Makanan evergreen untuk tea time..
Mak aku yang goreng..
Ada kawan mak aku sedekahkan pisang..
Alhamdulillah rezeki sentiasa melimpah
Mak aku cakao ada sahaja rezeki dari Allah
Ada yang direct diturunkan kepada kami
Ada yang disampaikan melalui orang lain..
Contohnya pisang ni...
Mak aku cakap mak Irdina yang bagi sejak hari Selasa
Kata mak aku sepatutnya bawa balik pisang tu hari Selasa...masa pisang tu masih hijau
Tapi sebab lupa nak bawa balik mak aku cakap hari Rabu pisang tu dah mula kuning bercampur hijau
Kata mak aku kalau nak goreng elok guna pisang yanh baru nak masak
Masa warna hijau masih ada dan hanya sedikit warna kuning..
Kalau jeseluruhan dah warna kuning mak aku cakap lebih sesuai buat cekodok,lepat,bingka,kek dan juga Kuih Lengat Pisang...
Mak aku kata pisang ni diberi 2 sisir
Sepatutnya hari Rabu dah kena goreng..
Kalau simpan nanti pisang tu akan terlalu masak dan lembik serta x sesuai nak digoreng...
Tapi ni hari Jumaat malam baru mak aku goreng dan pisangnya masih ada warna hijau
Sedangkan sesikat lagi dah warna kuning dan masak lembik dah..
Camaner mak aku buat...?
Haaaa....ni la nak citer ni...
Mak aku citer...
Bila nampak jer pisang tu mula kuning tapi masih ada hijau
Mak aku masukkan dalm peti ais sesikat sebab nak BANTUTkan proses pisang tu masak
So...Pisng tu akan kekal hijau kekuningan.
Pisang yang diletakkan diluar memang akan terus kuning dan terus masak
Yang dalam peti ais akan terhenti proses masak
Ni la bandingannya...
Yang hijau kekuningan tu setelah dimasukkan dalam peti ais selama 3 hari tetap kekak hijau kekuningan
Yang bawah tu pula yang dibiarkan diluar pada suhu bili
Setelah 3 hari pisang tu terus kuning keseluruhannya dan akan jika terus dibiarkan akan terus masak ranum dan lembik
So...sebab mak aku ngan nenek eang jenis suka makan pisang goreng yang dibuat menggunakan pisang yang hijau kekuningan dan isinya masih keras...so, inilah yang mak aku lakukan
Kata mak aku juga tips ini juga sesuai jika membeli PISANG MUDA untuk masak sayur atau gulai
Jika xnak pisang tu masak.....simpan lah dalam peti ais..
In sha Allah pisng tu x masak
Begitu juga dengan BUAH BETIK MUDA atau BETIK MENGKAL..
Untuk elakkan betik tu masak kerana nak masak sayur atau gulai...simpan lah dalam peti ais
Manusia pun kalau nak KEKAL AWET MUDA ...
Masuklah dalam peti ais jangan keluar selama 10 tahun
Nanti 10 tahun kemudian baru buka petiais tu
Confirm muda 10 tahun
Hahahaha...( jangan tiru aksi itu)
Ok..
Makanya dapatlah mak aku makan pisang goreng menggunakan pisang yang kulitnya hijau kekuningan masih belum lembik
Aku pulak sebab suak pisang yang masak lembik
Maka mak aku guna pisang yang x masuk peti ais
So..win...win...situasion
Ni mak aku kata spesis Pisang Awak namnya..
Sebelum ni dah banyak tulis about Pisang Goreng
Pisang tanduk,Pisang nangka,Pisang Raja,PIsang Nipah
Mmmm....ada lagi pisang yang aku x ingat namnay..
So..just C&P jer dari pis Pisang Goreng seblum ni
Sebab main point hari ni nak citer pasal cara simpan pisang supaya terhenti masaknya...
PISANG GORENG
10 biji pisang awak masak hijau kuning
Minyak untuk goreng
Better::
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2sudu minyak
1/4 sudu teh pewarna kuning telur
1. Blend semua bahan untuk better dan
tuangkan dalam bekas
2. Pisang dibelah dua atau belah 3 jika suka pisang nipis
3. Celup setiap hirisan pisang dalam
better dan goreng garing..
Pisang Goreng sedap dimakan
bersama Sambal Kicap Cili Padi
Untuk resepi dan tips
membuat SAMBAL KICAP CILI PADI klic kat sini.... Kopi mana?
Kopi....
No comments:
Post a Comment