Tuesday 31 July 2018

RESIPI KHAENGSOM IKAN SIAKAP


Kaeng Son Ikan Siakap
Kaeng Som tu apa?
Mmmm mak aku cakap Kaeng Som tu bahasa Thailand
Sebab ni masakan Thailand
Mak aku cakap kalau ikut Bahasa Siam kampung kat Kedah Kheng bermaksud GULAI
Som plak bermaksud MASAM
Kalau ditranslate word by word kiranya GULAI MASAM la
Tapi dah translate penuh mak aku cakap jadi Gulai Asam Rebus boleh kot
Mak aku cakap macam juga Khaoa Phat...
Khao tu nasi...phat tu tumis
Tapi kalau translate penuh xdelah jadi Nasi Tumis
Tapi kita sebut Nasi Goreng...
Kalau kat Pahang pun mak aku cakap ada GULAI MASAM
Sesetengah tempat diPahang memanggil Gulai Tempoyak Ikan Patin tu sebagai Gulai Masam Ikan Patin
Mmmmmm....Kaeng Som ni ada la juga iras2 Gulai Tempoyak Pahang
Sebab Pakcik Selalu juga masak
Mak juga ada cakap Kaeng Som ni hampir sama ngan Asam Rebus
Tapi ni versi Thailand la...



Kaeng Som ni ak aku cakap kalau kat Kedah Siamese sebut  Kheng Som
Selalunya hanya dimasak menggunakna Ikan Air Tawar macam ikan keli ikan patin,haruan etc
Tapi mak aku cakap selalunya kalau kat Restoran Makanan Thai mereka akan menggunakn Ikan Siakap sebeb Ikan Siakap juga ada spesis Air Tawar..
Air Tawar tu mean dari sungai...tasik..kolam...sawah padi
Kalau Ikan Air masin macam ikan kembung..tenggiri..tongkol tu dari laut la
Naper x buat guna ikan  laut jer..
Mmm...mak aku cakap Thailand pun macam Malaysia juga
Ada penduduknya yang tinggal berhampiran pantai
Ada yang tinggal jauh dipedalaman
AYang tinggal dikawasan pantai  dan bandar biasanaya senang nak dpat ikan laut
Yang jauh dipedalaman biasanya lebih senang dapat ikan air tawar dari sungai...tasik dan sawah padi
Mungkin ni masakan kawasan pedalaman Thailand..
Achik pernah citer kalau kat Thailand mereka sangat menghormati binatang
Contohnya gajah akan dilayan dengan baik dengan memberi makan dan mereka mengelak dari membunuh gajah
Sesuailah dengan ngera Thailad digelar Negara Gajah Putih
Haaa.....camaner aku tahu..?
Uittt.... Sejarah tu sebject fav aku wei..!!


Semangkuk Kaeng Som Ikan Siakap
Mak aku masak hari Ahad
Sebenarnya hari Ahad aku x lunch kat umah pun
Aku gi sekolah sebab ada Hari Usahawan
Pastu petang habis hari Usahawan aku ngan Nik..ngan Auni gi CS tengok movie
 "Mission Imposible 3"
Bukan nak dapat kuar ngan kawan-kawan
Dah kuar gi Hari Usahawan....terus amik bas MRT gi CS
Petang mak aku amik
Balik sampai rumah terus makan Nasi lauk Kaeng Som ni
Haaa...lapar dowh..!
Hari Usahawan maknan semua mahal
Pastu xde pilihan sangat
Aku just beli Cheese Cake jer
Kat CS pun x sempat makan
Kejar show pukul 2.10..
Aku ingatkan 1 jam jer
Dah wsap mak aku amik pukul 3.30
Sekali dalam cinema baru perasan pukul 4 x habis lagi
Hahahaha...bising la mak aku..
So..habis jer movei kelam kabut naik bas sebab mak aku cakap dah ada depan bus stop
Sib baik ballik umah ada lauk ni
Semua pic pun by folder mak aku
Resipi bagai opkos la by mak aku
Aku mana reti nak masak Kaeng Som bagai ni



KAENG SOM IKAN SIAKAP
1 ekor siakap
2 asa keping
1 cawan air asam jawa+ 3 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula melaka
1 ikat kangkung
1/2 biji nanas masak

Bahan Blend :
15 cili api merah
1 cili merah
1 sudu teh belacan
1 batang serai
1 hiris lengkuas
1 ketul kecik kunyit
2 bawang putih
2 bawang  merah

1. Rebus nanas bersama bahan blend,air asa + air,garam,gula dan asam keping hingga nanas empuk dan nampak jernih
2. Masukkan ikan siakap dan biar mendidih hingga nampak mata ikan tersembul menandakan ikan sudah masak
3. Sesuaikan rasanya
4. Masukkan kangkung yang dipotong panjang2 dan terus matikan api
5. Kacau supaya kangkung tenggelam dalam kuah dan terus hidang supaya kangkung kekal rangup



Ikan Siakap
Nilah ikan yang disebut dalam pantu...
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Cakap bohong lama2 jadi pencuri..
Haaaaa......tapi ikan ni dah siap siang
Mak aku cakap sebab kat umah xde pisau besar
So,suruh penjual ikan tu siang dan potong sesiap
Kata nak aku suri rumah sekarang  beruntung kerana semua ikan,ayam bagai boleh terus minta penjual siang
Kata mak aku kalau zaman mak aku remaja
Mak aku kata ikan..ayam...semua kena siang sendiri..
Mak aku kata ayam bukan takat kena siang sendiri tapi kena sembelih sendiri
Cabut bulu ayam sendiri
Kena siang Sendiri
Kena masak sendiri
Kena makan ramai2
Hahahahaha...sib baik kena makan ramai2
So...aku boleh la pilih part makan ramai2 tu
Kikikikiki.....


Mak aku kata ni siakap air tawar..
Mmmm...aku ingatkan ikan siakap ninikan air masin
Tapi mak aki cakap ada yang spesis air masin dan ada juga spesis air tawar yang dibela dikolam
Mmm...macam buaya jugak la
Selama ni aku ingat buaya hanya tinggal di sungai air tawar macam kat Sarawak kan sungainyabanyak buaya..
Bila tengok Nat Geo Wild baru aku tahu buaya juga tinggal di laut terutama dilaut Australia..
Huh....ngeri  bai...!!




Nanas ni mak aku cakap seeloknya guna nanas madu yang manis..
Tapi ni Nanas Sarawak yang mak Wanna bagi hari tu
Separuh mak aku dah masak asam pedas dengan ayam
Ni separuh lagi mak aku cakap sengaja simpan nak masak Kaeng Som ni


Kena potong2 la
Kalau masuk seketul tu memang x senonoh la..
Nanti xde orang nak amim buat menantu...!



Kangkung dulu naik sekarang dah turun..!!
Hahahahaha....ingat tak lagu ni famous beberapa tahun  lepas...
Kalau x hengat cari kat youtube...
Aku ingat sebab dulunselalu nyanyi ngan Izz




Bahan untuk blend..
Mak aku cakap wajib guna cili padi merah menyala tu..
Sebab cili ni baru pedas menyengat
Kalau cili padi hijau pedas dia x sama
Kat pack tu dia tulis Cili Padi Bangladesh..
Hahaha...Abangla pun makan pedas rupanya
Patut la Abangla sekarang dah jual petai..
Hahaha...tingat citer abangla jual.petai la pulak...
Heeee....
Mak aku cakap ada serai,lengkuas & kunyit..
Mana..??
Haaa...mak aku kata lupa nak interframe sebab masak sowang2..
Haaaaa....nampak x betapa pentingnya haku..??
Hahaaha .



Bahan blend



Rebus nanas bersama bahan blend,air,air asam jawa, asam keping,garam,gula


Bila nanas dah masak masukkan ikan
Mak aku cakap kalau nak tahu ikan dah masak tengoklah matanya
Kalau matanya tersembul keluar itu tandanya ikan dah masak...
Ooo......
Pasti sesuaikan rasa masam,masin,manis dan pedasnya ..



