mak aku buat 1/2 paket je sebab x ramai kan.....

Kuah Lemak Utara:
1/2 kg ikan selayang
1 bungkus (2 sudu besar) rempah kari ikan
1 biji kelapa parut- perah santan pekat agak-agak 3 cawan..x perlu banyak sangat sebab nanti akan guna banyak air masa blend ikan
5 asam keping
garam & sikit je gula
daun kesum /bunga kantan pun boleh
sikit minyak untuk tumis
5 bawang kecil-hiris
2 bawang putih-cincang

Ulaman:
1 ikat daun selom- 
1 timun - potong bentuk batang mancis
1 Bawang besar-belah 2 & hiris nipis
cili padi- jika suka potong2
Limau nipis- belah2 & buang tengahnya
1 ikat daun pudina -lupa beli
1 potong nanas-dicincang

1.  Ikan yang dah direbus diambil isinya & blend bersama air secukupnya.Ketepikan.
2. Blend kepala & tulang2 ikan hingga halus & tapis untuk ambil airnya...Ulang tambah air & tapis sisa tulang.
3.Panaskan anggaran 1/2 cawan minyak & tumis bawang kecil & bawang putih hingga garing
4.Masukkan rempah kari yang dah dibancuh  dengan 1 cawan air.Biar hingga garing & naik minyak
5.Masukkan isi ikan yang dah blend & air tapisan tulang-tulang ikan.
6. Tambah garam,asam keping ,bunga kantan & biar hingga mendidih beberapa minit.
7.Tambah santan pekat & daun kesum & biar mendidih sekejap sebelum ditutup api...

8. Bila sentiasa dipanaskan kuah akan semakin pekat..Boleh saja tambah air untuk sesuaikan pekatnya.



This is Kuah Lemak Kedah
Dari malam mak aku masak
Kata mak aku kalau nak masak pagi halamatnya mersh la punch card
Hahahaha
Lagi pul mak aku kata kuah laksa elok dimasak awal-awal sebelum dimakan supaya rasa lebih sedap
Makanya dari malam bau kuah laksa
Pagi pun bau kuah laksa dipanaskan
Isnin malam pun bau kuah laksa lagi sebab makan laksa ni untuk dinner



Laksa siap direbus,dibasuh dan ditoskan
Mak aku cakap ni laksa siam sebab lebih halus
Kalau laksa biasa lebih besar



Ulam-ulaman



Laksa Kuah Lemak Kedah
Mak aku cakap kalau kat Kedah... Laksam Kedah kuahnya macam Laksa Kuah Lemak Kedah la..
Jang terkejut lak kalau tengok kuah x sama macam Laksam Kelantan
Bila belek old post..
Hmm.... Ada jer

MACAM-MACAM PASAL LAKSA... kat sini

Tapi banyak-banyak laksa aku lum pernah lagi tengok mak aku masak Laksa Johor..
Mak aku cakap Laksa Johor leceh nak masak
Tapi Achik pernah cakap dulu mak aku ada masak Laksa Johor yang sedap...


Tuesday 27 August 2019

CHA BANG ANG BUAT SENDIRI

Teringin nak buat Cha Bang Ang
Sediakan bahan-bahan

- Susu Full Cream - Dutch Lady 1/2 liter)
- Cincau Manis - 1 tiub- potong dadu
- biji selasih 1 sudu makan- basuh dan rendam 15 minit
- Susu cair - 1/2 tin
- Susu pekat 2 sudu
- Air Gula Perang pekat 1/2 cawan ( 1 cawan dark brown sugar + 1 cawan air masak hingga pekat)
Ais


1. Bancuh susu full cream + susu pekat & susu cair
2. Tuangkan campuran susu tadi ke dalam jug
3. Tambah ais kiub banyak-banyak sampai penuh jug
4. Tambah cincau manis yang didadu & biji selasih rendam
5. Pelahan-lahan tuangkan air gula perang pekat
6. Kacau & minun

**** Untuk hidangan banyak
         - Buat dalam jug sampai step no 4 sahaja
         - Bila nak minum baru tuang dalam gelas & masukkan air gula perang
     

Auh....sedapnya.....


