My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Showing posts with label MAKANAN BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN BERPANTANG. Show all posts

Thursday, 16 July 2020

IKAN TENGGIRI MASAK LADA PUTIH - LAUK PANTANG (PKPP COVID 19)

Ikan Tenggiri Masak Lada Putih
Lauk pantang  masa baru surgery mata hari tu


Sedap baq hang lauk ni
Tapi kalau makan banyak memang bagus la untuk membuang
Hahahaha...
Lajuuuuuu jerk
kikikikiki

Aku boleh habiskan semua lauk ni tau
Sebab sedap
Rasa pedas yang sedap


 IKAN SALMON MASAK LADA PUTIH.. kat sini
Tapi warna kuahnya lebih kuning sebab guna miyak carotino



IKAN TENGGIRI  MASAK LADA PUTIH
2 keping tenggiri - potong dadu besar
2 sudu minyak carotino
1 sudu asam pes asam jawa Adabi + ¼ cawan air
5 cili padi
10 tomato ceri

Bahan Tumbuk:
1 sudu teh garam
2 sudu makan whole lada putih
2 bawang putih
3 bawang merah
1 ketul kecik halia

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
2. Masukkan ikan yang dipotong dadu
3. Tambah air asam dan garam
4. Masak hingga kering dan masukkan tomato & cili padi

Ikan tenggiri

Lada putih
Beli kat speedmart


S
Semua bahan ni kena tumbuk lumat

Dah tumbuk
Aku tumbuk tau
Haaaaa
Halia,bawang ,bawang putih


Minyak Carotino
Dah nak habis pun
Heee

Ikan Tenggiri Masak Lada Putih yang sedap

IKAN DORY GORENG & SOS TARTAR (PKPP COVID 19)

Ni makanan aku yang "kununnya" masih berpantang.
Pantang la juga sebab nak mata ni cepat baik.
Cuma lately ni pantang pun clah seketat mbulan lepas
Bulan lepas memang sebulan makan nasi d ikan rebus or grill jer
Sesekali jer makan ikan goreng


 Ikan Dory Goreng  cicah Sos Tartar
Ada fries & sayur juga
Kira Fish & Chip la


 Dinner aku semalam
Mak aku masak special untuk aku
Yang kononnya kena pantang makan
Kalau macam ni, hari-hari pun boleh pantang.
Pantang lepa🀣🀣🀣
Untuk aku sorang jerk
Abang keluar gi Putrajaya sejak petang.
Balik sekejap maghrib
Malam keluar lagi gi makan ngan kawan
Kakak pun keluar juga ngam kak Nisa
Sampai malam
Opkoslah abang ngan kakak makan kat luar
Aku ngan mak aku mereput kat rumah
Kakak ajak jer
Tapi aku xnak la gi sebab esoknya pagi-pagi nak gi HUKM
Sambil iron baju abang.. Baju mak aku
Mak aku plak masakkan ikan ni untuk dinner aku

IKAN DORY GORENG
1 Keping fillet ikan dory-kerat 2
3 sudu tepung goreng ayam adabi
Minyak untuk goreng




 Fillet ikan dory dah reheat
Gaul ngan 1 sudu tepung goreng pedas
Biar 1/2 jam supaya rasa pedas diserap ikan


Masuk ikan  yang dah gaul tepung pedas tadi dalam plastik bersih & tuangkan lagi 3 sudu tpung pedas

Goncang-goncangkan plastik supaya ikan bebedak dengan tepung pedas
(idea SKDTJ..hihihihi)


Goreng Fries


Sos Tartar
Sos ni memang dah ada dalam peti ais
Mak aku buatkan 1 bekas ni
Kalau goreng ikan bolh cicah
Sedap sangat sos tatar ni
Macam makan Fillet O Fish Burger kat  Mc D lak
Heeee


Ikan Dory Goreng Tepung
Fries
Sayur
Sos Cili
Sos Tartar


Makan panas-panas....
Aummm

Saturday, 11 July 2020

IKAN KERISI GORENG TAK BUANG SISIK-LAUK BERPANTANG (PKPP-COVID 19)