Masukkan kangkung yang dikerat panjang dan terua matikan api..
Selam kangkung dalam kuah supaya sedikit masak tapi masih rangup...
Agaknya Kangkung Masak Kaeng Som ni lah yang diminta rombongan Sultan Melaka masa mengadap Maharaja Yung Lo zaman Sultan Mansur Shah dulu..
Ingat lagi x citer tu..?
Haa..aku ingat lagi  sebab mak aku selalu cerita pasal Sejarah Melayu dan Sejarah Melaka
Masa rombongan  Melaka tiba di China untuk mengadap maharaja China...
Mereka tidah dibenarkan melihat wajah maharaja China yang bersemayam diatas takhta
Semua telah diarahkan supaya menundukkan kepala..
Tetapi dengan sedikit muslihat iaitu dengan mengatakan orang Melaka makan sayur kangkung yang tidak dikerat maka rombongan dari Melaka perlu mendongakkan kepala.
Kerana untuk makan sayur kangkung yang panjang dan diangkat tinggi2 ,kena lah dongak kepala....
So...dah dongak kepala...
Sambil menyelam...sambil lah minum air...!!
Hahahaa....
Mak aku cakap orang2 zaman dahulu banyak menggunakan muslihat akal untuk menguji dan menunjukkan kebijaksanaan sesebuah kerajaan..
Contohnya dalam Cerita Nujum Pak Belalang
Ingat x citer Nujum Pak Belalang..?
Kalau x ingat tengok lah kat youtube
Tapi aku x suka tengok kat youtube
Aku lebih suka tengok kalau ada tayang kat TV
Baru rasa cam live
Kalau tengok kat youtube rasa fake jer .
Hahahaa...padahal citer dia sama juga...
Hahahaha


Masa mak aku upload dalam Family Group..
Kakak siap request suruh hantar Kaengsom ni kat tempat kerja untuk lunch..!
Achik plak kata nanti nak bawa kitorang gi Floating Market kat Thailand...
Tapi mak aku cakap kalau nak pergi..
Aku..abang dan kakak kena sendiri buat pasport..
Huh..ratus2 juga nak buat pasport..
Mak aku xper lah dah ada pasport..
Tapo mak aku kata mak aku kalau xde pasport pun menang boleh gi..
Mak aku,nenek,Achik,Haikal dan Aqil xyah buat pasport sebab kalau mykad Kedah xyah pasport..just border pass jerk..
Sebab negeri2 yang border memang hanya perlu border pass
Huhuhu.....aku mykad WP Kuala Lumpur  xleh guna border pass
Kakak...abang pun sama...
Huwaaaaaaaaa......

Monday 30 July 2018

PETUA ELAKKAN PISANG MASAK LEMBIK

Pisang Goreng...
Makanan evergreen untuk tea time..
Mak aku yang goreng..
Ada kawan mak aku sedekahkan pisang..
Alhamdulillah rezeki sentiasa melimpah
Mak aku cakao ada sahaja rezeki dari Allah
Ada yang direct diturunkan kepada kami
Ada yang disampaikan melalui orang lain..
Contohnya pisang ni...
Mak aku cakap mak Irdina yang bagi sejak hari Selasa
Kata mak aku sepatutnya bawa balik pisang tu hari Selasa...masa pisang tu masih hijau
Tapi sebab lupa nak bawa balik mak aku cakap hari Rabu pisang tu dah mula kuning bercampur hijau
Kata mak aku kalau nak goreng elok guna pisang yanh baru nak masak
Masa warna hijau masih ada dan hanya sedikit warna kuning..
Kalau jeseluruhan dah warna kuning mak aku cakap lebih sesuai buat cekodok,lepat,bingka,kek dan juga Kuih Lengat Pisang...
Mak aku kata pisang ni diberi 2 sisir
Sepatutnya hari Rabu dah kena goreng..
Kalau simpan nanti pisang tu akan terlalu masak dan lembik serta x sesuai nak digoreng...
Tapi ni hari Jumaat malam baru mak aku goreng dan pisangnya masih ada warna hijau
Sedangkan sesikat lagi dah warna kuning  dan masak lembik dah..
Camaner mak aku buat...?
Haaaa....ni la nak citer ni...

