Wednesday 1 July 2020

KEBUN PKP NENEK (PKPP COVID 19)

Hujun bulan Jun 2020 baru ada rezeki balik kampung
Setelah kali terakhir balik bulan Disember tahun lepas
Kerana wabak Covid 19 menambahkan lagi panjangnya lagi masa x dapat balik kampung..
Even Raya Puasa pun x dapat balik kerana dilarang rentas negeri
Bila kerajaan dah umum PKPP & dah boleh rentas negeri, still x dapat balik coz semua dah start kerja.
Hikmah dalam musibah
Nenek ditimpa kemalangan
& kami dapat balik 3hari 3 malam


 Hari tu masa PKP Achik selalu upload pic pokok rambutan tepi rumah Achik dah berbuah

 Rumah Achik tepi tali air
Musim hujan air naik tapi xla banjir sampai rumah.
Ni la tali air tempat kitorang memancing masa bulan Disember tu

 Beberapa minggu lepas Achik bgtau rambutan dah masak
Tapi kami redho hanya dapat tengok pic sebab x dapat balik

 Kalau الله dah tentukan rezeki..
Jumaat dapat balik & dapat makan rambutan puas-puas
Memang hilmah dalam musibah

Masa PKP achik upload pic ni
Achik kata nenek tanamkan beberapa rumpun pokok kacang panjang
Nenek sempat tanam macam-macam masa PKP

 Rezeki sudah الله tuliskan..
Kami balik kacang ni banyak buah


 Patut namanya kacang panjang
Memang buah dia panjang..

1st time dapat tengok pokok kacang live


 Kacang panjang fresh

 Pokok labu belum berbuah..
Baru berbunga

Dari pintu dapur rumah baru
Memang buka pintu dapur jer
Kebun ulam nenek
Banyak pokok cili sedang berbuah
Tapi x tau an hilang pic pokok cili

 Pokok kacang panjang lagi..
Tumbuh & memanjat pokok ubi

 Nenek juga cakap sempat tanam jagung masa PKP

Pokok jagung sedang berbunga...
Tunggu angin lambat sangat bertiup
Goyang sendiri  jer lah pokok jagung 😀
Acah-acah angin bertiup🤣

 Pokok pegagapun sedang tumbuh segar


 Pokok kaduk


Mak aku petik pucuk ubi
Nak masak ngan tempoyak

Pokok kunyit ni nenek kata hari tu dah kering masa musim panas
Now dah tumbuh subur sejak PKP

Mak aku amik daun kunyit
Nak buat masak ngan tempoyak juga
Aku plak bila cium daun kunykt aku mesti ingat rendang

 Pokok  limau nilis juga lebat berbuah

Tapi ni kat tepi rumah nenek di kampung


Pokok manggis ni bukan la nenek tanam masa PKP🤭


Aku x ikut pun petik manggis

Tengok pic mak aku ngan Achik jer petik manggis

😭Aku nak sangat petik manggis

4 comments:

  1. Petik manggis boring..tapi makan manggis best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi nampak macam best....
      Kiter belum pernah sebab selalu balik kg musim dah habis

      Delete
  2. Bestnya...tengok kebun nenek serba ada...Alhamdullilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenek banyak tanam cili tapibpic tak tau lat mana macam dah terdeleta

      Delete