Mak aku masak Kari Sardin
Untuk lunch abang
Mak aku cakap masak untuk abang jer
Sebab pepagi lagi
Aku, mak aku & kakak nak gi Sentol
Baca dalam Little Family...
Mak aku pesan soh abang makan nasi lauk Kari Sardij ni
Kalau nak + lauk sila goreng telur sendiri
Coz masa we all keluar abang sambung tidur
Nampak menarik Kari Sardin ni
Tapi aku memang x boley makan la
Sebab sardin kan
Kang bengkak lagi mata aku
Tapi balik dari Sentul terus gi belanja barang persipan nak daftar bulan Ogos ni
Kata mak aku dah kena beli sikit-sikit supaya tak terasa sangat nak belanja
Kalau kumpul nak beli sekali gus jenuh nanti
Lepas tu kakak sibok lapar
Ajak mak aku makan kat Warung Simple..
So, makan la kat luar
KARI SARDIN
1 tin kecil sardin
1 paket kecil rempah kari ikan
1 asam keping
1 sudu teh garam
5 kacang bendi
1 biji tomato-belah 4
1/4 kotak kecil santan
(+2 cawan air)
4 sudu minyak
2 bawang merah
1 bawang putih
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih & bawang merah& bawang putih
2. Bila garing masukkan rempah kari tang dibancuh 1/2 cawan air.
3. Bila naik minyak + sos sardin & asam keping & garam
4. Masukkan santan+2 cawan air & biar mendidih
5. Masukkan bendi & ikan sardin
6. Masak dengan api perlahan anggaran 5 minit supaya kuah naik minyak
7. Sesuaikan rasa
Ah, rindunya kari sardin.
ReplyDeleteKannnn..
DeleteMasa PKP sardin ni lauk popular... 😁
pekat melekat karinya. sedap. tapi seriuslah ini sardin dlm tin? sebab nampak besar
ReplyDeleteini sardin dalam paket
Deleteboleh tengok pic sardin paket tu kat http://namakucell.blogspot.com/2019/11/sambal-sardin-viral.html
sedapnya kalau cicah dengan roti puri...😋😋😋👍👍
ReplyDeleteKan....
ReplyDeleteHeeeee...