Mak aku citer...
Bila nampak jer pisang tu mula kuning tapi masih ada hijau
Mak aku masukkan dalm peti ais sesikat sebab nak BANTUTkan proses pisang tu masak
So...Pisng tu akan kekal hijau kekuningan.
Pisang yang diletakkan diluar memang akan terus kuning dan terus masak
Yang dalam peti ais akan terhenti proses masak


 Ni la bandingannya...
Yang hijau kekuningan tu setelah dimasukkan dalam peti ais selama 3 hari tetap kekak hijau kekuningan
Yang bawah  tu pula yang dibiarkan diluar pada suhu bili
Setelah 3 hari pisang tu terus kuning keseluruhannya dan akan  jika terus dibiarkan akan terus masak ranum dan lembik


So...sebab mak aku ngan nenek eang jenis suka makan pisang goreng yang dibuat menggunakan pisang yang hijau kekuningan dan isinya masih keras...so, inilah yang mak aku lakukan
Kata mak aku juga tips ini juga sesuai jika membeli PISANG MUDA untuk masak sayur atau gulai
Jika xnak pisang tu masak.....simpan lah dalam peti ais..
In sha Allah pisng tu x masak
Begitu juga dengan BUAH BETIK MUDA atau BETIK MENGKAL..
Untuk elakkan betik tu masak kerana nak masak sayur atau gulai...simpan lah dalam peti ais
Manusia pun kalau nak KEKAL AWET MUDA ...
Masuklah dalam peti ais jangan keluar selama 10 tahun
Nanti 10 tahun kemudian baru buka petiais tu
Confirm muda 10 tahun
Hahahaha...( jangan tiru aksi itu)


Ok..
Makanya dapatlah mak aku makan pisang goreng menggunakan pisang yang kulitnya hijau kekuningan masih belum lembik
Aku pulak sebab suak pisang yang masak lembik
Maka mak aku guna pisang yang x masuk peti ais
So..win...win...situasion


Ni mak aku kata spesis Pisang Awak namnya..
Sebelum ni dah banyak tulis about Pisang Goreng
Pisang tanduk,Pisang nangka,Pisang Raja,PIsang Nipah
Mmmm....ada lagi pisang yang aku x ingat namnay..
So..just C&P jer dari pis Pisang Goreng seblum ni
Sebab main point hari ni nak citer pasal cara simpan pisang supaya terhenti masaknya...


PISANG GORENG

10 biji pisang awak masak hijau kuning
Minyak untuk goreng

Better::
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2sudu minyak
1/4 sudu teh pewarna kuning telur

1. Blend semua bahan untuk better dan tuangkan dalam bekas
2. Pisang dibelah dua atau belah 3 jika suka pisang nipis
3. Celup setiap hirisan pisang dalam better dan goreng garing..

Pisang  Goreng sedap dimakan bersama Sambal Kicap Cili Padi
Untuk resepi dan tips membuat SAMBAL KICAP CILI PADI klic kat sini.... 



Kopi mana?
Kopi....

Sunday 29 July 2018

BUBUR DURIAN VIRAL

Bubur Durian Viral..
Mak aku yang cakap
Aku x tahu pun...
Yang aku tahu sekarang ni memang musim durian..!
Minggu ninpun post dalam blog ni pun all about durian..!!
Mak aku cakap Bubur Durian Thailand Style ni tengah viral
Makanan2 viral ni
Versi mak2 ngan versi  anak x sama..
Kalau kitorang..makanan viral like Ais Kepal Milo ke...Sam Yang ke... ye lah..
Tapi ni Bubur Durian Viral aku x tahu pun bila yang viral..
Agaknya dalam FB mak2 kot..
Hahaha...
Mak aku cakap Bubir Durian ni viral kat Thailand sejak tahun lepas lagi..
Sebab tahun lepas kan durian terhad dan harganya tinggi...
So..kunun2 mak aku kata sebab tu lah ada yang kreatif  mencipta Bubur Durian Viral ni..
Hmmm...semoga orang yang cipta makanan ni mendapat pahala dan lebig kreatif lagi
Sharing is Caring...!
Tapi mak aku cakapnorang Thailand memang kreatif about makanan...
Achik pun cakap kalau kat Thailand memang macam2 jenis makanan yang sedap dan menarik
Kalau tengok AFC pun...
Kalau Thai Food Street dia...
Huh...colourfull dan macam2 ..
Mmm...ingat lagi masa bulan Ramadhan hari tu viral dengan Kuih Kerbau Guling...
Haaa...sampai Pakcik booking special untuk kitorang makan Kuih Kerbau Guling tu .
Tapi  aku x makan sebab rupa dia lain macam skit...
Ada citer pasal KUIH KERBAU GULING VIRAL kat sini....
Sekarang ni maknaku cakap tengah viral plak Bubur Durian Thailand Style ni...!!


