Friday, 6 December 2019

SUKATAN AIR UNTUK AGAR-AGAR TALI


Agar-agar Sirap
Bau daun ros+pandan

Mak aku masak hari Rabu
Pagi-pagi nampak masak agar-agar ni & puding caremel..
Mak aku cakap ada potluck
Ngan geng ofis & cleaner
Mak aku kata joint dorang buat Jamuan Akhir Tahun.
Walaupun post about agar-agar & puding caremel tetapi mak kata catat pasal shkatan air utuk masak agar-agar supaya boleh jadi rujukan..
Sebelum ni dah pernah catat sukatan air untuk masak agar-agar dalam post
AGAR-AGAR SIRAP MERAH... kat sini





Agar-agar yang mak aku guna
(pic google) sebab lagi clear.

Bahgaian belakang pack
Walaupun kat pack tu dah bagi sukatan airnya 1400ml
Tapi mak aku cakap sukatan tu menghasilkan agar-agar sangat keras
So...ini sukatan just nice
Tidak terlalu keras
Tidak lembut & cantik dipotong smooth ditelan


AGAR-AGAR SIRAP
1 paket agar-agar strips(20 gm)
2 liter air (8 cawan)
1 1/2 cawan  gula
1 sudu sirap rose
1/4 sudu pewarna pink
1 daun pandan
1 helai daun limau purut(untuk bau lebih harum)
1. Basuh agar2 dan masak dengan air hingga mendidih dan agar2 larut sepenuhnya
2. Masukkan gula dan daun pandan & daun limau purut
3. Bila gula larut masukkan pula sirap rose + pesarna pink
4. Tapiskan dalam loyang atau acuan yang disukai.


Inilah agar-agar sirap yang yang mak aku masak

Dalam bekas tupperware biru tu mak aku nak bawa ke pot luck
Yang kecik tu tinggal kat rumah

Puding caremel pun mak aku masak juga
1 bekas loyang bulat kecik tinggal kat rumah

Yang bekas 4 segi ni bawa pot luck
Ni pic by mak aku snap kat pot luck yang mak aku joint dengan group ofis & group cleaner tu
Mak aku cakap sebab xde bekas hidang kat situ...
Loyang tu di upside down atas pinggan kecil menyebabkan pacah



Ni agar-agar yang kat rumah
Selepas dah disejukkan dalam peti ais..
Potong..
Makan..
Yummmy

Selit lagi 1 pic by mak aku
Mak aku post kat aku by whatsApp
Bgtau mak aku juga masakkan Nasi Lemak Kuning Utara & yang lain bawa lauk...
Mmm... tu jer nk citer...
Nak sambung kemas bilik
2 hari ni plan nak kemas bilik
Nk let go segala buku-buku & pakaian yabg dah x pakai

2 comments: