Tuesday 31 December 2019

BEBOLA KELEDEK MANIS

Mak aku ada beli Keledek manis
Keledek macam kat Cameron Higland tu
Mak aku cakap nak buat Sweet Potato Ball
Macam yang beli kat Pasar Malam Tanah Rata dalam post CAMERON HIGLAND - DAY 1... kat sini
Mak aku cakap sebab sedap..
Tapi kat KL x pernah nampak orang jual


Bebola Keledek Manis
Mak aku masak pagi Ahad

Ada 2 versi
1 versi plain
1 versi ada sesame seeds


Aku suka yang plain

Mak aku kata yang ada sesame ni lagi sedap
Tapi aku x suka


BEBOLA KELEDEK MANIS
5ketul ubi manis - rebus empuk
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng

1. Rebua keledek manis hingga lembut
2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas & kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & telung pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras + sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jikan suka  salut bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel

**Pesan mak aku.. Lenyek ubinmasa masih panas kerana lebih mudah lenyek. TETAPI jngan masukkan tepung masa ubi lenyek masih panas kerana nanti dough akan mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih kurang sedap. 
Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak yang menggunakan keledek rebus. 


Keledek rebus

Dough yang dah siap

Gentel bulat- bulat sebesar fishball

Buat sampai habis

Jika suka guna sesame...

Buat sampai selesai

Plain Sweet Potato Ball


Sesame Sweet Potato Ball

Choose ur favourite

Crispy outside
Fluffy & moist inside

Yummy for my tummy

Serve with hot tea....

3 comments:

  1. Creative mom.......

    teringat arwah mak.. alfatihah utk mak mak Yang dah pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah juga untuk sis mom & semua.. Selamat tahun baru 2020
      Semoga kita semua dirahmati Allah

      Delete
  2. Macam sedap.. Sy nak try la. Thanks share resepi.

    ReplyDelete