Saturday 18 July 2020

PERIA TUMIS PEDAS(PKPP COVID - 19)

Ni plk kisah hari apa ntah
Aku lapar nak makan
Tapi tak tahu nak makan apa
Mak aku pun pun cakap lapar.
Yesss.. Kalau mak aku pun lapar mestilah mak aku masak
Heeee


Mak aku gorengkan ikan kerisi vs kicap perah limau...
Sedap sebab perut tengah lapar
Tapi kali ni ikan kerisi tu mak aku goreng togel takde sisik
Minggu lepas mak aku GORWNG IKAN KERISI TAK BUANG SISIK... Kat sini
Sedap sangat ikan kerisi yang x buang sisik
Lemak dan rangup sisiknya masa makan panas-panas
Tapi kali ni mak aku buang sisik la plak
Kata mak aku sebab asalnya plan nak masakkan ikan masak cuka untuk aku.
Sebab tu buangkan sisik
Tapi dah aku lapar sangat dah
Maka makan jerlah ikan goreng cicah kicap


Peria Tumis Pedas
Lauk mak aku

Mak aku cakap sedap
Tapi aku dah tahu peria rasanya pahit
So, aku xnak
Aku just makan nasi ngan ikan goreng cicah kicap

Kata mak aku dolu-dolu pun maza kanak-kanak & masa remaja, mak aku kata xmakan juga   peria
Hanya selwpas dah dewasa....
Syyy... dewasa tu (bacanya tua五五) baru mak aku suka makan peria
Hahahaha...
Agaknya aku pun bila dah tua nanti akan suka juga kot peria ni
Sebab tengok banyak makanan yang nenek suka mak aku pun suka
Agaknya  kalau aku tua aku oun akan suka...

Mak aku suka sangat beli sayur-sayur & ulam..


PERIA TUMIS PEDAS
3 biji peria kecil
2 sudu minyak

Bahan Tumbuk
2 cili merah
10 cili padi merah vietnam
2 bawang merah
3 bawang putih
1 sudu ikan bilis
1 sudu teh garam

1. Peria dihiris bulat d buang isi tengahnya
2. Rendam peria dengan air bergaram jika nak kurangkan pahit. Jika suka pahit, xperlu rendam
3. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk hingga naik minyak
4. Masukkan peria & gaul rata.
5. Masak anggaran 3 minit hingga peria lembut
6. Sesuaikan rasanya & siap


2 comments:

  1. Peria katak ni banyak khasiatnya
    Rugi tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh cuba tapi pahit...
      Pahit dia yang melekat, bila minum air pun still melekat pahit tu..
      Tapi x tahu lah maybe bila kiter dah dewasa nanti (dah tua) nanti kot kitet suka五五五
      Heeee....

      Delete