Mak aku masakkan lauk ikan kerisi untuk aku

 Ikan Kerisi Goreng Tak Buang Sisik
Haaaa.... Bapak panjang kan nama menu ni
Tu nama panjangnya la
Kalau nama pendek dia Ikan Goreng jew😁
Beberapa hari ni mewah skit makan ikan
Lepas mak aku beli kat lori ikan yang datang bawa ikan dari Trengganu tu
Cuma kadang-kadang rindu pulak kat ayam
πŸ—πŸ—πŸ—πŸ—πŸ—
Lauk harian sebelum PKP memang ayammmmmm jer
Masa PKP kalau dapat makan ayam kira cukup bagus sebab takut nak keluar rumah
Masa Raya Puasa lak banyak makan daginggggg jer plak
Seminggu sampai 2x mak aku masak rendang daging
Tu belum + lauk lain yang gunakan daging
Start 4 Jun after 1st appointment mata kat HUKM memang kena pantang ayam, daging bagai
Sejak itulah ikan menjadi menu harian aku
Pun ikan - ikan tertentu sahaja
Mula-mula aku sangat suka sebab kalau dulu jarang dapat makan ikan
Tapi sekarang, setelah lebih sebulan berpantang makan ayam bagai tu
Sesekali rinduuuuuu la plak kat πŸ—


Tapi dapat makan ikan goreng panas-panas
Sisik dia plak rangup macam keropok
Sedapnyaaaa
Walaupun hanya ikan goreng.
Ikan Kirisi Goreng
Haaa.. Nama ikan ni aku x hafal macam nama ikan siakap & bawal semua tu
Nama dia mak aku yang cakap masa kakak tanya
Ikan ni mak aku goreng 3 ekor
Sekor kakak makan
Kakak pun cakap sedap sebab sisik tu macam keropok
Masa makan tu la kakak tanya nama ikan ni
Mak aku cakap ikan kerisi
Aku x familiar sangat ikan ni
Maybe sebab mak aku jarang beli kot
Tapi aku selalu nampak ikan ni kat pasar


Pic dari Google..
Memang sama la
Masa mak aku siang ikan-ikan yang dibeli tu x snap pic plak
Sebab aku xnak dok dekat sink kerana masa mak aku siang ikan yang nama ikan asoh tu sisik dia banyak & kalau duduk dekat sisik yang melompat-melompat tu lekat kat baju & tangan
Heeee...
Ikan Kerisi ni warna dia cantik
Warna pink gitew..
Ada garis kuning
Memang cantik
Kalau dalam laut masa berenang mesti lagi cantik..


See.. Sisik dia paling sedap sebab rangup & lemak masin
Mak aku cakap kalau nak goreng xyah buang sisik
Supaya bila goreng, sisik jadi garing rangup
Tapi kalau nak masak kari ke, asam pedas ke atau apa-apa masakan lain WAJIB la buang sisiknya
Kalau x buang alamatnya akan tercekik sisik tu sebab sisik dia tidak akan lembut walau dimasak lama
Lain lah kalau goreng sisik tu akan rangup
Sekor mak aku dah makan
Sekor kakak makan
Sekor untuk aku
Haaa.. Sorang sekor jangan rebut
Abang balik lambat hari ni
Mak aku cakap kalau abang nak makan nanti mak aku kata nak buat nasi goreng jer

Ikan goreng tu cicah ngan kicap ni
Aummmmm... Memang sedap
Mak aku perah limau purut plak
Harum bau dia memang sedap
Aku suka bau limau purut
Limau purut ni amik kat umah Achik masa balik ziarah nenek hari tu
Pokok limau purut kat umah Achik banyak buah..
Mak aku siap buat gosok kat kepala macam syampu
Siap perah dalam kolah buat mandi..
Masuk bilik air bau harumnya
Aku pun tiru juga macam mak aku
Buat gosok kat kepala & buat mandi
Huh.. Rasa segar dia lain macam lepas mandi..
Aku suka sangat bau limau purut ni
Tapi bila balik KL x rasa la plak nak buat macam tu
Sebab takut plak nanti kalau lalu depan orang, orang akan telan air liur..
Naper nak telan air liur?
Kang tercium bau limau purut kat aku
Dorang terliur plak sebab ingatkan aku ninTomyam plak kang
🀣🀣🀣🀣🀣🀣
Sebab bau limau purut kan macam bau tomyam juga
Hihihihi

Ok makan dulu
Mak aku ajar letak minyak goreng ikan tu skit.
Sepatutnya pantang, minyak kena kurangkan atau xyah minyak langsung
Kena masak rebus, steam or grill jer
Alang-alang dah ikan bergoreng, makan jer sekali ngan minyak tu.
B
Hahaha
Makan ikan goreng panas-panas ni
Cicih kicap tu.
Aummmmmmm

Friday, 10 July 2020

ASAM PEDAS IKAN ASOH? - LAUK PANTANG(PKPP-COVID 19)

Semalam petang mak aku masak Asam pedas ikan
I like.....