Tapi walaupun mak2 nyer
Aku suka Bubur ni
Sebab Sedappppp...
Memang sedap..!!
Apa specialnya Bubur Durian Viral ni..?
Mak aku cakap Bubur Durian Viral ni menggunakan isi durian yang diuli bersama tepung pulut dan dibulat2kan  dan direbus hingga timbul seperti Buah Melaka.
Kemudian bulatan2 tersebut dimasak dalam kuah santan yang juga dicampur isi durian..
Kata mak aku ada sejenis dessert dari Kelantan yang hampir sama dinamankan Bubur Butir Nangka...
Tapi  Bubur Viral ni ada rasa durian la sebab tepungnya dicampur isi durian..


Mak aku masak tengahari semalam...
Tapi mak aku cakap untuk minum petang..
Hmmm...camaner tu...?
Haaa....mak aku cakap Bubur Durian Viral ni lebih sedap dimakan setelah beberapa jam dimasak...
Mmmm....memang semua bubur pun camtu kan...
Selalu mak aku akan masak awal2
Mak aku cakap supaya rasa dia lebih pekat...sebati dan lebih sedap...
Mak aku cakap buat Bubur Durian Viral Thailand sebab terpwngaruh ngan Achik..
Haaa...memang ada nampak Achik post Bunur Durian Viral ni dalam Family Group WhatsApp hari Jumaat tu...



Ni Bubur Durian Viral versi Achik
Yang Achik upload dalam Famly Group hari Jumaat tu...
Achik kata nak bawa gi asrama Haikal


Achik kata ni versi guna tepung Pulut Hitam
Sebab tu warnanya gelap..
Mmm...macam Kuih Badak Berandam lak...
Tahu Kuih Badak Berendam...?
Haaa....aku suka Kuih Badak Berendam..!
Tapi dah lama mak aku x masak Kuih Badak Berendam..
Jap nak cari dalam post lama..
Haaaa...ada pun..
Ni  ha...KUIJ BADAK BERENDAM VERSI AFRICA kat sini....
Hahaha....versi Africa bai..!


Haikal tengaj makan Bubur Durian Viral ker..?
Achik  kata Achik bawa makanan gi asrama Haikal...
Itu Haikal makan nasi kot...


Haaaa....ni baru betul Bubur Durian Viral...
Achik kata Haikal makan sampai habis
Mmmm...
mwsti sedap
Tapi memang sedaplah...!
Mak aku vuat plain pun aku dah rasa sedap
Kalau macam Achik buat guna Pulut Hitam tu mesti lagi best..!


Tapi Achik kata Aqil x suka
Aqil suka Nasi Lauk Peha Ayam Upin Ipin jer..
Haaaaa....kalau masak ayam...
Drumstick memang Aqil punya..!


Mak aku cakap versi asal Bubur Durian Viral ni x de sagu...
Just kuah diam campur santan,garam,gula dan isi durian
Tapi mak aku cakap yang ni mak aku guna sagu untuk pejatkan kuah kerana  stok durian hanya 3 ulas ..
So xde campur iai durian dalam kuah..