Cha Bang Ang versi buatan sendiri


Tak boleh selalu minum sebab terlalu rich
Sebulan hanya sekalu
Tapi sekali minum 3 gelas
hahahaha..... ( jangan tiru aksi ini)

SAYUR TAUGE KACANG SOYA @ TAUGE KASAR

Sayur Tauge Kacang Soya
Mak aku masak untuk lunch semalam
Selain Sayur Taugeh Kacang Soya ni..
Ada lauk DAGING MASAK ASAM PEDAS....


Sayur Tauge Kacang Soya
Actually sayur yang aku paling x suka ialah sayur tauge
Paling aku nyampah kalau kue teow yang banyak taugeh
Leh buat aku murung oooo
Hahahaha


Tapi ni mak aku masak Teuge Kacang Soya
Tauge dia saiz L...
Rasa dia lain skit la dari tauge yang mengacau dalam kue teow tu
Taugeh Soya ni aku boleh juga la makan
Ada la dalam beberapa suap aku makan
Pun sebab mak aku bising suruh cuba
Kata mak aku xde rasa tauge
Ada ker tauge yang x rasa tauge
Hahahaha
Anyway... Sayur tauge soya ni still boleh terima la

Mak aku cakap
Dulu2 masa Achik ngan Pak Cik masih tinggal kat KL... Pak Cik selalu masak sayur Tauge Soya ni kalau kitorang gi lunch kat umah Achik & Pak Cik
Kata mak aku
Mak aku pun masak ikut cara yang Pak Cik masak
Mak aku cakap sebab kat Kedah belum per ah jumpa tauge ni
Pak Cik memang pandai masak
Dulu2 sebelum rumah baru siap
Kalau balik Kedah kitorang tidur umah Achik & Pak Cik
Kalau bagitau nak balik Kedah
Pakcik akn masak Tomyam.. & macamgmacam makanan exotic
Haaaaa.... Pak cik ngan mak aku memang peminat makanan exotic..
Macam pelanduk, kijang, landak & ayam hutan..
Ada lagi makanan exotic lain macam perut lembu, lidah lembu, kaki lembu semua.
Sebabnya Pak Cik ada geng nak makan makanan aneh2 tu
Achik ngan nenek plak memang x makan
Aku memang x la
Haikal ngan kakak ngan abang ngan Aqil aku tak tahu la mereka makan ke tak
Sayur Tauve Soya ni pun dulu aku x makan
Mak aku yang suka sangat


SAYUR TAUGE KACANG SOYA
½kg tauge soya
2 keping tauhu
minyak
½ asam keping kecil
Sikit daun sup

Bahan Tumbuk
Segenggam ikan bilis
10 cili padi
3 bawang putih
½ bawang besar
1 sudu teh garam

1. Tauhu dipotong dadu dan vorenv garing
2. Tinggalkan 2 sudu minyak dan tumia bahan tumbuk
3. Bila garing masukkan taugeh dan kacau rata. TIDAK PERLU masuk air.
4. Masukkan tauhu, asam keping dan gaul rata.
5. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup


Tauge Soya
Mak aku kata tauge yang biasa tu dibuat daripada kacang hijau yang masak bubur kacang tu
Mak aku pernah BUAT TAUGE SENDIRI... Kat sini...
Itupun sebab tak sengaja..
Hahahaha


Tauhu siap potong dan goreng garing
Orang Kedah panggil Tawkua(kena sebut dengan sebutan sengau baru betul macam sebutan orang Kedah)
Haaa... Kalu gi pasar memang penjual sebuat tawkua

Mak aku cakap dulu Pak cik masak sayur tauge soya ni Pak Cik pesan soh letak sikit asam keping untuk hilangkan maung tauhe soya..
Haaaa.... Mak aku cakap sebagai kakak ipar yang baik kena la ikut petua adik iparnya
Hahahaha...zaman sekarang masih ada yang patuh arahan


Bahan untuk tumbuk
Ni pun mak aku cakap kena ikut petua Pak Cik
Kena letak cili padi
Hahahaha... Patuh pada petua betul mak aku
Kata mak aku kalau  betul2 ikut resepi Pak Cik..
Cili padi tu kena extra
Huh...


Kena tumbuk..
Takleh blend ke..?
TAK BOLEH...!
kikikiki....

Maka makan lah mak aku dengan feelingnya
Siap meratah semangkuk tanpa makan nasi
Mak aku cakap makan sayur ni pun dah kenyang
Memang la kenyang sebab makan semangkuk penuh
Hahahahahaha... 🤭🤭🤭🤭🤭🤭