1 rumah bau asam pedas..
Masa aku tengah layan youtube
Mak aku call
Soh kuarkan ikan dari peti ais
Mak aku cakap soh keluarkan ikan yang leping-keping
Kata mak aku cari jer dalam freezer bskaa yang ada 4 keping isi ikan
Hahaha.. Ok.. sis cari you..
Jumpa la sebab tu jer satu-zatunya bekas yang ada isi ikan.. 🀭


 Petang mak aku kata nak masak asam pedas ikan tu
Ni ikan apa?
Mak aku cakap orang yang jual tu cakap Ikan Asoh
Ikan Asoh?
Naper tua sangat...
Yang mida skit xde ke..
Ikan Nyonya ke
Kalau lagi muda Ikan Amoi
Ini Ikan Asoh, mesti dah tua🀣🀣🀣


Ikan ni nampak mak aku bawa balik hari Selasa..
Mak aku cakap ada penjual dari Trengganu bawa 1 lori ikan dari Trengganu
Mak aku beli 3 jenis ikan..
Ikan kerapu
Ikan kerisi
& ikam asoh ni la🀭
Actually ketiga-tiga ikan tu kau x tahu nama pun
Tapi masa mak aku tengah aku sempat tanya 1 ikan tu mak aku cakap namanya kerapu
Yang ikan kerisi tu kakak yang tanya masa makan ikan tu yang mak aku goreng
Ikan Asoh ni..
Haaaaa.. ni la sebab mak aku soh keluarkan nak masak asam pedas ni..
Kakak cakap kakak memang langsung x tahu nama ikan kecualibikan kembung & ikan sardin dalam tin🀣
Aku lak... Kenal la juga ikan nak banding kakak..
Heee tapi xde lah kenal semua
Takat kembung, tenggiri, merah, bawal, tongkol, salmon talapia, patin dan siakal aku kenal la sebab selalu ikut mak aku gi beli barang dapur.
Tapi Ikan Asoh ni aku x pernah dengar
Tak pernah kenal
Mak aku cakap tengok rupa sama macam ikan jenahak jer
Tapi dah penjual tu cakap Ikan Asoh
.. Asoh pun Asoh lahhh


ASAM PEDAS IKAN ASOH
4 keping ikan asoh
1 sudu pes asam jawa + 2 cawan air
2 biji tomato
1/2 sudu makan garam
1 sudu teh gula perang
2tangkai daun kesum
1/2 cawan minyak

Bahan Blend
20 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
3hiris lengkuas

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan ikan & balik-balikkan
3. Tambah air asam jawa, garam, gula & biar mendidih hingga ikan masak
4. Tambah daun kesum, tomato yang dibelah-belah & biar mendidih dengan api perlahan beberapa minit supaya kuah naik minyak & cantik.
5. Sesuaikan rasanya

Siap lauk untuk orang pantang sakit dan pantang nampak makanan😁
Kalau ikut minyak pun kena pantang tapi dah letih makan ikan rebus, kukus  & grill
Semalam nyer semalam aku melanggar pantang..
Actually bukan aku sangat la
Tapi dengan kebenaran mak aku
Mak aku masak yee mee goreng letak sosej untuk bekal abang
Aku plak rasa teringin nak makan
Mak aku cakap try jer lah makan
Kalau esoknya ok.. Kira ok lah xdere allergy
Takut-takut juga aku nak makan
Tapi makan la juga🀭 sebab nampak sedap
Pun aku cuma amik mee & sayur.
Tak amik pun sosej tu
Hasilnya semalam bangun jer tidur mata aku jadi bertahi & melekat susah nak buka..
Sedangkan sejak surgery Khamis minggu lepas... Beberapa hari tu memang berair dan bengkak.
Tapi dah beberapa hari lately ni nampak bnyak improvement.
Bengkak banyak dah surut.
Tempat surgery dah nampak kering
Dah selesa nak berkelip walaupun masa appoinment hari Isnin tu doc kata luka surgery tu belum bercantum dengan baik.
Doc cakap antara sebab mata semakin baik tu juga kerana berpantang makan..
Tapi kerana ikutkan selera nak makan mee tu..
Nyesal bila mata dah mula merah & bertahi..
Nyesal la jugak sebab makan mee tu sikit jerk..
Kalau tahu akan allergy macam baik makan banyak2..
Puas hati🀣🀣🀣🀣

