Daging Kunyit Kacang Panjang
Hari Rabu nyer bekal aku
Sebab Rabu ada kokurikulum
Kena la makan nasi
Hehehehe...
Macam la hari lain x makan nasi
Hahaha...
Actually ...mak aku masak wakti pagi
Just Nasi Putih & Daging Kunyit Kacang Panjang ni jer
Untuk bekal aku dan juga untuk abang ngan kakak la
Mak aku masak banyak...1/2 kuali
Tapi sebab semua orang rushing waktu pagi
Semua pun xde sesapa snap pic lauk ni masa dalam kuali or masa dalam bekas bekal
Bila check folder...xde pic lauk ni dalam kuali
Yang ada hanya yang dalam pinggan yang aku makan waktu petang time balik sekolah dah..
Baki dalam kuali mak aku panaskan untuk aku makan
Dah x cantik la pic dan sayur2 tu sebab dah 2x masak
Lauk masa bawa bekal cantik la sebab masih rangup
Tapi aku xde lah kisah pun...
Makan jer..
Bekal bawa kat sekolah biasa la..
Bukan dapat makan banyak
Sebab kongsi ramai- ramai...
Tambah si Dahlia
Apa saja bekal yang aku bawa x sedap..?
Event bawa roti sapu butter pun dia cakap sedap...!!
Hahaha...x tahu lah memang sedap or just nak.ambil hati
Sebab dia nak paw bekal aku
Kikikiki...
DAGING KUNYIT KACANG PANJANG
250 gm daging + garam & serbuk kunyit
1 cekak kacang panjang
2 batang carrot
3 cilinkering - gunting
1 bawang holland
1 pokok leek @ daun bawang
2 sudu minyak
1. Daging dihiris nipis dan gaul garam kunyit
2. Kacang panjang potong serong..Cili digunting
3. Carrot dipotong jejari
4. Panaskan minyal dan biar betul2 panas supaya bila dimasukkan daging menjadi kerak
5. Masukkan daging dan biar sedikit perang dibawanya baru dikacau.Tujuannya supaya menjadi kerak
6. Tuang sedikit air untuk kerak daging kembang dan menjadi sedikit kuah yang berperisa daripada kerak daging tadi.
Masak hingga daging lembut
7. Tambah kacang panjang dan carrot
8. Kacaukam sekejao sahaja dan sesuaikan rasa
9. Masukkan cili dan daun bawang terus matikan api supaya sayur tidak terlalu layu dan masih kekal rangup
Saging gaul garam.kunyit
Sayur Kacang Panjang & Carrot
Mmm...mak aku cakap nanti baki kacang panjang tu nak masak sejenis lauk yang nenek selalu masak masa dolu2..
Mak aku cakap dah lama nak masak lauk tu tapi selalu terlupa..
Lauk apa tu...?
Mmm...mak aku kata tungguuuu....!!!
Mmmmm....yer lah
So...jom makan nasi lauk Daging Kunyit Kacang Panjang ni dulu ..
Walaupun sayur dah lecur dan layu..
Makan jer lah...
Bayangkan jer makan lauk yang sayur dia krup krap macam yang bawa bekal tadi tu
Hahahaha...
Ok...byet
No comments:
Post a Comment