I like.....
Masa aku tengah layan youtube
Mak aku call
Soh kuarkan ikan dari peti ais
Mak aku cakap soh keluarkan ikan yang leping-keping
Kata mak aku cari jer dalam freezer bskaa yang ada 4 keping isi ikan
Hahaha.. Ok.. sis cari you..
Jumpa la sebab tu jer satu-zatunya bekas yang ada isi ikan.. 🤭
Petang mak aku kata nak masak asam pedas ikan tu
Ni ikan apa?
Mak aku cakap orang yang jual tu cakap Ikan Asoh
Ikan Asoh?
Naper tua sangat...
Yang mida skit xde ke..
Ikan Nyonya ke
Kalau lagi muda Ikan Amoi
Ini Ikan Asoh, mesti dah tua🤣🤣🤣
Ikan ni nampak mak aku bawa balik hari Selasa..
Mak aku cakap ada penjual dari Trengganu bawa 1 lori ikan dari Trengganu
Mak aku beli 3 jenis ikan..
Ikan kerapu
Ikan kerisi
& ikam asoh ni la🤭
Actually ketiga-tiga ikan tu kau x tahu nama pun
Tapi masa mak aku tengah aku sempat tanya 1 ikan tu mak aku cakap namanya kerapu
Yang ikan kerisi tu kakak yang tanya masa makan ikan tu yang mak aku goreng
Ikan Asoh ni..
Haaaaa.. ni la sebab mak aku soh keluarkan nak masak asam pedas ni..
Kakak cakap kakak memang langsung x tahu nama ikan kecualibikan kembung & ikan sardin dalam tin🤣
Aku lak... Kenal la juga ikan nak banding kakak..
Heee tapi xde lah kenal semua
Takat kembung, tenggiri, merah, bawal, tongkol, salmon talapia, patin dan siakal aku kenal la sebab selalu ikut mak aku gi beli barang dapur.
Tapi Ikan Asoh ni aku x pernah dengar
Tak pernah kenal
Mak aku cakap tengok rupa sama macam ikan jenahak jer
Tapi dah penjual tu cakap Ikan Asoh
.. Asoh pun Asoh lahhh
ASAM PEDAS IKAN ASOH
4 keping ikan asoh
1 sudu pes asam jawa + 2 cawan air
2 biji tomato
1/2 sudu makan garam
1 sudu teh gula perang
2tangkai daun kesum
1/2 cawan minyak
Bahan Blend
20 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
3hiris lengkuas
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan ikan & balik-balikkan
3. Tambah air asam jawa, garam, gula & biar mendidih hingga ikan masak
4. Tambah daun kesum, tomato yang dibelah-belah & biar mendidih dengan api perlahan beberapa minit supaya kuah naik minyak & cantik.
5. Sesuaikan rasanya
Siap lauk untuk orang pantang sakit dan pantang nampak makanan😁
Kalau ikut minyak pun kena pantang tapi dah letih makan ikan rebus, kukus & grill
Semalam nyer semalam aku melanggar pantang..
Actually bukan aku sangat la
Tapi dengan kebenaran mak aku
Mak aku masak yee mee goreng letak sosej untuk bekal abang
Aku plak rasa teringin nak makan
Mak aku cakap try jer lah makan
Kalau esoknya ok.. Kira ok lah xdere allergy
Takut-takut juga aku nak makan
Tapi makan la juga🤭 sebab nampak sedap
Pun aku cuma amik mee & sayur.
Tak amik pun sosej tu
Hasilnya semalam bangun jer tidur mata aku jadi bertahi & melekat susah nak buka..
Sedangkan sejak surgery Khamis minggu lepas... Beberapa hari tu memang berair dan bengkak.
Tapi dah beberapa hari lately ni nampak bnyak improvement.
Bengkak banyak dah surut.
Tempat surgery dah nampak kering
Dah selesa nak berkelip walaupun masa appoinment hari Isnin tu doc kata luka surgery tu belum bercantum dengan baik.
Doc cakap antara sebab mata semakin baik tu juga kerana berpantang makan..
Tapi kerana ikutkan selera nak makan mee tu..
Nyesal bila mata dah mula merah & bertahi..
Nyesal la jugak sebab makan mee tu sikit jerk..
Kalau tahu akan allergy macam baik makan banyak2..
Puas hati🤣🤣🤣🤣
kita pun tak pernah dengar dan tak pernah tengok pun ikn ni...😁😁 tapi bila tengok asam pedas tu telan air liur kita wakkk 😋😋😋
ReplyDeleteKannn...
DeleteNama ikan tu macam kelakar pun ada tapi sedap la sebab banyak isi x banyak tulang
Salam
ReplyDelete