Thursday, 9 July 2020

SUP KEPALA IKAN UNTUK PANTANG & ULAM PUCUK KEDONDONG(PKPP-COVID 19)

Ni lauk minggu lepas masa balik tengok nenek tu
Lauk untuk 2 orang berpantang
Aku pantang sebab mata
Nenek pantang sebab kena jahit luka accident tu

Nenek nak makan Sup Kepala Ikan
Mak aku masakkan sup ni
Untuk aku ngan nenek
Kata mak aku ni kepala ukan jenahak

SUP KEPALA IKAN 
1 kepala ikan belah dua (juga isi ikan)
1 biji kentang - belah6
1 tomato masak
5 cili padi
1 sudu teh garam
10 biji lada hitam
1 tangkai daun sup +daun bawang
1/2 limau nipis

Bahan Tumis:
1 sudu minyak
1/2 bawang besar
2 bawang putih - ketuk
1 ketul halia muda- hiris
1 kulit kayu manis
5 buah pelaga
5 bunga cengkih
2 bunga lawang

1. Panaskan minyak & tumis semua bahan tumis hingga harum
2. Masukkan kelapa ikan dan balik-balikkan
3. Tambah 3 cawan air, lada hitam& ubi kentang
4. Bila mendidih & kentang empuk , masukkan tomato,cili padi ketuk & garam
5. Sesuaikan rasa & tabur daun sup+daun bawang
6. Bila hidang, perahkan limau nipis



Ikan sup isinya cicah kicap bawang ni
Aummm... Sedapppp

Lauk mak aku
Mak aku kalau balik Kedah mesti cari ikan kembung lemak Pangkor
Mak aku cakap ikan ni memang khas dari Pulau Pangkor
Isi dia lemak berminyak
Mak aku rebus a.k.a nenek cakap ikan lengat
Pun cicah ngan kicap bawang tu

Ulam dari tanaman nenek

Pegaga
Bayam Brazil
Kunyit muda
Kulit Limau Nipis
Pucuk Kedondong

Haaa.. Jangan tak tahu Pucuk Kedondong ni mak aku cakap sangat sedap dijadikan ulam
Mak aku cakap tekturnya rangup & rasanya sedikit masam macam rasa buah kedondong
Tahu ke buah kedondong..

Ni la buah kedondong..
Aku x cuba pun sebab buah kedondong pun aku x suka..
Aku memang x suka buah-buah masam
Jeruk pun aku x suka kecuali jeruk timun yang dalam burger tu jer yang aku makan walauoun masam dia sampai kenyit mata
Heeee.....

Wednesday, 24 June 2020

KUIH BENGKANG TEPUNG BERAS (PKPP - COVID 19)

Teringin nak makan kuih
Sejak berpantang makan kerana mata bengkak ni dah jarang makan sebarangan
Tengok mak aku goreng keropok lekor
Aku x berani makan takut kena ikan yg gatal.. Nak makan roti & biskut dah rasa puas dah makan sejak PKP hari tu
Nak makan maggi, mak aku cakap takut perencahnya ada udang ke, bilis ke
Kang bengkak merah lagi mata ni kang
Mak aku pun dah jarang buat kuih untuk minum petang

Tapi weekend baru ni mak aku masak Kuih Bengkang

Bengkang Tepung Beras kata mak aku
Mak aku cakap aku boleh makan sebab x risau takut ada benda yang allergy bagai
Mak aku kata hanya guna tepung beras, santan, gula & garam jer
Takde telur, seafood bagai

Pagi-pagi lagi mak aku dah masak kuih bengkang ni
Mak aku cakap kalau nk makan petang kena masak pagi
Kalau nk makan pagi kena masak sejak malam
Supaya kalau nak potong kuih ni kena biar beberapa jam lepas dimasak supaya kuih  beku & cantik

KUIH BENGKANG TEPUNG BERAS
1mangkuk besar tepung beras
3 mangkuk besar santan
1/2 mangkuk gula putih
1/2 sudu teh garam halus

1. Siapkan semua bahan. Sapu loyang pembakar kuih dengan sikit minyak.
2. Bancuh tepung beras, santan, gula & garam hingga sebati & tidak bergentel.
3.  Masukkan kedalam periuk @ kuali & teru kacau tanpa henti hingga adunan pekat & meletup-letup
4. Tuangkan semua adunan yang dimasak itu kedalam loyang yang disapu minyak
5. Ratakan & bakar dalam oven yang sudah dilanaskan 190° api atas & bawah
6.Bakar selama 1 jam.
7. Setkan pula api atas sahaja & tambah masa menbakar lagi 20 minit supaya permukaan kuih berkerak garing
8. Biar sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebwlum potong supaya kuih beku & cantik