BUBUR DURIAN VIRAL...versi mak aku
1cawan isi durian
2 cawan tepung pulut
1 kotak kecil santan
1 pandan
1 sudu besar sagu biji- rendam 15 minit
1/4 cawan gula
1/4 cawan gula perang
1 sudu teh garam halus

1. Isi durian diuli bersama tepung pulut ( JANGAN TAMBAH AIR).adjust  penggunaan tepung pulut dan gaul dengan isi durian hingga menjadi dough yang oleh digentel

2. Masak 4 cawan air hingga mendidih.Masukkan bebola yang digentel dan rebus sehingga timbul.
Terus masukkan sagu biji yang sudah direndam ke dalam air mendidih berisi bebola durian dan kacau hingga sagu jernih.

3. Masukkan garam,gula pasir,gula perang  dan akhir sekali masukkan santan kotak dan terus kecilka  api dan kacau supaya  santa  tidak pecah. Jika terlalu pekat..tambah sedikit air panas

4. Sesuaikan rasa dan matikan api.Boleh dihidangkan panas atau sejuk

****( Kalau versi asal bebola  durian yang direbus  hingga  timbul dan diangkat dan ditoskan. Air rebusannya dibuang .Santan dimasak bersama  sedikit isi durian,gaeam dan gula  sebelum dimasukkan  bebola yang sudah ditoskan)

Isi durian...
Ambil isinya sahaja dan buang bijinya


Lenyek2kan isi durian


Isi durian digaul bersama tepung pulut
( Jangan tambah air kerana isi durian sudah berair)

Tambah atau kurangkan tepung pulut mengikut kesesuaian hingga menjadi doh yang boleh digentel


Gentelkan dough menjadi bebola sebesar  guli
Masak 4 cawan air hingga mendidih dan rebus bebola sehingga timbul


Setelah bebola timbul terus masukkan sagu dan kacau biar sagu menjadi jernih.
Kemudian masukkan garam,gula,pandan dan santan

Masukkan gula perang atau gula melaka jika suka kuah gelap..
Jika suka kuah putih..just guna gula pasir


Bubur Durian Viral siap



Bila dibiarkan beberapa j...Bunur akan lebih pekat dan sedap..

Saturday 28 July 2018

LEMPOK DURIAN

Lempok Durian...
Tahu Lempok Durian..?
Aku pun baru tahu..
Selama ni aku tahu durian boleh buat pengat...tempoyak..kuih..ice cream
Bila mak aku cakap teringin nak makan Lempok Durian...
Aku ingatkan macam pengat juga la..
Rupanha jauh beze
Macam Dodol ada  lah...
Tapi mak aku kata ini bukan dodol..
Ini ialah LEMPUK DURIAN..


Haaa....macam dodol la rupa dia
Tapi mak aku kata ini BUKAN dodol durian
Ini ilaha LEMPOK
Mak aku cakap kalau Dodol Durian ialah dodol biasa yang dibuat menggunakan tepung pulut,gula melaka santan dan dicampur durian
Sebab tu bau durian


Tapi Lempok Durian mak aku cakap dibuat hanya menggunakan 100% durian dan ditambah gula sebagai pengawet..
Dah kalau durian 100%...
Gula nak kira camaner..
Hahaha....
Dah jadi berapa %
Hahaha...
Mak aku cakap Lempok ni salah satu makanan tradisional dan salah satu cara mengawet durian supaya tahan lama dan boleh dinikmati ketika luar musim durian..
Kata mak aku dolu2 durian ialah buah beusim sebab  hanya berbuah setahun sekali..
Tapi sekarang ada sahaja sepanjang tahun..
Tak tahulah sebab iklim dunia yang berubah atau sebab telnologi pertanian
Sebab mak aku cakap zaman dulu padi juga hanya ditanam sekali dalam setahun dan mengambil masa yang panjang untuk dituai hasilnya
Tapi sekarang mak aku kata dengam teknologi padi sudah dapat ditanam dan dituai sebnayak 2x setahun..
Bahkan sudah ada padi yang lebih cepat dapat mengeluarkan hasil sehingga membolehkan petani menanam dan menuai 5x untuk 2 tahun..
Tapi itu padi..
Kalau durian ni mak aku cakap orang2 dulu kreatif mengawet makanan..
Ada yang dijeruk, dikeringkan dan ditapai..
Supaya boleh dinik.ati sepanjang tahun..
Buah durian pula seperti tempoyak dan dijadikan Lempok..
Tempoyak untuk makanam souvury dan Lempok mak aku kata digunakan untuk makanan manis..
Mak aku cakap selalunya Lempok hanya dibuat oleh pemilik dusun yang mempunyai bekalan durian yang banyak dan tidak habis dimakan..

