Friday, 27 December 2019

SET NASI BUJANG TERLAJAK

Set Nasi Bujang Terlajak
Hahahaha...
Aku tahu Set Nasi Bujang jer
Tapi yang Terlajak tu mak aku yang cakap
Hahahaha
Sebab biasa Set Nasi Bujang ada
Nasi Putih
Kuah Sup
Timun
Sambal Belacan
Yanng ni mak aku kata sebab mewah skit ada Sup Tulang Gear Box
So,kira Bujang Terlajak la
Kalau bujang jer kira sengkek skit nak makan
Makan sup kosong jer
Bujang Terlajak biasanya dah tua duit lebih skit
Makan Sup Tulang
Hahahaha
Itu mak aku yang cakap
Kalau tak puas hati sila pm mak aku

 Set ni mak aku masak hari Ahad
Weekend nyeR
Bukan wekend  baru ni
Tapi weekend sebelum balik kampung lagi
Tengok dlam draff tarikhnya 28 Non 2019
Haaa maknanya esok cukup la sebulan
Tapi sebab dah susu helok & resipi semua dah ada
Catatan pasal nama menu i pun dah banyak tulis dah rupanya
Cuma terperap dalam draff
So,,,Just tambah sikit catatan
Dah boleh post
Kurang skit Q dalam draff



SUP TULANG..mak aku
1kg tulang
2 biji kentang
1 batang Carrot
1 batang serai
1 ketul lengkuas
1 ketul halia
1 bawang besar
10 cili padi
5 bawang putih
2 sup bunjut untuk sup tulang
(bersama rempah tumis)
garam secukup
1 sudu teh lada hitam biji ditumbuk
1pokok daun sup daun bawang

1.Rebus tulang berasa serai lengkuas..halia..sup bunjut dan bahan tumis (kayu manis,buah pelaga,cengkih,bunga lawang dan buah pala)hingga nampak dagingnya lekang dari tulang .
2. Sentiasa tambah air mendidih jika airnya susut hingga daging empuk..
3. Bila daging empuk baru masukkan kentang dan carrot yang dipotong besar..masuk juga cili padi
4 Masukkan garam dan lada hitam  setelah kentang empuk
5. Tutup api dan tabur daun supcdaun bawang serta bawang goreng(xde stok)

6. Jika suka boleh lenyekkan cili padi dan perahkan limau nipis..


SAMBAL JANTAN KELANTAN
1 mangkuk cili padi vietnam + cili padi hijau
1 sudu besar belacan bakar
1 sudu makan garam
1 keping gula nissey Kelantan ( gula melaka)
1 biji bawang Holland - bakar
5 bawang putih- bakar
3 sudu cuka makan
1 biji lemon/10 limau kasturi
                               
1. Bakar belacan,bawang putih dan bawang Holland atas api
2. Blend bahan bakar bersama semua cili,garam,gula nissey, limau kasturi
    ( limau kasturi dibelah dan buang bijinga,blend bersaak kulit)
3. Masukkan cuka dan sesuaikan rasa.

4. Simpan dalam botol bertutup



Telur DAdar Garing Rangup ni  ada  tipsnya KAT SINI....


Nasi Kukus Dalam Cawan pun dah pernah post cara masakKAT SINI....



So itulah kisahnya Set Nasi Bujang Terlajak


2 comments:

  1. ya Allah, sedapnya semua lauk. nyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeee.... Orang Kedah mesti suka sambal belacan & ulam kan..
      (mak kiter yg cakap)

      Delete