Mula-mula kacau  memang cair jer



Lama+lama dikacau, adunan makin pekat  dan likat


Adunan yang likat tadi dituangkan kedalam loyang yang sudah disapu minyak.
(syyyy... nampak petai.. 🀭🀭🀭)


Mak aku cakap kalau cara nenek, kena bakar dengan dapur kayu & bahagian atas nya ditutup dengan sekeping zink & letak sabut yang berasap atasnya.
Aku pernah tengok nenek masak kuih bengkang macam tu masa sekolah rendah dulu..
Nenek akan alas loyang tu dengan daun pisang & bahagian atas kuih juga ditutup dengan daun pisang.
Nenek kata supaya bila kuih dibakar, daun pisang juga akan melindungi kuih dsripada terhangus & meninggalkan bau harum pada kuih.
Mak aku cakap nenek buat macam tu sebab dapur kayu dan sabut tu mana boleh nak adjust temperaturenya macam oven..
So, kalau apinya terkuat, xdelah kuih bengkang hangus sebab daun pisang melindunginya..


Periuk bekas kacau adunan tepubg tadi.
Mak aku soh aku kikis & makan
Sisa-sisa adunan kuih ni mak aku cakap
Kalau dulu mak aku ngan achik akan berebut makan
Heeee.... aku x rasa la plak  nk makan
Heee..x sopan anak dara nak makan dalam periuk tu kan
Nanti nenek marah😁

Kuih Bengkang sedang dibakar


Kuih bengkang ni masa baru dikeluarkan dari oven memang nampak lembik & tergedik-gedik macam kera kena belacan
🀣Haaaaperibasa tu..
Seperti Kera Kena Belacan.
Tapi aku x gediks
Aku sopan🀭🀭🀭🀭


Betul la..
Masa kuih ni baru masak
Bila goyang bekas tu
Kuih bengkang bergerak-gerak


Kena biar hingga ssjuk supaya kuih senang dipotong & cantik kuihnya


Tapi belum betul-betul sejuk mak aku dah potong
Haaa.. Bukam aku yang x sabar
Tapi mak aku x tak sabar



Mak aku cakap dah x sabar nak makan sebab bau dia sedap


Haaaa.. Ni kuih dah sejuk
Barulah smooth jerk potong & nampak licin lebih kemas
Cuma top dia mak aku cakap terover garing keraknya

Tuesday, 23 June 2020

SIAKAP 3 RASA LAUK PANTANG (PKPP-COVID 19)

Masih lauk berpantang sebab chalazion
Mata bengkak
Asyik makan ikan stim... rebus & gril jer
Sesekali nak jugak lauk lain..

 Mak aku masak Ikan Siakap 3 Rasa

Ssmua dapat makan walaupun nama dia lauk pantang
Kakak pun suka
Abang makan kuah sos dia jer + telur dadar
Mak aku pla
Ikan tu... Actually kakak ngan aku jer habiskan

IKAN SIAKAP 3 RASA..mak aku style
1 ekor ikan siakap - sapu sikit garam
2 sudu tepung ubi
2 sudu sos tomato
2 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar @ daun bawang -hiasan
1/2 sudu teg garam
1 sudu teh gula perang
1/2 sudu cuka makan
Bahan Blend:
2 cili merah
10 cili padi merah
1 biji buah tomato (sederhana)
1/2 bawang besar
2 bawang putih
2 daun limau purut
1 pokok  ketumbar -dengan akarnya sekali
1 serai
sikit lengkuas

1. Sapu ikan dengam sikit garam & sapu tepung ubi. Goreng ikan hingga garing
2. Dalam minyak yang sama,tumis bahan blend hingga naik minyak
3. Tambah sos tomato,garam,gula,cuka & daun limau purut.
4. Masukkan ikan & tabur daun ketumbar / daun bawang

Ikan siakap goreng

Ikan Siakap 3 Rasa...
Siap tungkan sos 3 rasa
Makan panas-panas baru best
Ikan rangup

Lauk mka aku
Mak aku x makan pun ikan siakap 3 rasa tu
Mak aku makan ikan kembung goreng jer
Mak aku cakap dalam semua jenis ikan
Ikan kembung paling sedap
Aku x setuju...