Mak aku plak masak Lempok ni sebab mak aku cakap teringin nak makan Lempok Durian.
Sedap ke Lempok Durian..?
Mak aku cakap sedap untuk orang yang menyukainya...
Habis tu naper sebelum ni mak aku x buat pun..?
Sebelum2 ni x dapat buat lempok sebab durian mahal..
Tak sempat nak melempok...dah habis dimakan..
Hahahahaha...nak kata aku la yang habiskan tu...!!!
Kata mak aku Lempok Dutian hanya menggunakan 2 baham sahaja..
Durian sebagai main ingrediant..
Dan gula sebagai pengawet supaya taha  lama...
Kalau x letak gula atau letak gula sedikit sahaja mak aku cakap  nanti lempok x tahan lama dan akan masam atau bercendawan
Tapi kalau letak gula terlalu bangak pula lempok akan keras dan kurang sedap kerana rasa durian dah tenggelam dengam rasa gula..
Tapi Lempok yang banyak gula mak aku kata lebih tahan lama a...
Camaner nak buat lempok..?
Jom tengok mak aku buat..

Bahannya hanya
Durian
Gula

Sukatannya mak aku  cakap 1:1
Maksudnya 1 bahagian durian : 1 bahagaian gula

Contohnya 1 cawan durian : 1 cawan gula

Kalau lagi banyak durian...
Maka banyak lah gulanya..


Durian hanya diambil isinya sahaja


Sukat isi durian
Tambah gula sama banyak dengam isi durian


Masukkan dalam kuali dan kacau  hingga gula cair
JANGAN TAMBAH air atau bahan lain
HANYA guna gula dan durian sahaja

Semakin lama dikacau..gula akan mncair dan warna juga semakin berubah dari warna durian kepada warna yang sedikit gelap


Semakin lama durian dan gula akan eakin pekat dan likat seperti mengacau dodol


Adunan MESTI sentiasa dikacau tanpa henti kerana kandungan gula yang tinggi akan buatkan cepat hangus jika tidak dikacau
Gula akan bercaremel dan berubah warna menjadi semakin gelap
Kacau dengam apo perlahan hingga kental dan menjadi seketul seperti dough..
Masa mengacau bergantung kepada berapa banyak durian

Macam yang mi mak aku cakap menggunakan 2 cawan isi durian dan 2 cawan gula mengbil masa lebih kurang 1/2 jam
Matikan api dan biar hingga betul2 sejuk

*** Mak aku pesan...masa untuk sejuk agak lama kerana kandungam gula  yang banyak memang melambatkan proses untuk sejuk.


Apabila Lempok Durian sudah sejuk pada suhu bilik...Lempok akan menjadi seperti dough yang tid boleh dibentuk...


Lempok yang cukup gula dan cukup masa mengacaunya akan nampak berkilat dan tidak melekat tangan setelah sejuk..
Simpan dalam bekas bersih dan kering..

*** Lempok hanya dimakan sedikit sedikit seperti memakan coklat..bukan dimakan sehingga kenyang...( hahahaha...ada ker orang nak makan lempok yang manis tu sampai kenyang)

Kata mak aku lagi lempok selalu dicampurkan kedalam Bubur Kacang...Dodol....Wajik dan dijadikan buah tangan kepada tetamu istimewa  kerana durian mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan masyarakat

Rasa Lempok...?
Mmmmm.....tanyalah mak aku...
Mak aku kata sedap
Aku plak kalau makan camtu jer memang x boleh go sebab manis..
Tapi kalau campur dalam dodol mungkin aku suka
Sebab aku suka DODOL DURIAN..!
ok...bye