Monday 23 December 2019

RENDANG AYAM vs KETUPAT PALAS


Ketupat Palas vs Rendang Ayam
Menu sarapan pagi hari Jumaat
Hasil kolaboratif antara nenek & mak aku
Nenek masak Ketupat Palas
Mak aku masak Rendang Ayam


Sebab tepi pintu dapur jer ada mini kebun ulam nenek
Maka Ketupat Rendang ni kemain berposing macam dalam taman bunga ala-ala  film hindi
Hahahaha sib baik x golek-golek pakai sari
Kikiki..
Actually aku x minat sangat pun tengok citer hindi kecuali masa kecik dulu
Aku lebih suka film2 klasik Inggeris d film2 P. Ramlee



Ok.. Sebab kat taman ulam tu panas sangat
Now posing dalam rumah plak..


Ketupat Palas by nenek
Setiap kali balik nenek suka masak ketupat palas
Nenek siap frozenkan 10 biji untuk mak aku bawa balik untuk abang kat KL

 Yang maknaku rebus kat KL abang x makan pun


Tapi nampak mak aku jer makan sampai habis semua tu🤭🤭
Cicah Serunding Ikan
Nampak mak aku goreng dalam minyak
Mak aku kata Trengganu style..
Aku rasa sikit..
Not bad sebab ada rangup kat bucu dia
Tapi berminyak la
Camana mak aku boleh makan dengan penuh feel sambil minum kopi petang tadi..


Rendang Ayam by mak aku
Untuk makan ngan Ketupat Palas
Tapi aku lebih feel makan ngan nasi putih
Actually aku bukan penggemar Ketupat Palas..
Aku makan..
Tapi bukan la fav
Kalau raya pun aku lebih banyak makan Nasi Tomato yang jadi trade mark kat kampung setiap kali raya

RENDANG AYAM ...mak aku
1 ekor ayam(potong 16)
2 cawan santan cair
(½kotak kecil santan +1 /½ caqan air)
½ cawan santan pekat (½kotak kecil santan)
2 asam keping
1 sudu garam
1 ketul kecik gula melaka/1 keping gula Kelantan
1 sudu kerisik
1 helai daun kunyit simpul
1 helai daun kunyit,- hiris halus
Bahan Blend:
30 cili kering
3 batang serai
2 hiris lengkuas
2 hiris halia
1 ketul.kecil kunyit
6 bawang merah
4 bawang putih

1. Masukkan ayam dan bahan blend dalam kuali dan masak hingga keluar jus ayam
**** jika guna santan kotak.Tumis dahulu bahan blend bersama 1/2 cawan minyak kerana santan kotak tidak mengeluarkan minyak berbanding santan fresh)
2. Masukkan santan cair dan masak hingga pekat dan kering.Tambah santan pekat,asam,garam dan daun kunyit simpul
3.Bila mendidih masukkan gula melaka dan kerisik
4. Masak dengan api perlahan supaya naik minyak
5. Sesuaikan rasa dan tabur daun kunyit hiris halus.Siap


Rendang Ayam in the making

Masuk santan cair


Dah siap



Kat sini xaun kunyit xyah beli
Nenek memang tanam pokok kunyit


Masa mak aku tengah masak...
1 rumah bau Rendang Ayam
Dah macam raya...

7 comments:

  1. Rasanya kalu cella tinggal terus kat kedah ni memang boleh tergolek2 ala hindustan kat kebun nenekkan😀

    ReplyDelete
  2. 🤣🤣🤣🤣
    Kitet x pandai nak golek macam hindi tu
    Senamrobik boleh la
    Hahaha

    ReplyDelete
  3. pergh gandingan yg mantap. kena lak ayaq kopi kampung. sedappppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa... Kedahan mesti suka la kann. 🤭

      Delete
  4. Replies
    1. Kitet suka rendang..
      Tapi ketupat palas kiter kureng.. Kecuali kalau xde nasi..makan jugak la.. Heee

      Delete