Memang best manikmati pagi hingga senja
Cuma bila malam memang sunyi..
Hanya dengar suara cengkerik & katak
Dari arah timur
Cahaya pagi dari celahan ruang tamu
Dari celah sliding door
Segan nak kuar rumah pepagu buta dengan pyjama
Di barat sebelah dapur pula masih samar-samar cahaya
Bulan 17 RabiulAkhir(tengok kalender weiğŸ¤) masih bersisa cahayanya
Memantul dari lopak-lopak sawah yang baru dibajak..
Ada bunga yang sedang berkembang di sudut pagar
Mak aku cakap BUNGA EKOR KUCING
Nenek cakap BUNGA TOMBAK PISANG
Bila aku google dua2 nama tu xde kuar result bunga atas ni
So, apa nama bunga ni..??
Ada bangau yang awal-awal sudah sampai di sawah belakang dapur ni
Baru nak cari port untuk landing.. Kat
Macam rombongan che Kiah
Sambil terbang sambil bergosip..
Yang pasti masih ada insan-insan yang masih dibuai mimpi..
Sedangkan mak aku cakap ini ketikanya malaikat sedang menurunkan rezeki..
Kerana itu contohi burung2 yang keluar mencari rezeki di awal pagi & pulang ketika senja
Nn
Sedang mengerumuni jentera pembajak sawah..
Mengharapkan ada ikan yang timbul bila traktor membajak sawah
Petani & bangau sama-sama berkongsi bumi Allah untuk mencari rezeki masing-masing.
Di tepi pagar berhampiran tingkap dapur
Serumoun pohon cili berbuah lebat
Ada yang masih hijau
Ada yang sudah merah menyala-nyala walaupun tiada api yang kelihatan.
Mungkin kerana itu namanya Cili Api
Musim kemarau sudah tiba
Nenek sedang berkira-kira untuk menyiramnya
Kata nenek kalau musim hujan tanaman nenek akan segar tapi buah & bunga cili cepat rosak & mudah busuk
Kalau musim panas kemarau macam ni cili berbuah cantik
Tapi pokoknya mudah layu kepanasan
Perlu disiram pagi & petang
Achikku nan seorang....
Teringin untuk merasa ulam
Memetik Ulam Raja & Kacang Botor
Nenek panggil Kacang Sirih
Serangga juga mencari rezeki
Madu bunga & ulat disebalik daun
Dari atas suara burung merbah menyanyi di celah pokok Ubi Kayu
Mungkin gembira mendapat ulat disebalik daun ubi
Disebalik rimbunan daun-daun tu banyak tersembunyi kacang sirih
Kena selak-selak daunnya
Now nenek dah ada kesayangan baru
Sepohon ros merah & 3 rumpun cili ready made berbuah lebat.
Hasil kunjungan ke Cameron Higland
Pesan amoi yang jual pokok tu..
JANGAN disiriram dari ataz kerana nanti buah cili rosak
Hanya siram dipangkal pokok
Nanti air akan diserap oleh bTang pokok & akan sampai kepada daun & buah cili
Haaaa...... Nenek kata ilmu baru
Dapat dari Cameron Higland.
Kata nenek lepas ni semua pokok cili nenek yang kat belakang dapur pun nenek hanya akan siram dipangkal pokok
Bukan lagi watering macam selalu
So... Wahai pokok-pokok cili sekelian
Lepas ni daun-daun you all dah x merasa la air siraman nenek..
Tunggu jer lah batang dan ranting pokokmu menyedut air dari pangkal..
Nasibmu akan sama seperti penduduk Selangor yang terpaksa tunggu tanker hantar air kerana bekalan air terputus
Ssbagaimana aku tengok kat Buletin Utama malam tadi..
Nenek membelek2 kebun ulamnya
Kata nenek banyak pokok ulam raja dah tua & kurus kerana musim panas
Nenek kata sebahagiannya perlu dibersihkan bagi memberi ruang benih2 baru untuk bercambah bila hujan turun nanti
Begitulah kiratan hidup Pokok Ulam Raja
Bila tua kena menyerah diri untuk dimusnahkan supaya generasi baru dapat hidup pula
Sedar-sedar burung- burung tadi sudah terbang menongkah arus
Pagi tadi terbangnya ke arah selatanSekarang terbangnya ke arah utara
Kembali ke sarangnya
Kerana senja sudah merangkak tiba
Perlu sampai ke sarang sebelum malam gelap menjelma..
Kerana untuk ke sarangnya tiada lampu jalan yang menerangi
Senjakala...
Sudah tiba...
Sebentar cuma...
Kelam lah suasana..
Lukisan alam
Dari mini kebun ulam nenek
Cepat masuk ke dalam rumah
Senja-senja banyak hantu syaitan berleliaran..
alhamdulillah best tengok tanaman ulam tu ^_^
ReplyDeleteHeee.. Tapi musim panas banyak pokok dah mula nenek bersihkan untuk tanam semula waktu hujan nanti
DeleteSalam
ReplyDeleteMemang siram pokok Di pangkal. Sebab tanah memang perlu dibasahkann.
Scientifically akar pokok Tu Yang berfungsi. Sebagai straw.
Sebab Tu pokok tumbuhan amat penting utk alam sekitar Dan kemarau Dan cuaca.
Sebab Tu alam sekitar perlu Banyak pokok utk serap air hujan.ajak pokok serap air utk hidup. So pokok Besar dua tiga pemeluk absorb Berliter liter air.
Tanah jadi lembab.takde tanah peroi sebab akar akar pokok
Berfungsi sebagai regulator kelembapan tanah Dan daun daun melindungi permukaan tanah Dari Kering Dan direct sunlight.
Kiranya pokok menyedut air Yang membasahi tanah bila disiram hujan atau manusia.
Sebab Tu bila hujan lebat kejap Aja air Di permukaan tanah Kering bila Ada Banyak pokok hidup. Sebab pokok pokok terutama yg besar Kayu bapak macam straw Besar giant sedut air hujan Yang melimpah untuk seluruh dahan daun nya.
Sekarang pokok pokok dah takde air hujan tak pergi mana mana.melimpah. Sampai tanah congested Dan bertakung dgn air. Jadi banjir melimpah ke sungai ke laut.
So takde tempat into store air SBB takde pokok pokok giant menyedut air Dan melindungi air Dalam tanah dgn root system.tu banyak banjir tiba tiba Dan kemarau selalu..
Wahhhhh...
DeleteBanyak info about Sains & Geo ni...
Read the right informations
Delete